Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Entry saya sebelum ini [Tajuk : Saya Takder Idea] yang berunsurkan tentang patriotik adalah entry untuk mengambil hati sahaja. Manakan tidak, pada hari kemerdekaan Malaysia ini, jika saya tidak mengulas sesuatu, nanti orang akan kata saya tidak sensitif atau tidak bersifat cintakan negara.[Chiss.... Berlakon je rupa-rupanya.] Saya berfikir. Tentang berbagai-bagai perkara. Tentang masa depan saya. Tentang jodoh. Tentang masa silam saya. Dan tentang semua. Orang kata, saya ini, suka betul memandang ke belakang. Mengimbas kenangan yang dikesali. Walaupun kata mereka, semua perkara itu tidak seharusnya diingat. Tetapi bagi saya, saya mengenang segala kisah lampau, untuk mengenali diri saya juga. Saya tahu, tidak elok menyesali sesuatu perkara. Bagaimanapun, tetap ada perkara yang saya kesalkan dalam hidup ini. Iaitu zaman persekolahan yang tidak digunakan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan sekarang, di zaman yang menc...