Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Teh Bunga Telang

Blue Tea (Butterfly Pea Flower Tea)

Sejahteralah ke atas kamu..... Kan cuti raya haji baru-baru ni. Aku sudah semestinya balik ke kampung. Kesan yang paling rutin selepas balik dari kampung ialah demam. Batuk. Selsema. Dah macam free gift plak ye. Dengan setiap kepulangan ke kampung, percuma demam, batuk dan selsema. Dapatkannya segera, tanpa ragu-ragu. Aku biasanya kalau kena batuk memang lama. Paling cepat sembuh seminggu. Biasa mestinya 2 minggu. Minggu sebelum cuti raya haji, kat ofis aku ada open order Teh Biru. Aku tak beli. Aku bercadang hanya nak mengecek sikit je dengan kawan-kawan aku yang beli. Kekeke. Nak rasa je. Bukan nak buat mentekedarah pun. Harap kawan-kawan aku tak berkira la dengan aku bila aku mintak sikit. Owh, untuk pengetahuan chuolls, kat ofis iolls ni ada satu group WhatsApp khas untuk bershopping. Konon macam ala-ala JPO, MPO dan GPO. So kami bagi nama group tu  =  S** Premium Outlet. Ringkasannya jadi SPO. Cool kan?  So, bila aku masuk ofis semalam, dengan batu...