Skip to main content

Posts

Showing posts with the label I Think What You Don't Think

Aku Kecewa Dengan Malaysia Tapi Aku Taknak Pindah Singapore

Sejahteralah ke atas malaysia. eh. Ke atas kamu... Aku kecewa Malaysia kalah Piala Thomas semalam. Tapi aku tak salahkan pemain-pemain Malaysia. Mereka semua dah main sungguh-sungguh, bukan sekadar menjadi lauk cicah budu je kepada pasukan Jepun. Bila tengok kemenangan Jepun, aku terasa macam tengok drama Jepun ala-ala Meoro Attack yang pasukan underdog dapat pergi final, lepas tu sengit lepas tu tadaaaaa..... menang. Memang sangat Jepun. No, actually aku kecewa sebab hari ni tak cuti. Hahaha. Lagi satu aku kecewa pasal coklat Cadbury. Ko bayangkan le perasaan aku yang baru je promote pompangpompang pasal betapa sedaknya cekelet Cadbury yang dijadikan pencicah buah strawberry. Sekali harommmm plak dia. Sekali ada piggy piggy oink oink plak dalam tu. Dah berapa kilo dah babi masuk dalam sistem perkumuhan aku. The worst is, that oink-oink dah jadi darah daging aku. No wonder la aku....... [sila penuhkan sendiri].  Aku bukan kecewa pasal tak boleh makan coklat Cadbury tu....

Kenapa JPJ Tak Bagi Tinted Cermin Kereta Sampai Betul-betul Gelap?

Sejahteralah ke atas kamu.... Semalam aku terrrr'tengok' rancangan Keeping Up With Kardashian, satu rancangan lagho yang memang takde fekdah langsung untuk kehidupan aku, tapi main tekan-tekan remote tetibe terpaku kejap tengok tambut baru Kim Kardashian. Dia dah buat rambut blonde yuollzz... Lagipun Kim dah makin berisi aku tengok. Nak lawan aku ke Kim? Hooonooo...  Dalam episode yang aku ter'menonton' tu semalam, Kim keluar dengan mak dia dan seorang lagi kawan dia. Tapi bila sampai di shopping mall, Kim tak keluar pun daripada kereta. Dia menyorok daripada paparazi di dalam kereta yang bertinted penuh, gelap zulumat tiada cahaya keimanan langsung pun. Jadi, paparazi yang sibuk mengejar dia, memang langsung tak nampak dia ada dalam kereta tu. [Eleh, ntah2 berlakon je semua paparazi tu. Puih!] Setakat itu, aku terfikir.... betul la.. ada la bagusnya tinted gelap ni [untuk retis femes macam Kim Kardashian.]. Boleh lindungi dia daripada gangguan pemina...

Aku Pelik Bercampur Menyirap

Sejahteralah ke atas kamu... Rakyat Malaysia ni asyik bergaduh. Ntah ke benda yang digaduhkan pun aku tak faham. Kadang-kadang pasal perkara remeh, Fasha Sandha tak pakai stokin masa berpantang pun nak bergaduh. Walaupun tak bergaduh secara fizikal, tapi bergaduh dengan method yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang. Perang mulut. Perang statement. Berbalas-balas komen.  Kemudian Allah 'menegur' rakyat Malaysia. Allah beri bala, banjir. Banyak tempat yang tak pernah kena banjir pun dibanjirkan. Rakyat Malaysia masih bergaduh. Allah beri ribut yang musnahkan banyak rumah. Rakyat Malaysia masih juga bergaduh.  Tak insaf-insaf. Lepas tu Allah beri lebih lagi. Allah beri jerebu. Masing-masing menuding jari tuduh-mentuduh. Bergaduh lagi. Makin parah. Berbalas-balas kenyataan akhbar. Tak cukup lagi 'teguran' yang Maha Segala tu bagi. Ish....ish...ish.... Mungkin rakyat Malaysia ni nak peringatan yang lebih 'keras'. Allah tarik bali...

MH370 Tanda-tanda Tanya Yang Bermain Di Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu... Ini bukan spekulasi ye, harap maaf. Apa yang aku nyatakan di sini hanyalah persoalan yang berlegar-legar di fikiran aku selama kehilangan MH370. Tanda tanya 1 :  Kapal terbang boleh hilang dari radar jika terbang rendah.  ~  Agak konsisten dengan 4 laporan polis yang telah dibuat oleh rakyat tempatan, salah seorang daripadanya ialah seorang nelayan yang mendakwa ternampak cahaya terang yang menghala ke arah 'berlainan' daripada biasa dengan ketinggian yang 'lebih rendah' daripada biasa [cahaya terang ini katanya berwarna putih yang lebih bermaksud kepada lampu kapal terbang, bukan letupan]. Kalau rendah memang radar tak dapat kesan la kan. At this point, kalau betul ada kecemasan seperti kegagalan teknikal MUSTAHIL captain Zaharie tidak berusaha untuk memberikan sebarang Mayday call. Even kalau dia tetiba diserang sakit jantung sekalipun, co-pilot kan ada. Pasti akan minta bantuan. TAPI.... Tiada makluman kecemasan yang diberika...

Muka Putih, Kaki Hitam

Sejahteralah ke atas kamu...   Biasanya aku pakai stokin hitam bila keluar rumah @ gi ofis. Stokin hitam bagi aku memberi imej elegan[kot-kot perasaan aku je]. Lagi pun biar orang tak terconfuse bila aku pakai stokin warna kulit nanti orang anggap tu warna kaki aku, padahal aku pakai stokin. Bab stokin ni aku agak confuse skit konsep dgn dengan pakai baju ketat. Kalau kita takleh pakai baju ketat sebab menampakkan susuk badan, stokin pun ketat juga, menampakkan susuk kaki. Silap-silap kalau pakai stokin, lagi nampak seksi. Maklumla, nampak bentuk kaki tu dah cantik then kulit plak nampak flawless je kan sebab pakai stokin berwarna sama dengan kulit. So, sebab tu aku lagi prefer pakai stokin hitam. *tapi sepengetahuan aku, kaki ni termasuk dalam aurat yang tak berat, tidak seberat aurat breast, dan anggota kemaluan yang lain. Tapi aku pun tak pasti juga pasal ni. Ada ke aurat berat atau aurat ringan? Huhu.. Tolong jawab siapa tahuk. Tapi sekali sekala, ada juga aku ...

Hadiah

Sejahteralah ke atas kamu.... Hadiah yang orang beri, tak kira apapun... kita mesti menghargainya. Walaupun benda tu adalah benda yang kita langsung tak perlukan atau memang dah ada ramai orang berikan kepada kita. Contohnya.... Hadiah semasa perkahwinan saya dulu, saya dapat 3 rice cooker. Satu saya guna. Satu dah beri kepada anak buah saya. Satu lagi masih ada dalam simpanan tak tau nak buat apa. Jadi dah jadi sikit pembaziran di situ. Ini bukan rungutan ye. Cuma nak buka minda je. Saya tak kisah pun dapat hadiah apa-apa jua asalkan tak membebankan orang lain. Lagi afdhol kalau hadiah tu saya boleh gunakan dalam kehidupan harian saya. Malahan saya dah pesan kepada kawan-kawan saya, kalau tak bagi hadiah masa wedding saya pun takpe, asalkan derang datang majlis perkahwinan saya.  Eh, keciknya adiah. Saya selalu je pening bila nak beri hadiah kepada orang. Sebab takut benda tu dia dah ada. Saya sebenarnya suka jika dapat berikan sesuatu yang orang tu betul-betul perl...

Masa Terbuang Memikirkan Tentang Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu.... Kita selalu je rasa sedih bila orang mengata yang buruk-buruk pasal kita, tapi sebenarnya orang yang mengata kita tu la yang lebih kesian. Sebab dia dah bazirkan sebahagian daripada masa dalam hidup dia untuk bercakap buruk tentang kita. Ce kalo waktu yang dia guna utk mengumpat kita tu dia guna untuk buat kuih-muih tradisional ke, menjahit je, hafal ayat lazim ke.... mesti dah banyak manfaat yang dia dapat. Tapi jangan fikir ayat kat atas tu hanya boleh diguna pakai untuk orang yang mengumpat kita je. Kalau kita mengata yang buruk-buruk pasal orang pun ayat tu boleh letak kat batang hidung kita jugak tau. Dahtu, apa lagi.... Sudah-sudah la fikir tentang orang yang kamu benci tu. Walaupun membenci orang tu tak baik, tapi kalau benci cukup la sekadar benci. Takyah le package kan sekali dengan kata-kata buruk seperti membuat ketupat mulut. Berdosyer toqqq. Mulai sekarang, pekata kita belajar untuk berfikir secara simple. Berfikir simple ni...

Lagi Artis Dapat Pangkat Dato'

Sejahteralah ke atas kamu.... Ni berita hangat -hangat taik ayerm . Pasal AC Mizal dan Eizlan Yusoff yang akan dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh.... ini penting, sila fokus... Oleh Sultan kesayangan patik, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al marhum Sultan Abu Bakor iaitu sultan Pahang. Dolat tuanku! Koi bangga amat jadi rakyat jelata aok wehhh!! Eh, selamba je panggil sultan kesayangan koi tu dengan panggilan 'aok'. Kene tuloh pulok karang. Sultan Pahang memang terkenal dengan sultan yang paling pemurah dengan kurniaan pangkat Dato' ni. Rasanya ramai jugak artis Melesia ni dapat Dato' hasil daripada kemurahan hati sultan koi ni. Sebab tu la saya ni pemurah. Take after sultan saya la ni. Ngeh. Ngeh.. Ramai yang anggap, artis-artis ni memberi sumbangan besar terhadap negara, jadi mereka memang layak dianugerahi gelaran Dato', untuk menghargai jasa mereka katanya. Saya taknak komen pasal jasa, atau sumbangan mereka. Terpulanglah. Nak hargai, hargailah...