Sejahteralah ke atas kamu... Kat bawah ofis aku ni ada bazaar jualan yang aku tak tau sempena apa. Mungkin sempena gaji atau sempena nak sambut raya. Over kan, raya lambat lagi. Aku ada la walk thru kat kaki lima tu tadi, memantau harga barang-barang sama ada masih di dalam kawalan ke atau di luar kawalan. Acah-acah Timbalan Menteri KPDNKK plok tetibe. Then, aku tersinggah kat satu gerai ni. Aku ter okay? Terrr... Sebenarnya aku nak tanya je. Tapi jenis aku, kalau aku dah tanya, biasanya aku tak sampai hati kalau tak beli. Aku pernah berniaga. Walaupun tak konsisten dan barang yang aku jual pun suam2 kuku je, tapi aku faham perasaan peniaga bila orang tak beli. Memang la tak kisah kalau orang tak beli. Memang la percaya dengan rezeki Allah. Memang la boleh berfikiran positif. Tapi..... ada satu perasaan halus dalam hati yg nak kata hampa tu, hampa juga la kot, tapi bukan la hampa sampai nak memaksa. Gamaknya, sebab tu la aku memang takde bakat nak jadi peniaga berjaya