Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Let's Go HOMST!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Cuba tengok budak ni. Mengada-ngada kan? ......................................................................................................... Kalau ada seseorang yang boleh saya salahkan, maka saya akan pilih Izwan. Dialah orangnya. Dialah puncanya yang membuatkan hati saya tak keruan. Dia yang mulakan kisah makan-makan sedap ni. Dah tentu saya ni mak buyung, seorang insan yang lemah hatinya, yang cepat terliur kalau sebut pasal makan. Petang semalam, Si Izwan ni promote restoren HOSMT yang menghidangkan Chinese cuisine, tempat dia dan wife dia selalu pergi makan. Biasanya saya takde la heran sangat kalo dia nak promote nasik arab dengan kambing ke, atau western food yang gitu-gitu je di mata saya. Tapi bila dia ni dah sebut nama menu, Buttered Chicken, saya dah start drooling. Bila check website, tengok-tengok ada 4 cawangan Homst kat Malaysia ni dan salah satunya di Shah Alam. So, hati ayam bagai melompat-lom

Wondermilk CupCakes

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya memang suka makanan manis. Dessert, pudding, cake, chocolate, ice-cream even kuih keria. Tapi kebiasaannya cupcakes saya tak berapa suka. Sebab bagi saya rasa cupcakes terlampau 'lame' dan 'boring'. Icing tebal yang tak rasa apa hanya rasa manis tu. Muak la. Saya pertama kali mencuba cupcakes Wondermilk ni  setelah diperkenalkan oleh seorang insan yang saya sayangi dulu. [Sekarang pun sayang lagi la]. Tapi dia sendiri pun takde la suka sangat dengan cupcakes ni. Selepas 2 tahun, baru sekarang nak revisit Wondermilk ni sebab tetiba rasa teringin nak makan. Saya pergi ke outlet Uptown Damansara semalam . Tenkiu kat Mat Azghul sebab rajin melayan isteri dia ni. Selamat le dia ni spesis manusia yang sukakan semua jenis makanan. Boleh la dia join makan jugak cupcakes ni. Nampak 8 ketul cupcakes kecik tu macam tak kenyang je, tapi percaya la... saya macam dah terover-dose makan 8 ketul tu walaupun berkongsi dengan suami. Kenyang gile

Kenapa Gambar Baby Omputih Comel-comel Je

Sejahteralah ke atas kamu.... Entry ni memang tak sesuai untuk jurucamera PROFESSIONAL. Ini untuk orang-orang biasa yang amik gambar guna kemre biasa cap ayam atau kemre henfon je. Kalau korang perasan, gambar-gambar baby mat salleh selalu je buat kita rasa geram sebab comel sangat. Tapi kalo tengok gambar anak-anak melayu, tak rasa macam gitu sangat pun. Padahal sepatutnya semua bayi adalah comel. Kalo nak kata sebab anak mat salleh tu putih, tak jugak kot. Ada je gambar anak negro yang bila tengok rasa comelnya Ya Allah.... Padahal anak negro pun itam. Ini adalah daripada pemerhatian saya sebagai seorang yang poyo konon-konon bajet kemrewoman popessyenel. 1.  Bagi saya yang pertama sekali kalo nak dapatkan gambar baby yang comel ialah background/latar belakang . Kalo korang tengok betul-betul gambar anak-anak omputih, background yang mereka amik, takdenya berlatar belakangkan tilam bergambar katun beruang ditambah selimut warna warni gambar katun itik dengan bantal go

Pecel Lele Lela

Sejahteralah ke atas kamu.. Minggu lepas, Groupon ada jual voucher 50% untuk makan di restoren Pecel Lele Lela yang letaknya di Seksyen 13 Shah Alam. Baru le tahu Lele itu adalah nama saintifik bagi ikan keli di dalam bahasa Jawa. Pecel tu tak tau plak apa maknanya. Dan Lela itu sudah tentu la nama pemiliknya ... [kot]. Restoren ni adalah rangkaian restoren yang berasal daripada Indonesia dan ini adalah salah satu cawangannya di Malaysia. Minuman yang saya order namanya Apple Asam Boi. Sebenarnya saya order Jeruk Kelapa. Tapi dah habis plak kelapanya. Sungguh tak patut. Harga : RM4.50 Ini Mat Azghul punya. Ini namanya Es Jeruk. Menurut pelayannya, apa-apa je air yang ada nama jeruk itu maksudnya limau. Jadi Limau Ais la ni. Harga RM4.00 Udang Sos Padang. Sosnya manis-manis pedas. Agak sedap. Udangnya ada la dalam 7 ekor gitu. Harga dalam anggaran RM8.00. Ini pula Set Nasi Ayam Bakar Madu. Harganya RM10.80. Ayam tu agak sedap. Rasanya dah tent

Masalah Dalaman

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah nak dekat seminggu tak update blog, tetiba update blog nak citer pasal masalah emosi. Huhu... Tapi tak kira la. Nak citer jugak. Dah namanya blog. Kan? Sejak akhir-akhir ni, bila kandungan dah makin sarat, saya jadi semakin sensitif dari segi emosi. Sangat sensitif. Padahal bukannya saya tak tau, emosi saya yang berlebihan, akan mempenagaruhi emosi anak di dalam kandungan rahim saya ni. Tapi ntah la. Kalo ada hal kecik yang menyentuh hati saya, saya akan menangis. Suami saya la jadi mangsa keadaan. Dia la yang gelabah nak kena tenangkan saya. [Okay, part gelabah tu saya tambah-tambah je nak bagi sedap ayat. Kehkeh. Sebenarnya dia cool je sokmo.] Hal mende la gamaknya yang boleh menyebabkan saya emosi sampai nangis2 tu ye? Actually takde benda pun. Serius ni. Memang takde benda apa pun yang berat. Confuse nak pilih tempat bersalin pun saya nangis. Bertanya khabar dengan kakak-kakak atau abang2 pun saya boleh menangis. Teringat yang waktu sa

Yang Tidak Mungkin

Sejahteralah ke atas kamu... Ini adalah review filem The Impossible lakonan Naomi Watt [yang pernah jadi gepren King Kong], Owen Matt Gregor [Obi Wan Kelubi Ken-obi dalam citer Star Wars], dan beberapa orang kanak-kanak yang tak femes. Diingatkan bahawa filem ini tiada kaitan dengan filem Mission Impossible lakonan Tom Tom Bak Cruise. Filem ini adalah diinspirasikan daripada kisah benar, sebuah keluarga yang terselamat semasa kejadian Tsunami pada tahun 2004 dia Thailand.  Kisahnya begini.... Sepasang suami isteri berbangsa Inggeris ini datang ke Thailand bersama 3 orang anak lelaki mereka untuk bercuti sempena menyambut Krismas. Percutian di tempat yang indah itu bertukar [bertukar! tet no net no net!] menjadi mimpi ngeri apabila tempat percutian mereka itu dilanda tsunami dan memisahkan mereka sekeluarga.  Oleh sebab kita dah tau family ni selamat dan dah pasti mereka bertemu semula akhirnya, maka kita tengok filem ni untuk tahu bagaimana mereka hadapi saat-saat dih

Makan Untuk Siapa

Sejahteralah ke atas kamu.... "tp yang sedihnye xkan nak sekat apa kite nak makan. kesian bby." ...................................................................... Makan itu adalah keperluan. Nak makan macam-macam itu pulak adalah nafsu. Saya faham kalau ibu mengandung ada mengidam sesuatu. Biasanya mengidam tu makanan la. Makanan yang diidamkan secara logiknya adalah makanan yang memang susah nak jumpa pada hari-hari biasa. Dan mengidam ni pulak sepatutnya sekali je sepanjang 9 bulan mengandung tu [atau 2,3 kali masih boleh diterima]. Itu baru bleh dipanggil 'mengidam'. TAPI.... kalau setiap hari ada je benda yang ibu mengandung tu teringin nak makan, itu dah bukan mengidam namanya. Lebih-lebih lagi kalo makanan tu plak setakat makanan2 biasa yang hanya perlu dibeli di kedai. Itu namanya nafsu makan berlebihan.  Saya rasa ramai isteri yang suka amik kesempatan bila mengandung ni. Ambik kesempatan untuk request nak makan macam-macam supaya suami

Kepala Angin : Part 3 [Wanita Bertudung]

Sejahteralah ke atas kamu.... Laluan 2 lorong di hadapan kondominium mewah Suasana Loft kelihatan agak sesak. Pada waktu pagi , jika bernasib baik laluan di kedua-dua lorong berjalan lancar. Namun jika nasib kurang baik, akan tersekatlah kereta-kereta yang lalu di situ di dalam kesesakan lalulintas. Saya adalah salah seorang daripada pemilik kereta yang tidak bernasib baik pagi itu. Bulan ini sudah 4 kali kehadiran saya merah kerana lambat masuk pejabat. Punca kesesakan akhirnya diketahui setelah kereta saya hampir melepasi bonggol jalan yg terletak 100 meter selepas Suasana Loft. Owh, rupa-rupanya terdapat sebuah teksi berhenti di tengah-tengah laluan kiri jalan itu. Di belakang teksi itu pula terdapat satu lagi kereta lain yang turut berhenti di mana pemandu kedua-dua kenderaan tersebut masing-masing berada di luar kereta. Pemandu teksi adalah seorang lelaki berbangsa India. Pemandu kereta satu lagi adalah seorang lelaki berbangsa Melayu bersama isterinya yang juga Melayu da

Kepala Angin : Part 2 - Imam

Sejahteralah ke atas kamu..... Bila saya mendengar bacaan satu ayat hafazan daripada satu surah di dalam Al Quran, saya pasti akan teringatkan dia. Dia yang tidak saya begitu kenali dengan rapat. Jika kenal pun hanya sekadar nama dan rupa.... serta beberapa kisah negatif tentang dia. Bagaimana boleh teringatkan dia? Manakan tidak.... Satu masa dulu, lama dulu semasa saya dan dia masih di sekolah menengah, dia agak kerap menjadi imam di surau asrama pada waktu Maghrib atau Isya'. Setiap kali menjadi imam, dia pasti akan membaca ayat hafazan yang satu itu. Seolah-olah hanya ayat hafazan itulah ayat terbaik dan terpanjang pernah dia hafal.  Sampai tahap, saya dan kawan-kawan asrama puteri dah boleh agak ayat yang bakal dibacakan jika dia menjadi imam. Sebenarnya kami agak meluat dengan dia. Bukan kerana ayat hafazan itu, tetapi attitude dia pada waktu-waktu dia tidak menjadi imam sangat la poyo dan tidak bersesuaian dengan keadaan. Nak explain pun susah. Senang cakap dia ni

Doktor

Sejahteralah ke atas kamu... Tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak saya pegi klinik. Klinik yang saya pergi plak ada banyak. Selalu tukar-tukar klinik. Klinik-klinik yang saya pergi tu plak bergantung mengikut keadaan. Tapi biasanya sebab doktor la. Kalo doktor kat klinik tu saya rasa dia tak best, next time saya tak pegi la situ. Bila dah banyak kali bertukar-tukar klinik, ramai la doktor yang saya jumpa. Doktor pun manusia jugak. Ada perangai sendiri. Bukan doktor je yang pening dengan perangai pesakit. Pesakit pun boleh pening dengan perangai doktor tau.  Saya pegi Klinik A sebab sakit kepala. Mungkin migraine. Doktor A : Sakit apa?.... Saya        : Sakit kepala. Mata kanan rasa senak. Doktor A : You makan ikut time tak? Saya        : Kadang-kadang ikut. Kadang-kadang tak. Doktor A : You gastrik ni. I bagi you ubat gastrik. *sambil tekan dan ketuk-ketuk perut saya, dan bunyi kembung. Saya        :  Owh... Ada gastrik ke? Apa kaitan dengan kepala? D