Sejahteralah ke atas kamu.... Sepanjang aku bercuti, aku tak tau pun yang ada jiran blogger baik hati review pasal blog aku. Korang kena rajin la baca review dia kat blog tu. Aku paksa ni... Sila terjah. Review Blog LydSunshine by Kesuma Angsana . Eheheheh. Terima kasih daun pisang aku ucapkan untuk cik Puan Kesuma Angsana di atas kesudian beliau review blog titew yang suam-suam kuku ni. Terhawu titew taww... Aku menerima setiap komen yang Kesuma Angsana berikan dengan hati yang terbuka. Salah satu yang terkesan untuk aku ialah komen beliau pasal background blog aku ni. Hehehe.. Pastu, baru le aku perasan yang blog aku ni warna dia suram. Nampak cam sedeyyy je kan, walaupun hengkorang jangan tak tahuk, yang tuan punye blog ni seorang yang ceria seperti Kinder Joy. Aku serius ni. Heheh. Aku sebenarnya ada jugak terfikir nak tukar template blog aku ni, bagi nampak cun melecun skit. Tapi ada banyak le halangannya. Pertama sebab aku tak reti. Hahah. Kedua sebab aku ...