Sejahteralah ke atas kamu.... Disclaimer: Pendapat yang aku tulis ni, hanya untuk diri aku sahaja ye. Tidak termaktub ke atas diri orang lain. Jadi, pendapat aku mungkin akan ada percanggahan dengan pendapat korang. Harap berlapang dada meraikan perbezaan. Sekarang aku tengok ramai betul orang suka camping. Seronok je tengok orang camping, bawak anak-anak main dengan nature. Happy je tengok anak-anak mandi sungai. Aku ni suka juga nature, tapi aku pemalas. Aku jenis tak berapa minat benda-benda yang meyusahkan aku. Dulu kan, masa sekolah.... aku memang tak minat langsung camping. Kalau kena pergi camping, kawan-kawan lain melompat kegembiraan. Aku sorang je tak melompat. Sebab aku tak suka tau peluh-peluh, nak mandi susah, nak tukar baju susah, khemah pulak masa tu memang panas. Dia kalau panas tu aku boleh tahan lagi. Tapi panas khemah dia macam berkuap. Habis kepam baju-baju semua. Aku lemas. Dan yang paling susah bagi aku, ialah susah nak berak time pergi camping. Aku cer...