Iklan! Iklan! Sila Click!

19 January 2022

Update 2 Tahun. Tentang Anak Ketiga, Tentang PKP, Tentang Puasa

Sejahteralah ke atas kamu....

MasyaAllah sistursss... dah 2 tahun acik tak update blog. Sekarang dah kena panggil diri sendiri acik sebab dah masuk umur warga emas ni. Hakhak. 

Kadang-kadang rindu nak update blog, cuma sekarang dah segan nak cerita pasal personal. Yelah, sejak jadi warga emas ni dah semakin pemalu pulak kita. ohhoi... 

Sekarang anak acik dah 3. Rasanya insyaAllah tak bertambah dah tu. Yang pertama masih lagi Luth. Yang kedua Yafith. Yang ketiga keguguran. Walaupun belum masuk usia 4 bulan di alam rahim, acik cam gediks je nak bagi nama. Jadi acik bagi la nama dia Yusuff Al Hanif. Motif bagi nama macam tu?? Hahaha. Suka nabi Yusuf. Tapi cinta lagi Rasulullah SAW. Dan anak ketiga acik namanya Suci. Simple je kan. Eh tapi nanti dulu. Memandangkan ini satu-satunya anak gadis acik dan acik rasa memang dia bongsu la ni confirm..... Jadi acik rasa mcm nak bagi nama ala-ala novel la juga kan. Takkan asyik hengkorang je yang nak bagi nama ala-ala novel. Jadi acik bagi la nama Suci Amethyst kat dia. Amacam? Terbeliak tak halkum korang bila dengar nama anak acik? Mohon jangan kecam acik ye. Amethyst tu sebut dia 
"a-me-tis".  Gitu je. 

Maksud nama pun, Suci tu direct je, bahasa melayu je tu, boleh faham kan? Maksudnya mmg suci sungguh la tu. Sesuci hati acik ni. ecei. Amethyst tu dalam bahasa melayu = batu kecubung. Sejenis gemstone berwarna purple. Ada orang nak tgk gambar anak dara acik ke? Patutnya takyah tengok pun takpe, sebab muka Suci sebijik muka acik. Tak tau la, oang la yang kata. So, just bayangkan muka acik dalam versi baby. Tak dapat bayangkan? Lemmahhhh....
.
.
.
.








.











.











.






.

Suci Amethyst dah berumur 2 tahun dah. Tapi dia jenis haluih je. Masih mcm baby. Baju dia size 6 bulan pun boleh pakai lagi, tapi kena pakai legging la. Cuma naik meninggi je. Jangan meninggi diri dah la ye Uci. 

Dulu masa dapat anak kedua, acik mcm terkejut tengok perangai anak kedua, sebab boleh tahan juga la handalnya. (Handal ni kalau orang Pahang sebut tu kira mcm nakal la sebenarnya. Berlapik la sikit kan kalau nak mengata kat anak orang, inikan pula anak sendiri.). Sekali bila dapat anak ketiga ni, rupa-rupanya lagi handal daripada abang-abang dia. Tak padan dengan perempuan. Dia bukan nakal yang jenis menggelupur tak tentu hala tu. Tapi jenis paling kuat buat sepah, paling cepat tangan capai apa-apa, mcm vacuum robot dah acik tengok. Vacuum robot kan bila dia tersangkut, then kita angkat, dia akan menonong je sambung buat kerja pergi ke tempat lain. Haa, macam tu la Suci. (Ni acik bandingkan dengan vacuum robot yang cap biase-biase la. Kalau yang canggih mahal tu, dia boleh mengundur sendiri kalau tersangkut.).

Kiterang panggil Suci burung. Sebab dia ni, barang daripada kabinet dapur, dia hangkut, bawak masuk bilik, tinggalkan atas katil. pastu selongkar rak buku, bawak pergi dapur. Bawak macam-macam barang ke tempat lain. Sama macam burung nak sebarkan biji benih pokok je kekdahnya.

Tapikan.... Satu perkara la yang acik baru rasa beza anak perempuan dengan lelaki ni. Anak perempuan ni dia cepat pandai. Pastu common sense dia tinggi. Nak bagi contoh pun tak ingat. Tapi memang banyak benda yang dia pandai lagi cepat daripada abang-abang dia. Contoh paling mudah, pakai kasut, pakai baju, buka baju sendiri, buka penutup botol air mineral, suap makan sendiri. Cuma bercakap masih sepatah-sepatah lagi dan pelat. Kepandaian dia ni mungkin berkat daripada dia duduk asrama bayi selepas dia lahir dulu kot. (Wad NICU, PPUM). Tak lama sangat Suci duduk wad NICU. 21 hari je. Alhamdulillah.

Selepas dah 2 tahun  usia Suci ni, ada banyak sangat perkara yang acik bersyukur kepada Allah. Pertama, Suci sempat lahir sebelum PKP bermula. Sebelum semua norma baharu wujud. Kalau tidak, ko bayangkan la, betapa seksa nak masuk hospital melawat anak kat asrama baby tu. Nangis la acik. Bila habis 90 hari maternity leave acik, acik sempat masuk ofis 2 minggu. Lepas tu PKP. Memandangkan acik ni jenis tak suka sangat keluar rumah, jadi PKP tu acik relax je. Tak rasa menderita sangat kena kurung, suka adalah. Acik suka tu bukan bab pendapatan atau bekalan makanan tu, tapi part yang tak boleh gi jalan-jalan tu la. Acik okay je tak gi berjalan pun. Kalau bab pekerjaan tu, Acik bersimpati dengan rakyat Malaysia lain yang struggle untuk survive masa PKP tu. Ntah la awak. Spekulasi daripada pakar, ekonomi kita akan jadi lagi parah tahun 2022. Acik doakan semua itu takkan berlaku. Okay sambung balik pasal PKP bersama Suci, acik mestilah gembira sebab boleh jaga Suci sendiri, takyah hantar pergi pengasuh. Lagipun pengasuh lama anak-anak acik dah tak larat nak jaga budak. Dah berusia. Kesian juga kat CikYam wp sedih la kan, sebab lama dia jaga anak-anak acik. 

Masa PKP tu la dapat sepanjang bulan Ramadan bekerja dari rumah. MasyaAllah, subhanallah alhamdulillah. Yang ini la yg acik rasa hadiah paling indah sepanjang hidup. Perasaannya dapat berpuasa di rumah tanpa terkejar-kejar selepas sahur tu untuk ke pejabat, boleh baca Al Quran dengan tenang, dapat beribadah dengan santai-santai tanpa berkejarkejar. Seronok tak tau nak habiiiaqqq cek oi. (Bak kata TokRi). Punya seghonok puasa takyah gi opis tu la yang acik tak kurus2 sampai sekarang ni. Ah ghisauu... Be who you areee.... 

Sekarang acik layan TikTok tau. Seronok juga tgk kat TikTok ni. Walaupun ada juga yang menjengkelkan acik, acik scroll je la laju-laju. Tapi menarik la. Acik ingat nak jadi Tik Toker juga, tapi tak reti nak buat content. Setakat letak video kucing jiran terloncat-loncat tu, view dapat 30 je. Sendu sungguh sis.

Okay, ini jela kisah personal acik sehingga tahun 2022 ni. Kalau acik update blog pun lepas ni, maybe update yang tak personal sgt kot (Kot je la. Mana tau sekali sekala rajin kan). So, followers acik sekalian, berikanlah standing ovation untuk acik yang meluangkan masa emas acik ni untuk update blog acik ni. Chiooowww.. 

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...