Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Alasan Alternatif Jika Ditegur 'Gemuk' Oleh Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu... [*Gemuk - Sila baca sebagai 'berisi'] Alasan 1 Apa nak diherankan kalo aku gemuk. Sedangkan Siti Nurhaliza dan Aiswarya Rai pon gemuk lepas kawen, inikan plak aku yang bukan artis ni. Derang lagi la sepatutnya banyak duit, bleh pegi slimming center. Alasan 2 Aku dah bosan asyik kurus kering je. Nak ubah penampilan plak. So aku sengaja biarkan diri aku berisi sikit. Baru le ada alasan nak beli baju baru. Sambil sengih kerang dan berbunyi.. 'teeheee'... Alasan 3 Takpe kot kalau aku gemuk as long as aku tak mintak duit ko untuk beli lauk-pauk yg aku makan. Alasan 4 Gemuk la bagus, nampak lebih matang. Baru la orang-orang muda akan respect aku skit. Kalau tidak derang anggap aku ni macam adik-adik derang plak. Kalo berjalan pun dah macam gegar-gegar lantai, bleh menakutkan kanak-kanak kecil. Ok what? Alasan 5 Jadi gemuk ni memang pilihan aku sebab aku nak try audition berlakon, watak komedi untuk gantikan Syanie dan sebagai pelapis kepada Enot.

Perangai Orang Malaysia Yang Membanggakan Di Peringkat Antarabangsa

Sejahteralah ke atas kamu... Ada beberapa perangai orang-orang Malaysia, tak kira Melayu, Cina atau India yang kalo dibawa ke peringkat antarabangsa, boleh membuatkan negara Malaysia ni popular. Antaranya; Meludah pada tempat yang tak pasal-pasal. Kalau kat kedai makan, ludah dalam sinki tempat basuh tangan. Kalo sinki tu plak tersumbat? Terapung je la. Eyarkkk... Bila tengah lepak2 kat dataran tempat lalu-lalang [lalang ke? bukan lalu-manusia ke? lalang boleh lalu kewww???], tanpa rasa penyesalan dia meludah atas simen/jubin di dataran tu. Orang pijak. Seret bawak pegi tempat lain. Jgn marah kalau saya katakan biasa yang paling selalu meludah ni adalah kaum lelakeee... Dia boleh pptuikkhhhh je dgn kahak2 dia. Tp pompuan pun ada juga. Meludah masa tgh drive kat jalan jammed. Tp tak la sebiadap 'hakkkk ptuikhhh' tadi. Tapi sungguh tak bermoral tinggi perbuatan itu. Dah sama taraf dgn monyet dah tu. Monyet je yg selalu ludah merata-rata ni kan? Itu pun sbb memang cara dia makan

Spinster Yang Memang Melampau Pun

Sejahteralah ke atas kamu.... Filem-filem yang ditayangkan di TV semasa raya hari tu mmg menyesakkan tali perut. Dah tayang tu takpe lagi, sebab time tayang tu pun memang waktu orang bz beraya. Tapi part ulang tayang banyak kali lagi lepas raya tu yg paling menyirap. Dah tu kebetulan plak waktu ditayangkan tu, saya memang tgh lapang dan melangut depan TV pastu channel lain semua tayangkan rancangan yg lagi takbleh bla. So, terpaksa tengok. Sebenarnya saya hanya maksudkan 1 filem ni je. Andartu Terlampau Gedik 21 Hari Mencari What Ever. Sesungguhnya, pendek gemuk atau keburukan fizikal itu tiada masalah bagi saya sebab semua tu rupa yang Allah beri. Tapi kalo rupa buruk itu disulami dengan cara pembawaan yang salah, euwww.... hasilnya terjadi la perasaan menyampah yang membuak-buak dalam dada ni. Maksud saya, siapa lagi kalau bukan Heliza Misbon. Sape tengok filem tu pasti takkan lari daripada merasakan perkara yang sama, percayalah. Ni kalau saya cerita lebih-lebih akan jadi mengumpat

Angry Birds Rio How To Download Full Version For Free

Sape suka main Angry Birds? *kalo ko angkat tangan pun aku tak nampak*. Bagi yg dah graduated main Angry Birds Original, boleh try main Angry Bird Rio pulak. Biasanya kalau 'angry birds rio.exe' file yang ada kat internet ni, trial version je. Dia kata je Full Version, tapi sebenornya serbuk pun tarakkk... Kat sini saya kongsikan cara-cara nak download the Full Version of Angry Birds Rio. Seronok tau Angry Birds Rio ni. Kalau Angry Birds yang biasa, kita berperang dengan vavi atau Cik Si Khin, tapi Angry Birds Rio ni, stage 1 kita kena bebaskan burung2 dalam sangkar. Stage 2 dan 3 kita kena tembak monyet. Tapi lebih mencabar dan berbeza skit permandangan dia. Lagi ada tambahan burung dalam Angry Birds Rio ni. Iaitu burung warna biru dan kembar. Pastu last sekali akan ada anjing tolong makan geng-geng monyet ni. Cool giler! Sesiapa teringin nak download Angry Birds Rio full version, boleh cuba follow steps berikut. Free je. Main le korang sampai lebam mata. Follow to this steps;

Tunggang Terbalik

Takpayah nak menafikan lagi bahawa dunia kita hari ni semakin pelik. Diantara 2 keadaan; yang benar dan salah manusia zaman sekarang akan lebih pandang rendah pada yang benar. titik. Wanita yang berjubah dan berpurdah akan lebih dipandang pelik dan sinikal sedangkan pempuan yang pakai bikini berlari-larian di tepi kolam dipandang 'howttt' ~kipas muka guna tangan sendiri... Lelaki tua yang comot dan mengutip tin aluminium dipandang jijik dan kotor sedangkan jutawan kaya-raya, berkereta mewah dan memandu laju di jalan persekutuan yg jammed, tetapi mendapatkan kekayaannya dengan cara yang haram akan lebih dipandang 'diva' oleh masyarakat. Berkahwin tanpa bercinta akan dipandang sangat kolot dan tak up-to-date sedangkan berkaple sebelum bercinta itu dianggap sweet dan perlu demi utk mengenali hatibudi dan nurani pasangan serta mendapatkan keserasian. Anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM akan dipandang mulia, bijaksana, pandai, cemerlang dan bergemer

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

Giveaway pertama yang saya masuk tak membuahkan hasil. So, cuba lagi untuk Giveaway yang kedua pula. Memandangkan cara pemilihan pemenang adalah secara cabutan bertuah, so possibility untuk saya menang tu memang 'BESAR'. Sebab saya ni selalu 'BERTUAH' tau. Sentiasa bertuah. Kalau saya masuk peraduan atau contest apa-apa kat dalam dunia ni, 'CONFIRM' menang. Hihi. Jadi harap-harap kali ni akan jadi lebih bertuah. Bukan selalu orang nak bagi souvenir daripada negara Takuya Kimura dan Kim Rae Won ni. Nak harapkan kekawan yg pergi bercuti ke sana bg souvenir, takde harapan le nampak gayanya. Promotion dia macam ini; Bismillahirahmannirahim.. Dengan lafaz Bismillah saya nak merasmikan giveway yang pertama kali cuba dibuat di blog Asmara Life. Berdebar jugak ada penyertaan atau tak, ikhlas nak bagi pada yang sudi menyertainya. Sebelum ni saya tak pernah sekalipun menyertai mana2 GA. Sangat terharu kalau ada siapa2 yang sudi join. Giveaway yang nak diberi merupakan bar

Bila Orang Islam Dituduh Kafir, Marah... Tapi......

4 Perkara Melenyapkan Agamamu... Kata Syeikh Abd Qadir Al-Jailani: ✔Kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui. [berapa banyak perkara yg kita ketahui telah diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran tapi kita tak buat?] ✔Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui. [berapa banyak perkara yang kita buat tapi kita tak tahu benda tu boleh ke tak, tapi kita tak cari jawapannya pastu main agak-agak je. Berapa banyak perkara yg kita buat, kita tak pernah mempertimbangkan sama ada Allah suka ke tak suka. Contoh, bila kita ada 2 pilihan nak beli nasik lauk biasa je berharga RM5 dengan nasik lauk lebih drpd biasa di restoran mewah berharga RM49.90? Dua-dua mengenyangkan. Kebanyakan daripada kita akan pilih tempat mewah dengan alasan 'kalau mampu apa salahnya'. Tapi adakah Allah redha? ✔Kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya. [berapa banyak ilmu tentang agama yang kita tak tau tapi kita taknak belajar atau kalo nak belajar pun nanti-n

Cinonet Kisah Raya

Sejahteralah ke atas kamu. Sejak 2 tahun lepas... Secara tidak saya sedari, hari raya saya seperti kekurangan. Seperti ada yang tidak lengkap. Saya sangkakan itu berpunca daripada perasaan lonely kerana umur makin meningkat tapi pasangan hidup masih belum nampak bulu mata lagi. Lagi pula semua adik-beradik saya sudah berkeluarga dan saya? Masih sendirian. Raya tahun ini, kononnya bila sudah bersuami.... saya sangkakan rasa kekurangan itu akan hilang dengan kehadiran suami di dalam hidup. Rupa-rupanya tidak juga. Suami hanya penghilang rasa lonely dan left-behind yg selalu saya rasa selama ini, tetapi masih tidak dapat memenuhi rasa 'kekurangan' asam itu. Minggu lepas, semasa pegi umah Kak Teh di Taman Melawati, kak Ngah daripada Kuantan juga dtg [sbb dia nak attend kenduri kawen kenalan dia]. Kak Ngah bawak rendang ayam dan nasi himpit. Saya masa tu dah kenyang. [hahhhh? apa? lyd kenyang? amazing!!]. Tapi oleh sebab tanak menghampakan perasaan kakak-kakak saya yg ajak makan t

Kucing Saya

Sejahteralah ke atas kamu... Tak baik jeles-jeles ni. Heheh, padahal saya yang jeles tengok Nina Syarfa post pasal kucing dia. So nak jugak buat entry pasal kucing. Tapi kucing dia kucing mahal bulu tebal. Kucing saya kucing kampung je. :D. Hehehe... ngade-ngade sungguh tuan punya blog ni. Ini namanya Pu. Singkatan kepada 'Pusing'. Tengok le corak berpusing kat badan dia tu. Pu ni masa lahir ada 4 beradik. Tapi dia sekor je yg hidup. Mungkin tuah corak dia yg cantik kat badan dan dahi kot. Yang ni plak Tanpa Nama. Sebab dia ni kucing orang buang kat umah saya. So, dah ada tu alang2 kasi je makan. Tapi tak bleh naik atas umah. Sbb mak saya kata, kucing kalo dah besar tapi ada org buang merata-rata jugak, mesti dia ada buat perangai cam berak merata-rata atau kencing merata-rata. So, tak berani la mau bawa itu kocing naik itu rumah... yenadey! Saya rasa kucing ni sesuai kalau saya bagi nama Tom. Sebab muka dia tu ganas sgt. Tom tu kan maksudnya kucing jantan. So, finelah. Saya n

Lagi Kisah Tentang Televisyen

:) Smile.... Sejahteralah ke atas kamu.. Nampak tu.. awal-awal lagi dah senyum dulu sebelum greeting. Sebab nak cerita pasal TV lagi. Saya ni insan yang berjiwa seperti insan seni. Kurang sikit je daripada taraf hamba seni tanahair. Nak review pasal TV Al Hijrah[ko ingat review ko ni penting sangat ke? Heheh.. ]. Ye, saya tau.. Tanpa review daripada saya juga rating TV Al Hijrah ni bleh meningkat. Perkataan review tu mungkin tak sesuai skit la kot. Tapi cuma nak kongsi apa yang saya rasa je. Biasanya channel TV yang saya tonton ialah Discovery Channel, NatGeo, History dan Animal Planet. Kadang-kadang singgah juga di channel lain. Seperti MTV, StarWorld pastu Oasis dan lain-lain. [Semua channel org dewasa je aku tengok kan? kekeke.. Dah makin berusia ni dah makin nak mencari information je dan kurangkan hiburan.] Baru-baru ni je saya mula singgah di TV Al Hijrah. Apa yang saya tengok, kebanyakan rancangan di channel ini sangat menarik, boleh dikatakan semuanya menarik. Channel ni percum

Tutti Fruitti La Sangat Konon...

Semalam dating dengan En Stormpong kat Taman Tasik Shah Alam. Takdok keja betul kan? Alaa.. kasi can la kat orang tua ni nak bercinta. Dulu sebelum kawen mana penah pegi dating. Nak kena bebel sekarung dengan En Stormpong bleh la. Sedangkan saya hantar sms sweet-sweet cakap 'i miss you' pun kena marah, inikan pulak nak ajak berdating. Harus keluar api ikut mulut dia. Sejahteralah ke atas kamu. Punya la eksaited nak cerita pasal pegi dating, sampai lupa nak bagi salam. Tak senonoh akak Sunshine ni. Sila jangan contohi sikap tersebut. Memula kami makan kat satu restoran Cina Muslim ni. Tajuk besarnya ialah Restoran Al Munawarah. Relevannya kenapa kami berdating di Shah Alam sedangkan rumah di PJ ialah En Stormpong nak ajak saya pegi kat area dia kerja. Lagipun kami bukan tau tempat lain nak dating. Saya ada snap gambar lauk-lauk tu semer, tapi ari ni tak bawak plak kemre tu utk diupload gambar tersebut. So, hanya tulisan je la yg dapat menceritakannya. Lepas dah mentekedarah den

Apa Nak Jadi Dengan Melodi Ni

Sejahteralah ke atas kamu... *Melodi itu bukan nama kucing kawan saya yang bernama Nana. Sape suka tengok rancangan Melodi kat TV3? Owh.. tak suka ke? Heheh.. tapi saya suka. Tak kisah la rancangan apapun sebenarnya. Saya memang kuat tengok TV. Rasanya saya mula tengok Melodi sejak awal-awal terbitan lagi. Masa Ogy dan Mahadzir Lokman jadi pengacara. Pastu Azwan Ali. Pastu Paknil.[eh, paknil penah mengacara melodi ke? Heheh. rasa mcm tak penah kot.. ], then kak engku, pastu ada la tukar-tukar lagi beberapa orang lagi sampai le ke Wahid pastu masuk plak Fafau dan sekarang Zizan dan Dira. Yang nak dikomen tu bukan pasal pengacara. Pengacara tu ok je. Masing-masing ada gaya penyampaian tersendiri. Siapa la kita nak komen beriya sangat. Kalau mereka tak layak, takkan le TV3 sign kontrak dgn mereka kan? Cuma yang membuatkan hati berbulu ayam ialah cara wartawan-wartawan mereka provoke artis dengan soalan-soalan laser yang konon-kononnya terjah + gempak tapi bagi saya agak biadap kadang-kada

Wordless ToDay

Kenangan Indah Percutian Ke Tioman

Sejahteralah ke atas kamu... Warning! Cerita ini bosan dan perlukan fokus terhadap jalan cerita. Sapa baca dia memang best + insan terhebat. Ada sorang BFF saya yang berasal daripada Kg Tekek, Pulau Tioman. Nama beliau Wanna. Bulan 3 yang lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dan menjemput saya untuk datang menyemak kat majlis perkahwinan beliau. Saya memang excited giler nak pergi. Sebab, come on la.. Tioman kan. Sambil minum ABC, sambil kunyah cincau. Sambil pegi wedding member, sambil bercuti di tepian pantai. Saya tak pernah naik feri keshiannn , inikan pula nak jejakkan kaki di pantai-pantai yang indah di Pulau Tioman. Maka, bertambah meronta-ronta la perasaan ku ini ingin pergi ke siteww... Saya cari partner utk pegi ke sana bersama saya. Zila-Chan awal-awal lagi dah memberi jawapan yang nak menghala ke negatif dengan bermacam-macam alasan. So, saya dah bleh agak beliau tak berminat nak join. Takpe. Kita cuba lagi. Cari mangsa lain plak. Try nak contact Ubi[nama samaran heheh],

Blog Impianku Dalam Mimpiku

Sejahteralah ke atas kamu... Amboi... Nama tajuk blog dia... Puitis boleh tahan. Boleh lawan Eddie Hamid macam ni. Hihi.. Kidding yooo... Saya nak review blog En Top Imagine ni. Sebab saya perasan beliau pernah komen kat salah satu entry saya tentang blog yang ini dan tanya pendapat saya tentang blog beliau. Walaupun tidak wajib utk dijawab, tapi suka jugak nak jawab. So, sesape nak saya review blog dia, bleh bagi suggestion. Nanti saya akan skodeng blog kamu pula dan bagi komen yang baik-baik saje. ;) Mula-mula masuk blog ini, saya dapat loading dengan cepat. Contents semua keluar dengan lajunya. Ini bermakna... Blog dia tak berat. Tak banyak widget, tak banyak application so bermakna bagus. Lepas dah loading dgn lajunya iteww... terus nampak header dia dengan gambar seorang lelaki yang sedang tidur @ tertidur sebab kepenatan @ pengsan di atas kerusi sambil letak sunglasses kat dahi. Penat nampak dik? Tido waktu ofis ke tu? Haha. Layout dan design dia semua ok. Kemas. Senang nak bac

Fitnah La Kalau Berani

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Eh, apsal saya asyik nak cerita pasal sifat-sifat negatif je ni? :). Idea ni mcm tu la. Time dia nak melintas, dia datang je melintas dengan tak kira masa macam budak skolah melintas jalan tak pandang kiri-kanan-kiri. Time dia taknak melintas plak, kita la yang akan tertampi-tampi. Jadi, sementara ada ni, kita turunkan le idea tu kat blog. Paling best masa idea tengah datang mencurah-curah sampai 5,6 entry sehari. Kalau ada banyak idea tu, tak semestinya kita perlu publish semuanya sekaligus pada hari yang sama. Nanti setiap entry tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada pembaca. So, schedule kan le entry itu supaya publish sehari, satu. Padahal tajuk dia tadi pasal fitnah. Tetiba saya gi meleret citer pasal idea plak. Orang yang suka mefitnah pada pandangan saya adalah seorang yang hebat dan berbakat. Fitnah mengikut kefahaman saya ialah cerita keburukan yang tidak benar tentang seseorang. Maksudnya cerita r

Cemburu, Dengki, Irihati. Semua Ada.

Sejahteralah ke atas kamu... Cemburu yg berniat nak menjatuhkan orang lain memang super tak baik. Tapi kalau untuk jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat, itu sangat bagus. Saya setuju. Amalkan selalu. Saya tak pernah cemburukan orang lain sampai nak menjatuhkan orang lain. Tapi saya pernah mendapat keuntungan daripada orang lain yang dengki dengan seseorang yg lain. Padahal saya goyang kaki je. Tetiba saya yg dapat pekdah dia. Err... ayat ni berbelit tak? Macam ni cerita dia. Masa saya di ofis lama dulu... syarikat kami hanya menyewa beberapa lot kedai di sebuah bangunan kat Negeri AmadShah. Kalau dah namanya menyewa, parking lot percuma pun hanya berapa ketul je dapat. Orang-orang bertuah yg dapat parking lot itu adalah semua pegawai termasuk penyelia. Staff bawahan dan kuli-kuli batak pandai-pandai le ko nak parking kat mana pun. Asalkan tak mintak duit syarikat sudah. Termasuk le diri saya sendiri. Huuuwaa... Pastu ntah sebab apa, ada sorang pegawai kat ofis saya tu

Nyamannya Peti Sejuk Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Waktu saya menaip entry lapok ni, perasaan saya rasa mcm saya ni adalah frozen food bebola ayam jenama Saudi. Dah hampir nak membentuk ais dah kat keliling badan saya ni. Sejuk nak mamposss kat level 23 ni. Mentang-mentang semalam saya komplen pasal air-cond panas rasa macam dok dalam kereta tak pasang air-cond. 10 minit lepas tu, saya dengar bunyi air-cond dimatikan. Seminit lepas itu, air-cond dihidupkan semula dengan kelajuan 3000 kuasa kuda [ceh memandai je]. Tapi takkan saya komplen dalam hati pun dierang dengar? Hehehe.. Nampak sangat ke menipunya. Saya komplen depan Joe dgn Shida. Ada kena-mengena ke?

I.S.R. A. E.L.

Sejahteralah ke atas kamu... ISR4EL. Isr4el adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub A.S. Menurut bahasa Kan’an, kata ini bererti ‘Allah Maha Kuat’, sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa tulisan firauniah sebelum masa Nabi Musa A.S. Kata ini juga menjadi nama suatu tempat Palestina, tanah pengasingan Yaakub [Israel], Sebab dia dan anak keturunannya lahir dan tuumbuh besar di Harran. Mereka hidup pada abad XVII sebelum masihi. Orang-orang Aramiah berbicara dengan menggunakanbahasa al-Asya’ir, bahasa Ibrahim, Dengan bahasa itu pula orang-orang Kan’an dan Amury di Palestinaa berbicara. Atlas Hadith, Tulisan Dr Syauqi Abu Khalil.

Selamat Hari Lahir Zila-Chan

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ini 12 September 2011. Hari ulang tahun kelahiran yang ke-tet.. tett salah seorang BFF saya iaitu Pn Rozilawati Mat Nor. Hambik. Aku letak nama penuh. Padan muka dia kalo dia malu. Oopss.. Hari tu masa bday BFF saya si Buji dan Zatul, saya lupa nak buat entry tentang mereka. Harap-harap mereka okey jewwh la hendaknya. Bukan apa Buj dan Acul, nda sempat mo tulis. Next other year ok? Peace... Senyum skit. Nickname yang saya selalu panggil beliau ialah Zila-Chan. Beliau ni kawan sekolah menengah saya di sekolah yang bernama tettt... rahsia. Hehehe.. Mcm halal je nak rahsia-rahsiakan nama skolah ye tak? Ok la.. nama skolah saya ialah SMART. Skolah je SMART, tapi saya tak plak smart. Saya start berkawan dengan Zila-Chan ni sejak tingkatan 1. Kami ada group atau clique yang kami panggil KAWANKU. Eceh. Dah mcm nama kad ATM Maybank plak. Nama KAWANKU tu abaikan je la. Tapi ada cerita tersendiri jugak. Masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5 ni saya takla begitu ra

Pompuan Bawak Beg Besar-besar Letak Apa?

Sejahteralah ke atas kamu.... yang membaca.. Entry ni menjawab persoalan daripada satu blog, tapi mcm biasa... saya tak ingat blog mana. Banyak sgt blog yg saya followed. Fakta yang bukan auta ni memang dah tak perlu disangkal lagi. Rasanya semua orang akan setuju bahawa bila traveling, kaum pompuan la yang bawak beg paling besar mcm nak pindah dan mulakan hidup baru di planet Marikh. Padahal kaum lelaki bleh relax je bawak satu beg galas macam galas notebook bawak pergi ofis je lagaknya. Ini adalah suatu ketidakadilan!!! Orang lelaki selalu condemn org pompuan bila pompuan bawak beg besar. Kadang-kadang diri saya sendiri yang pompuan ni pun tak faham kenapa saya selalu bawak beg besar-besar kalau pegi traveling, inikan plak orang lelaki. Tapi bila dikaji-kaji balik, memang logik pun kalau beg pompuan bESAR.~DAH AKU TERTEKAN CAPS LOCK PLAK. Pompuan ni barang-barang asas untuk diri dia ada banyak. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki tau. Barang-barang tu plak bukan hanya aksesori

Kos Atau Masa

Sejahteralah ke atas kamu... Orang selalu memikirkan tentang penjimatan kos. Kos itu adalah duit. Duit itu tidak elok dibazirkan. Dalam masa yang sama kita tidak pula menjimatkan masa. Padahal, duit yang habis boleh dicari ganti sedangkan masa yang telah berlalu takkan dapat diputar kembali. Contohnya... Orang akan memilih untuk menaiki bas kemudian tukar train then bas lagi utk ke satu-satu tempat walaupun ada teksi. Naik teksi memang la mahal. Tapi kita akan sampai lebih cepat. Masa pun jimat. Tapi ye lah kan... Kalau mmg dah tak cukup bajet tu apa boleh buat. Cuma kalau yang ada duit tapi tak sanggup keluarkan walaupun akhirnya banyak masa yg dibazirkan. :) Jangan sentap yahhh?

Amar Makruf Nehi Mujeko

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa dengar 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kan? Maksudnya menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Nak ajak orang buat kebaikan tu kacang je. Kita boleh buat muka seposen je ajak orang, "Jom sedekah pisang kat masjid nak?". Kalau orang tu nak ikut, bleh ikut. Kalau dia tanak ikut pun biasanya kita tak paksa betul tak? Pendek kata... banyak cara kita nak buat kebaikan. Bleh belanja kawan. Bleh tolong orang buta melintas jalan. Bleh selamatkan lipas yang tersepit celah tudung saji. Macam-macamlah. Itu kalau cerita tentang nak buat kebaikan. TAPI.... part yang satu lagi iaitu 'MENEGAH KEMUNGKARAN' itu adalah sangat-sangat sukar. Mana tidak sukarnya kalau kadang-kadang kita pun berbuat mungkar jugak. Hehehe. Contoh paling senang; membuat ketupat mulut ataupun mengompat. Secara sedar ke tak sedar, kita pun mengumpat orang juga... jadi agak susah le kita nak tegah orang mengumpat. Ye dok? Lagi satu kita pun nak jaga persahabatan. K

Troli Giant dan Brader Yang Bawak Perdana

Sejahteralah ke atas kamu... Hari raya ke 4 iaitu hari Jumaat, saya beraya beramai-ramai bersama family husband ke Pekan, Pahang. Lepas dah habis beraya kat umah-umah yg berkenaan, kami bawa haluan masing-masing. So, saya dengan husband pergi membeli lepas tu kami belah di pasaraya Cowboy dan Giant, Kuantan. Apalaaa... Nama jek dok KL, jarak umah dengan MidValley pun setanak nasik je... Alih-alih nak jugak shopping kat Kuantan. Pasaraya Cowboy hokey? *aku gi Cowboy sbb nak beli kuali bertelinga dan juga periuk besar. Senang aku nak memasak nanti. ~Memasak la sangatttt... Fine. Tudung aku tak matching dengan baju. Hahaha... Memula kami pegi Cowboy. Pastu baru pegi Giant. *alaa... sebenarnya kami shopping untuk org lain yg kirim beli barang. Sambil-sambil tu kami shopping le utk kami skali. Sorry ye, intro panjang tak hengat. Sebenarnya nak cerita pasal masa nak balik tu. Kami bawak troli yg 'bapakkkkk penuh' dgn barang ke tempat parking. Pastu pada waktu yg sama kami nak keluar

Favicon = Favorite Icon

Sejahteralah ke atas kamu... Perasan tak icon bunge matahari kat seblah tajuk blog saya di title bar kat atas skali tu. Sila rujuk gambargajah di bawah. Favicon itu adalah yg di dalam bulatan merah. Favicon ini kalau nak adakan ke dalam blog senang aja donk! Sila cari image yg berformatkan .gif. Lepas tu pergi ke Design. Click Edit di kotak 'Favicon'. Bila kuar kotak browse file tu, apa lagi. Cari le file yg kamu ingin jadikan Favicon itu. Kendian save. Pastu resfresh. Pastu.... Tadaaaa.... Blog kamu semakin elephant elegant.. Kalau nak favicon free, bleh cuba dapatkan di http://blog.econsultant.com

Ketupat Nasi Vs Ketupat Bawang

Sejahteralah ke atas kamu... Raya tahun ini lebih baik daripada raya tahun lepas kerana...... [sila sambung dengan tidak melebihi 15 patah perkataan] ...kerana tahun ni saya belajar buat ketupat nasi. Biasanya tiap-tiap tahun buat ketupat bawang jew... [cukup tak 15 patah perkataan? Ce kira.] Belajar buat ketupat nasi ni pun demi bapak mertuaku sebab beliau kata kalau ketupat bawang bentuknya tak menarik bila dipotong. Manakala ibu mertuaku pula berkata, apa ada dengan bentuk, lepas masuk dalam mulut, kunyah, telan sama je dia proses dalam perut. Walaupun saya macam hampir-hampir nak bangga, tapi takpe. Itu semua ilmu duniawi semata-mata. Hahahaha. Anti-climax. CSI New York pun pandai menganyam ketupat inikan pula rakyat Malaysia.

Buah Mentega

Sejahteralah ke atas kamu... Ini satu lagi buah yang sekarang ni dah hampir pupus dan ramai yang tak pernah tau keujudan buah ni. Buah mentega. Dulu, buah ni bersepah-sepah kat kampung. Dibuang-buang je. Sebab boleh dikatakan setiap rumah ada tanam pokok ni. Namun [eceh..namun la pulak], bila semua orang pakat beramai-ramai nak mengemaskan laman rumah dengan menebang pokok buah mentega ni, kesannya terhadap masyarakat ialah menyebabkan dah susah nak jumpa buah ni. Sila abaikan aksi lucah gambar ini. En Stormpong yang pegang tu. Cara nak makan, kupas mcm buah apple. Pastu hiris pun seperti buah apple jugak. Buah ni memang perlu dikupas. Sebab kulit beliau berbulu ketam masin malikin congek. Bau dia wangi. Isi dia lembut. Mcm buah apple yg tak rangup.

Jambu Kampung

Sejahteralah ke atas kamu..... Bebudak zaman sekarang confirm tak penah jumpa buah jambu ni, lebih-lebih lagi yg tinggal kat bandar. Masa saya kecik-kecik dulu, waktu bermain petang memang akan berebut panjat pokok jambu ni dan petik buah jambu tu. Nah! Skarang tau la korang, dari mana datangnya rupa paras ku yang jambu ini. *pujian macam halal ke atas diri sendiri. Aufffhhh... Buah jambu ni rasa dia macam buah jambu komersil 555 tu jugak. Tapi dia kecik dan tidak rangup macam jambu komersil. Pastu biji dia warna kuning. Kadang-kadang warna pink. Mungkin itu la pink guava kot. Pastu pokok dia tinggi, tak macam pokok jambu komersil. Tapi takde la setinggi awan. Setakat tinggi 2org pemain basketball NewYork Yankee je. Pastu batang dia licin.

Popia Gulung Sira Pedas

Sejahteralah ke atas kamu... Rajin le plak saya menggentel kulit popiah ni. 2 peket saiz besar hokey... Hebat bukan? Nak resepi ke? Meh la saya kongsi la juga. Rasanya kat blog lain banyak resepi bleh dpt. Nisbah dia ; Bahan sira: 1 sudu cili mesin [mak aku kata bleh guna cili kering blended atau cili boh] 6 sudu gula 1 ulas bawang putih [kecik punya]. 1 sudu cuka Gula, garam ikut suka hati nko. Bahan kulit popia; Tepung gandum Garam Air Hahahah...beli je la kulit popia yg segera tu. Apa la nak susah-susah buat kan? Memula, amik sekeping kulit popiah. Saiz besar lebih afdol. Letak straw minuman kat tengah-tengah kulit popia yg dibentang tu pastu gulung. Jadi gulungan itu akan kemas dan sekata. [Teknik ni saya dapat daripada blog seseorang. Tapi tak ingat dah blog apa.]. Nanti gulung banyak-banyak jadi cenggini; Lepah tu mu guting pendek-pendek. Biar jadi lagu nih! Untuk lekatkan hujung gulungan kulit popia tersebut, gunakan telur yang telah dipukul-pukul manja, sapu pakai berus. Baru l

Memelihara Kesejahteraan Kerongsang/ Brooch

Melainkan kalo kamu beli brooch berjenama Chanel atau paling busuk pun jenama Zhullian, maka kamu tak perlu risau tentang batu tertanggal bila jatuh. Yang saya tau, batu-bata yang ada pada kerongsang berjenama telah diikat, bukan di gam menggunakan gam 20sen. Jadi kalau jatuh pun takkan tercabut punya. Malah, kalau tercabut sekalipun, masih ada perkhidmatan selepas jualan, yakni kamu bleh hantar balik kepada tempat kamu beli tu untuk repair. Seumur hidup.. Satau saya, Zhullian ada perkhidmatan membaiki kerongsang dia. Harga dia pun tak la mahal sangat. Dalam RM70-RM80 je. [Ini untuk org yang nak pakai lama la. Sbb batu dia tahan lama, warna kalo pudar bleh pegi polish balik saduran emas putih tu.].. Biasanya kerongsang RM10 yg kita beli kat Jln Tar, batu-batanya tak kuat. Jadi, kalau nak kurangkan risiko kehilangan batu-batu tu, bleh cuba teknik ni. Sebelum pakai, sapukan dulu dengan pengilat kuku yang jernih. Seperti gambar di bawah ini... *Mcm biasa, tangan itu adalah tanga