Sejahteralah ke atas kamu...
Saya pernah menjadi penjamin seseorang untuk membuat personal loan. Personal loan itu pula adalah untuk dibuat bayar muka nak beli kereta. Actually yang meminta bantuan saya untuk menjadi penjamin itu bukan orang itu sendiri, tapi mak budak itu iaitu ofismate lama saya di pejabat lama. Masa tu, saya masih hijau tapi tak la mentah sangat, dah suku masak pun. Bila ofismate saya tu minta tolong jadi penjamin anaknya, saya dengan hati yang terbuka, tak fikir negative hanya nak tolong. Orang susah kita tolong la kan. Lagipun, saya percaya pada ofismate saya tu. Dia kata, lepas dia dapat duit EPF selepas dia pencen, dia nak setelkan semua personal loan anak dia tu lump-sum [camni ke eja lamsam? Kahkah.. hantam sajalah timun]. Maknanya, kata dia... saya hanya jadi penjamin sekejap je. Dia nak pencen pun tahun depannya. So, saya tenyeh je tandatangan.
Sebab terlalu percaya, saya tak pernah tanya pun anak dia bayar ke tidak loan tu. Saya hanya penganggap semuanya baik-baik sahaja. Sehinggalah saya dapat surat perintah mahkamah daripada lawyer yang mewakili bank yang memberi pinjaman tu. Saya terus macam blur je... Apsal plak tetiba aku kena pegi mahkamah? Apa plak jenayah yang aku dah buat ni. Baca punya baca, rupa-rupanya dah lama tertunggak tak bayar loan budak tu. Saya semak dengan bank, nama saya berstatus blacklisted. Kalau nak clearkan balik nama saya daripada black listed tu, budak tu perlu habiskan bayaran loan dia kesemuanya. Bukan setakat perlu selesaikan tunggakan je.
Sampai sekarang, nama saya masih blacklisted di bank. Nak buat apa pun tak bleh. Tapi memang la, saya pun tak berniat nak beli apa-apa sama ada kereta atau rumah. Dan kalau saya nak beli pun, saya boleh buat loan EsEsEm tercinta ni. Cuma tak best la, setiap kali asyik dapat surat lawyer je kan.
Walaupun ramai yang dah tau, tapi saya nak jugak pesan kat korang semua, kalau ada orang mintak jadi penjamin, cuba la mengelak sedaya mungkin. Macam saya dengan mak budak yang buat loan tu, dulu kemain baik, tapi sebab kes jamin menjamin ni, dah mengeruhkan perhubungan. Adik beradik pun boleh bergaduh sebab duit dan harta, inikan pulak setakat kawan-kawan. Semuanya akan bertukar [bertukar! Blink! Blink!] menjadi awkward.