Skip to main content

Mr Ken Lagi Yang Buat Perangai

Sejahteralah ke atas kamu...

Mr Ken itu adalah nick name bagi keta Kenari EZi Auto saya. Dah lama dh usia keta ni. 11 tahun dah. Bila dia asyik rosak, orang selalu akan bagi typical quick solution seperti ini;"silalah tukar kereta baru yang lebih up-to-date". Well, saya bukan tanak. Siapa la yang gila sangat tanak pakai kereta yang lebih muda remaja, yang sedap dipandu, dan condition dalam keadaan baik? Siapa? Siapa? Takde kot. Kalau dapat free, semua orang nak punya. Skek dok nawok. Tapi kalau nak kena beli sendiri tu yang fikir berpuluh kali 12, bahagi 19 tolak 5 campur 20 juta. Lagipun, dah habis bayar. So, buat apa nak susah2 fikir utk berhutang lagi. Rosak pun bukan tiap2 bulan. Ada time sengal dia tu yang rosak tu.

Sebelum ni, agak dah lama, sebelum Tinee kawen lagi bulan 11 dulu, kereta saya rasa gegar-gegar. Kalau bawak slow, dia punya bergoyang tu kalau minum air dalam cawan, bleh tumpah air dalam cawan walaupun badan dan tangan ko stiff. Kalo orang yang kat luar kereta nampak ko kat dalam keta, bleh salah faham ingatkan ko tgh shuffling suami isteri dalam kereta. Pastu ada bunyi 'keceh-keceh-keceh' bila tengah bergerak. Mana la saya tak hangin.

Tapi selamba je bawak balik Kuantan dengan gegar2 tu. Pastu bila balik semula KL, siap bawak Abg Long suami saya bersama isteri dan anak dia sekali. Penuh kereta. Rawks habis. Tak cukup dengan tu, masih tak insaf-insaf, saya drive keta tu bawak ulang-alik pergi ofis. Sampai habis bulan 12. Weekend tahun baru yang lalu pun kami boleh je bawak keta tu balik Kuantan lagi sekali. Dengan goyangnya. Dengan bunyi keceh-kecehnya. Takut tu memang la takut. Saspen wooo.. kalo jadi apa-apa, kan susah kat tengah-tengah highway tu.

Ni la rupa Mr Ken lepas accident di KM27 Lebuhraya Karak tahun 2009. Eh, ke 2008. Tak ingat dah. Keke.

So, semalam, lepas balik daripada umah Ina, adik suami saya, suami saya ajak makan cendol kat tepi jalan dengan mamak. Ok takde kaitan. Pastu bila bunyi dah makin kuat, goyang pun makin kuat, saya ajak terus suami saya pergi kedai tayar yang saya selalu pergi kat OUG untuk check tayar. Macamana saya tau bila gegar ini adalah masalah tayar? Sebab rasanya Mr Ken ni, sejak saya beli dulu, yang paling kerap dia buat hal adalah kat bahagian tayar la. Kira mcm dah ranking no 1 dah. Ranking no 2 hal yang dia buat adalah air-cond. Cinta muka bulu je rasa. Dulu, dah beberapa kali jugak kereta saya ni gegar dan puncanya memang tayar nak pecah, atau nak pancit, atau dah tak balance atau senget sebelah.

Kiterang ni asyik bertangguh je nak pegi check, sbb kononnya nak pegi check dengan kawan kiterang. Mula-mula suami saya suspect, kereta tu ada masalah dengan bearing. So, asyik terlupa je nak contact kawan kiterang tu, last-last pegi jugaklah kedai Cina. Huhu. Walaupun kalau boleh, nak jugak pergi kedai melayu. Tolong bangsa sendiri. Tapi dah makin kronik bunyinya, tak dapat la nak tunggu lagi. Shoot terus ke kedai tayar tu.

Bile mereka check, memang tayar belakang belah kanan dah rabak macam hape. Serat-serat dah keluar dah. Pastu permukaan tayar pun dan senget ke belah dalam. Tercekik air liur kejap kiterang. Pastu orang tu kata, bearing utk tayar yang sama tu pun dah rosak kronik dah. Sbb tu ada bunyi [kami tak ckp ada bunyik tapi dia sendiri yg test drive, dia dengar bunyi tu]. So, tukar le sebijik tayar dan bearing belakang kanan. Terbang la duit RM260. RM150 untuk sebijik tayar kenari. Dan RM110 untuk harga bearing belakang kanan. So, kalau sesiapa nak tau harga tayar standard untuk kereta kenari, ialah RM150 ye. Rasanya brand apa-apa pun mcm gitu jugak rate dia. Semalam tayar GoodYear. Sebelum tu tukar tayar Falken dan Silverstone pun harga macam tu jugak.

Sekarang Mr Ken dah tak gegar-gegar dah. Cuma bunyi keceh-keceh tu rasa mcm still ada lagi. Lain kali la plak check. Bengkrap ah tokey syabu kalo asyik nak kena repair je keta ni kan?

Comments

  1. bab tayar ni mmg bleh buat pitam ..sy pun baru tukar tayar sabtu lepas..nah kau, sebijik tayar RM210..mklumlah rim 16..mmg dh bli dulu asal2 rim 16 apa boleh buat..tambah tolak darab bahagi pom pam pom pam..RM1k melayang..sabor jela

    ReplyDelete
  2. Pen Biru : Mesti keta awk besar ni kalo dah pakai rim 16. Hehehe.. Rim kita 14 je.

    Diana : Mmg pun. Pastu roadtax dan insurans lagi. Semua tu perlu disediakan.

    ReplyDelete
  3. ciann dia. tapi berani weh still drive keta. kalau ai dah buat jadi alasan untuk en suami jadi driver. guna alasan kata takut nak drive sesorang, kang keta rosak tgh jalan. ai ni wanita yang lemahh..heheee

    ReplyDelete
  4. Cik Sibuk : Biasanya mmg suami la yg drive kalau jauh2 tu. Tapi pegi ofis terpaksa la sendiri sebab berlainan arah.

    ReplyDelete
  5. Aaittt...tayar dah rabak pun tak sedar? Tayar jangan buat main dik ooooiii, silap2 bawa keta tu, nyawa pun rabak!!!

    ReplyDelete
  6. JR : Tak sengaja. Itu la.. Kelalaian yg tak boleh dimaafkan.

    ReplyDelete
  7. salam,
    keta ni cam manusia gak,..ada ketika diasakit ada masa sihat.

    ReplyDelete
  8. salam akak.. pakai kereta perlu spare duit kan..
    lady br je pakai kete lbh kurg setahun jagung..
    lady ni bw lehla thn jugak.. ayh pgl minah rempit..
    maka sellaulah buat hal ngn tayar tu.. bearing ade mslhlah.. sampai pakcik bengkel pun confuse sebab ape kete br tp ade mslh.. bile fkr2 kan.. mmg xleh fikir sebab lady xde ilmu.. tp mungkin sebab lady langgar semua lubang kot.. langgar bonggol2 kat jln rumh lady nih.. lepas tu aritu lady langgar brg2 org baiki lori tengaah jalan.. hbs bocor tayar lady.. :P. kesian~..

    ReplyDelete
  9. nilah kalau org puang bawok kete ..
    hehe ..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ...cian nyer sabo jer yer...:)

    ReplyDelete
  11. nak pakai kereta ni bukan pakai saja n bayar bulan2..duit mmg nak kena standby ja..kena lak rosak tgh2 bula huh mmg rabak laa poket..tak di ganti kang benda nak dipakai hari2..

    ReplyDelete
  12. Its okey lyd. Selagi boleh pakai guna je. Tp kene jaga jugakkan. Belai la dia selagi termampu. Terror la u boleh guna lebih 11 tahun. :D

    ReplyDelete
  13. Yusuf : Mmg pun yusuf. Kena bagi makan bila dia 'lapar'. Nak kena hantar pegi klinik bila sakit. Heheh.

    Ladybird : Ooo..minah rempit ke ni? Ini ke minah rempit yg menjadi buruan polis selama ni? Heheh. Awk, sama la dgn akak. Main langgar je semua. Lubang ke, bonggol ke. Heheh... Mana la rim tayar tak bengkok.

    nur MUhammad : Ntah nya.. org puang bowok keta sokmo gitu. Nasib baik saya laki.

    maszull : tu la mama. kesian kan? huhu.. sedih ni. Tapi bersyukur sebab tak jadi apa2 masa tengah drive. Kalau tidak, tamatlah riwayat kesan degil.

    Saffiya : Ha ah, duit mmg perlu sentiasa spare utk emergency mcm ni. Kalo tetiba rosak, kalo tak repair, patah la kaki. Nak pegi mana-mana pun payah.

    Asmara : Hehehe... biasa la.. dah rosak banyak kali. Lama2 serasi kot. Sebab tu bleh tahan sampai 11 tahun. Lagipun saya ni setia orgnya. *alasan.

    ReplyDelete
  14. mmg patut pki baru tu ...keta tu dh sampai tahap menopous dah hehe

    ReplyDelete
  15. Khairul : tapi sayang kat Mr Ken... huhu.. byk berjasa tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...