Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Sugar Sugar Sugar

Sejahteralah ke atas kamu.... Sowi eberibadi. Nak citer lagi pasal mama buyungzzz... Takpe, saya tau korang penyabar. Kan? Semalam saya citer pasal TAKUT kena amik darah. Sampaikan next appointment saya tak datang sebab takut kena amik darah lagi. Tapi sebenarnya itu bukan satu-satunya sebab saya tak hadir appointment tu. Satu sebab lagi ialah, appointment yang seterusnya tu sepatutnya saya kena minum air gula. Air gula yang 'dinanti-nantikan' oleh semua ibu mengandung. Heheh. Saya ni masa awal-awal bengandung dulu kan ada alahan yang agak teruk [saya rasa teruk. Orang lain kata tak teruk sangat]. Saya kan langsung takleh tak boleh nak makan. Makan je muntah. Syarat kalau nak minum air gula tu plak, kena puasa [separuh hari je], pagi-pagi datang klinik dan minum air gula masa perut kosong. Korang bayangkan le. Saya ni minum air kosong pun muntah. Ini plak nak minum air yang pelik tu. [Saya tak pernah tau cemana keadaannya air gula tu, tapi menurut kawan2 yang dah

Takut

Sejahteralah ke atas kamu... Perkara yang paling saya cemas dan kecut perut sekarang ni ialah bila kena amik darah kat lengan  masa buat pregnancy check-up. Saya ni dah la memang penakut jarum suntikan. Tapi kalau dengan jarum jahit saya okay plak, setakat nak jahit lembu felt tu takde masalah punya. Kisahnya macam ni. Pertama kali saya buat pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan kerajaan ialah di Taman Medan, Jalan Dato' Harun. Nak buat buku merah kata kauuuu... Actually tak merah la sgt warna buku tu. Buku pink sebenarnya. Saya ni bukan tau pun apa yang patut saya buat masa mula-mula dapat tau saya bengandung, tapi tanya kawan2, mereka yang suggest pegi buat buku merah kat klinik kerajaan. Nanti apa-apa hal, just in case kehamilan saya bermasalah dan saya decide nak bersalin kat klinik kerajaan, mereka akan terima kalau ada buku fing karer teww.  Masa pergi klinik kesihatan tu usia kandungan saya 7 minggu, mula-mula kena register sebab 1st time datang situ. Lepas

ParaBella Umbrella IceCream

Assalamualaikum... kum apa kombat. Bat apa Batman.. Saya sepatutnya takleh makan pedas. Tapi semalam saya byk makan makanan pedas. Pastu mula la rasa cam ada kebakaran dalam perut. Tu la kesannya kalo dah ada gastrik. Huuu... Balik ofis petang semalam, singgah kedai sebab nak beli tempe dgn halia. Tempe yang telah siap dipotong sebelum disira pedas. Sukaaaa sangat tempe... Ternampak peti eskem. Gi ushar dekat-dekat. Ternampak plak eskem jagung. Ahahhhh!! Ini la koko yang dicari-cari. Saya sebenarnya dah lama teringin nak makan eskem perisa jagung. Tapi eskem jagung susah plak nak ditemui. *yang sebenarnya tak cari pun.* Tetiba semalam bila nampak eskem jagung, terus menggelupur nak beli. Aiskrim ni tajuk dia ParaBella - Umbrella. Nama yang tak biasa didengari. Nampak packaging nya agak comel. Saya amik saiz kecik. Beratnya 473ml. Bila bayar, tengok-tengok harganya RM6.50. Mahallll... [Mahal bagi kategori yang sama la. Cuma eskem biasa je. Bukannya ada kacang pun atau cokl

Amalan Semasa Hamil

Sejahteralah ke atas kamu... Ibu mengandung perlu menjaga diri mereka sama ada dari segi kesihatan fizikal ataupun kesihatan rohani demi memberi pengaruh yang baik kepada anak yang dikandungnya. Apa yang saya nak sentuh di sini ialah tentang kesihatan rohani seorang ibu. Apa makanan jiwa seorang ibu yang hamil. Sangat biasa kita dengar tentang amalan membaca surah tertentu daripada Al Quran yang dapat memberi manfaat kepada bayi. Biasanya kita disarankan untuk membaca Surah Maryam jika mahukan anak perempuan. Baca Surah Yusuf untuk mendapatkan anak lelaki dan anak yang cantik rupa parasnya. Membaca Surah Luqman jika ingin mendapatkan anak yang bijaksana dan cerdas akalnya. Dan beberapa lagi surah yang lain yang mempunyai manfaat tersendiri jika kerap diamalkan. Diantaranya; Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdi

Siakap Steam Nenas dan Pra-Membeli Belah Barangan Bayi

Sejahteralah ke atas kamu.... Siakap Steam Nenas Semalam saya rajin. Pegi kedai, nampak ikan siakap yang saiz kecik, terus beli. Dalam kepala otak terkonfius nak masak Siakap 3 Rasa atau Siakap Steam. Saya pilih 3 rasa. Singgah kedai buah beli nenas potong-potong. Bila sampai umah, rasa cam 'rajin' sangat nak potong cili kering, rendam dan blend. Tetiba menu bertukar. Nak buat Siakap Steam je. Sebab senang sket. Dah tu, alang-alang dah ada nenas, saya masukkan je la dalam ikan stim tu.  Saya tak letak perahan jus lemon kukus grill panggang Chef Michael pun. Bila siap ikan tu... perghhh... memang sedap. Rasa nenas tu dapat tutup hanyir ikan. Pastu air nenas tu meresap ke dalam isi ikan. Sangat sedap. [Boleh ke aku syok sendiri yang masakan aku sedap? Muahahaha.]. Resepinya sama je macam ikan steam biasa, tapi gantikan perahan limau dengan nenas. Pra Membeli Belah Barangan Kelengkapan Bayi Sebelum kita membeli kemudian kita belah daripada situ, kita haruslah me

Lima Bulan Dan 3 Minggu

Sejahteralah ke atas kamu... Kembali kita ke entry yang disukai ramai iaitu kisah perkembangan kehamilan saya. [Kena positif walaupun hakikat sebenarnya berlawanan dengan ayat pertama ni. Ngeee.]. T endangan Padu Sejak masuk bulan ke 5, saya dah mula rasa movement dalam perut saya. Kebanyakan kalinya, saya akan mengekek-ngekek ketawa bila rasa anak saya bergerak. Tak tau nak explain cemana perasaannya bila rasa ada pergerakan dalam perut. Pastu kadang2 nampak ada gelombang dalam perut. Kelakar tau. Rasa tak sangka pun ada. Biasanya dia bergerak kalau saya baring terlentang atau tukar posisi baring. Baikkan dia. Punya la supportive dengan setiap pergerakan mama dia. So, dia yang cuba sesuaikan diri dia dgn mama. Mulia la hati anak mama ni.  Pundi Bila kandungan dah makin besar, memang normal kandungan tu akan menekan pundi kencing. So, sekarang saya memang akan kerap buang air kecil. Kalau dulu saya kerap berulang-alik ke toilet untuk bluwek, sekarang kerap buang air

Tutti Frutti Diganti Tong Pak Fu

Sejahteralah ke atas kamu.... Di antara MidValley Megamall dengan IOI Mall Puchong, saya lebih suka memilih untuk pergi ke IOI Mall. Dulu memang la apa-apa skit MidValley. Nak jumpa kawan kat MidValley. Nak beli barang kat MidValley. Nak tgk wayang pun kat MidValley. Sikit-sikit MidValley. Dah itu je tempat yang paling dekat yang saya paling senang nak pegi [alaaa.. kata je la ko buta jalan. Tak reti pegi tempat lain selain MidValley & TheMall, itu pun sebab ofis dulu kat TheMall. Muah hah hah!!]. Tapi sekarang sudah tukarrrlah. Dah lagi suka pegi IOI Mall sebab tempat tu walaupun sesak cemana pun, tidak merimaskan. Sebab laluan kat dalam tu luas berbanding MidValley. Lampu pun cerah. Tak macam lampu ala-ala cozy kat MidValley. Lemas je rasa. Yang penting IOI Mall ada Tutti Frutti. Itu je sebab dia yang paling utama. Lagipun IOI Mall ada banyak pintu yang kita boleh parking kereta dekat dengan kedai yang kita nak pegi. Kalo nak makan Sushi King, takyah masuk dalam Mall, boleh

Si Burung Kecil Dengan Api

Sejahteralah ke atas kamu.... DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim… SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu... TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERA

Hijau

Sejahteralah ke atas kamu... Hijau tak semestinya PAS. Saya suka hijau selain warna feveret saya purple. Saya ni kan romantik. Mestilah minat purple... ahakkzzz... [gelak Maria Elena sebentar bersama Kit Kat]. Jika kita ini cukup bertuah dah dipilih untuk menjadi ahli syurga, pakaian kita di syurga nanti adalah sutera halus yang berwarna hijau. Dan sutera tebal yang juga warnanya hijau. Maknanya warna hijau itu warna pakaian di syurga. Kemudian... andainya kita masuk syurga, kita akan diberi minum menggunakan gelas/cawan yang diperbuat daripada perak. Warnanya jernih seperti kaca sehingga kamu akan menyangkakannya adalah kaca. Tapi sebenarnya ia adalah perak. Hebat kan? Salah satu minuman di syurga dipanggil 'kafur'. Jangan ko samakan dengan air kapur barus plak. Namanya 'Kafur' berasal dari salah satu mata air di syurga. Warnanya putih, baunya harum dan rasanya enak. Kalau kita nak imagine, takkan dapat imagine pun. Kalau nak tau cemana rasanya, kita k

Karektor Anak

Sejahteralah ke atas kamu... Jimmy Kimmel adalah mengendali sebuah talk show. Dia mintak parents [penonton] utk prank anak sendiri pastu rakam. Itu untuk tengok macamana reaksi anak-anak tu bila dapat tahu sesuatu perkara unexpected. Dalam challenge kali ni ialah tentang cemana reaksi anak-anak bila parents bagitau yang semua candy mereka utk Halloween dah habis dimakan. Dan satu lagi, Jimmy Kimmel suruh parents bagi hadiah yang tak logik untuk hadiah krismas anak mereka. [2 tugasan berbeza] Respon yang normal dan kita pun dah tau, ramai anak-anak yang menangis bila dapat tahu yang candy derang dah kena makan. Ye lah.. Mestilah frust. Setahun hanya sekali je ada peluang. Pastu mak ayah plak pegi mentekedarah semua candy yg mereka nanti-nantikan. Saya rasa kalau korang buat prank tu kat anak-anak korang [yang ada anak], pasti respon yang sama jugak daripada mereka. Anak-anak yang dirakam tu umur mereka daripada 3 ke 7 tahun kot. Memang lawak ah tengok reaksi anak-anak t

Batuk Wanita Mengandung Sensitif Makanan Tertentu

Sejahteralah ke atas kamu... MC Sebab ....... Wanita mengandung yang dimaksudkan dah tentu tak lain tak bukan, ialah diri saya sendiri. Eheh. Minggu lepas start hari Rabu, saya MC sampai hari Jumaat. Sebab batuk. Dengar macam lekeh je penyakit batuk ni. Tapi haddoiii... nak menanggungnya... mesti enak tak terkata. Saya rasa tak pernah saya batuk seteruk ni sebelum ini. Mula-mula pergi klinik dapat MC 1 hari je. Esoknya masih tak okay, suami saya je pergi extend MC kena cas RM35. Lusa pun tak okay lagi saya pergi klinik lagi sekali utk extend MC. Kena cas lagi RM35. Tapi takpe. Insurans cover. So sorry sebab saya tak jenguk belog nkorang. Sabtu Ahad pun masih lagi teruk. Hari ni masih batuk cuma tinggal sisa-sisa je. Sensitif Sebenarnya nak cerita punca batuk tu. Tak tau la ye ke tak. Ini saya punya teori je. Hari Selasa tu, saya pegi makan Yong Tao Foo kat KL Festival Mall waktu tengahari. Yong Tao Foo dia sedap la jugak. Makan dengan kuah kari. Cuma masalahnya minyak

Apa Rasa Cempedak Crepe?

Sejahteralah ke atas kamu... Durian crepe yang baru je femes di alam maya dan alam realiti sekarang, sudah lama saya tak makan. Mula-mula saya cuba makanan ni di Sweet Chat, Mid Valley. Puan Atul yang ajar. Kat sweet chat harganya agak mahal. Sepiring ada 3 ketul harganya dah lupa la. Tapi mahal pun takpe sebab puas hati tau. Camgini la kaedah hidangannya kalau di Sweet Chat. Tapi kat Sweet Chat namanya bukan Durian Crepe, tapi Durian Pancake. Durian Pancake kat Sweet Chat ni dia punya crepe tu kering skit. Ada satu tempat lagi yang jual Durian Crepe ni dalam MidValley, di LG di laluan di antara The Gardens dengan MidValley. Dekat je dengan Big Apple Donuts. So, kalau ada sesape teringin, boleh le cari kat situ tanpa segan silu. Yang ini murah sikit harganya. Dalam datu pek ada 6 ketul harganya RM10. Jadi harganya dalam RM1.70 seketul. Tempat jualnya bukanlah kedai atau cafe, hanya booth kecil yang ada satu almari kaca. Kadang-kadang ada juga Cempedak Crepe. Cempedak C

Tipikal Sangat Lah!

Sejahteralah ke atas kamu... Sejak lama saya perhatikan, orang-orang di sekeliling saya [orang Melayu la khususnya], setiap kali hujan turun........ mereka akan nyanyikan lagu Sudirman bertajuk Hujan. Sebab lagu itu bermula dengan lirik, "Hujan yang turun bagaikan mutiara"... Ini bukan setakat nyanyian saje, malahan asal hujan je, status kat facebook pun menaipkan lirik lagu itu juga. Next, kalau ada sesuatu yang berlaku yang melibatkan hati dan perasaan tapi yang tidak terlampau melukakan perasaan, contohnya ada kawan dia terlupa nak ajak dia makan ke, atau kakak terlupa beli roti yang dia kirim ke... mesti nak nyanyi lagu Spring, "Sampai hatiiiiii kau pergi tanpa pedulikan ku lagi...." Akhir sekali, bila nak beri salam dalam keadaan yang santai atau dalam keadaan yang terasa 'macam bagus', ataupun mungkin beri salam setelah rasa bosan banyak kali salam tak berjawab, pasti akan ada yang menyanyi lagu kumpulan Rabbani, Assalamualaikum.... Lirikn

Confinement

Sejahteralah ke atas kamu.... Confinement Memandangkan saya dah tak punyai mak lagi, nanti insyaAllah saya akan berpantang selepas bersalin di rumah ibu mertua ku... Bersyukur sebab masih ada ibu yang sudi untuk jaga saya berpantang. Kalau nak berpantang sorang-sorang kang, memang takde namanya pantang la nanti. Semuanya saya langgar je. Hehe. Maklum la. I ni kan urban.[urban sangatttt]. Dengar ceritanya, melalui pengalaman adik ipar saya yang gorjes lagi menawan itewww [Ina, aku puji ko nih. Sila bangga.], kalau ibu jaga waktu berpantang memang tiptop. Pemakanan memang terjaga. Ikan bakar je. Takde goreng2. Itu mungkin takde masalah untuk saya. Sayur pun takleh sebarangan. Then barut kena pakai yang sampai lutut punya. Hehehe. Cemasnya bila aku nak berak nanti. Semuanya saya rasa agak bagus pakej yang ditawarkan oleh ibu. Kuang asam punya menantu, dia ingat ni pakej apa??!! Pastu kena pakai pupur jambu batu kat dahi. Agak comel jugak bila saya dengar. Tapi ada saya kisah?

Di Alam Rahim, Kecil

Sejahteralah ke atas kamu..... Di Alam Rahim Sewaktu arwah mak saya mengandungkan saya, usia beliau ialah 39 tahun. Waktu itu hidup susah. Arwah mak bekerja di ladang getah. Jadi, no wonder la kalau saya ni lebih hitam daripada adik-beradik perempuan saya yang lain. Kulit saya macam kulit abang-abang saya. Eh, ntah-ntah saya ni anak lelaki kot? Hotak hangggg!!! Waktu itu, arwah mak kata, alahan yang beliau alami adalah paling teruk berbanding mengandungkan anak-anak lain. Takpe. Saya tau bukan sebab saya special ke apa, tapi sebab waktu tu mak saya dah berusia. Hehehe. [Lagi tanak mengaku yang aku ni budak itam muka masam yang degil bawak masalah. Chessss!]. Alahan mak saya sewaktu mengandungi saya, dia langsung tak boleh makan apa-apa. Macam saya alahan, ada jugak benda yang saya boleh makan. Buah, susu masih boleh. Tapi mak saya langsung tak boleh. Nasik pun tak boleh bau.  Setiap hari kena pegi keja kat ladang, yang hanya dia boleh terima ialah air kosong yang diletakka

Ini Kisah Makan : Kelantan Delights.

Sejahteralah ke atas kamu... Petang itu saya ke Klinik Bakti di Sooka Sentral. Selsema dan demam. Selesai urusan di klinik, perut pulak rasa lapar nak mampsss... Nak beli makanan kat food court, nampak cam dah tutup dah. Kalo nak kirim dgn suami saya nanti lambat plak makanan tu tiba. Sedangkan saya dah lapar secara kronik dah masa tu. Nak beli kat area Pantai Dalam tu plak rasa macam dah jemu sangat dah nak makan kat situ.  Oleh sebab saya malas nak fikir, saya terus singgah Kelantan Delights kat tingkat 1 Sooka Sentral tu. Rasa nak makan tom yam. Walaupun dah tau mesti mahal, saya bajet mahal tomyam tu dalam RM9.90 dan kalau nak beli nasik goreng dalam RM7.90 macam tu.  Pastu masuk, tengok menu then saya terus je berkata, "mahal giler". Tapi cakap dalam hati jek la. Huhu... Oleh sebab dah masuk, order jugak la. Actually, ini kali ke 2 saya makan kat situ. Tapi dah lupa range harga dia cemana sebab tu saya selambe je masuk. Ataupun mungkin sebelum ni, masa saya pe