Skip to main content

Apa Rasa Cempedak Crepe?

Sejahteralah ke atas kamu...

Durian crepe yang baru je femes di alam maya dan alam realiti sekarang, sudah lama saya tak makan. Mula-mula saya cuba makanan ni di Sweet Chat, Mid Valley. Puan Atul yang ajar. Kat sweet chat harganya agak mahal. Sepiring ada 3 ketul harganya dah lupa la. Tapi mahal pun takpe sebab puas hati tau.

Camgini la kaedah hidangannya kalau di Sweet Chat. Tapi kat Sweet Chat namanya bukan Durian Crepe, tapi Durian Pancake. Durian Pancake kat Sweet Chat ni dia punya crepe tu kering skit.


Ada satu tempat lagi yang jual Durian Crepe ni dalam MidValley, di LG di laluan di antara The Gardens dengan MidValley. Dekat je dengan Big Apple Donuts. So, kalau ada sesape teringin, boleh le cari kat situ tanpa segan silu. Yang ini murah sikit harganya. Dalam datu pek ada 6 ketul harganya RM10. Jadi harganya dalam RM1.70 seketul.

Tempat jualnya bukanlah kedai atau cafe, hanya booth kecil yang ada satu almari kaca. Kadang-kadang ada juga Cempedak Crepe. Cempedak Crepe ni rasa dia memang marvelous, sesuai untuk orang yang suka makan cempedak. Sedap nak mamposss. Rasanya seperti cempedak yang original. Jika ingin yang lebih original, tanamlah cempedak sendiri, tunggu berbuah, peram sampai masak dan belah cempedak itu sebelum dimakan.
Yang ini crepe dia nampak moist lagi. Tapi rasa dia tak berbeza pun.

Warna bagi Durian Crepe adalah kuning. Untuk Cempedak Crepe berwarna oren dan satu lagi, Manggo Crepe berwarna hijau. Cempedak Crepe tu bukan sepanjang masa ada. Kena tunggu musim cempedak la ye. 



Durian Crepe ni, di dalamnya ada cream yang rasanya lemak, dilapisi dengan isi durian yang pure jugak [mungkin dah letak pengawet la kan? Kalau tidak tak mungkin boleh tahan lama. Durian ni kan manja skit. Silap-silap bleh jadi Tempoyak Crepe]. Kemudian 2 watak utama itu dibalut dengan selapis lempeng nipis yang tak rasa apa pun. Tawar-tawar sirap orang kawen gitew...

Manggo Crepe murah skit. 6 ketul RM8. Sorry ye, gambar Cempedak Crepe takde sebab semalam takde stok. Dah sebulan tak jual. Kena tggu musim dia baru ada.


Crepes ni semua sebenarnya sangat sesuai utk orang yang pemalas macam saya. Kuheh kuheh. Bayangkan kita makan durian yang rasanya memang pure durian, tapi tak perlu bergelumang dengan duri-duri tajam durian dan tak perlu deal with biji durian. Sumbat seketul durian crepe memang dah cukup utk memberi keenakan rasa durian. Tapi tak sesuai la kalo nak makan ramai-ramai. Boleh jatuh muflis kita Halim.



Ini takde kaitan dengan segala nenet moyang crepe. Ini rambutan khas untuk si pemalas macam saya. Potong siap2, pastu makan guna sudu. Welcome to paradise. Balik kampung, bapak mertua tolong hiris rambutan. Saya tolong jugak. Tolong habiskan. Hahaha.       









Comments

  1. hak bawah sekali tu peberet koi tu...rmbutan hiris..yg crepe crepe semua tu...belum ada feel lagi setakat ni

    ReplyDelete
  2. tawar-tawar sirap org kawen? hehehehe..! Itu yg memjadi perhatian mata :)

    Memang menawrik tertawrik sangat lah segala crepe tu. Sebab semua pun buah favorite mamavogue (org tembun cam mamavogue ni benda ape yg tak favorite?)

    ReplyDelete
  3. betul... hari tu mem beli crepe durian utk saya pun kat depan the garden tu gak.. smlm baru dia masuk opis.. tanya lagi.. kot2 dia gi midvalley.. saya nak crepe durian tak.. of coz nak.. :P dah org nak belikan.. kan kan.. :P
    >> tapi mmg tak penah cuba lagi cempedak crepe.. kawan ckp sedap.. so far okey2 je.. tak terasa nak makan.. tak per.. ikut turn kan.. :P
    >> kalau rambutan tu.. mmg camtu gak saya akan buat kat rumah.. kupas siap2 letak dlm mangkok.. simpan dlm peti ais.. senang.. nak makan anytime pun boleh.. just gi gagau dlm bekas tu je.. anak2 pun senang.. terus amik and makan.. :P

    ReplyDelete
  4. isk..tak teringin pulak aku nk try makan pelik2 ni..haha..nak2 durian tu, yang lain kalau orang nak belanja ok je la..hehe..

    ReplyDelete
  5. cempedak pown ada... hehe at least better than durian lah for KA

    ReplyDelete
  6. saya tak penah mkn la Lyd.

    tengok rupa luar biasa je. sekali tengok dalam..teringin la pulak!

    ReplyDelete
  7. Selalu nampak, rasanya pernah beli sekali. Ada benda, kita makan nak lagi, ada benda kita taknak makan lagi, dan ada benda kita makan hanya sekali.

    Dalam kategori ini...makan sekali je. Lepas ni takmo makan lagi, kecuali dah tak jumpa kedai2 lagi best kat Gardens.

    Selalunya, Sha masih akan cuba jamah...yelah dah ramai org cerita, nak tau juga jangan sampai ternganga2 org cakap:)

    Tapi...ayat "untuk orang pemalas macam saya"

    Eh...saya pon malas juga *garu dagu*

    Bila nak pergi Gardens lagi nieh agaknya.

    ReplyDelete
  8. a`aa. kat midvalley ada.ciksu tahu tp blom sempat nk p menjelajah ke sana lagi..

    a`aa jinjang kat selangor.
    majlis buat dekat taman layang2 ;)

    ReplyDelete
  9. aku dah rasa dah durian crepe. mmg perghhh, sdp x hengat. lembut2 je. keaslian durian terjaga.

    tang rambutan tu, hang sama la ngan aku. kalo xde yg tlg kupaskan, mmg x mkn sampai ke sudah.

    ReplyDelete
  10. mcm ok gak potong rmbutan cenggitu,x penah hayat aku wat gitu, ok, gud idea, bleh kurangkan pembaziran rmbutan umah aku nnti

    ReplyDelete
  11. Aku ingatkan tadi kerepek durian.... hahahaha

    ReplyDelete
  12. oh makanan ini terlalu asing buat saya...tak pernah jumpa lagi rasanya...apa sebutan 'crepe'..kang salah sebut malu je saya...

    ReplyDelete
  13. rambutan tu sepesen macam husben saya kalau nak makan. tak boleh makan dengan biji2, dia kena hiris baru boleh telan. kalau tak emamng dia batuk2 la makan dnegan biji. manja tak hingat. cempedak kat kampung ada tapi selalu kena berkejar dengan kera tengok siapa dulu dapat cempedak tu. adehhh...

    ReplyDelete
  14. Crepe.. crepe .. crepe..

    best kew benda tu?

    kalau sedap x nk try la.. tkt jadi crepe addict..

    Hohoho~

    ReplyDelete
  15. aku pelik kenapa tetiba jek durian crepe ni jadik femes skrg ni....padahal kite dah lama makan & merasa kan alid kan hehehe

    ReplyDelete
  16. tak pernah lg makan durian crepe.... sebab saya hantu durian... papepon... nak durian yang pure dari baru buka... dan bila buka, masih rasa kehangatannya....

    tapi, bila tengok gambar close up di atas... telah mencabar kewibawaanku... nak try lah jugak cari.... hehehehe

    ReplyDelete
  17. Wahh 1st time dengaq nama cempedak crepe :)
    Adakah sesedap durian crepe?


    Rambutan potong2 cenggitu sedap gak :D

    ReplyDelete
  18. Assaalamualaikum lyd...sedap yer mama x pernah rasa lg la nak cari juga....:)

    ReplyDelete
  19. kat nihon pun crepe ni antara mknan popular gak... tapi takde le inti durian atau cempedak... biasanya filling cream ngn buah2an mcm stoberi, pisang, mcm2 filling dia... paling best icecream crepe le... feveret saya tuuu...

    ReplyDelete
  20. euuww...
    aku tak berapa minat buah2x nie...
    hanya kurma ngan kismis je aku makan...

    ReplyDelete
  21. sangat femes sekaranngi yerk.. kalau rasa sekali mesti nak lagi yerk...

    ReplyDelete
  22. wah, nak cuba lah annti..dah lama dgr pasal crepe ni

    ReplyDelete
  23. skarang mmg musim crepe2 ni.. sedap ke??? nak try jgk la nanti..

    ReplyDelete
  24. tak pernah try...lagi laaa nak try!!!!heheheh :)

    ReplyDelete
  25. yang paling na suka is rambutan pemalas tu sbb na xmkn duerian n kurang dgn nagka hihihi

    ReplyDelete
  26. wow... enak sekali rasanya.... saya jadi lapar neh....

    ReplyDelete
  27. Saya tak minat dgn durian asli, tapi kalau durian crepe tak tau lah pulak, ag aknya tak minat juga kot...Mungkin lepas ni ada manggis crepe, langsat crepe, mempelam crepe, limau crepe?

    ReplyDelete
  28. nampak menyelerakan. ck tak penah makan! uhuk!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...