Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sikap Dalam Kehidupan

Isteri Rajin Post Update Di Facebook: Apa Suami Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu.... Soalan aku pada tajuk tu, sila baca sekali lagi dan hadam. Aku belum pernah buat survey tentang ni dan mungkin takkan buat kot. Sebab malas. Cuma aku nak cerita je la pengalaman aku. Aku ada 2 orang kawan yang termasuk dalam friendlist aku di FB. Mereka ialah suami dan isteri. Yang si isteri ni memang sangat rajin up cerita pasal hidup mereka anak-beranak. Ke mana mereka pergi, apa yang mereka beli, apa yang mereka makan, ke mana mereka bercuti dan apa jua keberuntungan mahupun musibah yang terjadi dalam hidup mereka anak-beranak. Aku ni sebenarnya, kalo orang post, aku baca je selagi keluar kat newsfeed aku. Dan aku suka je baca hal rumah tangga orang ni, saje nak buat-buat kaypoh. Itu bab isteri. Yang suami dia pulak, jenis relax je. Akaun FB tu ada tapi pasif. Aku rasa kebanyakan lelaki macam tu kot. Update sekali sekala. Share apa-apa yang menarik daripada berita luar, bukan pasal diri dia dan keluarga.  Ada sekali tu, ada la m...

Betul-betul Patut Bersyukur Malaysia Masih Aman

Sejahteralah ke atas kamu... Pagi tadi aku bermimpi, rumah flat yang aku duduki sekarang telah dibedil bertubi-tubi dengan peluru missile dan mortar oleh tentera Zioneese. Terjaga daripada tidur, aku rasa takut dan terganggu fikiran.  Sebelum itu pada hari yang berlainan, aku pernah bermimpi ofis aku telah ditembak oleh peluru berpandu daripada jet pejuang Korea Utara. Waktu itu, aku terjaga dan turut merasa takut.[dalam mimpi tu aku selamat] Memang orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi bagi aku bergantung juga pada waktu mimpi tu. Kalau mimpi yang membuatkan aku bangun lambat untuk solat subuh tu aku memang positif 100% itu adalah mimpi yang direncanakan oleh syaitonirojim. Mana tidaknya, waktu tu kalau mimpi memang mimpi meleret-leret, yang kebiasaannya berkisar tentang perkara-perkara yang aku suka, seperti makan makanan yang sedap-sedap, mimpi menjahit, mimpi bangun dan solat, mimpi menunggu yang akan ambil masa dan semuanya jenis-jenis yang melalaikan....

Aku Lebih Baik Daripada Dia

Sejahteralah ke atas kamu... Kita makan masakan orang lain, kemudian perisa makanan yang kita makan tu tak kena pulak dengan selera kita, contohnya terlalu pedas ke, terlalu manis ke. Then kita complain atau merungut sendiri, 'ntah apa-apa la masak macam ni, kalau aku masak lagi sedap'. Ini hanyalah contoh. Aku biasa berhadapan dengan individu yang melakukan perkara-perkara tertentu [baca ; perkara yang tidak mungkin aku lakukan], yang membuatkan aku terdetik dalam hati, 'kenapa la dia buat macam tu. Kalau aku jadi dia, aku takkan buat macam tu, mesti aku dah buat begini-begini'. Malah lagi buruk kadang-kadang aku terlepas kata-kata tu keluar sehingga orang lain turut mendengar. Seolahnya mempertikaikan bahawa individu tu tak sepatutnya buat macam tu, dia sepatutnya buat macam aku buat. Kalau dia buat macam aku buat, barulah betul. Dalam tak sedar, aku dah rasakan yang aku ni lebih baik daripada individu tu. Korang ingat lagi tak sewaktu Allah menciptaka...

Aku Kecewa Fiza-Adam, Abby-Farhan Berpisah

Sejahteralah ke atas kamu... Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai? Takde aku rasa kot? Melainkan ada agenda pasal nak dapatkan kerakyatan, atau nak dapatkan harta ke, yang tu kira kategori lain la. Korang pon mesti dah dengar tentang perpisahan 2 pasangan artis iaitu Fiza-Adam dan Abby-Farhan.  Kedua-dua pasangan ini ada persamaannya. Mereka sama-sama buat keputusan untuk bercinta selepas bernikah. Berkenalan sekejap, melamar dan berkahwin. Sepatutnya cara begitu dah bagus. Aku cukup gembira dengan cara mereka sewaktu mereka buat keputusan untuk berkahwin tu. Sebab bercouple itu haram. Bercinta selepas nikah adalah cara Islam yang sebenar. Cuma mungkin mereka belum cukup merisik tentang pasangan masing-masing, melalui orang tengah, maka perkahwinan itu berakhir juga dalam masa yang singkat.  Aku langsung tak mahu komen tentang punca mereka berpisah, atau siapa yang benar dan siapa yang salah sehingga terjadinya perpisahan mereka tu. Sebab walau banyak mana p...

Ajarkan Anak-anak Supaya.....

Sejahteralah ke atas kamu.... Lagi, beberapa perkara kecil yang perlu diajarkan kepada anak-anak, 1. Tolong bukakan pintu untuk orang yang membawa barang. 2. Menahan pintu untuk orang yang ingin masuk selepas dia. 3. Memberi peluang untuk orang lain keluar lif terlebih dahulu dengan 'hold' pintu lif. 4. Makan/mengunyah dengan mulut yang tertutup supaya tidak berbunyi sewaktu makan.   Sama ada anda perasan atau tidak, semua yang disebutkan di atas ini, tidak dapat diajarkan kepada anak melainkan ibubapa dahulu yang melakukannya. Anak melihat setiap perbuatan kita dan akan meniru perbuatan itu. Oleh itu, untuk mendidik anak menjadi seperti yang kita harap-harapkan, kitalah yang perlu melakukannya terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.

Kenapa Begini Akhirnya? Please Keep Praying For MH370

Sejahteralah ke atas kamu... *Di dalam hati masih lagi berharap agar mereka semua selamat.  Kenapa Amerika tak bantu cari guna satelit sama yang mereka guna untuk jejak Osama Bin Laden? Bukankah satelit itu canggih sampaikan Osama dalam rumah pun mereka boleh cari? Kenapa tak nak tolong? Kenapa begitu lama masa yang INMARSAT British ambil untuk buat analisa data daripada  'ping' dan bacaan Doppler effect tu? Kenapa lambat sangat nak tolong? Mentang-mentang la Malaysia ni negara tak femes. Kenapa jauh sangat tersasar sampai ke lautan Hindi sana? ............. I'm not happy. Aku pernah kehilangan insan yang paling aku sayang seumur hidup aku, arwah mak aku. Perginya meninggalkan jasad, yang dikebumikan di pusara yang jelas tempatnya, yang boleh aku lawati bila-bila aku mampu. Itu  pun aku dah cukup sedih. Sangat sedih. Rindu. Inikan pula..... kehilangan orang yang disayangi, tanpa pusara. Tanpa jasad. Tanpa diketahui pun di mana. Sedihny...

Ada Juga Office Yang Tak Support BreastFeeding...

...iaitu office aku.  Sejahteralah ke atas kamu... Nak kata tak support 100% tu tak juga. Tapi pilihan yang diberikan tu macam terlampau susah nak dilaksanakan.  Selama ni, kaum ibu yang mengepam susu dan simpan susu dalam peti sejuk office memang ramai. Setiap level ada aku rasa la. Untuk makluman, setiap level office aku ni ada fridge yang disediakan oleh office. Dulu takde isu pun. Kami boleh je simpan susu dalam peti sejuk kat pantry tu.  Minggu lepas dapat email daripada pihak pengurusan. Katanya tak boleh simpan susu [ibu] dan segala peralatan yang berkenaan breasfeeding di dalam peti sejuk pejabat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Sampai sekarang aku tak faham apa pulak kejadian yang tak diingini tu. Solution yang diberikan, untuk simpan semua susu di peti sejuk di bilik penyusuan di taska sahaja. Erm... Bukan semua ibu hantar anak kat taska. Takkan takde kaitan dengan taska pun nak pegi simpan susu kat situ. Huhu... Sedih. Jap... ...

MH370 Mengatasi Kisah Murahan Si Perampas

Sejahteralah ke atas kamu.... Pagi Sabtu, bila pertama kali aku baca berita pasal 'pesawat MAS hilang dari radar', aku boleh je tak rasa apa-apa. Sebab aku tak sangka perkara itu akan seserius ini. Betul, aku mula-mula tak rasa apa-apa mungkin sebab aku sendiri pun tak fokus dengan apa yang aku baca. Tiba-tiba, sehingga ke tengahari, makin ramai orang update pasal berita MH370 tu kat facebook, baru aku rasa berderau. Berita berat ni. Ni bukan main-main ni. Then barulah aku mengikuti perkembangan semasa tentang kejadian tu. Nauzubillah. Mohon Allah melindungi kita semua daripada bencana dan malapetaka. Bila aku cuba nak fikir apa yang terjadi kepada semua penumpang dan krew kapal tersebut, macam pening dan buntu kepala aku. Walaupun tiada sesiapa suruh fikir, tapi diri sendiri tetap nak berfikir sebab tertanya-tanya, apa terjadi, di mana, bagaimana, kenapa. Huhuhuh... sedihnya. Pihak berkuasa menasihatkan rakyat supaya jangan buat spekulasi tentang berita ini. Bagi ...

Susu Susut

Sejahteralah ke atas kamu.... Masa Luth masuk wad minggu lepas, dia tak makan hanya menyusu. Waktu itu susu aku banyak sampai berlebihan plak. Sehinggakan aku terpaksa pam dan buang susu tu supaya tak bengkak. Agak kufur nikmat aku ni. Bila balik rumah selepas Luth discharged, susu terus kering. Cemas plak aku. Ni la kita ni manusia. Susu banyak salah, susu sikit pun salah. Ada masanya sekarang aku rasa Luth macam kelaparan je bile waktu malam sebab tak cukup susu. Sedih aku tahu. Nk bangun masak bubur rasa cam tak logik plak kul 2 pagi nak masak bubur. Aku yang cemas terlebih ni pon mula la nak cari formula milk untuk menampung keperluan Luth. Aku buka majalah Pa&Ma, ternampak iklan susu yang diformulated menggunakan susu kambing, Karihome. Ye aku tau susu ni mahal. Aku pun belum decide apa-apa lagi, cuma sebab aku jumpa iklan tu di awal muka surat. Aku buka website yg disertakan dalam iklan tu. Aku baca sikit-sikit then aku isi borang untuk dapatkan sample. Sehari selepas...

Bila Naluri Fitrah Itu Dicabut

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku, kalau anak aku menangis yang aku tahu nangis dia tu sebab kesakitan, aku pun akan rasa nak nangis. Aku kesian sebab dia kecik, dia tak mampu nak bagitau dia sakit kat mana. Sebab dia kecik. Dia bergantung kepada aku. Dia tak mampu tanpa aku, tak berdaya nak selesakan diri sendiri. Orang Tu Yang Jahat Korang mesti dah baca tentang kes pembunuhan kanak-kanak yang terjadi di Paka, Kemaman. Sebaknya hati aku bila tertengok gambar gadis kecil tu terbaring dengan darah berlumuran dan pakaian yang terselak ke atas pinggang. Aku terbayang, gadis kecil itu menangis kesakitan, merayu minta dilepaskan. Tapi si orang jahat terus je menyudahkan 'tugas' dia. *nangess*. Aku cuma tak dapat bayangkan sengsara yang gadis kecil itu hadapi di saat-saat terakhir nyawanya melayang di tangan si penjahat. Hoi penjahat!! Tak adakah belas kasihan kamu???! Mak Ayah Pun Sukar Difahami Banyak kejadian kematian yg melibatkan kanak-kanak berlaku di negara kita n...

Beli Secara Online, Kerenah

Sejahteralah ke atas kamu... aku suka shopping secara online. 8hokey, shift key aku tak berfungsi balik... ftttff8. aku ni kalau membeli, memang tak banyak kerenah pun. kalau aku rasa okay, terus beli. nak tunggu aku rasa okay tu pun senang je. soalan yang aku tanya pun 2, 3 je. biasanya pasal saiz la[kalau baju]. semata-mata nak make sure yang betul2 sesuai.  lepas tanya 2,3 soalan tu kalau aku rasa kriteria barang tu tak menepati kehendak, maka aku tak beli. so, aku nak bertanya... adakah salah kalau aku tak beli kalau aku rasa tak sesuai? itu la dilemma sebagai seorang pembeli online macam aku ni. biasanya kalau barang yang display secara online ni hanya ada gambar sekeping. kalau peniaga tu rajin skit, mungkin ada gambar daripada pelbagai angle. Itu membantu la. tapi kalau yang jenis gambar ada satu je, pastu kecik plak tu. saiz gambar pun besar sikit je daripada lubang hidung zirafah. lepas dah click untuk view yang lebih besar pun, tetap jugak kecik. kalau dah gitu g...

Double Standard!

Sejahteralah ke atas kamu... Ini kisah di jalanraya. Lebih specific kepada laluan pejalan kaki.  Aku, selalunya bila lalu kat lintasan pejalan kaki yang belang-belang kuning tu, aku akan berhentikan kereta kalau ada orang nak melintas.  Tapi tengok jugak. Kalau aku tengok kereta depan dah berenti untuk bagi pejalan kaki lalui, then aku pon berenti kat belakang kereta tu, tetiba masa aku nak lalui, ada plak lagi sorang pejalan kaki nak melintas, memang aku tak berenti la.  Dia kena la tunggu kan. Lagipun dia sorang je. Pastu aku tak berenti jugak kalau aku tengok dia baru je sampai situ dan hanya dia sorang je tunggu nak melintas jalan.  Biasanya aku akan beri laluan kalau yang menunggu tu lebih daripada seorang. Tapi, yang aku tak suka dengan diri aku sendiri ialah sikap double standard aku.  Kalau foreigner terutamanya orang putih yang nak lintas walaupun hanya sorang, otometik je aku berenti. Huhuhu...  Sebenarnya bukan sebab ...

Perlu Ke Share Semua?

Sejahteralah ke atas kamu... Satu hari, sorang ofismate aku yang bernama Asan*bukan nama sebenar* tegur aku, dia kata aku pakai baju nampak macam makcik. Aku tak ambik port sangat sebab aku macam dah disuntik dengan vaksin penyakit 'jiwa lemah kena kutuk macam makcik-makcik atau kena kutuk gemuk'. Tapi aku whatsApp suami aku, mengadu. Hahahaha... Lepas tu, laki aku reply, dia kata bak sini nombor si Asan tu biar dia marah skit budak Asan tu. Aku reply dengan ketawa golek-golek je la. Kita pun kenal la pasangan kita. Antara gurau dengan serius.  Sambil berbalas2 watsep dengan Mat Azghul, aku bagitau Asan, "Hei, Asan, laki aku mintak nombor tepon ko". Pastu Asan dengan muka berubah berkata, [mungkin sebab malu dengan laki aku] "itu pun ko cerita kat laki ko?". Asan ni untuk makluman, masih bujang dan insyaAllah akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Aku nak tanya korang, korang yang ada pasangan la... korang cerita semua tak aktiviti  ...

Lelaki India, Tempang

Sejahteralah ke atas kamu... Waktu lunch semalam, aku pegi makan sorang2 kat The Chicken Rice Shop. Bawak duit doploh hingget. Siap makan, bayar, balance duit ada singgit tujuh posen. Korang selalu ke pegi makan sorang2 kat kedai? Nampak cam loser je takde kawan, tapi aku selambe je. Tak jadi masalah pun nak gi sorang2. Masa berjalan nak balik ofis, tetiba ada sorang lelaki berbangsa India, datang ke arah aku. Kakinya tempang. Dia tenung aku, dia buat isyarat mintak duit sikit pastu dia buat aksi makan [suap tangan kat mulut]. Aku ni kalau ikutkan aku memang tak kisah nak bagi belen duit aku yang sikit tu, tapi oleh sebab aku terlampau paranoid, aku rasa nyawa aku terancam, aku rasa sangat takut dengan stranger, sampaikan aku hanya boleh geleng kepala pastu aku belah macam tu je. Nampak tak betapa seriusnya ketakutan yang aku dan aku rasa kebanyakan rakyat Malaysia alami akibat daripada jenayah yang bersambung-sambung setiap hari berlaku kat Malaysia ni. Huhu... Bila ...

Mentakutkan.

Sejahteralah ke atas kamu.... Mati itu memang sesuatu yang pasti. Cuma cara mati itu je yang belum pasti bagaimana akan berlaku.  Mula-mula berita rompakan bersenjata di Ambank USJ yang mengorbankan seorang pegawai bank wanita. Allahyarham pastilah rakyat biasa-biasa yang pegi balik ofis, seorang isteri, seorang ibu. Akhirnya meninggal dunia kerana dibunuh tanpa belas oleh si perompak. [Syukur la perompak tu dah berjaya diberkas oleh polis di Johor semalam]. Kemudian, berita penculikan kanak-kanak warga Britain, Freddie Joseph. Di rumahnya sendiri. Penculik masuk dalam pagar rumah pergi ambik budak tu. Berani betul dah penculik ni. Terang-terangan buat jenayah. Terkini, kisah seorang penguatkuasa JAIP yang ditembak mati di rumahnya sendiri ketika sedang berehat di rumah. Bayangkan penembak tu yang datang rumah, beri salam dan tembak, depan mata isteri dan anak-anak. Kejadian ini di Indera Mahkota. Sampai datang ke rumah untuk tembak. Ko bayangkan la. Betapa beraninya ...

3 Bangsa, 3 Adegan

Sejahteralah ke atas kamu.... Ini semua kisah benar.  Adegan 1 Pembeli singgah gerai jambu potong untuk membeli jambu potong. Penjual jambu potong sedang memegang pisau di tangan dan mempotong jambu potong. Lalu Pembeli pun berkata, "Dik, bagi jambu duwe hingget". Adik si Penjual jambu potom membalas sambil tangannya tekun memotong jambu potong dan matanya langsung tidak memandang Pembeli, "Kejap". "Jambu ni boleh potong kecil-kecil* tak dik", pinta si Pembeli. Dengan tegas, yakin, saya kunci lirik ini pak nil dan bolos saja dinding itu, si Penjual  menjawab, "Kita memang tak potong kecik2 jambu ni. Kita jual yang sedia ada** ni je." Daaaaa?!![mata terbeliak]. Ko tengah pegang pisau kan? Chopping board pon dah ready terbentang depan ko kan. Tapi ko boleh kata ko taknak potong jambu tu ikut kehendak pelanggan. Vat iz dizzz? Watdayamin? *kecil-kecil - potong jadi kiub supaya bleh makan guna lidi. **sedia ada - yang da...

Bayi 6 Bulan Cedera Parah Didera Pengasuh

Sejahteralah ke atas kamu.  Ini berita 3 hari lepas. KLANG, 11 Sept (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia enam bulan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata bapa mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.   "Mangsa yang kini sukar untuk bernafas sedang dirawat di unit rawatan rapi wad kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mohamad berkata sepanjang empat bulan dijaga pengasuh itu, bayi itu pernah mengalami luka melecet di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu. Beliau berkata bapa mangsa diberitahu men...

Dulu Aku Anti Dia Ni

Sejahteralah ke atas kamu.... Sebab minat sangat kat kumpulan rock kapak melayu, aku memang bengang bila artis-artis rock feveret aku tak boleh keluar TV selagi mereka berambut panjang. Kalo nak keluar TV, potong rambut! Awie dengan Amy Search pon patuh dgn arahan tu. Ramli Sarip plak terpaksa ikat rambut kemas2 dan sorok rambut dalam baju rambut dia. Ni semua Tan Sri Mohamad Rahmat [kini arwah] la yang punya angkara. Masa tu beliau adalah Menteri Penerangan Malaysia daripada tahun 1987 hingga 1999]. Memang syarat nak keluar TV agak ketat waktu tu. Artis wanita takleh berpakaian yg nampak ketiak. Skirt pon kena bawah lutut. Kalau filem pulak, adegan-adegan tak senonoh memang kena cantas. Cerita hantu, jangan harap nak keluar TV. Memang langsung tak supportive. Waktu itu, ramai juga orang yg mengutuk Tan Sri Mohamad Rahmat ni. Ye la.. Dah itu tak boleh, ini tak boleh. Cemana industri hiburan Malaysia ni nak berkembang. Pengkarya-pengkarya seni tanahair kita pun memang susah n...

Makan Megi Tak Semestinya Sebab Takde Duit....

Sejahteralah ke atas kamu... ......tapi kebiasaannya kalau takde duit mesti terpaksa makan megi. Hari ni waktu rehat tengahari aku tak balik hantar susu kat Luth. Stock susu yang aku bekalkan untuk Luth pagi tadi dah cukup quota keperluan dia untuk hari ini. Jadi, mama dia ni ambik peluang untuk pegi shopping sorang2. Tak jauh, kat foyer bangunan ofis aku ni je.  Dah beli tudung beberapa helai, aku beli plak grill chicken yang harganya RM12 dapat quarter chicken dan 2 side dish [aku pilih spagetti bolognese + potato salad]. Time nak makan tu aku masuk pantry, terus semerbak bau megi. Dalam hati aku, "huh! sapa makan megi???!". Bila skodeng kat bahagian belakang pantry, tengok akak-akak cleaner berbangsa indonesia tengah makan megi, kongsi satu mangkuk. Gulp. By the time aku nak duduk kat meja yang sama dengan derang tu, derang dah cepat2 kemas dan beransur keluar. Aku rasa terganggu jugak bila aku kenangkan yang makanan aku berharga RM12 untuk aku sorang je...

Niatnya Nak Bergurau... Tapi....

Sejahteralah Ke Atas Kamu.... Aku selalu mengalami situasi begini; aku berniat nak buat lawak tetiba suasana jadi hening dan awkward sebab penggunaan perkataan atau ayat aku salah. Pffttt.... Contoh 1 :  Situasi :  Pergi beraya kat rumah orang biasa-biasa. Orang tu dukung anak aku pastu anak aku okay je tak nangis dukung dengan dia sedangkan sebelum tu tadi gi beraya kat rumah sorang yang ada rumah besar, tuan rumah besar tu dukung anak aku, anak aku nangis.  Orang Biasa-biasa : Baiknya Luth ni nak dengan orang.. Aku Mulut Longkang : Ha ah, Baik plak... tadi dukung dengan orang kaya dia nangis. !@##$$%%^&&*(%^&& motiffffffff??!! Kenapa aku terkeluar ayat macam tu? So, adakah aku bermaksud orang biasa-biasa tu 'miskin' sebab tadi orang kaya dukung anak aku, anak aku nangis? Aku terus je rasa awkward tahap otomen mebius lepas aku cakap gitu. Chiss.. Ngok. Contoh 2 : Situasi : Kat umah aku, ada kawan anak sedara aku datan...