Skip to main content

Double Standard!

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini kisah di jalanraya. Lebih specific kepada laluan pejalan kaki. 

Aku, selalunya bila lalu kat lintasan pejalan kaki yang belang-belang kuning tu, aku akan berhentikan kereta kalau ada orang nak melintas. 

Tapi tengok jugak. Kalau aku tengok kereta depan dah berenti untuk bagi pejalan kaki lalui, then aku pon berenti kat belakang kereta tu, tetiba masa aku nak lalui, ada plak lagi sorang pejalan kaki nak melintas, memang aku tak berenti la. 

Dia kena la tunggu kan. Lagipun dia sorang je. Pastu aku tak berenti jugak kalau aku tengok dia baru je sampai situ dan hanya dia sorang je tunggu nak melintas jalan. 

Biasanya aku akan beri laluan kalau yang menunggu tu lebih daripada seorang. Tapi, yang aku tak suka dengan diri aku sendiri ialah sikap double standard aku. 

Kalau foreigner terutamanya orang putih yang nak lintas walaupun hanya sorang, otometik je aku berenti. Huhuhu... 

Sebenarnya bukan sebab aku respect sangat kat mereka. 

Bukan jugak aku mendewa-dewakan mereka, pandang tinggi jauh sekali. 

Cuma sebab  aku ada terasa macam takut orang putih tu judge rakyat Malaysia ni biadab. Senang cakap, aku jadi berpura-pura macam tu sebab taknak ada persepsi negatif foreigner terhadap rakyat Malaysia. 

Aku tau sikap ni tak elok. Tapi macam dah terrrr.... Ter tu maksud dia tak sengaja la. Masalahnya, kalau aku tengok yang nak melintas tu Pakistan ke Bangla ke, aku tak plak beriya nak bagi privilege macam tu. Aku akan anggap dia sama je mcm rakyat Malaysia yang lain, tunggu ada 2 orang dulu baru aku bagi lintas. Hehe.....

 

Comments

  1. tu dah biasa terjadi.. cuma kalau boleh kena berubah..
    mentality kita kot sebab pakistan, bangla cari rezeki kat sini dan omputeh lak melancong jer so kita ni nak pelancong memandang tinggi kesopanan kita walhal ada dia kisah ker..
    secara tak langsung kita memang akan terr.. dalam situasi ni.. (macam pilih bulu kan..hehehe)

    ReplyDelete
  2. err...macam kena kat diri sendiri je, huhu. bukan kata bab melintas jalan ni je...kadang dalam aspek lain pun..contoh mat saleh tanya tandas mana kemain kita tolong...cuba mat bangla nak vera ke kincin ke..."kakak manis toilet mau vera punya mana ya kakak?" contohhhh aje..maaf terkeluar dari cerita. huhu


    pastu part kena tunggu ada 2 orang dulu baru aku bagi lintas. Hehe.....kelakar lak, kena tunggu berdua ke takpun tunggu takde kereta baru boleh melintas jawabnya...jenuh haihh. hehe

    ReplyDelete
  3. jangan la time ciksu nak melintas tu lyd yang lalu. hahaa

    *ye ke.. mm, tak pa la nnti ciksu pos lain k. yg hari tu buku resepi. bg alamat lyd la snng k.

    ReplyDelete
  4. Boleh diubah tu sikap double standard tu. Kalau tak nak bagi melintas biar semua orang rasa. Haha

    ReplyDelete
  5. Ekekeke...rasanya daku pon sama juga ☺

    ReplyDelete
  6. sikap yg menjadi kebiasaan tu memang susah nk dibuangkan.. hari ini kita brjanji nak ubah..esok kita ulang perkara yg sama.. alahai.. samalah dgn saya ni sis.. (n____n)

    ReplyDelete
  7. aku pun kadang2 ada gak double standard.

    ReplyDelete
  8. Mungkin dah jd mcm standard gitu kan yg menyebabkan satu darjat diletak tinggi dr 1 yg lagi...tp sebenarnya kalau kita ikut pikiran yg rasional mmg semualah patut dihormati..sy pun dl rsnya gitu gak...

    ReplyDelete
  9. bangla dtu daa macam rakyat malaysia da.. sebab banyak sgt..ngeh-II

    ReplyDelete
  10. salam kak.. lady teremove komen akak di blog.. entry jalan2 ke kl..
    pls komen balik.. huhuhuhu..
    sory nk tekan publish tp teremove plak.. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...