Sejahteralah ke atas kamu...
Raya dah tinggal lagi sehari. Aku baru nak cerita pasal raya. Mood raya baru je datang tetibe seminit yang lepas. Aku ni biasa le. Selalu je lambat panas. Time raya aku tak nak makan lemang, dok sibuk makan biskut raya, lepas raya baru le terhegeh-hegeh mengidam nak makan lemang. Sebut pasal lemang, masa raya baru-baru ni, aku pertama kali cuba makan lemang periuk kera. Sorry, gambar tak sempat snap sebab adegan tu kat rumah orang. Malu plak aku nak berselfie-selfie, nak berfoodie-foodie kat umah orang sebab taknak la mencontengkan kapur kasut di muka ibu mentua aku dengan perangai over begitu. Berbalik kepada lemang periuk kera tadi, rasanya tidaklah begitu memikat hati aku. Tak sesedap lemang dalam batang buluh yang dibaluti daun pisang. Aroma daun pisang tu, terasa macam nak sebut perkataan yennadey bila makan. Cemana la lemang periuk kera tu nak terasa sedap pada lidah aku. Aku ni manusia. Periuk tu pulak kera yang punya.
Tahun ni adalah tahun kedua Luth berhari raya. Kali ni, duit raye Luth kurang seratus daripada tahun lepas. Eh, jangan kata aku tak bersyukur, aku hanya menjelaskan dalam bentuk ayat penyata. Rezeki sikit ke banyak tu, subjektif. Bagi aku sentiasa cukup je.
Aku teringat zaman semasa aku kecil dulu, duit raya yang biasa aku dapat kutip hanya dalam RM20 je. Itu pun dah tersenyum sepanjang masa dan rasa macam nak melompat-lompat je. Berapa banyak aiskrim paddle pop yang aku bleh beli dengan duit RM20 masa tu, dengan air kotak, air tin. Waktu tu, aku boleh beraya kat rumah sesiapa je seluruh kampung, walaupun orang yang aku kenal. Paling koman, orang akan bagi seposen. Biasanya 20sen. Kalau yang agak berada bagi 50sen. Waktu tu tak de rasa takut pun nak pegi mana-mana. Mak ayah pon tak risau anak kena culik ke, kena rogol. InsyaAllah akan balik dengan selamat.
Aku memang takleh lupa, rumah yang paling aku excited nak pergi collect duit raya ialah rumah wakil rakyat, [sekarang dah meninggal dah]. Rumah dia dekat je dengan umah aku. Kalau beraya rumah dia, akan dapat RM1. RM1 pada zaman itu memang sangat bermakna. Sama perasaannya macam dapat RM10 zaman sekarang ni. Yelah, sekarang ni, aku rasa dah takde orang bagi duit raya 20sen. Kalau ada pun memang jarang. Biasa bagi RM2 betul tak? Bila kumpul-kumpul dapat la beratus-ratus duit raya, tapi nilai dia, lebih sikit je berbanding duit raya dulu. Kalau eskem paddle pop dulu 30sen je, sekarang dah berapa hingget? Singgit lebih dh kan.
Cemana dengan yuolls, berapa collection duit raye masa kecik? Ce kongsi kat sini kenangan terindah collect duit raya korang.