Skip to main content

7 Hari Luth Beraya ; Naratif Bergambar....

Sejahteralah ke atas kamu.....

Hari raya dah masuk hari ke-9. kehidupan warga Malaysia pun dah kembali ke asal... Bangun pagi, gi kerja, tempuh jem nenas, kalau ada lebih boleh buat tart, hantar anak gi umah pengasuh, pagi-pagi breakfast nasi lemak, no more breakfast ketupat rendang. kurang menggembirakan.... 

ermmm... tapi inilah kehidupan. kalau cuti relax je memanjang nanti mua plak lemak-lemak kat badan tuh.

Tahun ni turn kami sekeluarga beraya di rumah mentua. kekonon je la tu. Padahal lepas solat raya, lepas bersalaman dgn ibu dan pak mentua, terus dah zassss pegi umah abah aku plak. Lepak sampai tengahari, baru balik semula umah mentua.

Warna tema ikut suka je tahun ni. 


HARI RAYA KETAMA
Luth ni kalo time bergambar satu keluarga sokmo le buat muka.



HARI RAYA KEDUA
Walaupunnnnnnn haku takde monopod, tapi bleh hambik gambar daripada hatas hokey. Nampak baju raye haku di hari raya ke-2? Tema dia ialah baju nikah. Impressive bukan?

Orang kata kat asben aku, macam nak gi menikoh. Apaaa?? Berani dia nak buat onar???!!!

Raya kedua malam tu, sempat plak pegi Mydin Kuantan. Niatnya nak cari benda lain, tapi last-last beli selipor Asadi je 2 pasang. Takde kena-mengena.


HARI RAYA KETIGA - Balik Pekan, ziarah pusara datuk dan nenek sebelah suami.

Budak kenit ni takbagi 'chan' kat mama ziarah kubur lelama, dia bantai menangis mencelabak.


HARI RAYA KEEMPAT - Bergerak ke Pengkalan Chepa. Ikut rombongan menghantar pengantin lelaki [kazen Luth, sebelah mama]

Main cikucak dengan NekWan

Ni brother ngesot mana plok nih.. Muka sakit hati sebab mama asyik mengambik gambar dia je tak berenti2. Hahahaha. fadan muka.


HARI RAYA KELIMA - Majlis akad nikah Uwais dan Syofiyah. [Uwais anak Kak Long aku. ]
Family mama Luth. Ini pun belum cukup semuanya. Ada yang tak ikut.

Malam, pergi beraya kat rumah makcik Mat Azghul di Pasir Mas. Luth main keta remote control mini ni mcm harta dia doh. Mujur la tuan punya keta tu yang namanya Ahmad Anaqi, sangat toleransi boleh kongsi main sama-sama.

Balik daripada beraya, dapat hadiah soft toy jilafah daripada Mak Long. Kemain lagi sayangnya kt giraffe dia tuh.


HARI RAYA KEENAM - Kenduri kesyukuran sebelah pihak perempuan, Pengkalan Chepa.

Time orang beri ceramah agama, budak kenit ni dok main pinggan dgn sudu. Sekali sekala mama bertukar jadi mak tiri, marah dia bising.


Amboi berseri-seri abe Sanny kito deh.
Selesai bertandang ke majlis Sanny, aku singgah kejap di umah sorang lagi ofismate aku yang terkemuka di Melor, iaitu Mekjan. Lepas tu terus balik ke Kuantan ikut Kuala Terengganu [jalan tepi pantai]. Asben aku ni jenis mengantuk kalo lalu highway. Maklum saje la... keta takleh lari laju, pastu permandangan plak statik je. Kalo lalu jalan kampung, ada la jugak rumah2 orang atau lampu-lampu lip-lap yang boleh dilihat, sambil-sambil singgah beli kepok losong.


HARI RAYA KETUJUH - Kembali ke gagang. Huhu... dah habis cuti... balik semula ke KL. 

Kemain tersenyumnya dok atas buaian. Luth nanti nyanyi lagu 'buai laju-laju, aku nak kawen dgn anak rajaaaa' ye. Tak pun, Luth je lah yang jadi raja.
 itu jek la kisah raya aku, mat azghul dan luth. Selamat hari raya untuk semua pembaca blog aku including the silent readers and all the haters. Bajet femes sangat kan. hehe.

Comments

  1. eyh..rsa dh publish td... tak tau lps ke x ...

    ok la..komen semulaaaaaaa....

    tema baju raya pertama tu y dikatakan x sedondon tu still blh masuk n ngam je dgn luth n papa..
    recycle bju nikah ok pe..lg pom bru j pkai sekali kan.. apa salah nyer.. hehe

    banyak tak luth kutip wit raya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sebanyak tahun lepas duit raya Luth tahun ni. Eheee...

      betul la tu lya, ta sedondon tapi masih dalam range color yg hampir sama pun kira boleh la kan.

      Delete
  2. Seronoknya...pueh beraya sampai tujuh hari tujuh malam.....
    Salam Eidul Fitr buat Lyd dan famili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok JR, balilk kampung jumpa ramai2.

      Salam aidil fitri juga utk JR dan family.

      Delete
  3. Suka acik cara lyd buat n3..dari raya 1 hingga ke 7.tak terfikir pun acik nak buat macam ni

    ReplyDelete
  4. Penuh sungguh dgn aktiviti... Kalau aku, dah ambik cuti rehat sbb lesu... Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la aktiviti sangat. sbb tu aku tak amilk cuti rehat, sbb tak penat pon.

      Delete
  5. Haahaha..the haters pun boleyyy..
    Raya kelate ek..
    Org kelate rupanya lyd ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, rin ni. saya org pahang la. hehehe... kelate tu gi rombongan pengantin je.

      Delete
  6. lepas cuti panjang.... back to reality... huhuhu

    ReplyDelete
  7. apo ni lama sangat u tak update, tup tup luth macam dah besar sangat dah, anak teruna dah ha. hamboi sakan beraya sampai ke kalan che po sampai ke pasir mah nak deh. Luth nnt naik buai nyanyi jer lagu nak kawen ngan cik Tipah yer... ker tak berkenan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biase la... cuti raye lama benor, blog pon terbiar. syokkk wooo beraya di desa... eceh. saje bakar perasaan org yg beraya diperantauan tu.

      Ramainya menantu pilihan yg mama Luth berkenan nalk buat menantu ni. Anak dara ummu aidan, anak dara puan kutu, anak dara pn nastyna. confuse ni nalk pilih. semua comel2 belako deh.

      Delete
    2. Luth kan boleh 4, ini baru 3.. boleh lagi masuk lagi sorang. Eh, anak aku!!!! hhahahaa

      Delete
  8. skaan juga beraya.dr beraya smp ke rpmgongan pengantin. luth kemain segak bergaya lagi dihari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni mmg sakan sebab cuti lama. mesti la segak, tgk mama dia yg segak tak hengat ni... wahhh.

      Delete
  9. cepatnya meninggi Luth ni, makin encem.
    cantik jubah Lyd (yg dgn pengantin tu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dia duduk sorang2, nampak la tinggi, tapi bila masuk cousin pompuan dia yg umur 11 bulan terus terserlah kekenitan Luth ni.

      Mekasih. Baju yg sama masa raya pertama tu juga.

      Delete
  10. Bakpo mu tak singgah rumah kawe..
    kawe wat nasi dagang..

    ReplyDelete
  11. mcm menyorok je tu diana. sebenarnya tak sekurus tuh.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya lyd...maaf zahir batin..tergida dgn senyuman luth..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.... Eh.. eh... orang Pekan ke aok ni? Saya stay di Pekan ni... mana laa tahu boleh kenal-kenalan... =D

    Selamat Hari Raya...
    Maaf Zahir & Batin...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum lyd..selamat hari raya..makin hensem luth (^_^)

    ReplyDelete
  15. Skim kaler kitorang sekeluarga lagi tak kena...
    tapi tak kisah la...
    Anak sulung tu dah pandai pilih baju sendiri...
    taknak pakai yg mama jahit...
    nak belu baru sama macam baju semayang ayah...ijau pucuk pisang...
    sekali ayah beli baju raya warna kuning pinang masak...boring je dia...

    ReplyDelete
  16. kiranya akak beraya di kelantan lah yer....Selamat Hari Raya untuk Kak Lyd sekeluarga....

    ReplyDelete
  17. selamat hari raya wow settle dah ek citer psal rya harung sekali je senang ;p

    ReplyDelete
  18. Salam Aidilfitri Lyd..

    Mujur dekat rumah 2 2 belah pihak boleh la dok lari kejap sana kejap sini

    MJ pun dekat jugak lebih kurg 45minit.. Pg raya rumah mertua ptg raya rmh mak abah.. gitulah rutin setiap tahun bergilir :)

    Cantik baju nikah Lyd walau xnampak jelas sangat :D

    ReplyDelete
  19. Tu dia...kisah 7 hari. Meriah nya raya. Kita ni tak update lagi citer raya. Biasa2 jer raya tahun ni. Baju raya pon recycle jer. Cuma belikan baju raya utk anak2 jer.

    ReplyDelete
  20. Amboi ! Beraya sakan sampai seminggu tiga beranak ni ye...si kecik tu pun bukan main lagi bergaya dan berposing...
    Selamat hari raya lyd...

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya :-)

    Wah, makin comel budak Luth ni. Raya ni seronok la jumpa berkawan dengan sedara-mara lain.

    ReplyDelete
  22. Selamat hari raya maaf zahir dan batin
    Meriah raya tahun ni Lyd..seronok baca..

    ReplyDelete
  23. Wahhh...meriahnya raya.... :) Selamat Hari Raya Aidilfitri yer.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya
    maaf zahir batin

    sronok ye luth ikut mama papa beraya. sampai ke klate nun haaa. hihi

    selamat pengantin baru buat uwais dn pasangan.ada ank sdara dh nikoh ye.syiokknya..

    udoh pergi pakai baju tema menikoh. molek benor le soklannya tu.kikiki

    psstt: lyd, tergelak besaq sy tau.mana la pernah dgr ketupat pondan.sabaq je la..

    tima kasih :)
    doakan sy smga dipermudahkan hendaknya ye.aamiin.
    xdpt nk berwassap sbb mls dh nk download asyik failed je.grrrrrrr sesangat..

    ReplyDelete
  25. Selamat hari raya lyd..raya sakan natuku tahun nie yer..almaklumlah dah pandai pakai baju melayu dengan segaknya..mesti luth nie jadi perhatian jer mana dia pegi kan..mesti sedara mara berebut2 nak amek dokong tuuu...

    baju tema tuh tul ker baju nikah lyd...hehehe

    ReplyDelete
  26. Kelaslah tema baju nikah masa raya. Nak buat pun tak berani tau :)

    Happy sakan Luth beraya. Mamanya pun nampak macam happy gak.... Dah, dah, sakan raya dah habis. Marilah kembali bekerja dan berblogging. Lama dah Lyd you ni dok dendiam main game tak buat entri ....

    ReplyDelete
  27. kumpul cerita raya sekaligus baru best baca..hihi
    (cam saya jugak)

    ReplyDelete
  28. your country has many special festival and to be honest i impress with them, and having a chance go back there i will so happy

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...