Sejahteralah ke atas kamu...
Meh sini aku bagi briefing sikit pasal Dajjal.
Bila cerita pasal Dajjal dan fitnahnya... aku selalu je rasa macam, "aku yakin, takkan terpedaya dengan fitnah Dajjal". Iman kuat sangat doh ni aku ghase. Tapi ustazah Suraya* kata, Dajjal tu kalau keluar2 je terus mata ada sebelah dan kat dahi ada tulis hurup 'ka fa rho', confirm la kita boleh buat pilihan bijak di tangan kita.
Masa-elahnya sekarang ni, Dajjal tu.... di awal kemunculannya, dia berpenampilan menarik. Maksudnya dia normal. Muka dia encem ke tidok tu tak tahuk la. Yang pasti dia ni akan banyak membantu semua manusia di muka bumi ni. Segala keperluan manusia dipenuhi. Sampai tahap..... bila dia mengaku yang dia adalah Tuhan, baru la Allah akan burukkan rupa dia. Mata dia jadi buruk sebelah dan hanya tinggal sebelah. Tapi waktu wajahnya sudah diburukkan itu, manusia dah ramai yg termakan budi dan pertolongan Dajjal ni [sebab dia sangat berkuasa]. Maka ramai yang akan percaya bahawa dia itu memang Tuhan. Nauzubillah.. takutnya aku rasa.
Menurut Ustajah Suraya lagi, Allah telah memberikan kelebihan kepada Dajjal dengan memanjangkan usianya. Menurut riwayat, Dajjal itu sendiri telah wujud sejak zaman nabi lagi. Huuwaa... dah tu cemana. Berapa ribu tahun dah umur dia?
Rasulullah pernah bersabda menyuruh umatnya membaca surah Al Kahfi bagi melindungi kita daripada fitnah Dajjal. Aku ni bukanlah nak melawan, aku cuma bertanya je sebab aku tak tahu maka aku tanya. Soalan aku pada Ustazah, "Kenapa dalam banyak-banyak surah di dalam Al Quran, Surah Al Kahfi yang Nabi suruh kita baca untuk mengelakkan fitnah Dajjal ni? Kenapa bukan surah-surah lain? Sedangkan bila dibaca terjemahan ayat 1-10 dalam surah Al Kahfi tu, macam tiada perkaitan pun dengan ke'Dajjal'an. Sepuluh ayat terakhir dalam Surah Al-Kahfi juga seperti tiada perkaitan sangat dengan Dajjal.". Itu soalan aku. Maka ustazah dah jawab dan aku rasa make sense juga jawapan ustajah. Maka pueh la hati den. Alhamdulillah.
So, korang rasa siapa Dajjal tu sebenarnya? Satu masa nanti.... bila musim kemarau makin berpanjangan..... bila waktu itu, pertanian akan lumpuh, maka secara tak langsung sumber makanan kita pun semakin susut, kita dah kebuluran sebab tak makan dah sebulan, waktu itu bila si Dajjal muncul dengan mempelawa kita nasik lauk ikan singgang, tak ke kita rasa macam nak menyanyi intro lagu Cik Mek Molek macam M Daud Kilau sambil bergelek pakai baju blink blink? Masa tu belum tentu kita begitu kuat untuk menolak godaan itu walaupun sekarang kita rasa kita pasti takkan terpedaya. Kalau kail panjang sedepa sekalipun, jangan la Lautan Hindi hendak diduga hokey. Jangan pandang sinis dengan ketibaan zaman sukar itu nanti. Mungkin kita sempat rasa, tapi harap2 tak sempat rasa la. So, untuk melatih diri kita supaya dapat bertahan apabila tiba waktu sukar tu, ayuhlah kita berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis. Dapat berlatih rasa lapar.
Kata ustajah lagi, Dajjal ni kalau kita masih berupaya untuk menilai, dia sentiasa akan memberi habuan 'keduniaan' kepada kita. Semuanya berunsurkan duniawi je. Salah satu contohnya rasuah. Riba. Keseronokan dunia. Hiburan. Semuanya yang boleh membuatkan manusia rasa seronok is type of keropok. Persoalan yang bermain polis sentri dalam kepala aku ialah.... Mampu ke aku ni?
Entry aku ni pun ntah-ntah Dajjal baca. [Dah kalau dia hidup beribu-ribu tahun, tentu la dia adalah makhluk yang paling genius dan full of experience di dalam dunia ni. Jadi, mestilah dia boleh fahang bahase melayu.]. Then, ini je la yang aku nak kongsi dengan korangs today.
*Ustazah Suraya ialah pendakwah yang selalu dijemput untuk memberi kuliah muslimah di Esesem.