Skip to main content

Ajarkan Anak-anak Supaya.....

Sejahteralah ke atas kamu....


Lagi, beberapa perkara kecil yang perlu diajarkan kepada anak-anak,

1. Tolong bukakan pintu untuk orang yang membawa barang.
2. Menahan pintu untuk orang yang ingin masuk selepas dia.
3. Memberi peluang untuk orang lain keluar lif terlebih dahulu dengan 'hold' pintu lif.
4. Makan/mengunyah dengan mulut yang tertutup supaya tidak berbunyi sewaktu makan.

 
Sama ada anda perasan atau tidak, semua yang disebutkan di atas ini, tidak dapat diajarkan kepada anak melainkan ibubapa dahulu yang melakukannya. Anak melihat setiap perbuatan kita dan akan meniru perbuatan itu. Oleh itu, untuk mendidik anak menjadi seperti yang kita harap-harapkan, kitalah yang perlu melakukannya terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.

Comments

  1. setuju sangat!!
    didikan ibu bapa tu yang terkesan dihati mereka sebenarnya
    kalau tiap2 hari tgok parents derang tengking sana tengking sini..
    acaner??

    ReplyDelete
  2. Hmmm agak konpius yang 5 tambahan tu, pengalamankah hehe...

    ReplyDelete
  3. Thanks atas perkongsian lyd. Teringin nak bawa anak² gi rumah anak2 yatim. Boar dorang tahu mcm mana hidup mereka kat sana.

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat-sangat. Ibu bapa memang kena tunjukkan akhlak yang baik terlebih dahulu, then anak akan dengan mudah mengikut kerana action is louder than word.

    ReplyDelete
  5. babe...ini bukan takat anak2 jer kena belajar benda tu semua, banyak mak pak anak2 kena belajar or start buat semua tu.

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. all things are start from home!!

    ReplyDelete
  7. Orang di zamaan Nabi dulu mengajar anak-anak mereka mengenali kesusahan dengan menghantar anak-anak tinggal di kawasan pedalaman yang kehidupan serba susah. Kita pula sejak kecil mengajar anak-anak mengenali kesenangan, semuanya tersedia di depan mata, mereka tak perlu bersusah payah. Bila besar mereka tidak tahu erti kesusahan dan jika mengalami kesusahan mereka akan mencari jalan pintas termasuk melakukan jenayah supaya hidup tidak susah....

    ReplyDelete
  8. Tapi kan tak sampai hati tgk anak tido atas tilam nipis...hehe

    ReplyDelete
  9. betoi2... ada iklan berbudi bahasa kot yang lebih kurang macamtu.. kalau kita tak mulakan anak2 kita takkan tau punya....

    ReplyDelete
  10. Ada jugak yg diamalkan. Alhamdulillah... Budak2 ni cpt menerima.

    ReplyDelete
  11. ishh bila pk nk ajar anak tdo di tmpt keras, mkn tanpa lauk rasa mcm kesian je huhuhuhu xsmpai hati,
    mungkin boleh ajar cara xpilih makanan..mkn je apa yg ada wpun telur kicap huhuhu..

    ReplyDelete
  12. betul tuh lyd..semuanya bermula ngan ibu bapa sebagai contoh terbaik..cam kita nak suruh anak jgn makan minum berdiri, kitalah yg kena tunjuk contoh camtuh..

    ReplyDelete
  13. kalo mak bapak pun x buat, mcm mana anak nak follow kan...

    ReplyDelete
  14. ibu bapa perlu tunjukkan xontoh yg baik pada anak2. in shaa Allah

    ReplyDelete
  15. Ibubapa memanglah kena 'pamer'kan budi pekerti mulia depan anak-anak. Kalau tidak, memang kena bahan balik dek budak-budak sekarang ni. I kadang-kala menguap tak tutup mulut pastu kenalah sedas dua dengan si Abang. Pendekata apa yang kita ajar mereka pastu kita tak amalkan, memang kena 'nasihat' balik ler ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...