Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Parenting

Belajar Rajin-rajin Supaya Terjamin masa Depan?

 Sejahteralah ke atas kamu. Semalam  kat TV (TV berapa aku tak perasan) ditayangkan filem Azura untuk yang entah ke berapa kalinya.  Vibes menonton filem Azura sebagai seorang yang manusia biasa, dengan vibes menonton Azura dengan 'topi' seorang ibu, memang berbeza rupa-rupanya. Banyak sungguh dialog dan adegan yang aku rasa agak keterlaluan yang dilontarkan oleh Zack(Jamal Abdillah) sebagai seorang anak.  Aku tak puas hati betul bila dia biadab dengan ayah dia, biadab dengan majikan, biadab dengan semua orang, semata-mata kerana cinta. Tapi, dulu kalau tengok filem tu semasa bujang, aku rasa wowww cool gila dan aku nak lelaki yang akan mempertahankan cinta kami macam yang Zack buat tu. Hakikatnya, lelaki macam tu, tersangat la hauk. Macamana ko nak bersuamikan seorang yang tak hormat orang terutamanya ayah dia sendiri. Padahal ayah dia suruh belajar je.  Ada satu scene tu, Zack nak minta kerja. Majikan tu tengok sijil, hanya ada sijil berhenti sekolah, jadi Zac...

10 ADAB PERLU AJAR KEPADA ANAK

  Sejahteralah ke atas kamu... Aku jumpa poster ni di IG. Ada kawan share. Macam menarik, maka aku pun lukis semula pada kertas lukisan anak dan tampal dekat dengan meja makan. (Printer dah rosak. huhu. ) Comel kan? Kenapa aku tampal dekat meja makan.... Kisahnya, sebelum ini, aku ada tampal beberapa doa tentang Ramadhan dan doa keampunan malam lailatulqadar di situ. Anak-anak aku ni, time makan dia takde apa nak pandang, jadi automatik mata dia akan pandang doa-doa tu. Dan baca. Dan secara tak sengaja, mereka dapat hafal.  Jadi, aku cuba la nak didik adab-adab ni kepada anak-anak aku dengan cara tampalan yang sama. Harap-harap menjadi la kali ni.

Panduan Memilih Lampin Pakai Buang

Sejahteralah ke atas kamu... Persoalan tentang lampin pakai buang ni tidak akan selesai selagi kita ada anak kecil. Sebenarnya tidak menjadi isu pun ibu bapa nak pakaikan anak dengan lampin pakai buang(diaper) jenis apa, bentuk macamana, corak gambar apa atau sebagainya, yang penting harga mampu beli ke tidak. Tapi aku tak macam tu. Aku sanggup beli diaper mahal untuk anak aku asalkan kualiti dia helok. Kalau aku tak cukup duit, aku ambil upah cuci pinggan kat kedai mamak demi nak mencukupkan duit nak beli diaper mahal untuk anak aku. K. Gurau je. Aku ni suka mencuba. Aku suka beli diaper berlainan jenis, demi mencari yang terbaik untuk anak2 aku. Banyak jenama dah aku cuba sejak daripada anak pertama, kedua dan sekarang yang ketiga. Di antara jenama-jenama yang aku pernah beli dan pakaikan kepada anak2 aku; Pet Pet, Huggies, Drypers, Drypers Soft Touch, G.oon, Merries, Apple Crumby and Fish, Chiaus, Genki, Baby Love dan Mamy Poko. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku dah lupa. Aku bel...

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed...

Si Dagu Runcing

Sejahteralah ke atas kamu.... Budak dagu runcing ni kan. Ada sekali tu, dia asyik merengek je. Masa merengek tu dia tunjuk mulut. Aku check dalam mulut dia takut ada ulcer ke, gigi nak tumbuh ke. Takde. Dengan husband aku pun dia merengek macam tu. Kiterang musykil la juga. Pastu aku belek satu-persatu muka dia. Aku tengok kat dagu dia ada kesan macam melecet, sebesar 0.5cm x 0.5cm. Kat melecet tu macam dah takde kulit. Merah-merah la sikit. Aku tanya Luth, kenapa dagu adik luka ni? Luth kata tak tahu. Pastu Luth siap buat spekulasi sekali dengan demo. Luth kata, "Agaknya adik terjatuh macam ni agaknya", sambil buat gaya terjatuh dan dagu tertumus ke lantai. Tah hapa-hapa.  Aku cuba nak mengingati apa yang dia main sebelum tu. Hari itu hari Sabtu. Husband aku kerja. Aku jaga anak-anak di rumah la, of cause. Aku nak menyusukan Yafith  untuk tidurkan dia di dalam bilik. Sekali Yafith tak tidur pun. Aku yang tidur. Aku sedar-sedar, tengok dua beradik tu tengah selongk...

Cabaran Melatih Anak Berak Di Toilet

Sejahteralah ke atas kamoos... Ye la. Tajuk tu agak kasar bahasanya. Saje je pilih tajuk yang catchy. Biar meronta-ronta perasaan pembaca nak membacanya. Gitchew ye sayam-sayam semua. Eh, terfeeling Dato' Vida Ayam Mi plak...... Anak sulung aku umurnya 4 tahun. Tahun depan nak sekolah dah. Walaupun aku belum decide nak hantar sekolah mana, tapi aku perlu memastikan dia diaper-free by the time dia menjejaki kaki ke pintu pagar sekolah tadika dia tu nanti. Sekarang ni belum diaper-free lagi. Aku memang tak salahkan dia juga. (Nampak tak ciri-ciri mak yang suka membela anak. Anak kauuu je la yang betul, anak kauuu je la yang baik, pandai segala. Kwang..kwang..). Aku tak salahkan dia sebab memang aku tak latih dia untuk menuju ke 'nyahtinja tanpa memakai diaper'. Waktu yang sepatutnya dia belajar untuk tak pakai diaper tu (Umur 3 tahun), aku tengah pregnant anak kedua, aku terlalu mabuk untuk melatih seorang kanak-kanak yang innocent untuk membuang kumbahan ke di toile...

Luth Kata, Dia Dah Tak Sayang Papa

😭 Sejahteralah ke atas kamu.....  Semalam, sewaktu kami makan malam sekeluarga, Luth kata nak makan aiskrim. (Aiskrim mangga, yang aku buat sendiri letak dalam acuan popsicle). Aku sebenarnya taknak bagi, sebab petang tu masa aku pergi kedai bawa anak-anak, mamak kedai bagi lollipop kat Luth. Luth dah makan lollipop tu. So, malam tu sepatutnya dah no-more-junk-food untuk dia. Tapi tak tau bila entah dia kawtim dengan Papa dia, elok je dia guna nama Papa, "Papa kata boleh.". Hakeiii... Aku takleh kata apa la sebab Papa dia dah janji. Kang mungkir janji pun tak elok juga. Luth sanggup ni makan nasi laju-laju sebab nak makan aiskrim punya pasal. 😬 . So, makan la dua beranak Sugus tu eskem. Yafith pun nak tumpang sekaki juga. Disuap oleh abangnya eskem tu, main tenyeh je bersepuas kat seluruh muka. Ikut dan je budak-budak ni. Tapi, muka Yafith makan eskem memang kelakar, tobat pun.  Lepas makan aiskrim, Luth ajak Papa dia main lawan-lawan. Lepas tu ajak mai...

Teori Dan Realiti Mendidik Anak-anak.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini. Ibu. Bapa. Dengar macam biasa je. Tapi tugasnya, berat. Bergantung jugalah apa yang kita nak anak kita jadi. Aku percaya semua ibu bapa mengimpikan agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Aku satu masa dulu, semasa menanti kehadiran cahaya mata pertama, berbagai rancangan telah aku susun untuk mendidik anak-anak aku. Aku ingin lakukan begini, begini untuk anak-anakku. Dan tidak inginkan begitu, begitu kepada mereka. Ditambah dengan pembacaan artikel-artikel keibubapaan yg menular di laman sosial. Aku rasa aku sudah cukup berilmu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu. Memang betul aku telah bersedia, kerana apabila Allah telah memberi, bermakna Allah lebih tahu bahawa aku telah bersedia. Namun, teori keibubapaan yang telah aku kaji, langsung tidak sama dengan realiti. Pffttt. Tidak sesenang membaca teori. Tidak ada gambaran langsung semasa membuat perancangan. Merancang di dalam minda, langsung ...

Peraturan Dalam Rumah!

Sejahteralah ke atas kamu. It's been a while. Okay, let me tell a story. Dalam rumah aku, ada peraturan-peraturan tertentu yang aku tetapkan untuk semua orang. Luth, papa Luth dan Yafith pun kena. Muahahaha. Aku agak kejam di situ. Alaaa, tapi semuanya untuk kebaikan keluarga juga. Dan sebenarnya orang yang paling banyak kena ikut peraturan macam-macam tu hanya Luth sorang je. Orang lain takde la mende sangat nak kena ikut. Peraturan yang general untuk semua orang dalam rumah ialah: 1. Dilarang Makan Di Atas Karpet. Kalau nak makan sambil tgk tv, silalah makan di atas lantai di tepi karpet. Kalau tidak, aku akan membebel berkarung-karung. Kalau ikutkan aku nak buat peraturan, 'jangan makan sambil tgk tv' terus. Tapi tak berapa nak logik sebab jarak meja makan dengan depan tv tu hanya lebih kurang 4 langkah je. Rumah kan kecik. Walaupun kecik, rumahku istanaku tau. Wowww. 2. Susun Selipar Sebelum Masuk Rumah. Yang ni aku rasa biasa je kot untuk setiap rumah. Mesti la ...

Ajarkan Anak-anakmu Surah Al Fatihah

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sekarang dalam usaha nak mengajar anak aku membaca Al Fatihah. Kenapa Al Fatihah? Kerana Al Fatihah ni surah yang paling penting dalam kehidupan umat Muhammad dan yang paling kerap dibaca setiap hari. 17 kali sehari. Kalau aku ajarkan surah Al Fatihah kepada seseorang, bayangkan la banyak mana pahala ilmu yang dia manfaatkan tu sampai kepada aku. Owh, pakcik kayo. Cuma aku ada masalah sikit la untuk mengajar anak aku ni. Dia ni, culas sangat tau kalau bab-bab yang berkenaan dengan 'keakhiratan' ni. Aku tak tau la kenapa. Bila aku sebut je, "Mari ikut mama baca Al Fatihah", dia mula la berdalih. Dia buat-buat batuk la (macam tak sihat la konon), sometimes dia akan humming je tak buka mulut pun semasa mengikut aku baca. Atau bila aku baca, dia akan tanya, "Apa mama? Apa?" dan memaksa aku mengulang banyak kali. Aku masih bersabar kalau nak ulang banyak kali tu, tapi aku tahu dia sengaja buat-buat tak faham. Eiii, sakitn...

Mak Tak Pandai

Sejahteralah ke atas kamu.... Mak aku bukan seorang yang pandai. Dia belajar hanya sehingga darjah 4, jadi aku buat kesimpulan yang mak memang bukan seorang yang pandai. Puncanya semenjak aku kecil dulu, setiap kali mak ingin mengira sesuatu, sama ada duit atau kuih atau buah-buahan atau hampir apa sahaja, mak akan suruh aku kira. Katanya begini, "Da, cuba tolong kira ni kejap. Mak tak pandai.". Begitulah setiap kali. Kadang-kadang aku berperasaan macam, "Kenapa la mak ni tak pandai. Asyik suruh aku kira je.". Tapi selalunya aku suka bila mak aku suruh aku kira. Aku suka bila mak aku kata aku pandai. Dan dia akan senyum setiap kali aku selesai mengira.  Kadang-kadang, mak ada juga suruh aku tolong bacakan untuk dia. Bacakan surat khabar atau surat yang kakak hantar. Ternyata. Memang mak tak pandai. Itu yang aku percaya sehinggalah aku dewasa.  Sekarang, bila aku dah ada anak..... Aku selalu buat-buat bodoh depan anak seperti tak pandai buang sampah, tak...

Tak Boleh Marah Anak, Tapi..........

Sejahteralah ke atas kamu... "Budak-budak, biasa la." Selalu dengar ayat tu? Bila anak-anak berlari, mak bapak akan kata, "budak-budak... biasa la".  Bila anak-anak memanjat pun cakap ayat yang sama. Anak-anak bergolek-golek pun tetap cakap ayat yang sama. Bagi aku tak ada salahnya. Memang betul pun, budak-budak memang gitu. Tak ada siapa boleh nafikan. Budak-budak memang ada perangai mereka, ada yang kuat berlari, ada yang kuat meloncat ada yang kuat berlakon dan kita tak perlu marah pun anak-anak KECUALI bila tiba situasi tertentu yang aku akan hurai panjang lebar dalam entry ni. Orang kata, anak-anak ni tak boleh la nak dilarang sangat. Sebab lagi kita larang, lagi la dia buat apa yang kita larang tu. Kemudian, kalau kita larang-larang sangat takut terbantut perkembangan otak dia. Ye ke macam tu? Jadi adakah perlu dibiarkan je anak-anak nak buat apa-apa sekalipun di atas tiket, "Budak-budak, biasa la"? Ini pendapat peribadi aku. B...