Skip to main content

Ajarkan Anak-anakmu Surah Al Fatihah

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku sekarang dalam usaha nak mengajar anak aku membaca Al Fatihah. Kenapa Al Fatihah? Kerana Al Fatihah ni surah yang paling penting dalam kehidupan umat Muhammad dan yang paling kerap dibaca setiap hari. 17 kali sehari. Kalau aku ajarkan surah Al Fatihah kepada seseorang, bayangkan la banyak mana pahala ilmu yang dia manfaatkan tu sampai kepada aku. Owh, pakcik kayo.

Cuma aku ada masalah sikit la untuk mengajar anak aku ni. Dia ni, culas sangat tau kalau bab-bab yang berkenaan dengan 'keakhiratan' ni. Aku tak tau la kenapa. Bila aku sebut je, "Mari ikut mama baca Al Fatihah", dia mula la berdalih. Dia buat-buat batuk la (macam tak sihat la konon), sometimes dia akan humming je tak buka mulut pun semasa mengikut aku baca. Atau bila aku baca, dia akan tanya, "Apa mama? Apa?" dan memaksa aku mengulang banyak kali. Aku masih bersabar kalau nak ulang banyak kali tu, tapi aku tahu dia sengaja buat-buat tak faham. Eiii, sakitnya hati nurani i ni ya Allah.

Kalau aku buka TV dan tukar ke channel zikir, dia siap menangis-nangis sambil cakap, "Tanak zikirrr, tanak zikirrrrrr". Aku memang suspek, dia ni dikuasai syaiton. Aku terus pegang kepala dan dada dia dan baca "Auzubillahiminasyaitonirrojim", ulang-ulang kali. Tapi lepas aku baca tu pun, dia sama juga tak nak dengar langsung zikir. Dah kenapa anak aku ni? Tapi biasanya aku takkan mengalah kalau dia menangis taknak dengar zikir tu. Sebab biasanya aku akan alih perhatian dia untuk main mainan dia. Jadi TV tu akan terus mengalunkan zikir-zikir. Itu belum cerita lagi kalau aku tinggal berdua dengan dia, dan aku kata aku nak gi solat. Dia siap menangis-nangis tak bagi aku bangun. Dia suruh duduk je tepi dia, jangan pergi mana-mana. Aiyooo... Stress sungguh.

Cabaran juga aku rasa nak mendidik budak kenit ni untuk dekatkan diri dengan Allah. Kadang-kadang bila aku muhasabah diri aku, aku rasa silapnya aku dengan papa dia juga. Aku jujur nak mengaku, sepanjang aku alahan waktu hamil ni, aku dah sangat jarang buka naskhah Al Quran di rumah. Jarang yang dah nak hampir dengan 'langsung tak ada'. Kalau aku baca Quran pun, hanya di henfon. Itu pun aku baca dalam hati je. Sebab aku loya, tak mampu nak project suara aku keluar. Sedangkan solat pun, aku agak kerap solat duduk dan kebanyakan bacaan aku baca dalam hati sebab memang aku tak larat. Tenaga aku rasa macam semakin susut sebab waktu tu kan aku tak makan. Jadi, mana la nak datang tenaga tu. Sekarang ni je dah semakin pulih kesihatan dan alahan aku. Aku dah boleh solat seperti manusia sihat dan normal. Itu pun aku dah bersyukur sangat.

So, itu je la yang aku nak cerita pasal dugaan aku nak mendidik anak sulung aku tu. Korang ada tak cara yang boleh aku gunakan untuk mengajar anak aku membaca dan menghafal surah dengan lebih mustajab? Kalau ada, ce kongsi. Mana la tahu, kot-kot idea bernas korang tu mungkin sesuai untuk Luth.

Comments

  1. selalunye sblm tido, dah tutup lampu...dah siap bg zharif minum susu, masa tu baca doa tido pastu baca Al Fatihah & Ayat Kursi... pasal masa tu kan mmg dh xde apa yg dia nk belek dlm keadaan gelap gulita tu so nak x nak dia kene ikut la baca skali
    Alhamdulillah sejak sebulan lepas aku perasan dia dah blh baca Al Fatihah full tanpa ikut aku@azli baca
    Sekarang ni tgh nak suh dia hafal ayat kursi lak...aku br praktik masa dalam perjalanan nak hantar & balik rumah pengasuh aku baca kuat2 & suh dia ikut...zharif mmg dia ingat sket2 pasal kan ada baca sblm tido tp ni nak bg dia blh hafal penuh plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baca. Tapi anak aku ni dia siap suruh berenti. Jangan nyanyi..jangan nyanyi. Eii, sakit pulak ati kita. Lagho sangat ni tgk citer katun je.

      Delete
    2. Melati amalkan tidurkan anak dgn baca doa tidur dan surah alam nasyrah ( al insyirah) dan seterusnya cium pd ubun ubun anak dgn niat yg baik2 utk diorang. Alhamdullillah, setakat ni anak anak mendgr kata dan selalu wat sejuk perut ibu mengandung

      Delete
    3. ubah cara bacaan ke? jgn baca berlagu...erk...camne nak ckp ek..

      ada tgk x kt fb yg sorg budak tu dok baca Al-Quran dgn nenek dia yg tgh sakit...bila aku tgk video tu aku perasan aku ngajar zharif mcm tu la...

      hmmm...tp kan...ada dgr bunyi guli lg x kat umah tu?? takut tu penyebab...erk

      Delete
  2. Jangan salahkan diri...mgkn Allah sedang menguji. Dan anak kecil biasanya belajar dgn melihat kita. Biasanya ditarik, bukan ditolak masuk. Berdoalah...yang membuka atau menutup hati manusia adalah Allah. Insyallah baik segalanya....dia pun masih muda.

    ReplyDelete
  3. banyakkn brsabar sis dan teruskan usaha.. hehehe chayok3 sy nak bg tips pn sy xde anak lg...kihkih

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan akak beli buku manzil. Dalam tu ada ayat manzil. Ayat Al-Quran. Akak baca dan hembuskan bacaan ayat tersebut dalam air untuk diminum. Air tu boleh guna juga dengan merenjiskan air tersebut di 4 penjuru rumah. Cuba buat tengo ada kesan tak unutk anak. Insyallah ayat manzil ni bagus untuk perubatan Islam. Buku nya kecil aje. Tak sampai RM5 pun ada. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. Semoga dimudahkan urusan akak mendidik anak. Kena banyak sabar dengan kerenah mereka.

    ReplyDelete
  6. Bila dia dah hafal alfatihah minta dia hafal makna setiap baris ayat yang menjadi surah terpenting umat Muhammad itu. Saya pernah buat survey random di tempat kerja dulu dan agak terkejut bila tau kebanyakan mereka walaupun lancar baca al-fatihah tapi tak memahami keseluruhan maknanya. Terkejut sungguh saya, kebanyakan kita cuma seperti burung kakak tua!

    ReplyDelete
  7. Haah Ldy..anak wa pun macam tu,,kalau ada zikir kat tv tu..terus dia tutup tv...tapi yang dalam handphone..elok pulak dia dengar,,,peliklah..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kita kena sabar dan kuat bila nk didik anak2 ni kan, ank2 akk pun mcm tu klu bab menyanyi laju je,tp apapun kena usaha juga la

    ReplyDelete
  9. yaaa semoga mudah urusan nak ajar anak2.. kalo guna pendekatan lagu ?

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan buat kita kan utk ajar anak anak nanti.

    saya tak da la tips. rania bru nak mask setahun 4 bulan. setakat ni mmg nampak baik baik aja. bila buka channnel 106 tu. mmg ralit nengok.bila org solat dia ngikut j. harap berkekalan.

    cuma skrg saya selalu amalkan baca surah alfatihah (1x), ayat kursi(1x), surah Al-Insyirah(1x) surah taha ayat 1-5 (1x). waktu nak tidur.

    dok baca dari baby sampai skrg.

    ReplyDelete
  11. terima kasih share stori. buat panduan saya juga nanti...

    ReplyDelete
  12. hebahan ilmu yg bermenfaat ldy. buat panduan ky juga sebagai nenek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...