Sejahteralah ke atas kamu.... Dulu aku ada cerita pasal set berpantang yang aku gunakan selepas bersalinkan anak pertama. Kali ini, aku tak beli dah set berpantang. Aku hanya beli minuman herba Lady Essentials LDVenus Gold by Elken ni sahaja sebagai ubat makan. Aku beli 4 kotak terus. Huhu. Tamok. Sekotak ada 20 botol. Sehari kena consume 2 botol. Jadi cukup la untuk 40 hari. Gitu la pln asal aku. Lepas dah beli LD Venus Gold ni, tiba-tiba baru aku terfikir, karang kalau minuman herba ni tak sesuai dengan aku cemana? Atau tak serasi dengan anak aku ke? Maka baru la aku tersedar bahawa otak udang juga aku ni ye. Huhu. Apapun, aku berharap benor la agar semuanya berjalan lancar dan ubat ini serasi dengan aku. Pelik ke kenapa aku tak beli ubat luaran untuk berpantang? Hehe, jangan ribut-ribut. Aku mungkin akan DIY je ubat tampalan yang luaran nanti. Eceh. Rajin la konon. Takde la. Sebenarnya aku dah booking confinement lady untuk jaga aku sewaktu aku berpantang...