Sejahteralah ke atas kamu....
Dulu aku ada cerita pasal set berpantang yang aku gunakan selepas bersalinkan anak pertama. Kali ini, aku tak beli dah set berpantang. Aku hanya beli minuman herba Lady Essentials LDVenus Gold by Elken ni sahaja sebagai ubat makan.
Aku beli 4 kotak terus. Huhu. Tamok. Sekotak ada 20 botol. Sehari kena consume 2 botol. Jadi cukup la untuk 40 hari. Gitu la pln asal aku. Lepas dah beli LD Venus Gold ni, tiba-tiba baru aku terfikir, karang kalau minuman herba ni tak sesuai dengan aku cemana? Atau tak serasi dengan anak aku ke? Maka baru la aku tersedar bahawa otak udang juga aku ni ye. Huhu. Apapun, aku berharap benor la agar semuanya berjalan lancar dan ubat ini serasi dengan aku.
Pelik ke kenapa aku tak beli ubat luaran untuk berpantang? Hehe, jangan ribut-ribut. Aku mungkin akan DIY je ubat tampalan yang luaran nanti. Eceh. Rajin la konon. Takde la. Sebenarnya aku dah booking confinement lady untuk jaga aku sewaktu aku berpantang nanti. Tapi aku tak ambil pakej yang lama pun. 7 hari je. Untuk ubatan luaran dah termasuk sekali dalam pakej. Termasuk herba untuk mandian, minyak urut, ubat tampal kat perut dan barut. Termasuk sauna dan urutan untuk aku dan baby. Aku nak cerita lebih-lebih pun tak dapat la sebab bendanya belum terjadi. Nanti bila dah bersalin dan dah gunakan perkhidmatan confinement lady tu, baru la aku boleh cerita panjang lebor. Tapi kang aku janji nak cerita, sekali aku janji kulat je kat korang.
Kalau ada yang tertampi-tampi nak tau usia kandungan aku (adeww keww orang nak tau tew), sekarang dah 32 minggu. Dah 8 bulan dah. Sedar tak sedar je cepat betul masa berlalu. Bukan saje orang sekeliling yang menengok aku je rasa sekejap, malahan aku sendiri yang menanggung ni pun turut merasa kesekejapannya itu. Kalau orang tengok perut aku, memang orang tak percaya yang usia kandungan aku ni dah 8 bulan. Sobab poghut den kocik yo. Doktor yang mengscan aku pun kata perut aku kecik. Tapi saiz baby memang ikut usia kadungan. Heart beat okay. Air ketuban cukup. Semuanya mengikut track. Aku berdoa agar biarlah semuanya okay dan mengikut track sehingga baby ini lahir dan membesar pun dengan baik.
Ramai orang kat ofis yang tak tahu pun aku tengah benandum. Bila perut aku dah nampak sikit, ada yang bertanya tapi dengan nada takut-takut je (sebab kot-kot aku tak pregnant dan sebenarnya hanya gemuk, sekali derang tertanya soalan sensitif.). Ada yang tanya, berapa bulan dah ni? Bila aku kata 7 bulan (sebelum ni la), siap terkejut monkey, siap kata tak tau pun aku pregnant. Haihhh... Korang ni kan. Nampak sangat la dah lali dengan kegemukan aku. Sampaikan bila aku betul-betul pregnant pun korang tak perasan. Ini memang melampau.
Aku berdebor ni hoihh... Setiap hari berdoa agar Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Yuolss... tolong la doakan aku juga. Doa sekarang ye. Cuba baca ayat ni, "Ya Allah, aku berdoa agar Kau permudahkanlah Lyd Sunshine melahirkan anaknya dan permudahkanlah semuanya untuk LydSunshine. Aamiin.". Okay mekasih ye sebab dah berdoa untuk aku. Hihi.
KBai.
untunglah perut kecik..sy ni 6 bulan dah macam apa je.dhnla berat naik byk.memang gemuk la..tp ada jugavyg tak perasan sbb tak tukaq uniform preggy lg..bola dh pkai br sibuk tnya berapa bulan.huhu..
ReplyDeleteuntunglah ada confiment lady jaga..seminggu pun ok la kan dh kuat dah lepas tu.
sy lepas bersalin memang tak pernah beli set2 bersalin ni..beli ubat makan saja.sbb nk jimat.hahahaha..
Kena paksa doa rupanya! Okeylah, I dah baca tiga kali doa tu! Cukup ya! Hahaha!
ReplyDeleteSeriously, semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Harapnya kali ni Mat Azghul dah terror dan tak akan menangis lagi. Lyd, ni I nak tanya ni... You sibuk nak copycat nama anak I nape? Baby boy eh.....
Takpalah lagi sebulan lebih jerk lagi. I tunggu janji kulat you itu...
semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan
ReplyDeletefirst time tau pasai ubat tu.
ReplyDeletenti review tau..
skali dgn confiment lady tu ye..
ye.. saya doakan dri jauh buat mama lyd.. tak sabarnya :-)
Rin mmg tak dptnk sorokperut kalau ngandung..pesen perutbeso kot..anak pun beso..hahahaha
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan lyd bersalin ye
semuga lyd selamat melahirkan..sihat ibu dan anak..
ReplyDeletenanti senang la mereka yang berkunjung sini untuk mencari maklumat dari segi pengalaman menghadapi pantang nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum..sis bole sy kesan ld venus terhadap sis slps ambil ketika berpantang? berapa kotak yang diperlukan?
ReplyDeletethanks for info sis,,ld venus memg bagus saya ambik dlu waktu lepass miscariage kandungn 1,,lpas 2 bulan dah berisi balik alhamdulillah,,tapi maybe ni slh satu asbab la tapi memg bdn rasa best consume LD ni,,tp harga pun best juga,,hehe..slm kenal dr saya,,
ReplyDelete