Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...
Ada sekali dulu, kawan aku datang dekat aku dan kata, 'aku rasa aku ni bukan mak yang baiklah'. Aku pelik plak, tetibe je cakap macam tu. So, aku tanya le ngape. Lalu dia kata, 'sebab aku tak buat bubur pun untuk anak aku, aku cuma bagi bijirin nestum je. Aku tak rajin macam nkorang'. Nkorang kat sini merujuk kepada aku dan sorang lagi kawan aku yg lain yang ada kat situ.
Persoalannya sekarang ni, betul ke siapa yang tak masak sendiri untuk anak dan hanya beri nestum kepada mereka itu adalah bukan seorang emak yang baik? Bagi aku, tiada ukuran yang boleh ukur cara mana yang terbaik dan tidak terbaik untuk mendidik anak, specifiknya dalam bab memberi makan. Contoh macam aku sendiri, aku memang masak bubur untuk anak aku, tapi aku ada juga beri anak aku makan process food yang keluar daripada kilang [yang mana aku sungguh tak gembira untuk beri anak aku makan benda-benda tu melainkan dalam keadaan terpaksa dan terdesak seperti tak sempat nak masak, atau keluar rumah].
Aku masak sendiri untuk anak aku pun bukan sebab dipengaruhi sesiapa juga. Cuma memang jenis aku ni suka buat sendiri apa-apa benda pun demi kepuasan sendiri. Yelah, aku kan kalau boleh baju-baju Luth pun aku nak jahit sendiri. Walaupun aku tahu hasilnya tak secantik beli di kedai, tapi aku akan rasa satu kepuasan kalau dapat jahit sendiri. Tapi masalahnya skrg, aku tak reti je nak jahit sendiri baju anak aku. Kuheh---kuhehh.---. So, macam tu juga la perasaannya bila aku masak sendiri bubur untuk anak aku. Aku terasa puashati sebab dapat sediakan sendiri makanan untuk anak aku dan perasaannya bila dia sungguh-sungguh buka mulut nak makan apa yang aku masak untuk dia tu.... ermm.. is like... priceless. Bahagia nak mamfuss.
Setakat ni aku boleh tengok perkembangan pemakanan anak aku. [Pergh ayat aku, sungguh Kevin Zahri gitew.] Dia bermula dengan Farley's Rusk yang aku sendiri tak berapa hepi tentangny.
Kemudian baru diikuti dengan pisang, labu yang dilenyek. Mula-mula je lenyek, pastu dia kekah je pisang tu.
Kemudian bubur nasi yang dikisar bersama sayuran dan ayam.
 |
Yang merah tu aku letak bayam merah, yang hijau ni aku letak broccoli. |
 |
Kepekatan bubur ni pun cair je. Tu yang habis bersepuas kat muka. |
Then advance sikit, menu yang sama tapi tak payah blend dah. Fasa makan bubur jenis yang tak dikisar ni agak lama.
 |
Biskut pun boleh. sorry ye, kalo gambar kelabu tahik hanjing ni maknanya amik guna henfon. |
 |
Keropok pon boleh |
Kadang-kadang bila tak sempat, aku bagi je roti gardenia yang ada inti coklat tu. Hehehe... Orang kata kalo bagi anak makan makanan yang berasaskan gandum boleh dapat anak yang berangka besar. Macam homputih la kot. Ececeh.. Ada hati nak anak macam homputih sedangkan diri sendiri honghitam.
Sekarang
Luth dah 18 bulan. Buat masa ni aku dah mula beri Luth makan nasi. Tapi
aku masih akan lenyek-lenyek nasi tu bagi dia senang kunyah. Kiranya
macam aku dah buat proses kunyah separuh jalan dah untuk dia. Lepas dah
lenyek, aku gentel bulat-bulat mcm guli. Senang nak suap. Kadang-kadang
aku bagi Luth kutip sendiri dalam pinggan dan suap sendiri.
 |
Nampak kesan nasi melekat pada pinggan. |
Yang aku perasan tentang Luth ni, dia sangat-sangat suka makan nasi yang berempah seperti nasi beriyani dan nasi arab. Nasi minyak dan nasi ayam pun dia suka juga. Lagi satu nasi goreng. Semua nasi berempah tu, dia makan nasi je dah cukup takyah lauk pun takpe. Kalau lagi nasi arab, memang banyak la dia makan. Sampai aku sendiri pun dah tak sanggup nak suap sebab takut terlebih makan. Pastu bila anak makan sikit aku gelabah juga. Huhu.
Bagi aku, sama ada kita beri anak kita makan makanan yang dimasak sendiri atau yang segera, belum boleh lagi menjadi ukuran sama ada kita ni emak yang baik ke tak. Aku yakin setiap emak dan juga ayah, berusaha yang terbaik untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang lagi elok kalau kita masak sendiri sebab boleh kontrol apa yang kita nak masukkan dalam makanan anak. Tapi kalau dah tak mampu nak masak [mungkin masalah kekangan masa atau keadaan yang tak mengizinkan], maka, beri je la apa yang termampu.
Aku nak selit resepi bubur anak-anak kot-kot ada yang perlukan bimbingan.
Resepi Bubur Beras Dengan Sayuran Dan Ayam.
Bahan-bahannya;-
1. Setengah cawan beras.
2. 4 bahagian air [kalau kat sini guna 1/2 cawan beras, maknanya darab 4 = 2 cawan air la. Kalau beras secawan, maksudnya air 4 cawan. Tapi kalau lebih air pun takpe, sebab mmg nak masak bubur kot.]
3. Sayuran yang telah dipotong [boleh tukar-tukar gunakan broccoli, bayam merah, bayam hijau, sawi [tapi pahit plak kang], bunga kobis]
4. Protein sama ada isi ayam atau ikan [ikan merah, tenggiri]. Kalau nak nutrisi lebih, rebus sekali dengan tulang2 ayam masa masak bubur tu. Nanti bila nak blend, keluarkan la tulang tu. Jangan kau blend skali dengan tulang plak. Tercekik anak kau karang.
5. Tambahan karbohidrat mungkin boleh tambah kentang atau labu dalam bubur.
Cara-caranya ;-
1. Cuci beras, toskan air, masukkan air ikut sukatan.
2. Masukkan ayam dan kentang [kalau nak masukkan labu, masukkan last skali. Sebab labu kejap je dah lembut]
3. Masak menggunakan api paling kecil supaya proses memasak ala-ala slow cooker.
4. Bila air bubur dah separuh kering, boleh tambahkan sayuran yang telah dipotong ke dalam bubur.
5. Tunggu sehingga beras betul2 hancur atau lembik. [kalau nak masak bubur lebih lama, takyah masukkan sayur dulu. Masukkan sayur hanya lebih kurang 3 minit sebelum tutup api supaya nutrisi tak hilang.].
6. Jika mahu, boleh tambahkan sedikit sahaja garam untuk rasa selepas bubur masak. Kalau doktor tak bagi tambah garam la kan sebab takut usus baby tak boleh digest. Tapi aku tambah je skit.
7. Kisar. Tuang dalam mangkuk. Ambil sudu, dan suapkan kepada anak. Haaa.. gitu la kaedahnya ye.