Skip to main content

Suka Makan Buah-Buahan

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni kalau nak beli barang-barang mahal aku berkira, tapi kalau bab makanan, bila datang rasa keinginan nak makan makanan tu, aku sanggup je beli walaupun mahal, langsung tak berkira. Nampak sangat gemuk. Hekhek.

Ada satu kedai buah-buahan di Nu Sentral, bernama MBG. Kat situ, dia jual buah-buahan import yang memang tak biasa jumpa kat kedai-kedai buah tepi jalan. Aku ni pulak penggemar buah-buahan. Bila lalu kat situ, mula timbul perasaan nak mencuba semua jenis buah-buahan import yang ada kat situ. Buah yang aku pernah beli kat situ diantaranya; 

1. Peach
2. Kurma
3. Buah ara atau buah tin atau fig
4. Apple yang sebesar bola takraw [sebijik apple tu harganya rm8].
5. US Cherry
6. Champagne Grapes [yang halus-halus je buahnya... besar manik-manik tasbih je]

Dalam senarai kat atas ni, yang paling aku suka dan jatuh cinta sekali ialah buah peach. Memang sedap, wangi, texture dia lembut sangat, lepas tu memang juicy. Luth suka sangat buah ni. Mana tak sukanya hoi. Harga dia mmg mahal. Sebiji tu kalau aku tak silap harganya berbelas ringgit. Untuk sekali cuba je mampu la aku beli, tapi kalo nak beli untuk dijadikan diet harian, aku boleh jadi papa kedana. Huhu.

Ini buah peach.
Kurma fresh pun aku suka jugak. Sebab rasanya dia crunchy dan manis-manis lemak, walaupun kulit dia rasa kelat sikit. Tapi kurma memang terbaik.





Bahagian dalam buah tin yang masih fresh. Aku pernah baca yang buah tin ni baik untuk kecergasan otak. Tengok la rupa dia pun. Memang ada rupa otak kan. Yang buah tin ni, mungkin aku tak dapat yang sedap, so aku kurang suka skit la rasanya. Bukan selera aku kot sbb dia takde rasa manis sgt. Tapi kalau orang hulur kat aku, aku tetap akan makan dengan gembiranya. Asalkan namanya buah-buahan. Allah memang Maha genius.


Serius cakap, aku ni memang suka sangat makan buah. Boleh dikatakan semua jenis buah. Eh, atau pon aku sebenarnya memang suka makan. Kalau kat rumah, buah yang paling kerap aku beli ialah jambu batu dan honey dew. Tapi masalah aku ialah aku tak rajin nak kupas dan potong. Jadi bila tiba saat ni, aku memang sangat bersyukur sebab suami aku sangat la memahami aku, dan dia la yang selalu potongkan buah-buahan tu untuk aku. Mekasih hubby. You are the bestest. Tengok ni, buah rambutan pun dia tolong potong-potong untuk isteri dia ni melahap.

Sedap giler vavi nak mampus.

Siapa nak try beli buah-buahan yang jarang jumpa kat Malaysia, boleh le singgah Kedai buah MBG di Nu Sentral. Ari tu, time aku pergi situ, aku tengok ada pelancung2 daripada Jepun dok terpa ke buah duku. Excited kemain aku tengok derang memilih buah duku untuk dibeli. Macam tu la kot gaya aku bila jumpa buah peach. Derang dah tak heran dengan buah peach sebab kat negara derang ada berlambak. Aku pulak tak heran dah dengan buah duku sebab dari kecik makan buah duku. Tapi tak kira la buah duku ke, buah peach ke, semuanya memang sedap dan aku suka. 


Comments

  1. Sedap plak tgk buah peach tu. 1st time tgk buah tin yg fresh. Slalu tgk yg dah kering. Nak kena cuba nih. Klo gi mercu boleh singgah. Haritu dapat gak lah terjah NUSentral ☺

    ReplyDelete
  2. Mmg nampak fresh sume2. Bagusla Lyd suka sgt makan buah..berkhasiat.

    Punyala rajin suami lyd siap potong gitu, suami saya setakat kupaskan kulit sbb saya malas makan rambutan..mcm leceh. (Masuk kelab isteri2 malas kupas ni karang..:D)

    ReplyDelete
  3. sama r dgn lya.. bab mkn kalo mahal x berkira sgt..asal berbaloi..

    nmpk sedap buah2 ni.. buah tin yng mcm ni x pnh mkn lagi.. biasa mkn y mcm dh kering tu

    ReplyDelete
  4. memang kelihatan menggiurkan..teringat status member kat fb dia kata dia makan peach yang sedap kat jepun berharga rm15 sebiji..yang tu kot ye lyd?hmmmmm..sepinggan briyani gam tu..hehe

    ReplyDelete
  5. kedaitu memang best.. air diapun mak aaiiii bestnyer.
    tapi harga buah2 di sini boleh tahan gakkan..
    akakpun suka buah2an... alamak bestnyer...

    ReplyDelete
  6. Oh, MBG ni I tau- tau. Pernah beli tapi I kalau beli buah-buah biasa aje. Buah yang disebutkan di atas macam peach, buah tin, anggur halus mulus I tak berapa tersuka. So I tak leburkan duit banyak-banyak kat situ. Tapi kalau tengok buah kat MBG ni memang so tempting alahai....

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan buah-buahan tempatan seperti rambai, pulasan, jentik-jentik... Kalau tanya anak mereka lebih mengenali buah-buahan import dari buah-buahan tempatan yang dah semakin pupus itu...

    ReplyDelete
  8. Gilalah! Msia ada jual buah tin fresh? Tatau pun. Buah mewah kot? Aku nak try gak tp try tgk jelah. Uit ni mcm kedeks gak nak beli. Tp bab beli lauk, aku sgp. Nak2 klu seafood, ikan khususnya. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  9. Sy pernah cuba buah kurma fresh tuh memang sedap drp yg kering...buah peach nampak menggiurkan tuh..rs nak cuba jgk tuh...
    kalo rambutan sy pantang yg dah dikopek..mesti nak kopek sendiri jugak ngan mulut....baru ade thrill...aaahhh rendunya kat mokte...:)

    ReplyDelete
  10. saya klu blh mmg nak mkn buah memanjang ... mkn buah ni mengenyangkan tapi blh kena kencing manis . jadi kena balance buah manis dan masam ...

    ReplyDelete
  11. alaaahai kat sini buah peach, plum... belambak2 murah i dah jadi macam pelancong jepun tu la...tak heran dah hahaha. btw peach ni bagus untuk nyahtinja, kalau luth susah nak berak bagus la bagi dia makan. buah tin tu pun saya tak berapa gemar yang fresh, rasa dia macam takder rasa. masalahnya.. i tak suka makan buah.

    ReplyDelete
  12. Aku x prrnh mkn buah2 segar yg kau tunjuk tu. Yg kering je pernh.
    Buah rambutan tu pernhlah.. hi.
    Alah rasa cemburu plk laki ko ptong buah, simpn dlm peti ais untuk bini..
    Rasa nk suruh laki aku bc ntry ni..

    ReplyDelete
  13. aku pun suka gak makan buah. tp x mcm han la. ada certain2 buah je yg aku sker mkn.

    ReplyDelete
  14. kt rumah ni pun semuanya penggemar buah kecuali en suami..p bila suruh en suami beli buah,balik2 buah epal..jemu jugak la.huhu..takde kedai buah yg best untuk terjah so far..

    bertuah sungguh lyd dpt husband yg memahami..very sweet potong buah utk isteri..:)

    ReplyDelete
  15. hehehe samalah kita hantu buah ...

    ReplyDelete
  16. saya pun suka sesangat... nak2 anggur hitam.. perghhh sgt sedap... rela ni setiap hari rabu dkt uum nih berebut naik bus utk ke pasar malam semata2 nk beli buah-buah yg sgtlah murah dan segar di pekan changloong.. hehehehe

    ReplyDelete
  17. Nu sentral tu ktne yer... Nk cr buah plum hijau

    ReplyDelete
  18. ayh rania suka makan buah
    umi rania tgk buah juga. hihihi

    rasanya pnh singgah beli di mbg nu sentral msa pergi meronda di awal pembukaan dlu .

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca