Sejahteralah ke atas kamu...
Satu masa dulu. Ada sorang makcik penjual ikan yang setiap hari datang menjual ikan kat area umah saya. Semasa saya sedang menunggu giliran untuk pilih ikan apa yang saya bakal beli pada hari itu, makcik itu promote kat saya sejenis spesis kerang yang saya tak pernah tengok sebelum tu. Dia kata kerang ni spesis yang baru ditemui. Bentuk mcm kerang tapi saiznya sebesar tapak tangan Karam Singh Walia. Dan hari itu makcik tersebut tak bawak ikan lain, melainkan kerang jenis itu sahaje. Pastu makcik tu tanya sama ada saya nak beli atau tidak. Saya plak teragak-agak. Benda yang saya tak pernah tengok ni saya rasa agak saspen untuk beli dan makan. Orang lain pada masa tu dah berkerumun mengelilingi makcik si penjual ikan tersebut. Mereka berebut nak membeli kerang itu.
Saya masih berbelah bahagi. Nak beli ke tanak. Harganya murah je. Sekilo hanya RM3. Oleh sebab saya tengok orang lain dah beriya sangat berebut kerang tu, saya pun cakap kat makcik tu, saya nak beli la. Tapi malangnya nasib saya, makcik tu kata saya lambat sangat buat keputusan. Yang ada 2,3 kilo lagi dalam tong ikan yang dia bawak tu semua orang dah chup. Saya baru je nak hampa, tapi makcik tu kata jangan risau. Kalau bayar dulu, nanti petang dia hantar kat saya. Ada lagi stok kat umah dia. Saya plak tak mau la tunggu sampai petang kan. Orang nak masak untuk makan tengahari ni. So, saya pun tak beli la kerang tu walaupun dalam hati ada rasa terkilan sebab tak dapat beli.
2, 3 hari selepas itu... saya kena pergi outstation. Jauh pula lokasi outstation saya kali ini, di Jogjakarta. Selesai urusan kerja, di dalam perjalanan balik ke Malaysia, saya berjalan-jalan di sebuah pasar di Jogjakarta. Keadaannya seperti bazar yang bertingkat sebanyak 2 tingkat. Saya naik ke tingkat ke 2 untuk meninjau, apa yang ada dijual di sana. Tiba-tiba mata tertangkap kepada sesuatu... Kerang. Kerang yang besar. Seperti yang tidak sempat saya beli dengan makcik si penjual ikan. Boleh dikatakan setiap kedai yang saya lalui ada menjual kerang itu.
Saya masih belum membeli, kerana ingin membeli di kedai yang paling hujung, nanti senang terus turun tak perlu memikul beban kerang itu. Sampai di kedai yang paling hujung, rupa-rupanya kerang itu tiada dijual di situ. Saya pula sudah terlalu penat untuk berpatah balik untuk ke kedai mula-mula tadi, lalu saya bertanya kepada anak muda yang menjaga di kaunter bayaran kedai tersebut. Saya jelaskan keadaan kerang yang saya cari itu, kerang besar, spesis yang baru ditemui. Lelaki itu mengatakan dia tahu tentang kerang itu. Dan untungnya kerang itu ada dijual di kedainya. Menurut lelaki itu, nama kerang tersebut adalah Kerang Kura-kura. Dinamakan begitu kerana kerang itu kelihatan seperti kura-kura. Ada cengkerang yang besar. Warnanya juga berlumut seperti kura-kura.
Saya beli beberapa kilo. Dah tak ingat secara tepat berapa kilo. Kemudian selesai membeli, kerang itu dibawa pulang ke Malaysia menaiki kapal terbang sampai tertidur. Bila terjaga, rupa-rupanya saya tak ke mana-mana pun, masih berada di dalam bilik tidur. Kerang kura-kura juga tiada. Bermakna itu semua hanyalah mimpi. Hampeh. Saya mati-matian percaya yang kerang kura-kura tu wujud. Celik je mata tu, saya terus Google keyword 'kerang kura-kura'. Memang confirm la tak jumpa. Eii.. sakit plak hati saya. Boleh plak tertipu dengan mimpi sendiri dan feeling macam real je pegi beli kerang kura-kura. Dem.