Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Aku Hutang Dengan Ko

Sejahteralah ke atas kamu... Dalam blogging ni ada banyak cabang tugasnya [tugas la sangat]. Sama macam kerja di pejabat juga. Cuma blogging ni adalah part time bagi kebanyakan orang. Aku yakin korang akan setuju kalau aku listkan dalam blogging ni perkara penting yang perlu kita lakukan ialah; 1.  Update blog sendiri. Seelok-eloknya setiap hari satu. Kalau sehari lebih dari satu entry tu dah lebih daripada bagus. Aku cuba untuk update sehari 2 entry, tapi selalu je gagal. Hadoi. 2.  Lawat blog yang ada dalam bloglist kita. Baca dengan tertib serta tinggalkan komen. 3.  Balas jejak kepada blogger yang dah tinggalkan komen di blog kita. 4.  Approve komen kalau komen perlu diapprove. 5.  Reply komen yang ditinggalkan di blog kita. 6.  Blogwalking ke blog-blog yang belum pernah kita lawat sebelum ni untuk dapatkan pengikut blog kita yang baru. Okay, itu sebahagian tugas yang paling penting untuk seorang blogger. Untuk buat semua yang aku senaraikan ni, p

Nu Sentral Mall Akan Dibuka

Sejahteralah ke atas kamu... Nu Sentral Mall yang letaknya bertentangan dengan KL Sentral dan bersebelahan Aloft Hotel KL Sentral akan dibuka tidak lama lagi. Dengar khabar 29hb Mac ini akan mula dibuka walaupun tidak sepenuhnya beroperasi. Mall 7 tingkat termasuk Lower Ground [LG] dan Concourse ini bakal dioperasikan oleh Parkson, GSC Cinema, bowling centre, MPH Book Store dan Wesria Food Court.  Pasaraya seperti Parkson adalah sesuatu yang memang dinanti-nantikan oleh orang-orang di sekitar KL Sentral. Jika sebelum ini, Mall yang terdekat dengat KL Sentral ialah MidValley MegaMall, yang mana bagi pendapat peribadi aku adalah sangat-sangat dekat, namun selalunya masalah parking penuh dan juga pengangkutan awam yang tidak begitu lancar menyebabkan kekangan untuk warga KL Sentral berkunjung ke MidValley MegaMall pada waktu rehat hari bekerja.  Dengan adanya Nu Sentral ini, sedikit sebanyak membantu memudahkan warga KL Sentral untuk membeli belah barangan k

Kenapa Begini Akhirnya? Please Keep Praying For MH370

Sejahteralah ke atas kamu... *Di dalam hati masih lagi berharap agar mereka semua selamat.  Kenapa Amerika tak bantu cari guna satelit sama yang mereka guna untuk jejak Osama Bin Laden? Bukankah satelit itu canggih sampaikan Osama dalam rumah pun mereka boleh cari? Kenapa tak nak tolong? Kenapa begitu lama masa yang INMARSAT British ambil untuk buat analisa data daripada  'ping' dan bacaan Doppler effect tu? Kenapa lambat sangat nak tolong? Mentang-mentang la Malaysia ni negara tak femes. Kenapa jauh sangat tersasar sampai ke lautan Hindi sana? ............. I'm not happy. Aku pernah kehilangan insan yang paling aku sayang seumur hidup aku, arwah mak aku. Perginya meninggalkan jasad, yang dikebumikan di pusara yang jelas tempatnya, yang boleh aku lawati bila-bila aku mampu. Itu  pun aku dah cukup sedih. Sangat sedih. Rindu. Inikan pula..... kehilangan orang yang disayangi, tanpa pusara. Tanpa jasad. Tanpa diketahui pun di mana. Sedihnya.

Ada Juga Office Yang Tak Support BreastFeeding...

...iaitu office aku.  Sejahteralah ke atas kamu... Nak kata tak support 100% tu tak juga. Tapi pilihan yang diberikan tu macam terlampau susah nak dilaksanakan.  Selama ni, kaum ibu yang mengepam susu dan simpan susu dalam peti sejuk office memang ramai. Setiap level ada aku rasa la. Untuk makluman, setiap level office aku ni ada fridge yang disediakan oleh office. Dulu takde isu pun. Kami boleh je simpan susu dalam peti sejuk kat pantry tu.  Minggu lepas dapat email daripada pihak pengurusan. Katanya tak boleh simpan susu [ibu] dan segala peralatan yang berkenaan breasfeeding di dalam peti sejuk pejabat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Sampai sekarang aku tak faham apa pulak kejadian yang tak diingini tu. Solution yang diberikan, untuk simpan semua susu di peti sejuk di bilik penyusuan di taska sahaja. Erm... Bukan semua ibu hantar anak kat taska. Takkan takde kaitan dengan taska pun nak pegi simpan susu kat situ. Huhu... Sedih. Jap... ini entry meng

Resepi Nasi Arab Nasi Mandy

Sejahteralah ke atas kamu... Nasi Arab ni ada banyak jenis. Ada nasi Mandy, nasi Khabsa, nasi Maqluba dan macam-macam lagi. Yang aku tahu 3 jenis tu je la. Sama juga konsep dia macam nasi-nasi Melayu ada nasi dagang, ada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak etc.  Setakat yang aku dah cuba masak nasi Arab menggunakan set segera yang aku beli daripada blogger Myra Jay, yang paling aku rasa sedap ialah nasik Maqluba. Maqluba ni nasiknya tu dimasak sekali dengan kentang, kubis bunga, carrot dan sesuka hati la sayuran apa yang ko nak tambah. Make sure sayuran yang tak mudah hancur.  Dalam entry lepas, aku ada cerita yang aku tak berapa suka nasi arab kan. Sebabnya ialah aku rasa combinationnya terlalu kering. Lepas tu rasanya hanya masin dan masam. Ayam dan nasik, lepas tu takde sayur atau sup atau kuah. Sekadar sos Harrah dan timun dan tomato. Tak berapa boleh layan la. Jadi, aku cari cara untuk men'suka'kan nasi arab tu. Maka aku rasa perisa dia aku perlu tambah iaitu

Amalan Minum Jus Lemon Setiap Hari

Sejahteralah Ke Atas Kamu.... Sejarah latar belakang keluarga aku, arwah mak menderita sakit jantung. Aku selalu rasa symptoms sakit jantung tu ada pada aku. Kalau tengok tabiat pemakanan aku, dengan coklat cake extra ganache nya, cheese cake nya, nasik lemak nya, dengan tak exercisenya lagi. Aku takut gak, tapi makanan sangat sedap. Hahaha.  Aku ni nak exercise tapi tak dapat lama la. Yang aku mampu buat hanya terkinja-kinja je berlari setempat atau aerobic dengan rutin yang simple. Tu pon 10 minit je. Jadi, apa yang aku buat untuk cover balik lemak tepu berlebihan tu ialah dengan minum jus lemon bercampur madu setiap hari.  Sebijik lemon aku perah jusnya. Kemudian aku campur sesudu madu untuk counter attack balik rasa masam lemon tu. Amik nkau. Siap ber 'counter attack' lagi aku. Tak campur air pun. Dapat la dlm 2 teguk. Aku suka. Rasa menyegarkan sangat. Aku tahu, yang terbaik adalah kawal pemakanan dan bersenam. Akan aku lakukan cuma berusaha tu kena gigih lagi

Wajahnya Ke'arab'an

Sejahteralah ke atas kamu.... Suami aku si Mat Azghul ni dia ada sorang kenalan. Kenalan yang dia dapat masa jaga kedai, kira macam customer dia la. Lelaki tu ialah pemain bola sepak Selangor, import punye. Apa ntah nama dia, Dawood kot. Pemain kulit hitam. Aku pun tak siasat dari Nigeria ke, Zambia ke, Mozambique ke dari mana. [Sekarang dah tak main utk Selangor dah, tamat kontrak.] Ada sekali tu, Mat Azghul cerita, dia gi solat kat Masjid Negeri Shah Alam. Pastu dia nampak la si Dawood Sulaiman Ilyas Ilyasak Yunus Zakaria Yahya Isa ni. Dia tegur Dawood, sekali Dawood buat tak tahuk je. Hahahaha... Sedih plak aku dengar. Pastu Mat Azghul beriya perkenalkan diri, [cakap omputish la ni, tapi aku translate kan aje ye.] "Awak tak kenal saya? Saya Azrul". Pastu Dawood tenung je muka dia then baru dia kenal. "Ye...ye... saya ingat. Awak yang kat kedai Celcom tu kan..... [ni the best part... rugi tak baca], saya tak perasan tadi, sebab saya sangkakan awak ni lelaki A

Kutuk Mengutuk Hobi Kita

Sejahteralah ke atas kamu... Korang tau kan perkataan menganjing? Maksud dia mengejek yang macam saje-saje nak bergurau. Kalau teruk sangat menganjing boleh jadi bergaduh. Selama ni yang aku perasan, orang-orang pantai timur paling kuat menganjing. Orang Kelantan, Terengganu dan Pahang terutamanya orang kampung aku, Sungai Lembing. Memang kaki menganjing. Oppss, buruk je bunyinya, macam anjing-anjing sikit kan. So, biar aku tukar ejaan jadi nganjeng. Nampak sopan skit walaupun sama je bunyinya. Hahaha... Memandangkan suami aku si Mat Azghul pun sekampung dengan aku, memang aku tak leh elak la daripada kena nganjeng dengan dia. Contohnya ada sekali tu, dia masuk bilik air. Lepas dia keluar tu, dia tanya aku... "Ni berus gigi sayang ke"? sambil menunjukkan berus gigi yang dia tengah pegang tu. Memang aku ngaku aku dah lama tak tukar berus gigi masa tu. Memang buruk kembang la kan. Pastu dia buat muka geli dia cakap, "Buang je la berus gigi ni. Dah boleh masuk ranc

Sticker Blackboard Is Awesome!

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku plan, nanti Luth dah besar sikit, aku nak ajar dia menulis menggunakan white board atau blackboard. Aku ni cecitenya nak jadik cikgu skolah. Tapi agaknya aku ni memang benak sangat jawab exam untuk masuk maktab pun 2 kali tak lulus, so biar le aku jadi cikgu takde tauliah je untuk anak aku. Mungkin aku boleh paksa husband aku sekali untuk meramaikan kelas. Hahah. Aku dah survey harga blackboard yang datang sekali dengan stand [kaki ampu ], harganya dalam RM70++. Agak mampu milik cuma masalahnya sekarang ruang yang terhad dalam rumah aku membuatkan potensi untuk aku beli blackboard atau whiteboard yang berkaki tu agak kelabu berasap. Seperti roti dicita pizza mendatang bila aku ternampak ada promosi blackboard sticker di satu website ni. Bila aku kaji kegunaan dia, aku rasa macam sesuai je kalau aku beli untuk rumah aku. Padahalnya aku tak tau lagi sejauh mana ke'best'an makhluk tu. Aku ni cenggitu le. Selalunya aku tak pernah tahu

Aku Pelik Bercampur Menyirap

Sejahteralah ke atas kamu... Rakyat Malaysia ni asyik bergaduh. Ntah ke benda yang digaduhkan pun aku tak faham. Kadang-kadang pasal perkara remeh, Fasha Sandha tak pakai stokin masa berpantang pun nak bergaduh. Walaupun tak bergaduh secara fizikal, tapi bergaduh dengan method yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang. Perang mulut. Perang statement. Berbalas-balas komen.  Kemudian Allah 'menegur' rakyat Malaysia. Allah beri bala, banjir. Banyak tempat yang tak pernah kena banjir pun dibanjirkan. Rakyat Malaysia masih bergaduh. Allah beri ribut yang musnahkan banyak rumah. Rakyat Malaysia masih juga bergaduh.  Tak insaf-insaf. Lepas tu Allah beri lebih lagi. Allah beri jerebu. Masing-masing menuding jari tuduh-mentuduh. Bergaduh lagi. Makin parah. Berbalas-balas kenyataan akhbar. Tak cukup lagi 'teguran' yang Maha Segala tu bagi. Ish....ish...ish.... Mungkin rakyat Malaysia ni nak peringatan yang lebih 'keras'. Allah tarik bali

Suatu Hari Nanti....

Sejahteralah ke atas kamu... Malam Ahad, berniat nak menulis entry sentapan jiwa. Sebab Luth dah tido awal dgn papanya. Jerebu datang setiap tahun. Setiap kali datang, telah atau akan pergi jua. Musim panas juga setiap tahun menjenguk bumi. Juga pasti ada akhirannya. Yang jerebu dihalau sang hujan. Musim kering dan hangat berganti encik tengku juhari. Saling bertukar baton. Masih ada pasang surut datang perginya. Jangan gembira dulu. Suatu hari nanti, Bagaimana jika yang datang itu tidak mahu pulang? Atau diperintahkan untuk terus kekal... Bagaimana andai yang bermula itu tiada lagi akhiran? Mampukah untuk kita bersedia, Menghadapi jerebu tanpa penghujung selama 7 tahun? Redhakah kita menjalani hidup harian tanpa air dan makanan saban hari selama bertahun2?aa Akan sabarkah kita berpanas dan berlapar begitu lama? Suka atau pun tidak, Rela atau tidak, Kita harus ingat bahawa semua itu pasti akan berlaku kepada bumi ini satu hari nanti. Pada waktu mendesak be

Fridge Magnet KFC Delivery

Sejahteralah ke atas kamu.... Siapa yang suka kumpul frigde magnet dan nak FM KFC Delivery, boleh la beli KFC secara delivery, nanti mereka akan sertakan satu fridge magnet. Tak tau sampai bila free gift ni akan diberikan. Selagi stok masih ada la biasanya. Ok, atas meja makan ada minyak mesin jahit. Hahaha.. Gini la rupa dia fridge magnet yang aku sebut-sebutkan tadi. *ada hari yang aku memang malas nak masak dan malas nak singgah kedai pergi beli jugak. Maka, call delivery service saje la.

GA Jejaka Sombong : 5 Tanda Patut Tinggalkan Je Perempuan Tu

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... GA ni aku nak masuk sebab hadiah dia wang tunai RM100. Aku nampak Afzal Suka Suki join, maka aku pon nak gedik2 jugak join. Kalau hanya ada 5 sebab kenapa ko patut tinggalkan seseorang pompuan, meh aku nak bagitau diantara tanda-tandanya; 1.  Mulut Longkang - Ko kena tengok time ko berborak dengan dia, topik apa yang dia cerita. Kalau kisahnya hanya cerita pasal keburukan kawan-kawan dia sendiri walaupun kawan rapat, malahan ahli keluarga sendiri pun semua tak betul, dia sorang je yang paling mulia berbanding semua manusia dalam dunia ni, lepas tu cerita pulak pasal perangai buruk jiran, sampaikan kambing Pak Mail pun turut terkena tempias, maka ko kena hati-hati. Sebab tak mustahil bila ko kawen dengan dia, habis keburukan ahli keluarga ko pun akan diceritakan pada orang. Silap-silap kekurangan ko pun dia akan cerita pada orang. 2.  Degil Tak Makan Saman - Bila ko tegur kepada sesuatu yang dia memang betul-betul salah yang

MH370 Tanda-tanda Tanya Yang Bermain Di Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu... Ini bukan spekulasi ye, harap maaf. Apa yang aku nyatakan di sini hanyalah persoalan yang berlegar-legar di fikiran aku selama kehilangan MH370. Tanda tanya 1 :  Kapal terbang boleh hilang dari radar jika terbang rendah.  ~  Agak konsisten dengan 4 laporan polis yang telah dibuat oleh rakyat tempatan, salah seorang daripadanya ialah seorang nelayan yang mendakwa ternampak cahaya terang yang menghala ke arah 'berlainan' daripada biasa dengan ketinggian yang 'lebih rendah' daripada biasa [cahaya terang ini katanya berwarna putih yang lebih bermaksud kepada lampu kapal terbang, bukan letupan]. Kalau rendah memang radar tak dapat kesan la kan. At this point, kalau betul ada kecemasan seperti kegagalan teknikal MUSTAHIL captain Zaharie tidak berusaha untuk memberikan sebarang Mayday call. Even kalau dia tetiba diserang sakit jantung sekalipun, co-pilot kan ada. Pasti akan minta bantuan. TAPI.... Tiada makluman kecemasan yang diberika

Yang Ke Number Five

Sejahteralah ke atas kamu... Menunaikan haji apabila mampu. 'Apabila mampu' atau 'setelah mampu' atau 'wajib mencapai mampu'? Ibu dan pak dah kembali ke tanahair daripada menunaikan umrah pada hari Ahad lepas. Kami sambut ketibaan mereka berdua dan sempat la jumpa mereka sekejap sebelum mereka terus naik bas rombongan makcik Normah, balik ke Kuantan.  Pertemuan yang sekejap itu..... memberi kesempatan kepada ibu untuk berpesan kepada aku, "awak orang ni semua, kalau ada rezeki, pergilah haji masa masih muda ni. Senang nak beribadah, tubuh badan masih sihat, masih kuat". Bengkak kaki Pak sebab banyak berjalan Walaupun Pak bukanlah orang yang gemuk, kaki bengkak jugak. Rasanya kaki ibu pun bengkak. Bukan mereka je, kaki Pakcik We pun bengkak. [Pakcik We tu jiran seblah umah ibu. Dia pun ikut serta juga dengan rombongan umrah ni.] Jika mengikut kefahaman aku yang lama, menunaikan ibadah haji apabila mampu ni, maksud dia, kalau

Stok Untuk Seberapa Lama

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ni nak minum susu sangat, tapi susu tepung aku tak 'boleh gi'. Macam 'tak lalu' betul dengan susu tepung ni. Bau dia, rasa dia. Penuh kepalsuan. Ceh, cerita pasal susu je pun, beriya nak buat ayat pementasan drama ni aku dah kenapa???!! Makanya, bagi memenuhi keperluan kalsium harian aku, aku minum jugak la susu UHT. Tak tau le baik ke tidak untuk kesihatan. Mungkin formulanya tidak diperkayakan dengan segala tok kaduk DHA, AHA, UHU ke folate ke[ada UHU ke dalam susu? gam uHU aku tau la]. Tapi takpe la. Janji aku minum susu.  Baru beli stok kat Mydin semalam. Satu karton yang susu chocolate tu [x24] harganya RM32.50. Dan yang kotak besar full cream tu plak [x12] harganya dalam RM67 sumthing. Boleh le tahan untuk 2 bulan ni kot. Kot je la. Ni, kalau ada contest Dutch Lady untuk kumpul barcode ni, konfirm la aku boleh menang hadiah utama ni. Eheheh... harapan je la.

MH370 Mengatasi Kisah Murahan Si Perampas

Sejahteralah ke atas kamu.... Pagi Sabtu, bila pertama kali aku baca berita pasal 'pesawat MAS hilang dari radar', aku boleh je tak rasa apa-apa. Sebab aku tak sangka perkara itu akan seserius ini. Betul, aku mula-mula tak rasa apa-apa mungkin sebab aku sendiri pun tak fokus dengan apa yang aku baca. Tiba-tiba, sehingga ke tengahari, makin ramai orang update pasal berita MH370 tu kat facebook, baru aku rasa berderau. Berita berat ni. Ni bukan main-main ni. Then barulah aku mengikuti perkembangan semasa tentang kejadian tu. Nauzubillah. Mohon Allah melindungi kita semua daripada bencana dan malapetaka. Bila aku cuba nak fikir apa yang terjadi kepada semua penumpang dan krew kapal tersebut, macam pening dan buntu kepala aku. Walaupun tiada sesiapa suruh fikir, tapi diri sendiri tetap nak berfikir sebab tertanya-tanya, apa terjadi, di mana, bagaimana, kenapa. Huhuhuh... sedihnya. Pihak berkuasa menasihatkan rakyat supaya jangan buat spekulasi tentang berita ini. Bagi

Cara Makan CupCakes Dengan Elegant Like Elephant

Sejahteralah ke atas kamu.... Faham tak ? Faham tak? Last sekali makan macam burger. Inti kat tengah. Baru la sekata krim tu dengan kek. Adegan memasukkan kek ke dalam mulut tidak dapat disiarkan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. [terlaku gelojoh].

Cara Jahitan Mencantum 2 Bahagian Kain Dari Luar

Sejahteralah ke atas kamu.... Pernah seluar track bottom suami aku tertetas pada bahagian poket yang ada zip. Kalau aku nak jahit guna mesin, nanti jahitan tu akan nampak ketara sebab zip poket tu dijahit dari bahagian dalam. Aku memang tak mampu nak jahit dari dalam sebab seluar track bottom tu ada lining kat belah dalam. Memang akan jadi banyak kerja kalau aku nak jahit jugak dari seblah dalam, aku kena buka semua jahitan lining tu semata-mata untuk cantumkan semula zip poket yang terbetas tu. [terbetas ke tertetas ni sebenarnya???] Jadi caranya ialah aku gunakan teknik sembat susup, [agaknya la nama dia macam tu.] untuk mencantum zip poket seluar track suami aku tuh. Kalau takde idea apa yang aku pokpekpokpek kat atas ni, sila rujuk gambar-gambar kat bawah ni. Contoh yang kat bawah ni ialah comforter baby yang aku dah jahit kat belah dalam dan aku tinggalkan sikit je tak berjahit untuk aku terbalikkan dan jahit dari luar. Nak cantumkan/jahitkan yang terlopon