Sejahteralah ke atas kamu...
Nasi Arab ni ada banyak jenis. Ada nasi Mandy, nasi Khabsa, nasi Maqluba dan macam-macam lagi. Yang aku tahu 3 jenis tu je la. Sama juga konsep dia macam nasi-nasi Melayu ada nasi dagang, ada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak etc.
Setakat yang aku dah cuba masak nasi Arab menggunakan set segera yang aku beli daripada blogger Myra Jay, yang paling aku rasa sedap ialah nasik Maqluba. Maqluba ni nasiknya tu dimasak sekali dengan kentang, kubis bunga, carrot dan sesuka hati la sayuran apa yang ko nak tambah. Make sure sayuran yang tak mudah hancur.
Dalam entry lepas, aku ada cerita yang aku tak berapa suka nasi arab kan. Sebabnya ialah aku rasa combinationnya terlalu kering. Lepas tu rasanya hanya masin dan masam. Ayam dan nasik, lepas tu takde sayur atau sup atau kuah. Sekadar sos Harrah dan timun dan tomato. Tak berapa boleh layan la. Jadi, aku cari cara untuk men'suka'kan nasi arab tu. Maka aku rasa perisa dia aku perlu tambah iaitu manis. Sos Harrah tu, aku buat manis. Bukan la manis macam pengat tu. Itu gile. Aku maniskan sos Harrah tu tambah gula skit supaya balance flavour dia. Hehe. Memandai je. Baru la aku rasa macam syok betul makan nasi arab ni bila sos dia tu bukan sekadar masam dan masin. Ayam dia pun, aku cuba maniskan sikit je. Biar seimbang skit. Aku ni lebih Kelantan daripada orang Kelantan rupa-rupanya.
Untuk resepi, aku hanya rujuk belakang kotak ni je.
Inilah dia nasi mandy tak cukup rempah. Next time aku nak letak semua la rempah dalam nasik. |
Ayam aku bakar guna pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib is the best. |
Senang kan aku bagi resepi kat korang. Aku snap je gambar belakang kotak ni. Kehkeh. |
Sedap lah plak tengok. Pernah makan nasi mandy jer.
ReplyDeleteMenarik jugak resepi ni. Ingat nak try cari kot-kot ada jual kat Tesco ker set segera nasik arab ni. Hehe
ReplyDeleteKenal blogger tu, mudah sekarang ni, tak payah pergi kedai nasi arab. Dah ada nasi arab segera. Tengok gambar menyelerakan je.
ReplyDeletefuhhh lyd...menariknya..nmpk mcm mkn dkt restoran
ReplyDeleteAduhai Lyd.....terus SA lapor.......
ReplyDeletenampak sedap tu, but KA x brp minat nasi mandy ni rasa sikit2 tu oklah !
ReplyDeleteDari permerhatian saya la... rasanya ermpah tu cukup buat kami kot sebab kami tak berapa suka berempah (papa JJ la ni). Tekak kita2 kan mmg nak bagi rasa rempah tu, takper la macam terpaksa saya merempah sendiri jer nanti ni. Pemanggang ajaib tu bak sini seketul. Ritu terpikir nak beli tapi malas, sebab rasa macam tak perlu, tapi skang macam perlu pulak.
ReplyDeleteAyam tu nampak sedapnya.... :)
ReplyDeleteBest kan masak sendiri ni.. boleh sesuka je nak menambah apa yg patut :D
wah nmpk sdap..sng jugakla nak buat klu siap resepi pastu siap rempah camni..sy makan je tak pernah inikan pulak nak masak.hehe
ReplyDeletesimple kn.cepat pulak tu. x yah gi kedai nasi arab le lps ni lyd.buat sndiri j kn
ReplyDeleteYeah, tak payah beli. Buat sendiri aje Resepi dah bagi dah nih. Yang takda dan tak mau, kita skip aje. Pastu tukar nama sikit masuk dalam blog kita pulak!
ReplyDeleteLyd, Mat Azghul kan suka nasi Arab. Jadi sebagai isteri yang mithali kenalah menyukai gak nasi Arab ni. Kesian yek Pak Arab kat rumah tu sorang-sorang feeling ghairah makan nasi Arab hasil tangan isterinya. Ke awak yang menghabiskan semua nasi Arab tu walaupun tak suka?
Nampak sedap lyd...sy tak biasa kot makan nasik arab nie..ygfebret sy cuma nasik bukhari jer..:)
ReplyDeleteMacam sedap. Wife pun mggu lepas makan nasi Arab. Orang yang buat tu pun guna rempeh segera jugak. Bolehla belikan yang ni pulak suruh wife masakkan utk saya.
ReplyDeleteNampak sedap. Boleh suruh wife masakkan guna rempah segera ni. Takdela remeh sgt kerja memasak
ReplyDeletesalam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)
ReplyDelete