Skip to main content

Posts

Showing posts with the label LUTH

Budak Tadika Baru Nak Up

Sejahteralah ke atas kamu...... Luth dah 6 tahun. Sekejap je kan? Siapa yang memang follow blog aku daripada aku belum kahwin, sehingga aku dapat anak pertama, anak kedua (Sian budak ni, mama takde cerita sangat pasal dia di blog.) sehinggalah aku keguguran anak ke 3, akan rasa la betapa cepat masa berlalu.  Masa umur Luth 5 tahun, aku tak hantar dia ke sekolah. Aku je yang ajar dia. Kenalkan dengan huruf dan nombor. Ajar dia mengira dan mengeja. Eja pun takde kaedah phonic-phonic pun. Aku tak reti ajar ikut gaya phonic. So, Luth dah ada basic la sikit dengan akademi walaupun tak de la hebat sangat. Aku ajar basic je. Well, sebab mak ayah pun jenis yang 'ke laut'. Takde disiplin sangat, rasa nak ajar, kami ajar. Pastu ajar pun ikut dan je berapa lama. Kalau paling lama pun 1 jam. Kadang 10 minit pun jadi. Asalkan setiap hari ada la sesuatu yang aku ajar pada dia. Tahun ni, bila dia masuk 6 tahun, aku menggelupur la nak cari sekolah tadika untuk dia. Kalau ikutkan...

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed...

Cheeky-dis Boys

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah lama aku tak share pasal anak-anak. Jadi, biarlah aku share sikit (ke banyak?) pasal anak-anak.  Seperti yang pernah aku ceritakan di dalam post terdahulu, di antara Luth dan Yafith ni karektor mereka sangat berbeza. Muka pun berbeza juga aku rasa. Aku sedar, aku jarang sangat cerita pasal Yafith, kalau nak berbanding masa Luth dulu, boleh katakan setiap hari nak cerita pasal beliau (owh sopan.). Bukan apa, mungkin masa Luth dulu, aku macam ter excited lebih, maklum la, anak pertama. Time Yafith ni, aku dah macam semakin matang dalam mengawal emosi menggelupur aku ni. Lagipun kehidupan aku sangat sibuk untuk berkongsi kisah di alam maya. Hidup aku sekarang lebih banyak menjurus ke alam realiti. Kerja, problem log, masalah IDAMAN, masalah email, masalah AD, rumah takber tangga, suami, anak-anak, dapur berasap, menjahit dan begitulah. Faham-faham je la, orang yang spesis buat kerja lembab macam aku, perlukan banyak masa untuk se...

Luth Yang SANGAT Talkative

Sejahteralah ke atas kamu.....  Aku cuba nak jadi seorang hemak yang saksama ni. Oleh sebab post terakhir dalam blog ni ialah tentang Yafith, takkan la aku tak buat post pasal Luth pula. Betul tak? Kita semestinya lebih afdhol berlaku adil terhadap anak-anak kitcheww kan? Lokasi: Gambang Waterpark & Resort City semasa temabuilding aku. Luth ni, umur dia tiga tahun, 8 atau 9 bulan. Melampau kan. Malas nak kira. Hahah. Tahun depan dia 4 tahun. Aku belum ada plan untuk masukkan dia ke sekolah sebab aku nak sekolahkan dia tahun 2018, semasa umur dia 5 tahun. Lagipun, aku tiap-tiap haghi 'sekolahhhhkan' dia. Hehe.  Sian Luth dapat mama garang. Bajet guru mengaji sangat aku bila aku ajar Luth mengaji, aku pegang rotan. Batang belon yang dapat masa birthday party bulan April lepas aku guna buat rotan. Cermat sangat family aku ni. Sampai benda gitu pun aku tak buang. Aku ajar Luth mengaji guna muqaddam. Macam yang aku guna masa kecik-kecik dulu. Tak gunakan iq...

Nyanyi Lagu Happy Birthday Slow-Slow Je

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ada beli barang online. Kat Lazada. Aku beli shaggy carpet. Warna coklat. Niatnya nk ganti carpet patchwork yg aku guna kat ruang tamu depan tv sekarang. Karpet patchwork tu selesa, tapi bila dah lama-lama kena lanyak oleh dua org rasaksa dgn anak rasaksa kenit ni tiap-tiap hari, karpet tu jadi berbiji-biji mcm bervulu. Lagipun dia bercorak. Aku kureng suka sikit corak2. Suka plain. Lagipun corak dia makin pudar. Lagipun anak aku dah conteng karpet tu dgn highlighter warNa oren. Huhu. (warna karpet ialah hijau). Biasa la kan anak ni, benda yg kita larang tu lagi la eager dia nak buat. Agak lama aku tunggu delivery karpet tu sampai, katanya daripada oversea. Oversea sangat. Dalam hati berkobar-kobar nk kemas dan hias rumah sempena nak sambut baby nanti. Aku ni, nak beli barang rumah pun kena beli sikit-sikit. Sebulan satu atau 2 je. Tunggu gaji. Biase la, golongan bawahan dan kategori miskin bandar macam aku ni. Kad kredit pun takde. Simpanan pla...

Menanti Anak Kedua, Anak Pertama Selalu Kena Marah

Sejahteralah ke atas kamu..... Sejak kebelakangan ini, aku semakin kerap memarahi Luth. Aku pun tak tahu kenapa aku gagal mengawal perasaan marah aku bila dia buat sesuatu. Seperti biasa, selepas marah anak, ko akan rasa berdosa ya amat. Rasa macam ko la mak yang paling tak berguna dalam dunia, lebih-lebih lagi kalau apa yang ko marah dia tu sebenarnya memang tak patut langsung dimarah. Sebagai contohnya semalam. Dia main dengan aku. Waktu itu papa dia belum balik. Nak tak nak, aku layan la dia walaupun aku ni dah kelainan upaya sangat dah waktu tu. Layan dia main sambil baring. Lepas tu, dia asyik la nak bertenggek kat atas perut benandum aku ni. Memang tak selesa sangat aku rasa. Sebab perut ni dah ketat. Aku cakap baik-baik. "Luth, jangan main atas perut mama.". 2,3 kali aku ulang. Tapi dia terus je main guling-guling, golek-golek atas perut aku. Seksanya aku rasa. Last sekali aku cubit halus peha dia. Dia macam terkejut. Pastu dia cakap, "Sakitlah!" the...

Budak 2 Tahun Tak Boleh Jadi Saksi

Sejahteralah ke atas kamu... Kejadian ni berlaku pada 2 minggu lepas. Suatu petang, seperti selalu, aku akan hantar kereta ke rumah kemudian berjalan kaki ke rumah pengasuh Luth untuk mengambil Luth. Semasa berjalan kaki bersama Luth untuk pulang ke rumah, aku perasan pada cuping telinga Luth seperti kemerah-merahan. Seperti kesan melecet. Aku bertanya kepada Luth, "Kenapa telinga Luth ni merah?", sambil menyentuh cuping telinganya yang kemerahan itu. Dengan spontan Luth menjawab, "Atuk tubit". Jawapan yang sepantas kilat tanpa berfikir-fikir lagi daripada mulut kecil Luth. [*tubit = cubit]. At first, aku rasa terkejut sangat bila dengar tu bertambah pula dengan perasaan marah. Apa pula anak aku buat sampai kena cubit? Tapi bila aku dah kembali waras beberapa minit lepas tu, aku terfikir balik, "Pasti ada sebabnya kalau betul Atuk cubit". Bila masuk je dalam rumah, aku belek cuping telinga anak aku. Sambil berkali-kali aku bertanyakan soalan...

Star Wars. Tuti Tebei.

Sejahteralah ke atas kamu..... Star Wars. Semalam kami 4 beranak pun pergi la menonton Star Wars kat Signature. Aku, suami, Luth dan sorang lagi tengah bersantai dalam perut aku. Luckily, aku faham jugak cerita tu. At least untuk episod yang aku tengok tu je la. Kalau tanya aku asal usul Han Solo ke, Obi Wan Kenobi ke, droid ke ke, memang le aku tak tau. Malahan, bila tengok di akhir cerita keluar Luke Skywalker pun aku tak feeling apa-apa sedangkan kalau Star Wars geek yang tengok Luke tu, mesti rasa macam terubat rindu.  Dengan muka tak malunya, masa aku nak tebus tiket semalam, aku selamba je tanya, "ada souvenir tak?". Pastu dapat la. Sekeping poster hehe. Poster tu apa la aku nak buat dengannya? TUnggu la Luth skolah nanti aku buat balut buku teks dia. Hancur harapan nak dapat keychain atau figura comel Star Wars. Deng! Oleh sebab aku tengok midnite semalam. Sampai rumah pun dah kul 2.15 pagi. Memang rabak gile mata aku hari ni. Mengantuk. Tuti Tebei. ...

2 Perkara Mendebarkan Bila Anak Demam

Sejahteralah ke atas kamu... Minggu lepas Luth demam. Aku rasa, mana-mana mak (dan ayah) pun akan terselit rasa panik bila anak demam, walaupun demam tu demam biasa je, termasuk la aku. Risau. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni kan macam-macam penyakit pelik-pelik yang muncul. Yang mula-mulanya nampak macam penyakit biasa tapi tetibe sebenarnya penyakit kronik yang tak dapat diselamatkan lagi. Abih tu macamana la mak-mak ni tak risau kan? Bila Luth demam, ada 2 perkara yang aku cukup rasa berdebar-debar nak harungi. Satu debaran negatif, iaitu risaukan kesihatan dia. Risau nak hadapi dia punya cranky dan tantrum. Tau je la kan orang sakit ni. Kalau kita demam pun rasa cepat nak marah je. Muka pun boleh bertukar jadi Maikel Jeksen dalam video clip lagu Thriller macam ni; Inikan pula kalau anak kecil yang sakit. Nak cakap sakit kat mana tak pandai. Yang boleh harapnya menangis je la sekuat-kuat hati. Mak ayah ni kalau tak sabar boleh terpelanting sampai ke dinding budak tu...

Cranky & Clingy

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk je bahasa inggeris, post ni dalam bahasa melayu. Jangan risau. Berdebor la tu nak buka google translate. Heheh. (cheh aku ingat org lain bodo bahse inggeris macam aku gamoknya. Kekeke.) My Beloved Husband Sejak aku pregnant ni, orang yang paling penat ialah husband aku. Sebab aku sangat-sangat mabuk. Selalunya tak ada tenaga, moody dan tak larat nak layan si kenit budak Luth. Aku tidur awal. Kul 9.30 malam aku dah tido. Husband pulak akan take over semua..... Maksud aku SEMUA tugas-tugas aku seperti basuh baju lipat baju sidai baju, kemas rumah, main dengan Luth, mandikan Luth dan penuhi semua keperluan rumahtangga termasuk la memasak. Huhu... Walaupun dia hanya mampu masak nasi dan sayur. Kadang-kadang goreng cekodok. Atau rebus kentang dan telur. Bukan sebab dia tak boleh masak makanan-makanan canggih yang lain. Tapi aku tak boleh langsung nak terhidu bau-bauan menumis atau bau rempah-rempah. Memang termuntah la aku.  Aku kesian k...

Untung Larrr Anak-anak Zaman Sekarang *Ayat Cliche

Sejahteralah ke atas kamu.... Anak aku dah tak berapa minat dah menonton Baby TV. Sekarang ni dah mula nk jadi kanak-kanak normal yang suka tengok TV, cerita otomen [baca: ultraman]. Tapi aku taklah bagi sokongan sangat kalau dia nak tengok otomen. Memang aku pesan ke dia, berlawan tak baik, ultraman ni tak bagus. Tapi dia bukan kesah pun bila aku bagi ceramah gaya gitu ke dia. Dia makin ajak aku berlawan lagi ada. Tersinggung hati kecil aku hokey bila ajak berlawan, dia suruh aku jadi dinosaur [raksaksa]. Ye la.. yela.. mama tau la mama besor macam dinosaur. Dia mesti nak jadi hero kan. So, hambik... hambik semua. Hambik menang. Ceh, dengan budak kecik pun nak emo. Walaupun aku tak galakkan sangat dia tengok cite otomen, tapi ada satu cerita katun yang aku approved kalau dia suka tengok. Mungkin sebenarnya sebab aku pun suka katun tu. Robocar Poli. Comel sangat kereta-kereta yang boleh transform jadi robot penyelamat. Kartun daripada Korea. Yang aku nak ceritanya, bila ...

Kecelakaan Semalam

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman.  Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa.  Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe. Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tenga...

Gaduh Dengan Anak

Sejahteralah ke ateh henko.... Ni status aku kat FB 3 hari lepas.  Hari Selasa, papa Luth akan balik lambat. Biasa kul doblas malam baru balik. So, hari Selasa biasanya aku memang tak masak. Sebab konon-konon macam hari cuti memasak la untuk aku. Tapi Selasa baru ni, aku daripada ofis lagi dah plan nak masak . Untuk Luth. Sebab malam Isnin tu, Luth mintak biskut kul 12.30 malam. Lapar la sebab kul 8 mlm tu aku suap nasik dia taknak makan. Aku ingat mungkin sebab bukan lauk yg dia suka makan, menyebabkan dia taknak makan. Jadi aku decide nak masak sayur bayam + lobak merah (sup yg tumis dgn ikan bilis). Lagi lauk ayam goreng kunyit. Simple je la. Sedap tau aku masak. Sehingga menjilat lengan.  Balik je daripada ofis, aku terus bersilat harimau kat dapur demi menyediakan makanan buat putera ku yg terulung. (Ko bayangkan la ye, masak sayur bayam pun nak bersilat, kalo masak gempak-gempak macam kambing golek ke, grill kukus panggang ke, mau le kena karate-do bercamp...