Sejahteralah ke atas kamu.....
Sejak kebelakangan ini, aku semakin kerap memarahi Luth. Aku pun tak tahu kenapa aku gagal mengawal perasaan marah aku bila dia buat sesuatu. Seperti biasa, selepas marah anak, ko akan rasa berdosa ya amat. Rasa macam ko la mak yang paling tak berguna dalam dunia, lebih-lebih lagi kalau apa yang ko marah dia tu sebenarnya memang tak patut langsung dimarah.
Sebagai contohnya semalam. Dia main dengan aku. Waktu itu papa dia belum balik. Nak tak nak, aku layan la dia walaupun aku ni dah kelainan upaya sangat dah waktu tu. Layan dia main sambil baring. Lepas tu, dia asyik la nak bertenggek kat atas perut benandum aku ni. Memang tak selesa sangat aku rasa. Sebab perut ni dah ketat. Aku cakap baik-baik. "Luth, jangan main atas perut mama.". 2,3 kali aku ulang. Tapi dia terus je main guling-guling, golek-golek atas perut aku. Seksanya aku rasa. Last sekali aku cubit halus peha dia. Dia macam terkejut. Pastu dia cakap, "Sakitlah!" then dia nangis. Huhu... Nangis sedih. Aku takleh tengok anak aku menangis sedih macam tu. Sebelum aku peluk dia untuk pujuk, aku sempat sekolahkan dia sikit dengan tazkiratun nafsiyah. Aku cakap la, "mama dah berapa kali cakap pada Luth, jangan main atas perut mama, tapi Luth dengar tak mama cakap. Luth masih juga main atas perut mama kan? Sebab tu mama cubit. Nak kena cubit lagi?". Sambil nangis dia jawab, "Taknak". Lepas tu dia mintak maaf dengan aku sambil nangis. Kesian sangat aku tengok muka dia. "Maaf mama... Maaf mama".
Lepas tu papa dia balik. Dia berlari-lari kejar ke pintu nak sambut papa. Bila papa masuk je rumah, terus peluk kaki papa dan bergantung kat kaki papa sambil papa berjalan. Mungkin sebab dia budak, malahan di dalam hati aku, dia masih baby, dia dah lupa kot adegan aku cubit dia tadi. Dah ceria semula. Lepas papa dia mandi dan pergi surau lepas tu balik surau, aku cakap kat husband aku, yang aku nak makan nasi dagang. Husband aku pun terus nak keluar naik motor nak gi beli nasi dagang.
Luth dah terlompat-lompat nak ikut. Tak berhenti mulut dia cakap, "Luth nak ikut, Luth nak ikut". Tapi husband aku tak nak bawak dia. Sebab leceh dia kata. Nanti jadi lambat. Luth dah keluar pintu rumah dah siap pakai selipar. So, husband aku takleh nak cakap apa la. Terpaksa la bawak dia. Seminit lepas tu husband aku masuk balik dalam rumah. Lampu belakang motor tak menyala katanya. So, dia nak repair kejap. Daripada cara husband aku bercakap tu, aku tau dia tengah stress. Sebab dia marah Luth, suruh duduk dalam rumah. Jangan ikut dia repair lampu motor tu. Tapi Luth buat tak tau je, dia ikut je papa dia kat motor. Aku dalam rumah dok dengar husband aku membebel pada Luth. Dia suruh Luth jangan kacau, suruh masuk dalam rumah. Sebab kat luar tu gelap pastu tepi longkang pulak tu.
Aku sedih pulak bila dengar intonasi husband aku bercakap dengan Luth. Seolah-olah macam intonasi, "go away! i don't need you here!". Takleh jadi ni. They need an intervention-daripada aku. Heheh. Bajet macam Voltron fulak. Aku buka tingkap, aku tengok Luth masih duduk mencangkung tepi papa dia (comel). Walaupun dah kena hambat masuk dalam rumah, tapi dia buat relax je macam takde apa-apa berlaku. Jiwa kental rupa-rupanya anak aku ni. Atau pun lebih sesuai, tak makan saman. Heheheheh. Aku pun panggil dia. Aku ajak dia masuk, temankan aku dalam rumah. Dia pun berjalan nak masuk dalam rumah. See? Anak aku ni sebenarnya sangat mendengar kata. Dan tak banyak kerenah pun. Memang taat kalau aku suruh dia apa-apa. Kecuali larangan main atas perut je dia tak ikut. Dia masuk dalam rumah, lepas tu dengar papa dia start motor. Tetibe Luth terus macam tak keruan. Serba salah gayanya. Kejap ke depan kejap ke belakang. Kejap nak gi kat aku, kejap nak gi kat pintu, kejap nak tengok papa kat tingkap. Pastu dia dah mula nak menangis dah sewaktu dia kata, "Nanti papa tinggal Luth". Dia seperti hopeless dah waktu tu sebab tak mampu buat apa-apa. Kalau nak keluar rumah, aku dah kunci grill. Nak tengok ikut tingkap, dia tak sampai. Sian sangat budaknya. Aku tolong buka tingkap, pastu papa dia jenguk daripada luar. Waktu tu papa dia dah cool dah sikit kot. Dah tak stress kot. Bila papa kata, tunggu kejap lagi papa bawak Luth ye? Baru la dia senyap.
Ada sekali tu, masa dalam kereta. Luth ambik sunshade yang aku selit pada poket seat. Ko tau sunshade jenis yang bila bawak keluar je, terus terbuka tu. Jenis yang keliling tu ada dawai. Bila dia ambil sekali aku cakap takyah la main ni. Lepas dua tiga kali dia tetap juga nak ambil sunshade tu, aku terus je tengking dia. Jangan mainnnnn la. Berapa kali nak cakap!! Pastu aku ternampak dia macam mengecil kat tepi seat belakang. Tapi tak nangis. Dah lama, bila kereta dah bergerak, aku tengok dia cuba lagi nak ambil sunshade tu. Waktu itu, baru aku perasan yang sebenarnya dia bukan nak ambil sunshade tu. Tapi ada satu tupperware kecik kat dalam poket yang sama di bawah sushade tu, ada cornflakes. Rupa-rupanya dia nak ambil bekas cornflakes tu. Tapi dia tak cakap, konon nak ambil sendiri. Haa, kan dah kena jerkah dengan mama tanpa usul periksa. Siannya Luth.
Ada banyak lagi aku marah dia. Tapi memang selalunya kemarahan aku tu tak patut marah pun. Cuma mungkin Allah nak tunjuk yang aku dengan suami aku ni sebenarnya tak penyabar. Selama ni walaupun kami jarang sangat marah pada Luth, bukan sebab kami yang penyabar. Sebaliknya kerana Luth itu sendiri anak yang baik. Tanpa segan silu aku katakan bahawa Luth tu memang anak baik yang mendengar kata. Jarang sangat dia menangis. Jarang sangat dia buat perangai kecuali kalau dia tak sihat/demam. Malahan dia juga sangat sweet. Cuba la aku bagitau yang aku sakit kaki. Walau apa pun yang dia tengah buat waktu tu, dia tinggalkan semuanya untuk datang kepada aku dan sapu vicks pada kaki aku. Selalu cium aku waktu aku tengah tidur, sambil cakap, "Tayang mama". (Biasanya aku tido lagi awal daripada Luth dan papanya). Kalau aku panggil dia, aku cakap nak peluk Luth, dia akan datang segera walaupun tengah sibuk bermain. Sanggup tinggalkan semuanya semata-mata nak datang untuk peluk aku. Sweet sangat dia.
Semalam juga, semasa Luth ikut papa dia pergi beli nasi dagang untuk aku, aku menangis bila terkenangkan betapa kesiannya anak sulung aku tu. Itu belum lagi adik dia lahir. Aku dah marah dia dengan kerap. Nanti kalau adik dah lahir, tak tau la cemana petirnya suara aku. Haiahh... Baru nak masuk 2 anak dah kelam kabut idop. Kalau ada anak 12 orang tak tau la nak kabo.
Aku terfikir macam ni, sekarang aku selalu marah Luth. Selalu hilang sabar dengan dia. Aku bayangkan pula suatu hari nanti bila aku dah tua dan uzur, mampukah Luth bersabar dengan kerenah aku ataupun suami aku? Jika Allah uji kami dengan penyakit nyanyuk, mahukah Luth melayan kami dengan santun kalau semasa kecilnya kami selalu je hilang sabar dengan perkara kecil yang Luth lakukan? Ya Allah. Itu la yang lagi buat aku sedih. Maklum saja la... Jaga orang tua nyanyuk lagi mencabar daripada jaga baby kan? Semoga Allah lindungi kami sekeluarga daripada kesukaran dan penyakit nyanyuk.
kenapa sedih je tetiba rin baca ni lyd...
ReplyDeletebagusnya luth..
anak rin aish tu nakal tp bila rin swh urut kaki mesti buat...
rin actually belajar bersabar dengan adanya aish..jarang marah dia sebenarnya..cuba bercakap elok2..cuma kalu dh byk kali ckp mulala nk tinggikan suara tu kan??tp luth diam jekan kalau kena mrah...aish mana da...dia anngkat mainan nak baling kat kita...rin bkn nak ckp suasana kat rumah rin elok ke apa..tp aish banyak belajar aktiviti2 ganas ni katrumah pengasuh..sebab kat sana ramai sgt bdk lelaki baya dia..kecendurang nak bertumbuh tu memang besar...huwaaa...tak saba sebenranya nak hanta dia sekolah thn depan...huhu
sedih baca. memang ramai anak sulung akan jadi macam ini, sering dimarahi. kalau puan continue camni, bila baby lahir luth mungkin akan sukar terima baby nanti. sbb dia mungkin fikir puan lebih sayang baby daripada dia, sebab dia seering kena marah. jadi apa boleh buat maybe puan dan suami kena banyakkan bersabar. satu lagi kena pikir camni, anak sulung inilah dambaan kasih kita yang pertama. janganlah marah dia lagi ya.
ReplyDeleteSedih pulak bila membaca nasib Luth ni. Tetiba I terkenangkan nasib my Luth yang lebih kurang sama. I faham sangat apa you rasa, Lyd. Rasa bersalah yang timbul kemudian tu, tak tahu nak cakap macamana! Masa I dulu pun, macam nilah tapi lepas adiknya lahir. Mungkin stress jaga anak kecil (padahal bukan I jaga sendiri pun, my sis and mak ada sama), itu yang cepat nak marah. I ingatlah muka anak terkebil-kebil lepas kena marah. Bila rasa menyesal timbul, teruslah I peluk cium anak sambil menangis beria-ia minta maaf! Kalau diingat-ingat kembali, memang jatuh air mata ni tau!
ReplyDeleteKalau next anak lelaki, takdalah rasa sangat perasaan 'pilih kasih' (yang sebenarnya bukan pilih kasih, tapi orang keliling selalu nampak macam tu..) Kalau next anak perempuan, lagilah sukar nak cuba menyamakan perasaan tak pilih kasih tu ^_^
xpe lyd...biasa la tu...sy pn sokmo gitu jgk...yg sian ank2 especially bila tgk muka diorg lps kena marah..tp sbg mak kadang2 kita xlepas drp nk marah n emosi terlampau...cuma cara kita nk tangani masalah tu yg paling penting...
ReplyDelete_ibu beranak 3 ni pn sokmo marah2..hehe_
Dugaan....utk kamu...dan mereka yg disekeliling kamu. Rata2 pengalaman mmg mcm tu...
ReplyDeletefaktor pembawakan..
ReplyDeleteAlahai situasi sama je kot pada semua org..klu nk dpt adik..si abg mesti jadi mangsa..mgkin sbb pembawakan..kita badan letih tak larat..anak pulak kecik masih perlukan perhatian..tu yg sifat sabar tu tak byk..seingat sy masa aiman dulu ok je pregnant takde aiman nk kena marah tak tentu hala..afia sekarang kerap jugak la kena marah.dah asik nk buat perangai je sejak nk ada adik ni.huhu..
ReplyDeleteklu dh ada adik tu yg atas wajiblah jadi mangsa.huhuhu
pempuan benandung memangla garam...hahaha
ReplyDeleteaku dah rasa beberapakali...
nak nak...dengan yg kecik masih menyusu badan kita mengandung...
abang abangnya tgh lasak..
memangla memetir aje...
suami balik rumah tgk kaki pun tak boleh nak sorong.. nak jalan kena kuis kuis dulu...bersepah tahap dewa 14...
masak pun belum...mandi pun belum...
kesimpulannya...tak nak ulang lagi
same goes to me...skng second preggy...ritu lepas marah kat si Akid..tp dh insap...time dia tdo tula kesian nengok...pahtu mak berazam utk simpan tangan dlm poket...xmo dah cubit dia...alhamdulillah byk bsabar skng...to be fair...sbb dia masih kecilkan...mak dia yg dah beso ni yg patut kawal emosi...hehe...
ReplyDeletesy hritu mula nk hilang sabar dgn rania masa ayah die kene denggi tu. bilakite stress kan. mula lah. nsb ayh ada. asyik sebut "jgn marag die.die tak tau pa pe.. " huhuhu.
ReplyDeleteskrg pon suami yg byk cool dr umi rania nia haaa..
kesian kat luth kena marah. huhuhu...
ReplyDelete