Skip to main content

Posts

Kisah Budak-budak Sunat

  Sejahteralah ke atas kamu..... Cuti sekolah bulan 12 2022 yang lepas, aku sempat la khatankan anak-anak aku. Yang sulung umur 9, yang kedua umur 6 tahun. Actually 6 tahun tu masih kecil untuk bersunat sebenarnya. Walaupun aku tahu ada orang sunatkan anak semasa anaknya masih bayi. Dia macam ni, sama ada nak sunat semasa masih baby, atau tunggu kanak-anak dah besar sikit macam umur 9 tahun ke atas. Aku ni, layankan je la sebab yang 6 tahun tu beriya-iya nak sunat. Dia bersemangat nak bersunat sebab aku janji dengan dia, kalau sunat, sementara tunggu nak sembuh tu aku bagi main henfon tiap-tiap hari. (Biasanya Jumaat Sabtu Ahad je mereka boleh main henfon).                      Aku khatankan anak-anak aku di Melaka. Saja nak bagi mereka together-gether dengan sepupu dia. Bagi feeling-feeling berjemaah menyatu ummah sikit. Kisahnya anak kedua aku yang umur 6 tahun tu berani sangat nak sunat, sebab dia tengok kartun Upin Ipin bersunat macam kena gigit semut je. Dah Upin Ipin tu tunjuk se
Recent posts

Keinsafan Belanjawan

 Sejahteralah ke atas kamu...... Cerita dia macam ni. Aku ni, boleh dikatakan sangat kerap order makanan dengan delivery service. Aku sedar, harga kat Fud Penda atau Gerab lagi mahal daripada harga kalau beli kat kedai. Service Tax lagi. Delivery Fee lagi. Memang mahal. Tapi aku pejam mata je demi nak melayankan kemalasan aku ni. Sehinggalah semalam. Aku order sekali lagi daripada Fud Penda, tetibe aku tersedar..... Delivery fee mahal gila. Ini restoren yang bukan la begitu jauh daripada ofis aku. Biasa dalam RM5 gitu je. Aku dah terasa mahal sangat dah ni. Tapi aku keringkan hati, place order juga. Lapar punya pasal kan. Bila Fud Penda sampai, aku turun la ke lobi untuk ambil food aku. Masa aku dah ambil food aku, dan naik lif. Jeng...jeng... jeng... tiba-tiba ada seseorang officer higher level kat ofis aku nak naik lif yang sama dengan aku. Aku berdua je dengan dia. Pada tangan beliau (tibe2 hormat), ada sebungkus makanan macam beli tapau. Aku pun ringan mulut bertanya, beli kat mana

Penawar Batuk dan Selsema?

 Sejahteralah ke atas kamu...... Sepanjang aku hidup di dunia yang fana ni, sudah tidak terkira banyaknya aku demam, batuk dan selsema. Setiap kali itu jugalah, berbagai jenis ubat dan penawar yang aku telah cuba. Uihhh... umo dah nak masuk 50an ni kan... Mestilah banyak petua yang aku dah cuba. Dari semoden-moden ubat, sehingga la yang terpaling tradisional alami semulajadi. Apa yang akhirnya aku faham ialah, penawar setiap kalinya adalah b e r b e z a. Yang ini aku sangat pasti.  Contohnya, bulan Januari aku demam, batuk dan selsema. Aku makan unat moden dari klinik. Demam sembuh untuk beberapa jam, pastu dia datang balik. Kemudian aku minum air kelapa. Sekejap lepas tu, aku sembuh.  Bulan Februari aku kena lagi demam batuk selsema, aku terus minum air kelapa. Ternyata..... tak sembuh. Hak hak hak. Jadi aku cuba makan habbatus sauda dgn madu pula. Wowww... Terus sihat.  Bulan Mac, demam lagi. Aku terus makan habbatus sauda dan madu, tak sembuh-sembuh. Aku makan ubat batuk selsema dar

Kalendar 2023 Calendar 2023

 Sejahteralah ke atas kamu.... Saya tidak pasti kalendar ini siapa yang buat, saya dapat dari group WhatsApp. Saya kongsikan di sini. Diharap tuan punya image ni tak marah ye. Rancanglah tahun 2023 anda dengan sebaiknya. All the best to you. Semoga tahun 2023 akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Aircond Kereta Selalu Rosak

Sejahteralah ke atas kamu...... Kereta aku, Kenari. Beli tahun 2004. Sejak aku belum kahwin, sekarang anak dah 3, masih lagi setia berkhidmat untuk aku. Aku pun tak tau la, kenapa aku masih lagi pakai Kenari tu. Sebenarnya Kenari tu selesa. Tak kisah la kalau ada yang kutuk macam mesin basuh ke, macam peti sejuk ke. Aku tak heran. Memang spacious tau dalam tu. Memang tak lebar sangat, tapi sebab dia tinggi aku siap boleh timang anak tau dalam kenari. (Mcm la kereta lain takleh kan. 😝😝😝). Sekarang memang aku tak drive Kenari ni melainkan untuk ke pejabat je. Memang santai la hidup dia, tugas dia tak heavy duty pun. Bagi la dia berehat pulak. Dulu masa dia muda, seluruh semenanjung Malaysia dia pergi, kecuali Perlis je belum sampai.  Ada juga yang tanya, "awak memang suka sangat ye kereta ni"? Aku tak tau nak jawab apa. Bukan juga terlampau suka. Tapi tak la juga tak suka. Sebab utama ialah Kenari ni dah habis bayar dah lama. Lapang wei kewangan kalau takde hutang bank ni. L

Pertunjukan Api (Fireshow) - Avani Sepang Goldcoast Resort

Sejahteralah ke atas kamu.... Gambar: Dari laman rasmi Avani Sepang Ini  throwback bagi tahun 2022.  Pertunjukan api (Fireshow) ni selalunya memang ada di kebanyakan hotel-hotel tepi pantai. Percuma untuk penghuni hotel/resort tersebut dan biasanya diadakan di private beach mereka.  Saya belum pernah tengok pertunjukan api secara live, ini kali pertama. Bagi saya, agak gempak pertunjukan api ni. Memang terlopong juga la mulut saya. Dalam hati berkata, woww hebat betul. Kudos team fireshow Avani Sepang Goldcoast Resort. Maaf la, gambar-gambar pertunjukan api yang saya kongsikan di atas ni, tidak begitu berkualiti. Saya screenshot daripada video. Saya tak ambil gambar langsung semasa pertunjukan tu berlangsung. Hanya rekod video je.  Avani Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan water chalet yang dibina di atas laut. Jika Lexis Hibiscus berbentuk bunga raya, Avani Sepang pula berbentuk pokok palma.  Gambar dari laman rasmi Avani Sepang Mendamaikan, bagi yang ingin bercut

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Sejahteralah ke atas kamu, ICT Conference di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Sudah ramai blogger yang review Lexis Hibiscus ni. Saya sengaja nak menambahkan bilangan review je.  Tidak pernah ada pengalaman stay di Lexis Hibiscus sebelum ini. Jadi, saya memang tidak tahu jenis-jenis bilik, lokasi bilik seminar, lokasi cafe dan apa-apa jua kemudahan yang ada di sana. Kawan-kawan yang pernah pergi ke sana, kongsi pengalaman masing-masing. Berikut adalah fakta tentang Lexis Hibiscus yang perlu kalian tahu; Bilik jenis water chalet lebih mahal daripada bilik di main building . (Harga korang boleh Google je la. Sebab harga berubah-ubah ikut waktu tempahan tu.) Kolam renang dalam bilik water chalet lebih besar sikit daripada kolam renang di bilik dalam main building . Tapi masih relevant untuk lepaskan gian untuk berenang-renang seperti berudu. Bilik seminar, bilik mesyuarat letaknya di main building . Cafe dan  restaurants  juga berada di main building.  Dari water chalet  un