Sejahteralah ke atas kamurang....
Sejak aku jadi seorang emak ni, aku rasa aku dah semakin saiko. Kekadang aku over. Kekadang aku paranoid. Aku tak sure orang lain yang dah jadi emak tu poyo dan over macam aku ke tak tapi aku rasa ye. Tu la, dulu masa takde anak, aku selalu je terdetik dalam hati, "eleh... tu pun nak cemas" bila mak-mak orang yang citer pasal anak dierang tak sihat. So, sekarang bila aku sendiri dah jadi mak budak, perasaan aku dah jadi huru hara, risau dan cemas yang melampau padahal anak aku hanya ada hingus setengah titik je kat tepi hidung. Baru aku tau rasa dia. Aku tak reti nak describe cemana perasaan tu. Tapi perasaan itu memang aku baru rasa bila ada anak.
Over No. 1 : Lanun.
Tahun 2008 aku penah eksiden kat Karak masa aku drive sensorang dari Kuantan ke KL. Keta kenari aku terbalik lepas berlanggar dengan penghadang jalan yang kalo takde penghadang jalan tu, memang aku dah jatuh gaung. Lepas aku eksiden tu, aku memang jadi pemandu yang super berhemah hemo-hemo. No more drive laju-laju. Tapi sekarang bila dah ada anak, setiap kali nak balik dari ofis, aku drive dah macam lanun. Bukan setakat lanun biasa. Ni stok-stok lanun mata satu punye. Yang paling brutal punye. Semuanya sebab nak cepat sampai umah untuk amik Luth nak peluk dia, nak cium dia, nak tengok dia senyum, nak nyusukan dia. Ala cekomeinya... [adalah diingatkan bahawa, semua ibu bapa akan merasakan anak mereka comel walaupun di mata orang lain anak mereka sungguh tak comel. Sila patuhi hukum keibubapaan.].
Over No. 2 : Paranoid.
Aku ni ada ramai anak sedara, maksudnya anak kakak-kakak dan abang-abang aku. 31 orang semuanya. So sejak dulu aku dah biasa deal dengan bayi--> kanak-kanak kecil --> kanak-kanak besar --> remaja sampai la mereka dewasa. Dulu kalau aku pegang anak sedara aku, aku rasa cam biasa je kalo derang nak letak mulut kat tangan aku dan hisap tangan aku. Aku tak rasa pun tangan aku kotor walaupun mungkin waktu tu aku tak hygienic mana. Tapi sekarang, bila dah ada anak, aku rasa macam bacteria ada di mana-mana.
Aku rasa seolah-olah Luth dalam bahaya kerana bakteria sedang membiak di semua tempat, di udara, pada kerusi, pada pintu, pada baju, pada sarung tangan. Ya Allah.. Saiko nya aku rasa. Sampai tahap, tangan aku sendiri pun aku tak berapa bagi dia hisap. Aku rasa tangan aku banyak bakteria. Lagi saiko, bila puting botol susu dia, aku tak letak terdedah pada udara. Aku letak dalam bekas tertutup lepas steril. Bila puting tu terdedah je, aku rasa macam bakteria dalam udara sekor demi sekor melekat pada puting botol susu tu. Suami aku bercakap pun aku takut air liur dia akan pergi kat puting tu. Aku sedar aku saiko, tapi kekadang aku rasa aku poyo je lebih. Haha.
Over No. 3 : Masa Depan
Minggu lepas aku ada berbual dengan ofismate aku. Perbualan itu adalah soalan aku pasal barang yang aku kirim dengan adik dia yang belajar kat Mesir.
Aku : Bila barang tu boleh dapat?
Ofismate : Adik aku sekarang ni tengah exam, mungkin dalam hujung bulan ni dia habis exam. Pastu sebelum dia balik sini dia mungkin akan abiskan seminggu kat sana. So, dia akan bawak balik barang tu mungkin akan mintak tolong kawan-kawan dia jugak sebab banyak barang yang dia nak kena bawak. Kalo ko nak cepat dia boleh pos, tapi ko kena bayar la kos pos.
Aku : Takde, aku tak kata aku nak cepat. Aku cuma tanya BILA?
Ofismate : Itu la aku kata, sekarang dia tengah exam. Kalo andaikata ko nak barang tu cepat, macam aku kata tadi la... boleh pos.
Aku : Haa. okay. [Aku blah dengan hati yang sebal. Sebab aku cuma nak tau bila je, sebab nak estimate bila aku boleh guuna barang tu. Tapi jawapan dia kona-kona plak. Haihhh..].
Luth baru je 3 bulan. Aku dah mula plan dah nak hantar dia sekolah kat Maahad Tahfiz yang mana. Ini serius. Aku dah berbincang dengan suami aku.... Aku yakin Luth akan jadi seorang anak yang sangat bijak. [sila konfiden dan berfikiran positif terhadap anak sendiri. tima kasih.]. Nanti andai kata walaupun dia bijak tapi dia tak pandai jawab exam [contoh macam ofismate aku yang tak menjawab soalan tu], aku dengan Mat Azghul takkan beriya sangat nak push dia supaya dia score dalam exam.
Bagi aku, sistem pendidikan exam-oriented macam kat Malaysia ni bukanlah ukuran sebenar sama ada budak tu cerdik ke tak cerdik. Belum tentu lagi budak yang dapat score 8 A tu faham apa benda yang dia jawab dalam exam tu. Mungkin dia sebenarnya hafal je. Atau dia dah dipersiapkan dengan teknik menjawab soalan masa dalam tuisyen. Apa yang aku dan suami aku fokuskan sekarang ialah supaya Luth betul-betul dapat menguasai bahasa Arab, belajar Al Quran, Hadis dan faham isi kandungan Al Quran. Itu yang paling utama. Subject lain seperti matematik, bahasa mandarin, bahasa tamil dan inggeris juga kami akan cuba timbulkan minat dia untuk belajar. Tak score dalam exam takpe. Asalkan dia boleh praktik apa yang dia belajar. Tapi kalo dia terrer jawab exam, lagi la bagus. Itu kredit untuk diri dia sendiri survive dalam dunia ni la kan. Dapat sijil, boleh kerja bagus.
 |
Jadi gembala lembu pun takpe Luth. Asalkan AlQuran dan Hadis Luth hafal. |
Aku rasa, cukup la sampai banyak ni je aku dedahkan keburukan diri sendiri. Ada banyak la kes-kes saiko yang kecik-kecik yang aku lakukan. Nak cerita pun susah. Kesimpulannya... bila ada anak ni, memang betul aku dah tak rasa lagi erti rehat yang sebenar. Hidup aku sentiasa sibuk tapi penuh bermakna.