Skip to main content

Selamat La Dia Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu...

Allah lebih tau. Korang yang selalu baca blog aku mungkin perasan yang aku penah cakap aku teringin sangat nak anak pompuan. Masa Luth belum lahir lagi dulu, kiterang tak tau jantina dia. Scan2 pun tak nampak. So, aku ada gak harap aku dpt anak pompuan. Comelnya kalo anak pompuan bila dipakaikan dan digayakan dengan macam2 aksesori. Hairband, sepit rambut. Gaun. Baju renda2 ropol2. 

Tapi sekarang ni, takyah ada anak pompuan,.... aku dah ketor kepala nak beli baju untuk anak. Seriously mcm tersampuk syaitan perasaan nak membeli baju banyak-banyak untuk Luth. Itu baru je anak lelaki. Kecik lagi plak tu. Berjalan pun belum boleh. Gigi pun tak tumbuh lagi. Shopping baju untuk Luth kat online. Lagi la bahye. Hahahha.... Sekarang ni aku excited nak belikan baju jenis romper kat Luth. Aku rasa cam comel je budak kecik pakai romper. Kemas pun kemas.

Ada skali tu, masa masih dalam cuti bersalin sebelum naik kerja aku gi shopping sensorang kat MidValley. Kat Carrefour je aku shopping. Nak beli romper untuk Luth. Tengok2 yang banyaknya hanya baju untuk anak pompuan. Takci kan? Dalam semua baju bayi yang ada, 90% adalah baju budak pompuan. Menyirap je aku rasa. Aku betul2 rasa dianakpungutkan sbb pilihan untuk bayi lelaki sangat la terhad. Kalau setakat warna pink tu aku boleh terima lagi. Tapi cutting baju anak pompuan ada kedut2 kat bahu, ada tali2, so nak beli utk anak lelaki memang takleh. Pastu aku stress sensorang sebab dapat beli sikit je baju Luth. Sian Luth takde baju. *sesungguhnya menipu itu berdosa*.

So, aku rasa itu la sebabnya Allah tak bagi aku anak pompuan. Kalo tidak, mungkin baju yang 90% tu  aku beli kot. Habis la duit aku kalo aku asyik beli baju anak je.



Comments

  1. Salam lyd..
    Mak buyung yg masih blom branak nie dtg lagi..heheheh..
    comelnya luth dok kat ampaian tuh..hehe..sy pun suka kalo baku anak laki yg camtuh..tp cik asben jer kurang minat, panas katanya..huhuh..
    kalau kat sini lglah limited nak cari baju..risau lak kalo anak pompuan kang tak jumpa cr baju yg diminati kat sini..ohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada panas la ummuaidan. Kalo fabric dia ok, tak panas pun. Baju 2 pieces tu lagi panas sbb ada getah kat pinggang.

      Delete
  2. Hahahaha...sy dulu pun mmg mcm tu. Bengkak je hati tgk baju girl lebih byk dr boy. Tp lama2, enjoy gak shopping baju boy dr girl. Heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mungkin jugak kita ni memang enjoy shopping. Hehehe. Tak kira baju ank laki ke anak pompuan.

      Delete
  3. kesian luth kena sidai..hehe..tapi tetap comel..geramm2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia redha je diperlakukan begitu. Tido pun tak sedar apa yg mama dan papa dia buat kat dia.

      Delete
  4. aku klu tgk baju baby gurl sambil jeling je...x berani nk pegang kang xpasai2 pegi beli...padahal anak boboi..beli tu bukan pasal nak pakaikan kat zharif la tp pasal nak wat stock konon2 nk simpan kalau dpt baby gurl nnt heheh..
    pastu mmg pantang lalu kat area baju...mesti lekat atleast satu...baju mama&papa nye 2-3 bln br la beli selai...bj zharif tiap2 bulan mesti beli ada 2-3 lai huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ni yg jadi lagi selamat daripada membeli tu sbb aku jarang keluar. Kalo kerap gi jalan rasanya memang setiap kali pun akan beli baju kat Luth. Ko mmg over kalo nak beli baju girl utk wat stock. Hehe.

      Delete
  5. assalamualaikum ibu..
    amboiiiii ibu sorang ni.. dah tak boleh cover2 lagi yer bersopink...
    seronok beli baju dan barang2 baby kan.. nice shoot lah.. nak buat kat fiyya lah.. :) ehehehehe.. make me idea.. thankss lovely fren..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhuhhhuhu... Seronok bershopping baju anak...

      Nnnt shoot la gmbr fiyya. Mesti lagi seronok sebab fiyya ada abang dan kakak. Mesti sesi fotografi tu meriah.

      Delete
  6. Sangat lah sama dengan saya..! Alhamdulillah dapat anak lelaki :)
    *high five*

    ReplyDelete
  7. hahahhahahaha.... gambar itu sangat kiut....

    ReplyDelete
  8. Memamg kat pasaran banyak baju gugirl kan, but here for babies moslty basic jer, yg ropol2 tu semua payah nak jumpa. Ksian jugak JJ mak pak tak reti shopping hhuhuhu, pakai sampai lunyai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ikut season kot kat sana. Kat sini pun ikut season jugak. Musim raya. Bila nak balik sini? Bleh beli baju ropol2 kat JJ. Mak pak JJ tak suka shopping ke? Untungnya.

      Delete
  9. Saya pun sama... ingat dapat anak perempuan, tapi tuhan lebih mengetahui.... anak lelaki pun ok juga. baju lelaki x banyak fesion tapi harganya boleh tahan..cute gambartu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la awk. Harga mmg boleh tahan. Ari tu beli baju Luth 3 helai je dah seratus lebih. Baju mama 10 hinggit je selai. Utk papa pun 15 hinggit je.

      Delete
  10. hehehe boleh cuba lagi nanti utk anak prempuan pulak !

    ReplyDelete
  11. Susah, tp kalo jumpa yg berkenan tu rasa mcm satu kepuasan.

    ReplyDelete
  12. sweet tgk luth kat ampaian, mesti luth tu layan je ngan karenah mak dia..haha

    ReplyDelete
  13. betul tu lyd, saya yg blm ada anak pun gerem je tiap kali tengok baju girl.

    gambar tu edit ke betul2 buat setting gitu? kreatip.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum lyd...comel jer gambar sikecik tu...;)

    ReplyDelete
  15. Myra yg takdak baby ni pun berkenan giler dgn baju gegirl.. hehee
    Anak sedara plak 2 2 orang boy.. lagi la kempunan tak dapat beli baju gegirl :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...