Sejahteralah ke atas kamu....
Aku memang tak pernah ajar anak aku takut. Takut yang berkenaan dengan takut hantu ke, takut gelap ke, takut bunyi guruh ke, atau apa-apa ketakutan yang sengaja aku create konon-konon untuk bagi dia dengar cakap aku. (Tapi dia takut dengan orang kalau yang tak biasa jumpa. Dan juga takut dengan aktiviti fizikal macam nak suruh terjun ke meja ke. Yang tu aku tak ajar. Sendiri datang).
Mula-mula dulu, aku masih boleh suruh Luth ambil barang dalam bilik yang gelap seorang diri. Dia hanya akan bertenang je kalau bunyi ribut petir. Kalau aku tinggalkan dia seorang diri di mana-mana dalam rumah pun dia masih lagi bertenang.
Sejak akhir-akhir ni, seksanya aku rasa bila anak aku dah mula pandai takut kepada hantu. Ntah mana dia belajar tak tau. Kang tiba-tiba dia kata.."Mama, ada hantu". Aku pulak yang rasa nak jadi hantu, sambil bertanya, "Kat mana ada hantu?". Dia jawab, "Dalam bilik". Aku dengan suami aku selalunya akan beriya-iya explain kat dia, "Tak ada hantu. Dalam bilik tu cuma ada katil, ada kipas, ada selimut, ada almari". Pastu dia berani la sekejap. Esok, jadi penakut balik.
Sekarang kalau aku nak suruh dia ambil botol air dia dalam bilik, dia akan suruh aku balik. "Mama ambik", dengan muka selamba dia suruh aku. Eii, geram aku tobat pong.
Yang aku paling serabut, bila aku nak pergi ke dapur sekejap je pun, dia menangis-nangis peluk kaki aku suruh aku duduk dekat dia kat ruang tamu. Kalau setakat nak gi dapur untuk hantar pinggan tu aku masih boleh hold. Kadang-kadang aku nak gi toilet pun payah. Haih la budak ni. Sambil menangis-nangis dia cakap, "Duduk cini, duduk cini".
Aku rasa mungkin juga sebab banyak sangat tengok TV. Kalau cerita kartun yang macam Chibi Maruko Chan dengan Hagemaru pun, kadang-kadang ada juga cerita yang sengaja nak create rasa seram walaupun sebenarnya ending dia tak seram pun. Agaknya itu yang dia terbawa-bawa sangat tu kot. Ataupun mungkin juga kawan-kawan di rumah pengasuh yang biasa sebut pasal hantu. Tapi tak baik pulak aku menuduh kan?
Kadang-kadang, Luth bercakap dengan aku, dia cakap "Ko niiiii". Mintak air sirap segelas la aku kalo gitu.
Itu membuatkan aku terfikir. Akan ada banyak benda yang kita tak ajar anak kita, tapi tiba-tiba anak kita balik rumah, dia dah pandai. Kalau pandai benda positif dah pastilah aku orang pertama yang akan melompat bintang then suami aku orang kedua. Tapi yang menakutkan aku kalau dia pandai benda-benda negatif. Sekarang anak aku kecik lagi. Masih di dalam kawalan aku. Nanti dah sekolah, tak tahu la lagi apa benda yang dia akan bawak balik. Ni bukan la nak paranoid tak tentu hala. Tapi pengalaman kawan-kawan sekeliling yang bercerita.
Ada kawan yang cerita, anak dia semasa kat sekolah tadika, memang tiptop. Belajar bahasa Cina, hafazan dan perangai pun okay. Bila masuk je sekolah rendah, semua yang diterapkan semasa sekolah tadika dulu seolah-olah faded away. Bukan la nak salahkan sesiapa. Cuma aku rasa bila dah ramai sangat kawan, akan ada seribu satu perangai yang mungkin dibawa daripada rumah masing-masing. Yang akan bercampur mana baik dan buruk tanpa ada filter. Bila sampai rumah, mak ayah dah filter, esok pergi sekolah datang lagi bawak 'kepandaian' baru. Berdebarnya nak tunggu anak besar. Itu belum kira soalan-soalan cepuk dahi yang bakal ditanya oleh anak-anak. Huuu... Seram mama.
Mommies gojes sekelian, ada tak pengalaman 'kepandaian' yang yuolls tak pernah ajar anak yuolls tapi tetibe mereka pandai sendiri? Kongsi la dgn iolls.