Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Berpantang Selepas Bersalin

Beza Berpantang Bersalin Normal Dengan Berpantang Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku bukanlah seorang makhluk Tuhan yang paling seksi sangat kuat berpantang. Tapi aku juga bukanlah juga spesis manusia yang langsung tak berpantang dan main langgar je semua bentuk pantang larang. Aku berada di tengah-tengah. Di antara Zohor dengan Asar, di antara Maghrib dengan Isyak, begitulah perumpamaannya. Bagi aku, apa-apa juga yang kita lakukan biarlah bertempat. Biarlah bersederhana. Kalau anda seorang yang terlampau tradisional mengikut pantang, jangan la sehingga nutrisi dalam badan terjejas. Aku berpantang semasa bersalin anak pertama dulu, tak dibernarkan makan buah-buahan. Sedangkan aku, setiap hari biasa, memang suka makan buah cam monkey. Tiba-tiba di hari kejadian, aku tidak dibenarkan makan buah.... Fuhhh menderita usus besar aku. Terpaksa makan ubat sembelit. Bayang dengan luka bawahan yang belum sembuh, nak meneran sembelit lagi. Ouchhhh... Dan jikalau anda begitu moden sekalipun, jangan la semua benda pun dilanggar. Kon...

Ubat Untuk Persediaan Berpantang

Sejahteralah ke atas kamu.... Dulu aku ada cerita pasal set berpantang yang aku gunakan selepas bersalinkan anak pertama. Kali ini, aku tak beli dah set berpantang. Aku hanya beli minuman herba Lady Essentials LDVenus Gold by Elken ni sahaja sebagai ubat makan. Aku beli 4 kotak terus. Huhu. Tamok. Sekotak ada 20 botol. Sehari kena consume 2 botol. Jadi cukup la untuk 40 hari. Gitu la pln asal aku. Lepas dah beli LD Venus Gold ni, tiba-tiba baru aku terfikir, karang kalau minuman herba ni tak sesuai dengan aku cemana? Atau tak serasi dengan anak aku ke? Maka baru la aku tersedar bahawa otak udang juga aku ni ye. Huhu. Apapun, aku berharap benor la agar semuanya berjalan lancar dan ubat ini serasi dengan aku.  Pelik ke kenapa aku tak beli ubat luaran untuk berpantang? Hehe, jangan ribut-ribut. Aku mungkin akan DIY je ubat tampalan yang luaran nanti. Eceh. Rajin la konon. Takde la. Sebenarnya aku dah booking confinement lady untuk jaga aku sewaktu aku berpantang...

Pengalaman Berpantang ............Dengan Ibu Mertua

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas melahirkan anak sulung, aku balik berpantang di kampung selepas 3 hari bersalin di PPUM. Ibu dan bapa mertua datang ke rumah kami dengan menaiki bas untuk sama-sama balik ke kampung dengan kami.  Ikhlas aku katakan bahawa, ibu mertua menjaga aku dengan sangat baik. Memasakkan lauk berpantang untuk aku. Menguruskan anak aku. Membakar tungku untuk aku menungkukan pertu gendut aku ni. Sediakan air mandian herba untuk aku. Dan membasuh pakaian aku dan anak, tanpa berkira. Aku terharu sebab aku ni kan dah tak ada emak. Boleh la menumpang perhatian seorang ibu mertua. Waktu malam, ibu akan bentang tilam di tepi katil di dalam bilik aku, atau di luar bilik untuk standby kalau-kalau anak aku menangis atau meragam. Bila anak aku menangis, ibu akan terus take over dan comfort kan anak aku sampai anak aku tertidur semula. Mungkin kerana kesiankan aku yang kena berjaga malam untuk menyusukan anak.  Aku segan sebenarnya. Pertama sebab, ...