Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cinta dan Perhubungan

Menyokong Hobi Suami, Redha Atau Tidak?

Se jahteralah ke atas kamu.... Aku sebenarnya bersyukur sebab suami aku tak ada hobi yang boleh bawa mudarat (baca: akaun bank). Hobi suami aku hanya bersukan. Itu pun main bola je. Takde la hobi dia suka modify kereta ke, hobi sukan mahal macam golf ke, atau hobi yang perlu keluar berhari-hari seperti memancing. Dulu ada la hobi berkayuh basikal. Pergi jelajah Malaysia dengan berbasikal. Cuma sekarang dah sendu. Syukur alhamdulillah la sebab dah sendu. Kehkeh. Hobi bermain bola suami aku tu pun tidaklah sekritikal mana. Walaupun minat dia terhadap sukan bola sepak tu setinggi minat Ramli Sarip terhadap muzik rock, tapi kalau aku buat statistik, setahun tu tak sampai doblas kali pun dia main bola. Cuma baru-baru ni, dia mula main takraw seminggu paling sikit pun 3 kali training. Ada la tournament yang dia akan join bulan 2 tahun depan.  Aku ni bukan apa, aku suka hasben aku bersukan. Sekurang-kurangnya ada juga la keluar peluh. Memandangkan makan dah semakin berselera....

Cintakan Seseorang Tak Bersebab?

Sejahteralah ke atas kamu... Meh nak tanya. Kenapa korang sayang atau cintakan pasangan korang? Ada sebab tak? Atau takde sebab? Pernah dengar tak statement lebih kurang macam ni, "kita tidak perlukan sebab-sebab khusus untuk mencintai seseorang"? Mesti biasa dengar kan? Ayat ni memang femes sangat untuk orang-orang yang di alam perhubungan dan percintaan.  Pertama kali saya dengar ayat ni ialah dalam drama Korean Winter Sonata. Kalau tak silap heroin cerita tu, Yoo Jin yang jawab macam tu bila ditanya kenapa dia cintakan Jun Sang. Dia kata dia takde sebab apa-apa pun untuk mencintai Jun Sang. Yang dia tau, dia hanya cintakan Jun Sang. "Jun Sang aa... sarangheeyo". Waktu drama tu main kat TV satu masa dulu, memang saya berebut Jun Sang tu dengan Zila-Chan. Konon2 jodoh kiterang Jun Sang. Fine. Tak logik.  Okay berbalik kepada ayat cinta sakti, 'mencintai tanpa bersebab' tu, mungkin bagi kebanyakan orang, ayat tu sesuai dan mengena. Tapi untuk di...

Anak Sulung [Pertama] Dapat Perhatian Lebih?

Sejahteralah ke atas kamu... Orang selalu cakap anak bongsu itu anak manja. Bila saya bagitau orang lain yang saya ni anak bongsu, terus orang akan assume saya ni manja dan tak berdikari. Ceh. Padahalnya saya ni sangatlah berdikari punca kuasa 144. Banyak benda yang saya buat sendiri. Keta rosak? Saya sendiri pegi bawak keta pegi repair atau servis kat kedai mana-mana tanpa recommendation daripada sesape. Saya masuk asrama dulu masa skolah, masa setiap awal tahun dan akhir tahun je family saya dtg hostel. Itu pun sebab nak hantar masuk skolah barang banyak dan amik barang masa akhir tahun. Lain-lain, saya melangut sorang2 je kat hostel. Rasanya En Stormpong pun ibu dgn pak datang lawat setiap minggu masa dia dok hostel kat skolah dulu. Sampai hati ibu dgn pak. Tak lawat pun menantu dia. Kehkeh. Masa tu macam la pak dgn ibu tau saya ni yg akan jadi menantu mereka pada tahun 2011 kan? Lalalalalala. Itu belum kira lagi semua urusan bila saya bekerja. Semuanya saya selesaikan sendiri tanpa...

Hilang Akrab Selepas Berkahwin?

Sejahteralah ke atas kamu.... Siapa yang hilang akrab ni? Pasangan suami isteri ke? Owhhh.... Bukannnnn... Maksud saya di sini ialah sahabat atau kawan baik. Persabahatan boleh renggang kerana banyak sebab. Ada sebab yang memang terang-terang membuatkan kita faham kenapa persahabatan renggang, contohnya sebab bergaduh atau berselisih faham. Ada juga yang renggang tapi tak bergaduh, cuma sebab jauh. Dan ada juga walaupun dekat, tapi kesibukan yang menjadi punca persahabatan renggang. Atau... ada juga puncanya ialah kerana berkahwin. [Entry ini tidak termasuk kategori kawan-kawan 1 ofis. Sbb 1 ofis tak kira la ko kawen ke, bujang ke, janda ke duda, asalkan dah duk seblah menyeblah tu, kalo renggang jugak, memang wajar disikukan je.] No. Bukan maksud saya berkahwin itu punca. Tapi komitmen perkahwinan itulah lebih tepat yg menjadi punca renggangnya perhubungan. Ni semua daripada pengalaman sendiri juga. Saya ni berkahwin lambat. Kebanyakan kawan-kawan rapat saya berkahwin sewaktu saya mas...

Cinta Sihat dan Tidak Sihat

Sejahteralah ke atas kamu... Bercinta memang la tersangat indah. Semua pun tahu. Bagi saya... Percintaan ada dua kategori. 1. Percintaan sihat. 2. Percintaan tak sihat. 1. Percintaan Yang Sihat Walafiat. - Percintaan yang sihat ialah percintaan atau perhubungan yang serasi. Bak kata orang kampung Johnny Depp, ada chemistry gitew. Masing-masing menerima dengan terbuka diri pasangan masing-masing seadanya. Ok, itu ayat yg tersangat cliche. Saya sendiri bosan dah nak dengar ayat tu. Tapi nak buat mcmn. Ayat itu memang betul pun. - Bila serasi, maka kamu dan pasangan memang sangat jarang rasa sakit hati diantara satu sama lain. Apa yang dia buat, kamu suka. Apa yang kamu buat dia suka. Suka itu maksudnya... suka betul2, dalam hati. Bukan pura-pura suka atau pendam perasaan. - Bila kamu suka apa yang pasangan buat, kamu jadi tak kisah kalau dia nak pegi manapun. Kamu percayakan dia. Kamu tahu dia macamana di luar. Kamu yakin dengan kesetiaannya.. - Bila kamu dah yakin dengan pasangan kam...

Perempuan Tua Dengan Lelaki Muda?

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Dilemma wanita, terutamanya yg lambat bertemu jodoh. Selalu sahaja ditakdirkan untuk bertemu, berkawan atau didekati oleh lelaki yang lebih muda. Tetapi hati terasa berat untuk menerima cinta lelaki muda. Kenapa ye? Seolah-olah lelaki yg lebih muda, terus di 'banned' daripada senarai calon pasangan hidup mereka. [Hanya bagi lelaki muda yang berfikiran terbuka tentang usia. Bagaimanapun, tidak semua lelaki boleh menerima wanita yang lebih berusia daripada mereka. Itu pilihan masing-masing la kan... Takde sape nak paksa.] Mungkin wanita yg lebih berusia menolak cinta lelaki yg lebih muda daripada mereka kerana merasa tidak yakin dengan kewibawaan lelaki muda tersebut. Mungkin juga kerana malu dan takut dikata oleh orang 'tak sedar diri, dah tua tapi nak nk lelaki muda'. Atau mungkin juga kerana karektor lelaki muda tersebut terlalu kebudakan. Apa pun alasannya, empunya diri lebih tahu. Tetapi, pendapat jujur saya.... Usia ...

F.O.B.I.A

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Petikan daripada surat kabar Metro [ish dia ni.. baca Metro lagi].. : Ramlah Ram Fail Cerai KUALA LUMPUR: “Saya akui kami dalam proses perceraian. Sebenarnya sudah puas saya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami (Kamal Roslim) sejak 10 tahun lalu namun apakan daya kami tidak sefahaman lagi dan tanpa sefahaman kami tidak boleh hidup bersama. [+] 10 tahun dia bertahan. Erm... Nak buat mcmn kan?

Tips Menangani Putus Cinta : Cara-cara Melupakan Kekasih Curang

Manusia…… . Tak kira, laki ke pompuan. Perangai kalo dah busuk hati + jahat + pentingkan diri sendiri, mmg akan sanggup buat bodo je walaupun dah buat salah. Masa nak puaskan hati sendiri, hati org lain nak jaga buat apa kan? Takyah nak peduli dah kalo pihak seblah sana nak merana ke, nak tikam perut dgn pisau ke, nak mkn hati sampai tahap jumpa psikiatris ke, janji diri sendiri gumbira bagaikan di sorga cukuplah. Org lain bleh blah. Mungkin korang yang baca post ni penah alami kegagalan bercinta, atau mungkin juga tak. Saper yang penah alami dan penah terluka…. Erm… Sabo yek… Ramai lagi kat luar sana yang senasib dgn anda. Yang tak penah alami plak… perghh… mmg aku jeles la dgn ko. Sbb tak penah rasa kesakitan tu. Kalo takyah rasa terus seumur hidup pon takper. Tak best pon putus cinta ni. Rasa mcm ice blended perisa kumbang. Euuwww… Huh! Ok… Takyah la aku nak buat sinetron plak kat sini ye tak? Elok aku straight to the points jek. Aku kat sini, kekononnyer nak jadi penyelamat bagi ...