Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Kaca Bertaburan Atas Jalan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Tak tau la kenapa pagi tadi jalanraya jammed sangat. Kalo diikutkan, perjalanan dari umah saya ke ofis hanya 6 minit je time tak jammed. Hari-hari biasa yg jammed sikit-sikit, amik masa 20 ke 25 minit. Hari dah jadi 45minit. Ntah hape ke benda la yg di'jammed' kan sangat tu saya pun tak faham la. Jadi, alang-alang dah lambat tadi, konon-kononnya saya nak pegi klinik kerajaan terus untuk buat HIV Test. Gabra gak sebab Mr Storm dah selesaikan HIV Test beliau semalam. Mana bleh jadi ni. Saya pun kena buat cepat-cepat HIV Test. Jadi, saya pun swerve to the left, niatnya nak ke Pusat Kesihatan Bangsar. Pastu dengan confidentnya masuk dalam pagar tu, mcm terpinga-pinga plak... Mcm takde rupa klinik kesihatan pun kat dalam pagar tu. Yg kat depan sekali tu, saya nampak la tulis 'Klinik Pergigian Bangsar'. Sebelum ni, saya ingatkan, kalo kat depan tu Klinik Gigi, kat belakangnya mesti ada Klinik Kesihatan. Hehehe... Tapi sangkaa

Ice Cream Vanilla

Sejahteralah ke atas kamoo yang membaca blog ini... Pot luck lagi hari ni. Dan saya suka, sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan sepejabat. Semalam semasa kami ber-email-email utk plan tentang pot luck ni, bila saya tengok menu yang mereka nak bawa, mak aihhh... Hebat. Nasik lemak, kuey tiaw goreng, macaroni, bihun goreng, puding roti, sambal bilis dan bla..bla..bla.. Jadi, apa yg patut saya bawa? Nak masak sendiri... sekarang mmg tak dpt le. Umah saya dah tinggal sehelai sepinggang dah skrg. Sebab housemate saya dah pindah. [*pssstt2... beliau nak kawen 2 minggu depan.. hehehe..]. Barang-barang dlm rumah kebanyakannya adalah milik beliau. Maka, beliau dah bawak bersama la barang-barang itu termasuk tong gas. Jadi, itulah alasannya, kenapa saya tak boleh bawak sesuatu yang saya masak utk ke pot luck tersebut. Ngeh-ngeh. Tgh fikir-fikir cari idea, Si Meow plak dah bg idea utk saya bawak ice cream vanilla. So, saya setuju je. Alaa.. senang je. Beli kat Petronas sebelum pegi of

Step By Step To Menikah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kecik pun jadi la kan? Hehehe. Kursus kawen ni sebenarnya contents nya bagus. Usaha kerajaan utk wajibkan pasangan yang ingin berkahwin supaya memiliki sijil kursus kawen sebelum berkahwin tu boleh dikatakan baik. Cuma tu la... kekadang rasa mcm confuse plak. Sebab boleh dikatakan isi kandungan kursus tu kebanyakkannya hanyalah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau betul la ni negara Islam, dan umatnya, umat Islam....sepatutnya semua orang patut tau je semua benda-benda basic tu. [Walaupun ada juga la perkara-perkara baru yg saya baru tau.... Contohnya... Nak kawen kat Mesia ni,... kena patuh kehendak undang-undang syara' dan juga undang-undang negara. Erm... Pening kepala nak fikir. Mcmn bleh ada 2 undang-undang plak nak kena ikut tu? Sekalikan je takbleh ke? Huhu...] Memang la penceramah kata sebagai brush-up kepada sesuatu yang kita pernah belajar zaman dolu-dolu yg kita dah lupa. Aihh.. Tapi lupa tu tak sepatutnya berlaku bagi

Ada Apa Dengan Limau Mandarin?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Rakyat Malaysia ni memang saling sokong menyokongkan? Contohnya sewaktu bulan Ramadhan, orang Islam yang puasa, tapi penganut agama lain pun turut serta berebut beli kuih kat bazaar Ramadhan. Waktu cuti Deepavali atau Thaipusam bukan setakat penganut agama Hindu yang berebut balik kampung, penganut agama lain pun sama naik je berebut nak ambil cuti tambahan utk balik kampung. Macam tu juga dgn Tahun Baru Cina. Bukan orang-orang Cina je yang beriya nak makan limau, dengan saya-saya skali beriya. Siap beli sekotak kat Carrefour untuk dilahap seorang diri. Kehkeh. Lagipun saya memang suka makan limau. Cuma bile Tahun Baru Cina ni, bertambah lah suka sebab banyak dan kat mana-mana pun bleh nampak limau mandarin.... Mana bleh jadi kalau tak beli. Tapi, kenapa limau mandarin? Apa rahsia di sebalik kesyahduan memakan limau mandarin tersebut? Adakah kerana mereka [limau-limau itu] murah? Atau kerana mereka mudah ditanam? Atau kerana kebetulan

Orang-orang Utan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Rasa macam dah lama.... tapi hari ni baru je genap 2 bulan saya menjadi tunangan orang. Kehkeh. Baru je lagi rupa-rupanya. Intro yang takde kena-mengena dgn tajuk. Dan mungkin juga keseluruhan entri ni pun takde kena mengena dgn tajuk. Nasib la sape yang baca.... Peringatan : Entri ini berunsurkan fikiran negatif... Sila jangan baca jika tidak mahu terpengaruh dgn unsur-unsur negatif tersebut. Saya paling menyampah kalau orang yang masuk lif, dia masuk paling pertama, dia berdiri depan panel butang-butang lif, pastu jadi tugu peringatan kat situ. Tak tolong orang lain tekan butang tingkat mana yang mereka nak pergi, tak tolong tekan butang buka pintu atau tak tolong tekan butang tutup pintu lif. Ada dia kisah kalo orang lain yg masuk kemudian tu nak tekan butang utk ke tingkat lain sedangkan tunggul kayu tu dah block panel butang tu dgn badan dia yang besar mcm beruang? Ada dia kisah kalau orang lain yang nak masuk lif tu tak sempat m

Salam.. Assalam.. Akum... Assalamualaikum..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Satu masa dulu, mak saya selalu bising kalau ada anak-anak jiran tetangga yang datang ke rumah dan memberi salam seperti "Kummmmm" sahaja. Mesti mak saya akan kata "mende la dia ni bagi salam cenggitu. Kumm..kummm... mende maksudnyer ntah.". [Anak-anak jiran selalu datang rumah saya pada waktu pagi, semasa kedai abah saya belum dibuka, sebab mereka nak beli cikedis@cekelat@gulagula]. Bila saya dah besar, dah keluar daripada kampung halaman, saya rasa ramai berlambak je orang Islam yang bagi salam hanya dgn bunyi yang ntah mende-mende. Asalkan bunyi sudah. Ada yang sebut 'Salamelekom', 'Asa-ekom', 'kummm' atau 'samekom' dan macam-macam lagi bunyi yang pelik-pelik. Main-main je kan? Padahal, kalo sebutan salam yang sebenar sepatutnya 'Assalamualaikum' itu bermaksud [lebih kurang la], 'sejahteralah ke atas kamu'. Habis kalo bunyinya 'samekom' je, ada makna ke? Pe

Belajar Dari Kesilapan?

Betul ke ni? Mungkin betul juga. Tapi daripada kesilapan itu, mungkin perlukan usaha yang lebih susah untuk belajar. Yelah.. Contoh kalo buat latihan matematik. Kalo dah salah tu, nak cari jawapan yang betul kena study lebih skit la kan. Tapi, memang tak dinafikan... Selagi tak buat salah, susah nak belajar. Sama jugak mcm kalo nak pergi satu tempat. Bila dah sesat, baru le jumpa jalan yang betul. [Sesat jalan ni saya biasa. Sbb takde GPS. Kehkeh. Alasan nak beli henfon baru.]. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tetapi ada satu lagi mutiara kata yang lebih elok untuk kita praktikkan... iaitu "belajar daripada kebenaran". Dari mana boleh kita dapatkan kebenaran? Kebenaran yang seperti apa? Jawapannya sudah tentulah... Kebenaran yang diperintahkan oleh Allah yang boleh kita dapati dari Al Quranul Kareem. Bukti bahawa Al Quran itu benar adalah seperti firman Allah; "Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan [Al Quran] kepada hamba Kami[Muham

Drama King!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam, sewaktu di rumah kakak saya, saya makan nasi bersama Siti Sarah. Pastu datang Si Amaluddin terkedek-kedek panjat kerusi, berdiri atas kusi dan mintak suap. So, saya suap le walaupun dgn rasa yang serba salah, sebab macam pedas je lauk sambal bilis yg saya makan tu. Lepas dia dah telan, baru le menggelupur dia mintak air. Sebab pedas. Jadi, saya bagi le air kosong kat dia. Biler air tu dah ader dlm mulut, dia muncungkan mulut dgn air tu ader penuh dlm mulut.[biasanya ada juga anak-anak sedara saya yg lain, kalo dia buat muka mcm tu, maksudnya dia nak sembur air tu.]. Saya terus cakap kat Amaluddin "Telan air". Tapi dia tak telan2, pastu dia nak amik cawan Siti Sarah, tapi sempat Sarah amik dulu. Last-last skali... Dia halakan muncung dia tu kat pinggan sayur campur, pastu dia sembur air dalam mulut dia tu ke dalam pinggan sayur tu... Eeeii..... Geramnyaaaaaa................ Nasib baik le comel. Lepas dia dah buat onar

Pencuri Masa

Sejahteralah ke atas kamoo yang membaca blog ini... Sebenarnya saya banyak kerja yg perlu dilakukan. Tapi, berehat sebentar la bersama blog. Waktu rehat tadi, saya pegi tempah baju pengantin di somewhere, over the rainbow bersama OrgKgBaru dan JekJan. Baju kahwin, saya tempah je. Tak sewa pun. Saje taknak sewa. Sebab nak simpan walaupun hanya nak pakai sekali je. Gedik kan? Tetiba je saya rasa mcm takde apa plak nak citer. So, abih kat sini je la entry ni. Hahahah.. Jgn marah yer. Peace...

Pelancong Itu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Menjawab persoalan MamaJue semasa di dalam lif selesai taklimat perubatan tadi, "Zue, aku pegi tgk wayang citer The Tourist sorang-sorang je semalam". Hehehe.. Sorry le sebab 'ter'marah ko menanya aku soklan tu masa tgh sendat dlm lif. Cheyy.. Nanti mesti ko kata... Citer dlm lif malu, citer dlm blog tak malu plak.. Kekeke.. Dlm blog lain... Sbb hanya org yg nak baca je akan tau. Kalo dlm lif, nnt org yg taknak dgr pun 'ter'paksa dengar citer aku yang bosan ni. Sorry naik lori yer MamaJue. Setelah sekian lama saya tak me'wayang'kan diri... Semalam saya pegi tgk movie The Tourist. Sorang-sorang je :( sob..sob... Padahal tak sedih pun. Mr Storm bz banget. Kwn-kwn plak mcm takde potensi je utk diajak. So, pegi je walaupun sorang. Saya kan cool. Cool.. cooler... coolest! Yang membuat saya beriya sangat nak gi tgk movie tu ialah sebab Johnny Depp dan Angelina Jolie la. Tanak cakap banyak, kesimpulannya movi

Nak Mengadu Nasib Kat Korang Ni... Huhuu...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... [Bersama tangisan yang mengeluarkan belon ikut hidung.. woott... woott...] Kenapa saya perlukan henfon baru? 1. Sebab henfon Z610i yang saya pakai selama 4 tahun ni dah makin nak bersepai. Key pada keypadnya dah 4 tertanggal. Nak tekan pun bukan main susah lagi.. Sampai terkeluar bijik mata saya baru le dapat tekan. Adehh.... 2. Built-in memory yang sungguh kecik. Susah betul nak simpan sms-sms dan MMS-MMS percintaan saya. Asyik hang je kalo inbox penuh. Nak simpan MP3 banyak-banyak pun terkancat. Susah la saya nak hypnosis diri sendiri dengan mendengar rakaman arahan relaksasi dah. Nak rakam video budak kerinting pun selalu je tak muat. Simpan gambar banyak-banyak pun tak boleh.. Haihh... Spooky bombasti betul! 3. Saya perlukan navigator GPS. Sekarang ni rasa menyampah bile orang ajak pegi mana-mana, [merujuk kepada tempat-tempat yang pelik] saya mesti rasa mcm nak menangis sebab saya tak tau direction nak pegi situ. Kenduri kahwin ka

Cara Nak Kira Waist-Hip Ratio

Ape ke benda plak tu? Kalo BMI tu biasa dengar kan? Haha... Saya pun baru first time dengar benda ni. [Ntah-ntah saya sorang je yang baru tau tentang 'Waist-Hip Ratio' ni. Kalo betul, malunye lah! Lalalala :p.....]. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Doa saya untuk kamu pagi ini.... Ok.. Mula-mula nak tanya... Tubuh kamu berbentuk 'apple' atau 'pear'? Badan berbentuk apple tu maksudnyer... Perut kamu lebih besorrrr daripada pinggul. Bermakna, lebihan lemak menggendut di perut mu itu.... Dan badan berbentuk pear pula bererti, pinggul kamu lebih besar daripada perut. Senang citer, lelemak kamu yang berlebihan, sedang membuat perhimpunan tanpa permit di bahagian pinggul atau peha kamu itu. Menurut kajian kesihatan... Umat manusia yang memiliki bentuk tubuh 'apple' lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya terutamanya penyakit jantung.... *Mungkin sebab storage lemak kat bahagian atas badan dan dekat dengan jantung... Kot. Nta

Memang Saya Menyesal... :(

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Padan dengan muka saya. Lalalalala... Masa orang sibuk-sibuk pegi kursus kawen yang ofis anjurkan, dengan bayaran yang lebih murah dan tempat juga senang nak pergi [sebab buat kat ofis jugak], saya berlagak takmau pegi. Konon-kononnya... segan sebab saya belum ada plan nak kawen. Lagipun, kononnya nanti bila saya dah jumpa dengan Mr Right saya... Saya nak pergi bersama-sama dia. Baru la saya dan dia mendengar ceramah dan ilmu yang sama. Cekonon la tu. Tetiba sekarang ni, bila dah makin hampir menuju ke gerbang perkahwinan, baru saya sedar betapa pentingnya pegi kursus kawen awal-awal. Pertama kerana kesuntukan masa. Sebab time-time dah decide nak kawen ni, banyak benda lain yang kamu perlu lakukan. Boleh dikatakan, setiap hujung minggu tu mesti sibuk. [Kursus kawen biasanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi ada juga yang buat hari Rabu dan Khamis. Sila search Pusat Keluarga Wanis utk maklumat lanjut.] Kedua.. sebab umur makin m

Amat Sedikitlah Kamu Bersyukur

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... 1.1.11 [Cantik ke tarikh ni? Aku rasa biasa je.] Hari ni hari pertama bagi tahun 2011. Kerana itu, saya tidak mahu ketinggalan untuk menulis entry baru pada pembuka 2011 ini. Manusia, dijadikan oleh Allah dengan sempurna. Bercakap tentang sempurna... Saya kerap memikirkan betapa geniusnya penciptaan manusia ini. Membuatkan saya kagum, takjub dan insaf betapa hebatnya Allah. Pernah tak kamu terfikir... Sistem tubuh kita yang hebat ni. Maksud saya, tubuh kita ni... apa yang otak kita fikir utk lakukan, terus sahaja dapat diterjemahkan oleh anggota badan tanpa perlu 'loading' walaupun sesaat. Contohnya, bila kita terfikir nak angkat tangan, maka kita boleh terus angkat tangan, tanpa tersekat-sekat. Pergerakan kita juga smooth je. [Lebih smooth daripada kepala botak Harris Iskandar dlm iklan Nescafe]. Betapa synchronize nya tubuh kita ni dengan otak, even kalo buat maksiat pun masih lagi berjalan lancar. Jika Allah mahu, tentu saha