Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bertuah Betul Kamu Ni

Cara Mudah Untuk Belajar Bahasa Arab Percuma

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ni kalau baca Al Quran, bukan aku faham pun maksudnya kecuali kalau aku baca terjemahan. Terjemahan dengan tafsiran Al-Quran adalah 2 perkara berbeza. Terjemahan maksudnya ayat Al Quran itu dialih bahasa secara langsung manakala tafsir pula adalah tafsiran kepada ayat-ayat Al Quran untuk memberi maksud secara jelas. Kan ayat Al Quran ini bahasanya sangat indah dan selalunya insan biasa seperti kita ni kurang jelas dengan maksud ayat tersebut.  Aku baru je mula nak belajar bahasa Arab ni. Macam biasa le, kalau dah namanya Melayu, mesti la nak yg paling senang dan free of charge.  Jadi, ingin aku kongsikan web ini ; MadinahArabicDotCom ini. Satu website yang mengajar bahasa arab secara percuma dan secara online. Diulang, belajar bahasa Arab dengan mudah dan percuma secara online. Dia ajar daripada tatabahasa asas juga kosa kata yang bagi saya agak mudah untuk aku ikuti. Kebanyakan orang yg pernah belajar bahasa Arab kata bah...

Bakti Untuk Ibu Bapa Selepas Mereka Meninggal Dunia

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya yakin kebanyakan daripada kita tahu bahawa apabila matinya seorang anak Adam, maka semua amalannya terhapus melainkan 3 perkara;  Doa anak yang soleh - Diulang, anak yang SOLEH. Jadi, kalau kamu anak yang tak soleh? Tak dapat dipastikan sama ada doa kamu tu akan sampai kepada ibu atau bapa kamu yang telah meninggal dunia. Hanya Allah yang tahu. Oleh itu, sesiapa yang telah kehilangan ibu atau bapanya, jadilah anak yang soleh. Supaya ibu atau bapa kamu di sana akan menerima kiriman doa kamu... Marilah menjadi anak yang soleh ye kawan-kawan. Ilmu Yang Bermanfaat - Sejak mak saya meninggal dunia, setiap kali bila saya membaca Al Quran, saya akan niatkan untuk mak saya sebab mak saya yang ajar saya mengaji. [Allahu, sebaknya bila teringat yang sekarang saya dah tak ada mak dan takkan dapat jumpa mak lagi selepas ini. Semoga dapat bertemu mak lagi di alam lain pula nanti. InsyaAllah.]. Mak saya ada ramai anak murid yang beliau ajar mengaji ...

Bukan Nak Riak, Tapi Agak La

Sejahteralah ke atas kamu.... Berat dah turun 4kg dalam masa 3 hari. Cool huh? Berbaloi kaloi saya turun naik tangga ke tempat parking walaupun hanya 7 tingkat. It's not that izi okay??! *muka bongkak tak bertempat. Padahal saya demam start jumaat lepas. Sebenarnya petang khamis dah terasa. Hari khamis pun dah cakap siap2 kat bos kecik, Izwan yang esoknya saya akan mc. Dah lama saya tak demam. Last dulu masa baru berapa minggu kawen. Tapi masa tu rasanya saya makan berselera semacam je. Demam kali ni terus hilang selera makan. Bahaya ni. Silap2 lepas baik demam nanti saya kemaruk nak makan je plak. Ish. Mintak2 la tidak. Tak mungkin... Tak mungkin... Saya naik tangga. Lepas ni insyaAllah akan maintain tuyuih. Bahaya la berat badan naik ni. Kolestrol dalam darah dah sampai tahap berisiko tinggi. (risiko tinggi je Dr cakap. Risiko tinggi daripada apa tu tak pasti. Mungkin risiko tinggi utk masuk kubur lebih awal kot). Amboi mulut. Jantung pun lemah. Heart pulse bermasalah. S...

Selamat Hari Lahir Zila-Chan

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ini 12 September 2011. Hari ulang tahun kelahiran yang ke-tet.. tett salah seorang BFF saya iaitu Pn Rozilawati Mat Nor. Hambik. Aku letak nama penuh. Padan muka dia kalo dia malu. Oopss.. Hari tu masa bday BFF saya si Buji dan Zatul, saya lupa nak buat entry tentang mereka. Harap-harap mereka okey jewwh la hendaknya. Bukan apa Buj dan Acul, nda sempat mo tulis. Next other year ok? Peace... Senyum skit. Nickname yang saya selalu panggil beliau ialah Zila-Chan. Beliau ni kawan sekolah menengah saya di sekolah yang bernama tettt... rahsia. Hehehe.. Mcm halal je nak rahsia-rahsiakan nama skolah ye tak? Ok la.. nama skolah saya ialah SMART. Skolah je SMART, tapi saya tak plak smart. Saya start berkawan dengan Zila-Chan ni sejak tingkatan 1. Kami ada group atau clique yang kami panggil KAWANKU. Eceh. Dah mcm nama kad ATM Maybank plak. Nama KAWANKU tu abaikan je la. Tapi ada cerita tersendiri jugak. Masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5 ni saya takla begitu ra...

Hari Kemenangan Versi Sedih

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tajuk tu macam nak bagi entry yang berunsurkan ceramah je kan? Owh... Jangan risau.. Tak bagi ceramah.. tak bagi ceramah. Sebelum saya ditukarkan ke KL, saya tinggal bersama mak dan abah di kampung, di Kuantan. Saya ni, belajar dulu pun di Kuantan. Sekolah di Kuantan. Kolej di Kuantan. Tiap-tiap minggu boleh balik kampung. Bila dah kerja pun, kerja di Kuantan. Lagi la... Terus duduk dgn mak abah. Pendek kata, saya ni memang tak pernah berjauhan dengan mak abah. Selama ni, bila raya... saya memang gembira. Cuma saya selalu tak faham.... Kenapa bila dah dekat Hari Raya, selalu cerita-cerita sedih orang lain yang keluar kat TV, diringi dengan lagu Dendang Perantau? Lagi, orang yang buat ucapan Selamat Hari Raya kat TV juga selalu menangis masa bagi ucapan kepada keluarga di kampung. Dalam hati saya masa tu.... "Tah hapa-hapa dierang ni. Tu pon nak sedih. Aku tak rasa sedih pon. Relax la wei... Hari raya pon nak nangis2 buat apa??...

Layan Perasaan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Entry saya sebelum ini [Tajuk : Saya Takder Idea] yang berunsurkan tentang patriotik adalah entry untuk mengambil hati sahaja. Manakan tidak, pada hari kemerdekaan Malaysia ini, jika saya tidak mengulas sesuatu, nanti orang akan kata saya tidak sensitif atau tidak bersifat cintakan negara.[Chiss.... Berlakon je rupa-rupanya.] Saya berfikir. Tentang berbagai-bagai perkara. Tentang masa depan saya. Tentang jodoh. Tentang masa silam saya. Dan tentang semua. Orang kata, saya ini, suka betul memandang ke belakang. Mengimbas kenangan yang dikesali. Walaupun kata mereka, semua perkara itu tidak seharusnya diingat. Tetapi bagi saya, saya mengenang segala kisah lampau, untuk mengenali diri saya juga. Saya tahu, tidak elok menyesali sesuatu perkara. Bagaimanapun, tetap ada perkara yang saya kesalkan dalam hidup ini. Iaitu zaman persekolahan yang tidak digunakan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan sekarang, di zaman yang menc...