Skip to main content

Cara Mudah Untuk Belajar Bahasa Arab Percuma



Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ni kalau baca Al Quran, bukan aku faham pun maksudnya kecuali kalau aku baca terjemahan. Terjemahan dengan tafsiran Al-Quran adalah 2 perkara berbeza. Terjemahan maksudnya ayat Al Quran itu dialih bahasa secara langsung manakala tafsir pula adalah tafsiran kepada ayat-ayat Al Quran untuk memberi maksud secara jelas. Kan ayat Al Quran ini bahasanya sangat indah dan selalunya insan biasa seperti kita ni kurang jelas dengan maksud ayat tersebut. 

Aku baru je mula nak belajar bahasa Arab ni. Macam biasa le, kalau dah namanya Melayu, mesti la nak yg paling senang dan free of charge.  Jadi, ingin aku kongsikan web ini ; MadinahArabicDotCom ini. Satu website yang mengajar bahasa arab secara percuma dan secara online. Diulang, belajar bahasa Arab dengan mudah dan percuma secara online.

Dia ajar daripada tatabahasa asas juga kosa kata yang bagi saya agak mudah untuk aku ikuti. Kebanyakan orang yg pernah belajar bahasa Arab kata bahasa Arab ini sangat sukar untuk dipelajari. Tapi percayalah... di mana ada keretapi, di situlah ada rel keretapi. Kalau sungguh2 mesti boleh punye. Persyaitonirrojimkan kata-kata orang yang boleh melemahkan semangat kita untuk belajar bahasa Al Quran ni. 

Meh la aku citer skit pasal MadinahArabic ni. Untuk yang baru belajar, korang boleh klik pada Arabic Course


Lepas tu akan keluar la pilihan antara Arabic Reading Course [untuk yang tak kenal huruf dan masih susah nak baca huruf jawi] dengan Arabic Language Course [Untuk yg dah kenal hurup tapi masih buta bahasa arab. Huhu.]




Web ini disertakan dengan audio. Jadi kalau kita tak tau ayat tu nak disebut macamana, kita boleh klik pada ayat tu, nanti akan keluar suara lelaki macho idaman Malaya tolong sebutkan ayat tu untuk ko. Memang la orang kata belajar tanpa guru ni seperti berguru dengan syaitan kan, tapi Madinah Arabic ini juga menyediakan perkhidmatan forum yang membuka ruang untuk kita berbincang dari hati ke hati kalau tak faham, serta ada juga tutor yang boleh dihubungi melalui Skype.

Belajar la selagi ada ruang dan peluang ni. Untung kalau dapat baca Al Quran dan terus faham tanpa perlu merujuk kepada terjemahan. Semoga bermanfaat.




Comments

  1. tahniah sbb bersemangat. sbg muslim mmg kita kena bljr bahasa syurga ni sbb barulah kita boleh lebih khusyuk masa ngaji..solat.

    saya..5thn bljr arab, tapi tak mahir. bljr kena paksa tak sama bljr sbb suka. tu zaman nakal saya la tu.

    skrg ni, sikit2 pahamlah. tapi nak ckp mmg tak dapatlah. Memang seronok tau, bila kita baca quran dan kita paham makna melayunya. walaupun saya paham sikit2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya ujie. 5 tahun sempat belajar bahasa arab. Walau kena paksa pun, tapi ilmu tu tetap dpt at least sikit. Tahniah ujie.

      Delete
  2. best bahasa arab ni..klu kita belajar,faham maksud bila baca al quran..tambah2 bila solat..baru berinteraksi dgn Allah..cayalah lyd!cikgu xpernah buka web tu..dlu mmg bljr zaman di sekolah..salah satu subjek kegemaran cikgu(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best cikgu. Satu kata akar tu boleh berkembang jadi macam2 perkataan. Cuma daya ingatan kena kuat la.

      Delete
  3. Nice nice.. boleh la I cuba2 dengan JJ nnt :D:D

    Dulu kan, bangga konon khatam Quran, tapi bila kat sini.. bila orang tanya, ya Allah malu rasanya sebab tak faham apa yang dibaca. So buat masa ni I baca and cuba fahami Quran online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la awk. Bangga jugak bila boleh baca quran dgn lancar. Tapi... bila sedar yg al quran tu bukan sekadar baca yg arab je, tapi kena faham maksud, then malu sendiri.

      Delete
  4. Dulu ade jgk belajar online ..madinah arabic jugak..yg ade video siap blh download lg..belajar separuh jln tak sempat habes...yg belajar arab to understand quran pun ade gak webnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, ada jugak yg boleh donlod then belajar offline. Ooo.. ada ye. Nanti nak cari la yg understand quran tu.

      Delete
  5. terima kasih sudi berkongsi...
    sayapun memang nak sangat belajar bahasa Arab ni... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Nita. Ilmu yang bermanfaat eloklah dikongsi.

      Delete
  6. bagus... aku nak forward link ke anak aku...

    ReplyDelete
  7. saya belajar 4 tahun kat U sampai sekarang tak mahir, skit3x bolehlah..bahasa syurga belajar skit2x pun ok.. thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti boleh tanya awk kalo akak tak faham then malas nak join forum madinah tu ye? Heheh.

      Delete
  8. penah belaja b.arab. kamus pun stil ada lagi kt kg..dulu paham la jugak. tapi akibat tak dpraktik.. malah diabai.. (zaman muda remaja.. tahulah..)
    lupa banyak.. sekarang kena back to basic balik..huhuhu

    baguslah web nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang, perlu back to basic kalo dah lupa tu. Tapi tak la sesusah org yg langsung tak penah belajar.

      Delete
  9. kalau dah tua ni,lidah dah liat..dah lama tak praktikkan hehe..kna mula dari asas semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga rupanya kawan2 blogger yg penah belajar bahasa arab.

      Delete
  10. Kalau kita buat dengan bersungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya :)

    ReplyDelete
  11. belajar melalui audio lagi mudah dr baca pada buku..sebab sebutan kadang-kadang beza dengan ejaan...

    ReplyDelete
  12. kak, ema tgk link blog dlm bloglist yg akak letak link ema yang lama.ini link blog ema yg baru
    emarieys.com

    ReplyDelete
  13. di mana ada usaha di situ ada kejayaan...

    ReplyDelete
  14. Salam...Terima kasih byk sebab kongsikan link web belajar arabic ni. Sgt bermanfaat utk saya yg baru nak bertatih...

    ReplyDelete
  15. terima kasih share link diatas semoga ilmu yang saya dapat bersama anda di akhirat kelak

    ReplyDelete
  16. جرب ولاحظ تكن عارعا = cobelah dan perhatikan lah make awak akan jadi orang yang pandai,.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...