Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Dari Pandangan Seorang Perogol....

Sejahteralah ke atas kamu.... Artikel berbahasa inggeris ini saya baca di Facebook. Saya terjemahkan mengikut bahasa saya dan amik point penting yang saya rasa menarik sajewww....  Sekumpulan perogol di penjara telah ditemubual bagi mengetahui apakah kriteria yang menjadi pilihan mereka untuk menjadikan seseorang itu mangsa. Antara fakta-faktab yang menarik untuk diketahui oleh semua kaum wanita dan anak2 gadees seperti berikut; 1) Perkara pertama yang diperhatikan oleh perogol2 ini ialah gaya rambut. Rambut ikat belakang ponytail dan bertocang menjadi pilihan. Kerana apa? Untuk memudahkan mereka menarik atau menangkap mangsa. Tarik guna rambut. Kesimpulannya, perogol2 ini lebih mensasarkan mangsa yang berambut panjang. Sebab senang nak tangkap. Yang berambut pendek, kurang berisiko, tapi masih perlu berhati-hati. [* ini kat US. Kalo kat Malaysia, yang bertudung pun senang jugak nak tarik tudung kan. Jadi wahai wanita di seluruh dunia, tak kira la kamu bertudung atau tid

Suka Amik Gambar Sendiri Itu Camwhore?

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasa yang suka amik gambar sendiri ni pompuan. Lelaki jarang sangat yg suka bergambar kecuali Uncle Gedek, itu pun sebab konsep blog dia self-portrait. Korang penah dengar tak perkataan 'cam-whore'? Kalau budak2 pompuan amik gambar sendiri then derang sendiri mengaku derang cam-whoring. Contohnya amik gambar sendiri  guna henfon buat mulut muncung pastu dia kata dia camwhore. Selama ni saya tak tau pun apa benda maksud camwhore tu. Walaupun perkataan 'cam' tu sefaham saya maksudnya camera. Tapi 'whore'? Setahu saya maksud whore tu ialah pelacur. Tapi saya tak amik pusing sangat. ['Amik pusing' ni adalah perkara yang paling susah nak buat kalau ko sakit tengkuk. Muahahahahha. *hanya utk org yg faham sahaja.]. Mungkin itu adalah istilah budak2 zaman sekarang untuk menunjukkan yang mereka sedang amik gambar sendiri dengan muka tak malu. Mungkin saya yang dah ketinggalan zaman tak tahu istilah mereka. Tapi bila saya goo

Jemputan Kahwin Guna FB Je? Tanak Pegi La

Sejahteralah ke atas kamu.... Musim kahwin dah bermula sejak cuti skolah dah kembali lagi. Pagi tadi dtg ofis sempat je swipe before time walaupun kuar umah dah lewat, kul 7.55 am. Waktu ofis start kul 8.15am. Heheh. Kira sakti benor la tu kalau keluar rumah dah lewat, tapi sempat punch on time. Kekekeke. Bangga dengan pencapaian diri sendiri. Berbalik kepada musim kawen ni. Bila ramai orang yang nak berkahwin, ramai jugak la yang dapat undangan perkahwinan. Trend sekarang invite guna FB je. Mudah katanya. Tapi ramai yang sentap kalau dapat invitation guna FB ni. Terus je majuk tanak datang. Ololo... Sho shuwit.. Cepat betul terasa ye kita ni. Banyak sangat makan Ajinomoto cenggitu le gayanya. Saje nak enterframe. Bagi saya, menjemput orang untuk datang ke kenduri kawin melalui FB ni ada baik dan ada buruknya. Biasa la. Semua benda dalam dunia ni ada pro[s] and con[s]. Tapi secara jujurnya, saya rasa kita perlu lebih terbuka tentang perkara kecil ni. Apa salahnya kalau

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

My favourite animal pall in Madagascar is;[ let's guessing ] He own a long neck He has brown spots on his back He is got long legs         He is not a boy but a 'man'       He is a friend of Alex, Marty and King Jullian       He is a Giraffe, Melman                Always worries about ache                Frequently has a bunch of medicine                and appointment with doctor                He is a hypochondriac                             Most of the time he is skittish                             But sometimes has moment of profound clarity                             He makes me laugh more than the other pals do                             By listening to his voice can make me laugh.                                     Melman falls in love                                     He falls in love with his friend                                     Her name is Gloria a Hypo                                     And they make a lovely couple          

Drama Romantik Korea - Tinggal Serumah

Sejahteralah ke atas kamu... Masa muda dulu saya memang hantu-raya-jembalang-tanah dengan drama Korea. Jalan cerita drama-drama Korea ni walaupun pusing-pusing pun macam tu jugak, tapi saya tetap menggelupur nak tengok sampai habis. Bapak panjang 16 jam durasi dia. Macam cerita Hindustan, kalau tak ada hero kuat yang selepas kena tembak 4 das pun masih boleh berlawan dengan 60 orang jahat yang bawak kayu hoki, memang bukan Hindustan la tu. Macam tu jugak dengan drama Korea. Kalau hero dengan heroin tak bermula dengan bergaduh dan bermusuh kemudian jatuh cinta, memang tak Korea ah.. Ada beberapa drama Korea yang saya perasan, konsep jalan ceritanya sama iaitu, hero dan heroin tinggal serumah kerana terpaksa. Terpaksa tu kerana ada la sebab tertentu contohnya dalam Full House mereka tinggal serumah sebab kahwin kontrak [yg lelaki nak penuhi permintaan keluarga untuk berkahwin dan yg pompuan pulak berkahwin untuk dapatkan semula rumah dia]. Ada-ada je la sebab yang terpaksa tinggal

Politik : Penyokong dan Pembangkang

Sejahteralah ke atas kamu... Hari ni nak cerita topik yang agak serius. Tentang politik. Sila saspen.  Sejak akhir-akhir ni percakaran antara semua parti politik makin gila kentang. Semua orang nak mempertahankan keimanan masing-masing terhadap parti politik yang disokong. Walaupun ada orang yang kata, "saya tak sokong mana-mana sebab semuanya sama je", tapi jangan nak tipu, dalam hati mesti ada terlebih sikit menyebelahi pihak2 tertentu. Saya pun sama la. Walaupun hakak kata hakak tak sokong mana-mana, tapi jangan percaya sebab dalam hati hakak, pasti hakak ada menyebelahi salah satu pihak walaupun bukan penyokong tegar. :D [grinning]. Undi adalah rahsia walaupun hakak tak pernah pun lagi mengundi.  Isu paling panas sekarang ni, pasal PTPTN dan Bersih. Yang ni 2 je la yang pahlawan-pahlawan papan kekunci dan  keyboard warriors dok berbalas pantun kat internet sama ada kat FB, kat blog, kat forum, semua berusaha mempertahankan prinsip yang dibawa oleh  parti yang

Meh Nak Cerita Sikit Pasal Greeco Venture

Sejahteralah ke atas kamu... Sejak teknologi gambar digital makin berkembang, saya dah jarang sangat nak print out gambar ataupun biasa orang sebut 'cuci gambar'. Semua gambar disimpan dalam hard disk je. Tapi leceh juga nak tengok gambar-gambar ni terutamanya bila nak tunjuk kat ahli keluarga, ramai2 nak tengok. Susah nak pass-pass kan gadjet tempat kita simpan gambar-gambar tu. Macam mak dengan abah saya pula, kurang suka tengok gambar dalam bentuk digital. Tak puas kata mereka. Gambar perkahwinan saya tahun lepas, saya terpaksa jugak cuci sebab nak tinggalkan di rumah mak saya satu album dan di rumah ibu mertua satu album. Dalam masa saya mencari-cari kedai untuk cuci gambar tu, kebetulan terjumpa promotion di Groupon untuk print gambar bersaiz 4D dengan harga murah oleh Greeco Venture Sdn. Bhd .. Untuk permulaan dan percubaan sebab nak tengok elok ke tak elok quality dan service syarikat Greeco Venture - Colourful Memories ni. Cuba test skit tengok okay ke tak.  

Sape Kata Kerajaan Persekutuan Tak Baik???!!

Sejahteralah ke atas kamu... Tak pernah bil letrik saya kena bayar kurang daripada RM20. Tapi bulan lepas punya hanya perlu dibayar RM2.05 je. Ini sudah bagus. Dapat subsidi wa cakap lhooo... Daripada kerajaan persekutuan waa cakap lhoo... Baru je sekali ni. Kalau dapat subsidi mcm ni setiap bulan pun bagus jugak abang Ajib. Saya suka. Hehehe. Apa-apa pun, air free setiap bulan sejak PKR amik Selangor, lebih saya sukai. Heheh. Sebab bila bandingkan bil air mak dekat kampung, pergh...perperperghhh... Mahal. Nampak ini stoberi? Saya sangat suka stoberi ni. Sebab dia besar. Puas makan. Beli kat pasaraya je. Hehehe.. Nampak tapak tangan yang berkedut seribu tu? Haa.. itu la tapak tangan saya. Sapa nak kena lempang, meh sini saya lempang. Nanti berbekas skali dengan garis-garis tu kat muka. Dapat corak cantik kat muka, boleh pegi stadium sokong pasukan bola sepak. Orang kata, siapa yang ada banyak garis-garis pada tapak tangan dia, itu maknanya dia tu banyak dugaan hidup. Tapi janga

Kalau Semua Nak Jadi Ustaz, Siapa Nak Jadi Professional?

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada orang bertanya kepada saya. "Doktor mempunyai 13 orang anak, masakan semuanya mahu menjadi ustaz, mahu menghafaz Al Quran? Kalau begitu, siapa yang mahu jadi doktor, jurutera dan sebagainya?" CUba kita singkap kembali perjalanan para cendekiawan kita dalam menuntut ilmu. Kita bangga dengan mereka; orang seperti Imam Syafi'e, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan banyak lagi yang pakar dalam pelbagai bidang. Mereka tulis beratus-ratus jilid buku yang digunakan sebagai panduan sehingga sekarang tanpa bantuan apa-apa peralatan yang kita anggap canggih seperti komputer dan internet. Kita dengan peralatan yang canggih yang ada sekarang pun masih tidak mampu untuk menulis walau satu jilid buku pun, dan kadang-kadang peralatan itu lebih banyak membawa kepada kelalaian kita dengan Allah. Contohnya lebih banyak chit chat, menyebarkan fitnah, menyiarkan gambar porno dan sebagainya. Apa yang hendak saya tekankan di sini, disebabkan kita terla