Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Mines Beach Resort - Mines Wellness City, Seri Kembangan

 Sejahteralah ke atas kamu.... Saya jarang pergi bercuti (vacation). Kalau saya pergi pun, hanya sekadar check-in di hotel-hotel yang mur-mur* sekitar Lembah Klang. Saya ni tak suka penat. Kalau travel jauh-jauh, nanti perjalanan tu penat. Kalau esoknya kerja, hah kejang la badan. Mines Beach Resort ni letaknya di Seri Kembangan. Dekat je dengan The Mines Shopping Mall.  Bila namanya 'resort', kita kena faham bahawa dia bukanlah hotel dengan bangunan tinggi. Resort biasanya konsep bangunan 3 hingga 6 tingkat yang melebar dari wing kanan ke wing kiri.  Interior design agak menyenangkan. Banyak sofa di ruangan lobi. Boleh santai-santai melepak. Waktu saya pergi sini, tidak ramai yang datang menginap di sini. Jadi agak sunyi la. Saya lupa nak request 1 king bed. Patutnya bila anak ramai ni, kena request family room dah. Takleh duduk bilik deluxe dah. Tapi takpe, kita jimat mana boleh jimat.  Resort ni resort yang dah lama. Semasa PKP di zaman Covid dulu, resort ni ditutup dan tida

Resepi Bubur Ayam Paling Mudah dan Sedap Pasti Jadi

  Sejahteralah ke atas kamu..... Sekarang musim demam. Walaupun aku rasa, sepanjang masa je orang sentiasa demam dan sembuh. Datang dan pergi. Tapi setiap kali demam, orang akan cakap, "Musim demam sekarang". Takpe, layan je la. Bila demam, ramai orang yang seleranya pun menurun. (tidak termasuk aku. Aku kalau demam, makan tetap on seperti biasa. Demam tu biarlah demam. Makan tu guna sistem lain. Haha.).  Ini bubur yang aku selalu masak bila aku tengok selera anak-anak aku menurun apabila demam. Senang sangat hoihh kaedahnya. Orang yang tak reti masak pun insyaAllah kalau masak ni akan menjadi.  Resepi: 1 cawan beras . 4 cawan air  2 Bawang merah (Ikut suka nak potong macamana. Kalau tengok dalam gambar ni, aku potong kelar dan tak putus pun bawang tu. Ada tujuannya. Sebab nanti aku taknak dia bercampur dan berselerak dalam bubur, lepas tu nak suap kat anak-anak nanti aku yang banyak kerija kena asingkan bawang. Tak koser aku.) 2 bawang putih. (potong pun ikut suka. Actually

10 ADAB PERLU AJAR KEPADA ANAK

  Sejahteralah ke atas kamu... Aku jumpa poster ni di IG. Ada kawan share. Macam menarik, maka aku pun lukis semula pada kertas lukisan anak dan tampal dekat dengan meja makan. (Printer dah rosak. huhu. ) Comel kan? Kenapa aku tampal dekat meja makan.... Kisahnya, sebelum ini, aku ada tampal beberapa doa tentang Ramadhan dan doa keampunan malam lailatulqadar di situ. Anak-anak aku ni, time makan dia takde apa nak pandang, jadi automatik mata dia akan pandang doa-doa tu. Dan baca. Dan secara tak sengaja, mereka dapat hafal.  Jadi, aku cuba la nak didik adab-adab ni kepada anak-anak aku dengan cara tampalan yang sama. Harap-harap menjadi la kali ni.