Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

20th Century Girl Review

Sejahteralah ke atas kamu, Title: 20th Century Girl.  Genre: Romantic, Comedy, Melodrama, Family, Friendship Synopsis: Kisah tentang seorang gadis sekolah tinggi, Na Bo Ra dan sahabat baiknya yang menghidapi penyakit jantung, Kim Yeon Du. Sehari sebelum Yeon Du sepatutnya dijadualkan berlepas ke USA untuk pembedahan jantung, dia telah terjatuh hati pandang pertama dengan seorang pelajar lelaki yang datang ke kedai tempahan baju milik keluarganya. Yeon Du tidak mahu ke USA kerana ingin mengejar cinta pertamanya itu. Na Bora yang sangat mengambil berat tentang sahabat karibnya, mendaftarkan akaun email untuk dia dan Yeon Du agar dapat berhubung dan menyampaikan berita tentang lelaki pujaan Yeon Du itu sepanjang dia berada di USA. Maka, Yeon Du pun bersetuju untuk teruskan rawatan. Nama lelaki yang dikatakan sebagai cinta pandang pertama Yeon Du itu ialah Baek Hyun Jin (berdasarkan nametagnya yang terlihat oleh Yeon Du). Hyun Jin mempunyai sahabat baik bernama Poong Woon Ho. Na Bo Ra sela

Big Mouth Review (Spoiler Alert)

 Sejahteralah ke atas kamu..... Drama Korea - Big Mouth, lakonan Lee Jong Suk, Yoona, Kwak Dong-Yeon, Ok Ja-Yeon dan lain-lain.  Big Mouth Casts Sinopsis: Kisah tentang seorang peguam (Park Chang Ho, lakokan Lee Jong Suk) yang tidak begitu cemerlang dalam kerjayanya, yang selalu kalah dalam kes sehingga diberi gelaran Big Mouth oleh orang-orang di dalam bidangnya.  Suatu hari, Park Chang Ho telah menerima satu kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian seorang Pengerusi Hospital, dengan bayaran yang tinggi. Orang yang mengupah Chang Ho ialah datuk bandar Gucheon, Choi Do Ha. Tujuannya memilih Chang Ho ialah kerana inginkan seorang peguam yang boleh diperkotak-katik, memandangkan kes tersebut sebenarnya melibatkan scandal berprofil tinggi. Choi Do Ha and his wife in Big Mouth Main Cast Big Mouth Tetapi Park Chang Ho tidak la sebodoh yang disangka. Dia membuat tindakan yang seolah-olah mengancam penjenayah di sebalik kes langgar lari tersebut. Maka, bemula la kejadian-kejadian yang

Kenapa Saya Tidak Pandai Berniaga

Sejahteralah ke atas kamu...... Aku kan..... Bila tengok orang berniaga dan berjaya dalam perniagaan dia, aku pun nak berniaga. Tapi aku berniaga selalu je warm-warm chicken shit. Selalu tak success pun. Aku fikir-fikir balik, kenapa aku ni selalu berniaga tapi tak menjadi, aku rasa dapat kenal pasti punca-puncanya. 1. Salah pilih produk jualan.  - Aku selalu jual barang yang aku suka je. Aku tak fikir pun pasal orang lain suka ke tidak. Dah selalunya apa yang aku suka tu orang lain tak suka. Begitu juga la, ada barang yang aku tak suka, tapi aku taknak jual walaupun ramaiiiii orang suka. Contohnya, aku tak suka ikan keli. Kalau nak suruh aku jual ikan keli, memang tak la. Aku tak reti. Dah macamana aku nak jawab kalau orang tanya pasal ikan keli. Tapi aku tengok ada kawan aku jual ikan keli perap, kemain laku. Contoh barang yang aku suka, macam cadar cotton 350 thread count. Aku rasa memang best gila cadar tu. Tapi orang tak minat pun nak beli. Ada je macam-macam alasan. Mungkin ada y

Siapa Rindu Benda Ni?

My Sejahtera lah ke atas kamu..... Dulu kemain kan, setiap kali nak masuk premis kena tunjuk benda alah ni. Masa tu, aku macam malas nak gi mana-mana. Sebab kita berserabut nak dukung anak, kadang-kadang bawak beg macam-macam berserebeh bahu, pastu nak kena scan suhu la, tulis buku la, hadoi... letih gini. Syukur la sekarang dah berakhir peraturan ni semua. Setelah dah lama jadi endemik, aku masih lagi kena deal dengan CovTest ni.  Setiap minggu kena submit result test covid ni kat sekolah tadika anak aku. Harap-harap tahun depan masih boleh claim terlebih bayar LHDN untuk test kit ni.  Sekarang ni, bila pergi makan ke, masuk mall ke, kita boleh tengok dah ramai orang tak pakai face mask dah. Aku pun memang malas nak pakai face mask . The only reason kalau aku pakai face mask pun hanya semata-mata nak cover up muka gemuk aku je. Dan lagi satu faktor lain kalau aku pakai face mask ialah bila aku tak sihat (batuk atau selsema). Itu dah jadi tanggungjawab aku la, untuk protect ora

Suka Sambal

Sejahteralah ke atas kamu..... Macamana la tak gemuk kan? Aku yang selalunya tak kisah kalau tak makan nasi ni, boleh jadi penggemar nasi pula kalau ada sambal-sambal ni semua. Aku memang dah lama tak memasak. Hanya masak nasi je. Itu pun hasben yg tolong masak nasi. Kemudian goreng telur. Sambal. Cukup. Memang berselera sungguh la acik. Sepinggan nasi memang tak cukup bhai. Kalau kadang2 beli timun Jepun, itu kira bonus la. Lezai dan bergizaiiii... Ish susah nak update guna henfon ni. Tak sempat nak update blog kat ofis tadi. Sibuk betul rasa. Bila dah siap kerja, aku pula dah rasa penat otak. So, layan Tik Tok je la sementara tunggu habis ofis hour. Sambal-sambal yang aku tunjuk kat bawah ni adalah stock yang ada kat rumah aku sekarang. Biasa aku beli je apa2 brand pun sebab aku memang suka cuba. Kebiasaannya sedap. Pandai betul orang-orang ni memasak lepas tu jual. Bijak cari peluang. Terutamanya si Khairul Aming ni. Sambal Nyet berapi ni bagi aku memang sedap la. Cukup rasa semua.

Colourful

Sejahteralah ke atas kamu....... Aku suka beli pen warna-warni, banyak-banyak. Dulu masa sekolah menengah lagi. Beli pen memang juara la, tapi belajar tak juara pulak tu. Bila dah kerja, aku tak beli dah pen-pen warna-warni ni. Sebab tak de keperluan, sehinggalah bila aku dah mula belajar Bahasa Arab sejak beberapa tahun lepas. Dah mula excited nak beli pen monemoni [baca:warna-warni] semula.. yeehuuu... memang seronot beronot-ronot la acik. Dulu masa PKP selama 2 tahun, aku belajar secara online, jadi aku bawak balik rumah semua pen colourful aku. Yang itu satu beg, lagi banyak jumlah pen daripada gambar yang kat bawah ni. Sekarang bila dah start kerja kat ofis, kuliah Bahasa Arab masih lagi berjalan secara atas talian pada waktu rehat kat ofis. Tapi aku tak bawa dah pencase aku yang kat rumah tu. Sebab yang tu, takpe la, senang nak semak kerja sekolah anak-anak. Kalau anak bagi jawapan salah, syok la pangkah besar-besar guna pen merah. Dulu acik bercita-cita nak jadi cikgu. Namun apa

Restoren Western Halal Sedap Shah Alam

 Sejahteralah ke atas kamu...... Bila ada anak-anak yang baru nak membesar dan jenis yang makan memilih, nak cari tempat makan yang sesuai untuk selera semua orang tu agak mencabar. Kalau ikutkan selera aku dan hubby, nak makan nasi berlauk je. Dah berusia ni jadi makin suka makan nasi dan malas nak makan makanan-makanan canggih sangat. Tapi anak-anak bila makan kat luar, mereka nak makan masakan selain nasi. Sebabnya, kalau anak-anak nak makan nasi, lauk mereka hanya telur goreng atau ayam goreng. Dah kalau gitu baik makan kat rumah je kan. Jadi, inilah dia. Restoren yang boleh hidangkan pelbagai jenis hidangan; masakan kampung ada, western ada, masakan Thai pun ada. Puas hati bagi semua orang kenyang dan puas makan. Hot Pindang nama restoren ni. Lokasinya di No. 11&13, Jalan Cheong Sam 10/11, Shah Alam, Selangor . Seksyen 10 ni.  Suasana di dalam restoren ini agak menenangkan. Kerusi yang selesa dan bukan jenis kerusi plastik yang ringan tu. Walaupun di luar panas berdering, teta

Nak Masuk Club Introvert

 Sejahteralah ke atas kamu.... Ada sekali tu. Masa aku dalam lif nak balik (kat ofis), sampai kat satu floor tu ada 2 orang kawan aku (lelaki), masuk lif. Aku cam biasa la tegur la, aku tanya korang ni nak balik ke nak gi lepak minum? So salah seorang tu jawab nak gi minum. Pastu yg sorang lagi ajak aku join sekali. Jom ah lepak sekali. (mungkin hnaya ajak-ajak ayam je.). Then dia cakap, baru aku perasan ye, sejak aku kerja sini, aku tak pernah lepak dengan ko. (Aku ketawa je la dalam hati.). Aku jawab kat dia, tak sesuai dah lepak dengan aku, aku ni level acik-acik dah. Tak fun pun nak borak. Ada la lagi kiterang cakap-cakap lagi lepas tu isu yg tak penting, malas nak cerita. So, habis kat situ. Aku ni, pertama sekali memang jenis tak reti melepak kat kedai makan. Sejak bujang lagi. Kalau aku pergi kedai makan, hanya nak makan dan minum je. Lepas makan, aku memang tak betah untuk stay lama-lama borak kat meja makan tu lagi. Baik aku balik umah, baring atau tido kat rumah.  Kedua, aku

Garsa Kitchen - Sandwich Paling Padu, Customer Service Mantap

Sejahteralah ke atas kamu...... Aku order sandwich dari Garsa Kitchen hari ni sempena acara makan-makan berkonsepkan potluck di office aku. Ala, Garsa Kitchen (GK), kedai sandwich famous yang siap ada service delivery sekali tu. Aku kan..... Ada juga la beberapa kali beli sandwich from GK ni. Boleh dikatakan, bila ada acara makan-makan, aku memang akan order sandwich ni la. Sebab sandwich GK ni konsisten betul kualiti dia. Rasa sedap. Portion inti dia pun tak kedekut. Ko makan memang puas hati sungguh. Serius ni, aku bukan cakap-cakap kosong.  Order aku hari ni, kisahnya aku request delivery dalam 9.00am - 9.30am. (Yang bestnya Garsa ni, ko boleh pilih time yang ko nak untuk mereka hantar sandwich ni. Fleksible gila. ). Sekali jam 8.40am aku dah terima panggilan kata sandwich aku dah sampai. Aku masa tu kat rumah lagi. Aku buat address delivery ke office. So, terpaksa la aku suruh rider tinggalkan sandwich aku tu kat kaunter lobby, pastu aku suruh ofismate aku ambilkan. Takpe jangan ri