Skip to main content

20th Century Girl Review

Sejahteralah ke atas kamu,

Title: 20th Century Girl. 
Genre: Romantic, Comedy, Melodrama, Family, Friendship



Synopsis:

Kisah tentang seorang gadis sekolah tinggi, Na Bo Ra dan sahabat baiknya yang menghidapi penyakit jantung, Kim Yeon Du. Sehari sebelum Yeon Du sepatutnya dijadualkan berlepas ke USA untuk pembedahan jantung, dia telah terjatuh hati pandang pertama dengan seorang pelajar lelaki yang datang ke kedai tempahan baju milik keluarganya. Yeon Du tidak mahu ke USA kerana ingin mengejar cinta pertamanya itu.

Na Bora yang sangat mengambil berat tentang sahabat karibnya, mendaftarkan akaun email untuk dia dan Yeon Du agar dapat berhubung dan menyampaikan berita tentang lelaki pujaan Yeon Du itu sepanjang dia berada di USA. Maka, Yeon Du pun bersetuju untuk teruskan rawatan.

Nama lelaki yang dikatakan sebagai cinta pandang pertama Yeon Du itu ialah Baek Hyun Jin (berdasarkan nametagnya yang terlihat oleh Yeon Du). Hyun Jin mempunyai sahabat baik bernama Poong Woon Ho. Na Bo Ra selalu menyiasat tentang Hyun Jin dan selalu melaporkan segala aktiviti dan minat lelaki tersebut kepada Yeon Du. Sehingga Hyun Jin salah faham dan menyangka Na Bo Ra meminatinya, lalu mengajak Bo Ra menjadi kekasihnya. Sedangkan Bora sebenarnya menyukai Poong Woon Ho. Woon Ho juga menyukai Bo Ra. Mereka hampir bercinta, sehinggalah Yeon Du kembali ke Korea dan bersekolah semula seperti biasa di sekolah yang sama. 

Rupa-rupanya selama ini, orang yang disangka bernama Baek Hyun Jin itu adalah Poong Woon Ho. Cinta pandang pertama Yeon Du itu adalah Woon Ho. Jadi, konfliknya sekarang, 2 orang sahabat baik dah menyukai lelaki yang sama. Aiyookkk... Macamana.... Kena tengok sendiri ye. 


My point of view: Aku suka filem ni. Seperti biasa, filem Korea selalunya cukup rencah, ada kelakar, sedih, gembira, cemas dan bahagia. Gambaran tentang abad ke 20 agak mengimbau kenangan. Ceritanya tidak meleret-leret. Sentiasa bertenaga dan tidak membosankan. Saya recommend filem ini untuk tontonan santai dan tidak begitu serius. Saya ni walaupun dah warga emas, tapi saya tetap suka menonton cerita berkenaan remaja sekolah. 


Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...