Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Miscarriage

Beza Berpantang Bersalin Normal Dengan Berpantang Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku bukanlah seorang makhluk Tuhan yang paling seksi sangat kuat berpantang. Tapi aku juga bukanlah juga spesis manusia yang langsung tak berpantang dan main langgar je semua bentuk pantang larang. Aku berada di tengah-tengah. Di antara Zohor dengan Asar, di antara Maghrib dengan Isyak, begitulah perumpamaannya. Bagi aku, apa-apa juga yang kita lakukan biarlah bertempat. Biarlah bersederhana. Kalau anda seorang yang terlampau tradisional mengikut pantang, jangan la sehingga nutrisi dalam badan terjejas. Aku berpantang semasa bersalin anak pertama dulu, tak dibernarkan makan buah-buahan. Sedangkan aku, setiap hari biasa, memang suka makan buah cam monkey. Tiba-tiba di hari kejadian, aku tidak dibenarkan makan buah.... Fuhhh menderita usus besar aku. Terpaksa makan ubat sembelit. Bayang dengan luka bawahan yang belum sembuh, nak meneran sembelit lagi. Ouchhhh... Dan jikalau anda begitu moden sekalipun, jangan la semua benda pun dilanggar. Kon...

Bagaimana Rasa Sakit Keguguran

Sejahteralah ke atas kamu... Apa yang aku boleh bagitau, sakitnya keguguran tu, sama seperti sakit bersalin. Contraction dia, sama je. Rasa macam kena ramas kat bahagian rahim pada perut tu sampai rasa macam lumat. Cuma, bezanya dengan bersalin biasa ialah 'contraction area' tu lebih kecil. (Ikut saiz janin la). Kalau nak bersalin anak yang cukup bulan, kita akan rasa contraction pada keseluruhan luasnya baby berada. Perut akan rasa seperti kena tarik daripada semua sudut sehingga kulit menjadi tegang nak koyak. Tapi keguguran ni pulak, rasa sakitnya lebih di dalam rahim. Tiada rasa pada kulit. Rasa seperti di dalam rahim tu kena kisar. Tetibe bersemangat nak update blog. Setelah sekian lama aku berperasaan seperti, "personal aku, biar aku je la yang tau". Rasa segan juga nak share kisah hidup aku yang kadang-kadang kinder joy, kadang-kadang kinder bueno ni. Anak-anak aku dah tak baby . Luth memang lama dah hilang sifat-sifat kebayian dia tu. Yafith...