Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Gubahan Hantaran Bertunang

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ok... Fine. Nak cerita pasal tunang lagi. Hahahah... Nampaknya cerita tentang bertunang ni hanya akan habis, bila saya kawen nanti je. Sbb lepas kawen, akan citer pasal kawen plak. :p. Majlis pertunangan saya ari tu, bleh dikatakan mcm 'all of sudden' juga. Sbb mula-mula plan nak merisik je. Pastu ntah mcmn ader minah gedik sorang tu [aku la tu kot, hahaha] nak buat majlis bertunang terus. Err... Dalam masa 2 minggu je dari tarikh bertunang yg saya ada untuk buat preparation. Tapi oleh sebab saya ni seorang yang 'cool' menurut kata Mr Storm [suka beli jiwa saya], so saya relax je walaupun masa dah suntuk. Ok.. Saya tipu. Saya tak relax langsung. Rasa mcm menggelupur gak sebenarnya. Tanya OrgKgBaru, tanya JekJan pasal mcm2. Hantaran le, baju ler. Nak pinjam baju bertunang OrgKgBaru dah tentu la tak muat kan.. Memandangkan saya ni dari baka yg lebih besar dr beliau. Pasal hantaran saya mmg betul2 takde experience sbb dal

What A Jodoh-jodoh? Part 1

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tentang jodoh ni susah nak cerita. Kronologi jodoh bagi setiap insan kat dunia ni, berbeza. Ada org yg jodohnya cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tak sampai-sampai sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Ada yang melalui jalan yang sukar utk bertemu jodoh tapi ada juga yang senang je. Bila? Kenapa? Dan bagaimana? Semuanya adalah persoalan tentang jodoh yang bukan di dalam bidang kuasa kita utk menjawabnya. Tak dinafikan, orang yang semakin meningkat usianya, akan risau kalau jodohnya belum muncul. Terutamanya kaum wanita. "Org-org pompuan ni, bila masuk je umor 25 thn, dah mula la panas punggung kalo masih belum berpunya". Itu la diantara kata-kata Mr Storm yang saya ingat semasa pertama kali saya bertemu dgn beliau di gerai nasi lemak Perindu. Waktu itu, fikiran saya sangat tidak keruan kerana baru putus cinta dgn seseorang[not really 'cinta' la actually]. Tetapi saya bersetuju dengan kata-kata itu, k

Cuma Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Yang saya tak faham tentang majlis perkahwinan....... 1. Lagu - Kalo ada live band kat majlis tu, lagu 'Bosanova' memang tak-penah-tak-ada. Mesti ada punyer. Tak kira ler kat KL ke, kat Kuantan ke. Balik-balik lagu tu. Balik-balik lagu tu. Serius saya rasa nak muntah dgr lagu tu. Nyanyi le lagu2 yg up to date sket. Lagu Yuna ke. Lagu Tilu ke. Mcmn le industri music tempatan nak maju?? *Chey... macam le aku ni menyokong sgt industri muzik tanahair. Padahal selama ni donlod kat internet je semua lagu. 2. Hantaran - Tak faham kenapa mesti nak kena bagi daun sirih masa bertunang atau kahwin. Ye saya tau itu adalah adat.... Maksud saya, saya tak faham, kenapa org yg mencipta adat tu memilih daun sirih, instead of daun2 lain yg ada kat atas muka bumi ni? Bak kata Mr Storm, kenapa tak bagi daun pucuk ubi ke, daun sawi ke. Daun-daun tu bleh dimakan gak apa.... Kot2 zaman dulu, daun sirih tu adalah daun yg termahal dan menjadi jajan yg

Homemade Chocolate?

Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini.... Trend sekarang ni, adalah 'homemade chocolate'. Saya terfikir... Betul ke coklat tu adalah hasil yg dibuat sendiri di rumah? Betul2 homemade ke? Atau lebih sesuai dipanggil home-processed? Sbb kalo macam homemade muffin la contohnya... Mesti la... kita beli bahan-bahan mentah.. Tepung, gula, butter, bla, bla, bla... kita sukat... ayak tepung, campur semua, adun dan bakar kemudian... tadaaaa.... jadilah muffin. Yang dibuat di rumah. Kalau beli instant flour utk buat muffin, dah takleh la nak kata homemade. Dah jadi homebaked. Tapi homemade coklat tu... mmg dibuat dari peringkat asas ke? Guna serbuk koko... masukkan gula berapa banyak, susu, butter, perisa? Atau... hanya cairkan coklat chips yg dibeli di kedai, kemudian masukkan dalam acuan yg berbagai bentuk? Hahahaha... Itu pon nak query kan? Lantak je la nak panggil apa pon ye tak? Yang penting, coklat ni ader 6 jenis.. [Sila rujuk Wikipedia, Types Of Chocolates (Jenis-jenis

Terbakar Hati Siapa Yang Tahu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Bila berhadapan dgn situasi yang... err.. let say ; tegang atau menyakitkan hati... Kita akan ada 2 pilihan. Sama ada utk 1] marah atau, 2]tidak merasa marah. Dan jika kita telah memilih untuk marah, kita masih lagi ada 2 pilihan iaitu 1] untuk menunjukkan kemarahan, atau 2] pendam sahaja kemarahan itu. Abg Di saya kata; "Kita masih boleh memilih untuk tidak marah". Setiap pilihan yg kita pilih tu, akan ada kesan yg berlainan dalam hidup kita juga org-org sekeliling. Sama juga jika ada perselisihan faham. Kita bengang dgn seseorang. Dan kita rasa dia yg bersalah dgn kita. Dia pula merasakan bahawa kitalah yang bersalah terlebih dahulu. Kemudian... Sama ada kita ataupun dia... sama-sama memilih jalan untuk... Tidak bertegur sapa. Terus bermusuh. Masing-masing, menunggu pihak yg sebelah lagi utk mengalah. Akhirnya, masalah yg kecil, menjadi besar dan berpanjangan. Tidakkah rugi jika begitu? Bila berselisih faham atau pendapat..

Perkahwinan Impian Saya

Hahaha... Mesti korang rasa cam nak muntah bila saya citer pasal bab-bab kawen, bab-bab geli2 dan jiwang2 kan? Kwn2 saya dah mula meng'sniff' adakah saya ni dah diambang perkahwinan? Hahaha... Blum lagi ye kengkawan. Saya sendiri blum tahu bila. Ok.. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sebenarnya sejak lama dulu, biler tgk orang lain kawen, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya seperti apa. Takde pon teringin nak buat pelamin mcmn. Garden wedding ke. Nak guna bunga apa. Baju berapa pasang. Karpet bulu apa. Nak kad kawen bentuk atau corak cane. Semua saya tak fikir.... Cuma yang pasti.... Saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat di dewan kat kampung saya. Alasannya, sbb saya takmo mak saya stress bile ramai org di rumah. Takut sakit beliau datang menyerang dan tak ada tempat yang tenang utk beliau berehat. Bukan nya bermakna, beliau tak suka org dtg rumah. Beliau mmg suka sgt kalo org dtg rumah. Saya pun suka. Cuma takut biler beliau sakit, n

Hidop Penuh Musibah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya penah tanya Mr Storm tentang sesuatu. Tentang kenapa beliau lakukan sesuatu yang agak berisiko. Jawapan beliau "Sebab saya suka take risks.". Masa tu saya fikir, "Mak aihhh... Saiko nyer dia ni.". Kita kalo bleh, nak jauh2 dari risiko. Kalo bleh, nak semuanya berjalan lancar dan ikut plan... Tapi beliau plak bleh suka risiko. Dah sah saiko. Namun... biler dah lama-lama berkwn dgn beliau.. Kemudian dah faham perangai beliau, [wp takde le faham mana. Tapi skit2 tu bleh le.] saya dah mula rasa mcm take risks ni seronok juga. Mcm hidup penuh cabaran. Ada rasa nervous. Rasa tertanya-tanya apa akan jadi. Berjaya ke tak berjaya. Walaupun stress, tapi seronok. Jangan salah faham. Bukan bermakna, saya suka masalah dan sengaja suka nak cari masalah. Siapa suka masalah kan? Maksud saya... Saya suka risiko utk susah demi mendapatkan sesuatu. Contohnya... Saya sanggup bersusah tak beli coklat Beryl's demi utk berjimat.

Exam!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau di sekolah atau universiti dulu, bila dengar sahaja ada exam .... semua orang ketar gigi nak study . Dapat je tarikh exam... Mula la pulun study bagai nak gila. Study last minute la yang paling sakai. Teknik belajar yang aku selalu amalkan dulu. Tapi kadang-kadang, last minute pun still ok la... Tak la teruk sangat. Paling busuk pon lulus jgk la kan. Sebab aku amik peksa utk lulus je. Cita-cita tak tinggi pon.. Haha. Tu sebab la aku terfikir.... Exam ni betul-betul ke bleh menguji kebijakpandaian seseorang? Sbb kadang-kadang, soalan exam tu ulang-ulang je yg sama mcm tahun-tahun lepas punya, cuma ayat je ubah sikit-sikit. Jadi, contoh soalan kita dah boleh kaji. Mcm soalan bocor. Lagipun, dah tau tarikh exam , so bleh la kita prepare . Maksudnya, kalo selama ni kita langsung sepatah haram pun tak ingat ilmu yg kita belajar tu, atau langsung tak meresap dlm hati... Bleh jugak nak score kalau kita palsukan kepandaian kita

Maaf Yer. Jiwang Skit.

Lelakiku. Kau.... yang membuatku bahagia. Yang membuat aku tertawan. Hadirmu hiasi hidup. Membuat aku mengerti, arti cinta sejati... Dan kau telah merubah hidup ini... menjadi penuh cerita. Membuat aku melupakan terakhir aku terluka, hanya kerna dirimu.... Hasrat hati, seakan tertuang ke dalam cinta untukmu. Keraguan seakan menghilang, terganti cinta darimu, cinta untukku.... Arrghh... Kenapa aku jadi jiwang karat benor nih!!! Kuheh...kuheh... Kengkawan... tolong la jgn give up dgn aku yer. Kasi can la. Bukan selalu aku mcm ni. Hahahah... Peace.

Boss Ku

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kat Division saya ni ada 2 orang pekerja yang baru masuk semalam. 2-2 lelaki. Sorang ditempatkan sama unit dgn saya. Nama beliau Joe [nick name, kerana nama sebenar dirahsiakan]. Dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pembangunan Aplikasi, bersama-sama YekYu, NekNa, dan CekChah tak lupa juga Zykron. Huhu. Nama beliau pula adalah Jam. Semalam, semasa The Biggest Boss in ICT datang perkenalkan mereka berdua kepada kami, the 2nd biggest boss saya iaitu MrZ tak ada kat ofis. Jadi, beliau belum tahu tentang penempatan Joe di Unit kami. Maka, pagi ini... Ustazah Alia memberitahu beliau tentang pekerja baru tersebut... Alia : En Z, kita ada staff baru di unit kita. Dan ada seorang lagi pekerja baru di Unit Aplikasi. Sorang nama Joe, sorang nama Jam .... MrZ : Sorang lagi nama Bul. Jadi Joe JamBul... Ngeh...ngeh.. Ngeh... MrZ dah makin maju dalam bab-bab kerepek. Hehehe... Cayalah boss aku ni. Mesti terpengaruh dgn JekJan ni.

Goodbye My Love...

Kita akan berpisah... Untuk sementara waktu... you takkan dapat jumpa I lagi. Tapi lebih tepat lagi ialah... I yang tak dpt jumpa you. I'm gonna miss you so really much. I terpaksa. Demi masa depan hidup I yang lebih gemilang. I rela lepaskan you. Bukan you ajer tau. Kawan-kawan you pon. I takkan lupakan bau you dan rasa you yang sedap itu. I akan selalu terbayang-bayangkan you apabila I nampak kelibat you. Sedihnya I rasa you know. Because, for all this time, you're my favorite. Tiada apa yang dapat menggantikan you dalam hidup I. Nanti bile tiba masanya... I akan dtg cari you ok? Di Famous Amos. Yeahh... Semoga kita akan bertemu lagi duhai Dark Chocolate kegemaran ku. Dan juga kawan-kawan you iaitu; Apple Crumble. Soft cookies. Desert. Cheese Cake. Dan semua jenis makanan-makanan gemuk yg tak berapa nak murah utk dibeli selalu. I akan mula berjimat utk mengumpul uwanggg yang lebih mem'pakcik kayo'kan I. Tapi sekali sekala, I bleh la jumpa you. Itu pon if any of my fre