Sejahteralah ke atas kamu......
Tahun 2008, saya pernah accident di Karak. Waktu tu saya sorang-sorang drive dari Kuantan ke KL. Kereta saya terbalik sebelah kanan [keta kenari, boleh la terbalik ke tepi] selepas melanggar penghadang jalan yang di bawahnya gaung sedalam 200 meter. Syukurlah masa tu saya pakai seat belt. Saya ni, pegi kedai pun pakai seat belt. Heheh. Kalau tidak..... Tentu saya boleh tercampak ikut cermin depan kereta saya sebab momentum masa berlanggar tu agak kuat. Sampai sekarang, kalau saya baca berita org kemalangan yang mangsanya sampai tercampak keluar tu, saya yakin mereka tak pakai tali pinggang keselamatan. So.... korang semua... kena ingat. Pakai tali pinggang keselamatan tu bukan semata-mata sebab takut polis, tapi kena pakai untuk keselamatan. Ada fehemmmm?
Lepas accident, apa yang perlu kita lakukan ialah buat report polis. Report polis ni untuk sahkan berita kemalangan tu untuk claim insurans. Sebab kalau polis tak kuarkan surat, nak claim insurans pun tak bleh la. Macam kereta saya tu, cermin depan retak, pintu boot belakang rosak dan kemek sebelah kanan. Nasib le cermin tingkap kanan tak pecah. Kalo tak, hancur le kepala saya kena jalan tar.
Masa nak pegi report polis tu, saya ditemani oleh orang yang bawak towing truck, biar saya bagi nama dia Chin dan juga abang ipar saya yg tinggal di KL. Report tu dibuat di balai polis Gombak. Rasanya Gombak. Saya dah lupa dah nama balai polis tu. Mula-mula masa masuk bilik pegawai tu, saya nampak Chin letak 2 keping RM50 atas meja polis tu. Polis tu simpan duit tersebut di dalam laci mejanya. Di dalam bilik tu hanya ada polis tu sorang je. Pangkat dia rasanya macam sarjan atau koperal je kot. Atas meja dia.... ada gambar anak lelaki dia tengah ketawa riang yang diletakkan di bawah kaca.
Masa dia baca kes saya, masa dia tengah teliti dokumen saya, dia tanya... so cemana dengan kes awak ni? Nak kena saman ke tak? Saya sengih je, saya cakap takpe la saman. Pastu dia cakap kepada Chin, suruh saya belanja dia kacang ke, air ribena ke kalo tanak dia keluarkan saman. So, saya pun lurus... Saya tanya Chin, kat mana ada kedai dekat-dekat sini? Nak gi beli kacang dengan air ribena kat polis ni. Dalam hati sempat lagi terfikir, sama plak taste aku dgn polis ni. Suka air ribena. Hikhik. Lepas tu Chin ajak saya keluar daripada bilik polis tu. Pastu baru la Chin cakap, yang maksud polis tu ialah duit sogok. Berderau rasanya darah saya. Saya bagitau abg ipar saya... So, abang ipar saya kata dia nak bayar saman, so tak perlu bayar rasuah kat polis tu. Dia ada kawan jadi bleh dpt diskaun.
Lagi sekali saya dan Chin masuk dalam bilik polis tu. Chin bagitau polis tu.... Suruh saman je. Tapi mati-mati jugak polis tu kata, kalau nak saman nanti kena bayar RM300. Kalau dapat diskaun pun paling kurang pun mesti kena bayar jugak RM200. Pastu polis tu tanya, senang ke nak dapat duit RM200 sekarang ni? Tak sayang duit ke? Dia tetap jugak tanak sign surat tu. Dah tu, saya ni kan baru lepas accident. Otak saya blur sangat masa tu. [Tapi saya memang selalu blur pun dalam kebanyakan masa. Hahahha]. Bila dah polis tu cakap gitu, Chin lagi sekali ajak saya keluar. Dia terus pegi jumpa abang ipar saya. Chin cakap kat abang ipar saya, polis tu nak jugak duit. Bagi je la sikit duit. RM50 pun takpe. Abang ipar saya memang marah sangat masa tu. Dah tu siapa tak marah kan? Dah la terlibat dengan rasuah. Tapi bukan atas kerelaan. Macam terpaksa. Kalau tidak polis tu tanak proses kes saya tu. Melampau kan? So, abang ipar saya bagi jugak RM50 kat Chin untuk dia hulur kepada polis korup tu.
Saya terfikir.... Duit macam ni ke yang polis tu nak bagi anak dia yang dalam gambar kat atas meja dia tu makan? Sian anak dia. Berita kemalangan tu saya memang tak beritahu kepada ahli keluarga yang lain selain kakak saya yang kat KL ni je. Sebab dia nasihatkan saya untuk tidak merisaukan mak saya. Takut mak saya sakit jantung bila dengar berita macam tu. Bila dah lama hal tu terjadi, bila semua adik beradik dah tau.... Kakak saya yang di Kuantan beritahu saya.... Kalau saya masih ingat nama dan no polis tu, boleh je saya report kat suami dia. Sebab suami dia bertugas di bahagian Tatatertib. Aduh... Rugi. Ye la... Masa kejadian, saya tak terfikir pun pasal tindakan yang saya boleh buat untuk membalas polis tu. Dan saya pun lupa plak saya ada sorang abang ipar yg bekerja sebagai polis.
Itu bukanlah satu-satunya kes rasuah polis yang saya tau. Suami saya pun selalu kena masa nak balik umah dari ofis. Biasanya waktu malam la. Kena tahan dengan polis, pastu polis mintak duit supaya dia tak saman. Kalau setakat nak saman tu, saya rasa ramai yang sanggup kena saman. Tapi yang lebih teruk bila polis tu takkan lepaskan kita pergi dan takkan saman jugak selagi kita tak bagi dia duit. Apa la buruk sangat perangai mcm tu. Takde integriti betul.
Sape anak polis kat sini? Angkat kaki. Betul ke orang kata anak-anak polis ni biasanya nakal? Terutamanya yang lelaki la. :)
Bapak mertua saya pun bekas polis tau. Jadi, maknanya saya ni menantu bekas polis. Abang ipar saya pun polis jugak. So, anak-anak polis yang orang kata nakal tu bukan orang lain. Suami saya dan anak-anak saudara saya jugak.
Macam biasa la. Bukan semua polis macam tu. Saya yakin ramai polis yang baik dan amanah. Tapi yang tak amanah tu la yang dah merosakkan nama institusi kepolisan negara kita. Kalau ada polis yg pernah amik rasuah baca entry ni... Saya mohon, bersihkanlah dirimu. Kaya hasil rasuah dan duit haram ni takkan ke mana.