Skip to main content

Masa Terbuang Memikirkan Tentang Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu....



Kita selalu je rasa sedih bila orang mengata yang buruk-buruk pasal kita, tapi sebenarnya orang yang mengata kita tu la yang lebih kesian. Sebab dia dah bazirkan sebahagian daripada masa dalam hidup dia untuk bercakap buruk tentang kita. Ce kalo waktu yang dia guna utk mengumpat kita tu dia guna untuk buat kuih-muih tradisional ke, menjahit je, hafal ayat lazim ke.... mesti dah banyak manfaat yang dia dapat.

Tapi jangan fikir ayat kat atas tu hanya boleh diguna pakai untuk orang yang mengumpat kita je. Kalau kita mengata yang buruk-buruk pasal orang pun ayat tu boleh letak kat batang hidung kita jugak tau. Dahtu, apa lagi.... Sudah-sudah la fikir tentang orang yang kamu benci tu. Walaupun membenci orang tu tak baik, tapi kalau benci cukup la sekadar benci. Takyah le package kan sekali dengan kata-kata buruk seperti membuat ketupat mulut. Berdosyer toqqq.

Mulai sekarang, pekata kita belajar untuk berfikir secara simple. Berfikir simple ni simple je. Dah namanya pun simple, so mesti lah simple je kan?[adakah ini namanya pantun 2 kerat bertajuk 'simple'?] Nak berfikiran simple, mula-mula kamu hanya perlu fikir perkara-perkara yang ke depan je. Fikir tentang perkara-perkara untuk berjaya di masa depan. Celop plan baek punyer. Bayangkan project juta-juta dirham yang bleh membahagiakan hati sendiri. Sudah-sudah la dikenangkan sejarah-sejarah lama yang menyakitkan hati. Nak ingat sebagai pedoman supaya tak tersilap langkah tu okay la lagi, tapi takyah le sampai nak meratap dan asyik ungkit benda2 lama. Membazir letrik hokey. Lagi,kita boleh berfikiran simple bila kita sentiasa sematkan dalam kepala hotak kita bahawa 'What's PAST IS PAST'.Foolstop Fullstops.

Kadang-kadang saya tengok, orang-orang sekeliling saya ni ada yang suka kenang kisah lama yang dah terjadi bertahun-tahun dulu, tapi cara dia bercerita tentang benda tu, macam benda tu baru berlaku semalam. Yang lagi pathetic, hal sedih tu plak langsung takde kaitan pun dengan  dia. Contoh macam ni la... 10 tahun lepas, masa saya belum kenal dengan suami saya, ada orang yang pernah buat pasal kat suami saya. [ni contoh je ye. Takde pun org buat jahat kat suami saya seperti yg saya katakan tu]. Lepas tu, bila kami berkenalan, suami saya ada ceritakan tentang kisah lama dia dulu. Pastu saya plak yang sakit hati dengan orang tu, pastu saya asyik mengutuk orang tu kat dalam blog. Padahal saya tak kenal pun orang tu. Dan kalau dia penah buat jahat kat suami saya pun, masa tu kami belum berkenalan. Yang penting, suami saya tak de plak jadi cacat atau pun lumpuh atau rugi berjuta ringgit pun kerana peristiwa tu. Tapi oleh sebab saya ni taknak berfikir secara simple, maka saya sibuk nak fikir pasal kejadian tu. So, kehidupan saya sedikit sebanyak dah rugi banyak masa sebab fikir benda yang takde kaitan pun dengan saya. Saiko kan saya? Lagi sekali diulang, ini hanyalah corntosh.

Haa... itu jela. Hahahahahha... tah hapa-hapa update blog dengan entry cam jenazah ni. Lepas ni saya ingat nak update blog dengan auto post la. So, takde la lama sangat blog ni terpinggir daripada hidup saya. Orang yang selalu baca blog saya, mesti tertanya-tanya kenapa LydSunshine ni dah makin sengal nak update blog. Saya ada, cuma saya tersampuk jin-malas-update-blog je. Hoho.
















Comments

  1. eeee..seramnya! jahat tak jin-malas-update-blog tu?? agak2 kalau baca ayat kursi byk2 dia lari tak? alamak, kesian la kawan saya ni kena sampuk dgn jin..alahai, sedihnya..takutnyee! aaaahhhh... <-- ni kira contoh manusia dgn pemikiran tak simple la kan? ngeh3

    ReplyDelete
  2. Haha. Syabas wani. Nampaknya awk benar2 faham maksud saya.

    ReplyDelete
  3. Haha. Syabas wani. Nampaknya awk benar2 faham maksud saya.

    ReplyDelete
  4. Tu la...kdg2 yg kita dengar tak spt yg kita lihat. Sbb tu lah ada org kata "jgn percaya sedikit pun dgn apa yg anda dengar dan percayalah cuma separuh saja dari apa yg anada lihat dgn mata kepala sendiri..."

    ReplyDelete
  5. hidup kita mudah je..kita tak mengata orang,orang pun tak mengata kita..tapi ada juga kita tak usik dia pun,tapi apsal dia usik kita?..

    ReplyDelete
  6. Aku rasa ko takde beza pun dengan org tue sebab sekarang pun ko berfikir dan bercakap pasal orang tue.maknanya ko pun sama berfikiran x simple dan sudah merugikan masa ko dengan bercerita pasal orang yg tak berfikiran simple. betul tak lidi?. fapi tak tahu la kalau ko nak jadi bodoh seperti orang tue jugak. sekadar pendapat..

    ReplyDelete
  7. Aku rasa ko takde beza pun dengan org tue sebab sekarang pun ko berfikir dan bercakap pasal orang tue.maknanya ko pun sama berfikiran x simple dan sudah merugikan masa ko dengan bercerita pasal orang yg tak berfikiran simple. betul tak lidi?. fapi tak tahu la kalau ko nak jadi bodoh seperti orang tue jugak. sekadar pendapat..

    ReplyDelete
  8. hahahaha jangan laa sampai tersampuk jin malas tu kak..kang saya pun tersampuk sama..pada saya simple je tak payah buang masa pikir pasal orang lain lebih baik pikir hal sendiri, pikir macamna nak majukan diri, pikir mcamna nak tambah pendapatan utk diri sndiri.itu lagi penting..pasal perkara yang lepas tak payah laa nak serabut kepala pikir..benda dah lepas dah..

    ReplyDelete
  9. JR : Tapi kita biasa percaya apa yg kita dengar kan?

    UmmiArissa : Dah memang lumrah macam tu ummi. Kita takkan dpt puaskan hati semua org dlm dunia ni walaupun kita rasa kita dah buat yg terbaik.

    Adam Haris : Mungkin juga kot saya pun tak berfikiran simple. Hehe. Entry2 saya kebanyakannya adalah untuk saya tegur diri saya juga. Tapi saya tak cakap sesiapa pun bodoh tau.

    Safiyya : Tu la maksud akak. Nasib baik ko paham.

    ReplyDelete
  10. BG LYA PERKARA Y BERLAKU BIARKAN BERLALU.. ESSPECIALLY SESUATU TU BERLAKU TNPA MELIBATKAN DIRI KITA KAN..UTK APA KT NK TERASA LEBIH2..

    APA2 PON N3 NI BLH MBERI KESEDARAN, AGAR LEPAS NI.. IGT DIRI SENDIRI 1ST...XPERLU PIKIR HAL REMEH-TEMEH SBB ORG, KLO PEMIKIRAN TU BLH MEMBUATKAN KT MNGATAKAN

    ReplyDelete
  11. salam,

    betul2..buat ape la nak sakitkan kepala otak (dan juga jiwa) dok memikirkan benda2 yang tak perlu. itu la pasal orang melayu ni ramai phd kot, sebab sibuk la pikir hal orang lain, padahal tak perlu pon.

    ReplyDelete
  12. hahaha... saya ada rasa macam tu kt kwn husben sy. sy knl dia dan dia knl sy. tp tak ada la nak kutuk2 dlm blog. cm rasa geram2 tu ada la. kadang2 ckp dgn husben je. ngee... tp husben kata biar la. baik sgt org pijak kepala. ikut je la yang oiii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya