Sejahteralah ke atas kamu....
Mende la nak cerita ari ni ye? Betul2 takde idea ni nampaknya. Bulan Mac ni paling jarang saya update blog. Ntah hantu malas apa yg merasuk diri saya ni. Prestasi menurun la begini...
Semalam saya baca blog ni AcuYuhan. Baru je jadi pollower beliau semalam. Saya paling tertarik dengan entry tentang trend gigi terbaru di Jepun. Iaitu gigi taring. Aummmmm.... roarrrr....
Kalau kat US, gigi rata yang tersusun putih memang jadi pojaan. Saya sendiri pun selalu je jeles tengok orang yang giginya cantik tersusun sampai saya malu nak senyum nampak gigi. Di public pun saya malu nak bercakap banyak atau jawab soalan orang yang saya tak kenal. Ni semua sebab gigi saya sungguh berterabur sebab ada taring.
Tapi kat Jepun lain plak. Derang sanggup bayar tau untuk dapatkan gigi taring. Ni jugak salah satu benda yang saya kagum dengan orang-orang Jepun. Derang memang ada identiti sendiri. Derang tak terpengaruh pun dengan trend daripada Barat. Derang layan kepala sendiri je, tapi dalam masa yang sama derang maju. Kalau orang Malaysia.... heheh.. korang faham2 la sendiri kan betapa teruknya semangat copy-cat orang Malaysia ni. Semua benda yang datang daripada Barat, semuanya baik dan manis dipandangan mereka. [ini bukan semata-mata tentang gigi ye. Ni tentang semuanya; tentang cara hidup, tentang berpakaian, tentang spiritual].
Hahhh!!! Dah la membebel pasal orang Amerika. Meh tengok contoh gambar gigi bersepai yang jadi trend kecantikan terbaru kat Jepun; tadaaaa...... comel kan minah2 jepun ni.
Termasuk la ini;
Comel kan? Hahahaha... Eeeeiyokkk... Terus potong bila masuk je gambar saya. Gigi tu nampak gigi? No wonder la suami saya selalu cakap muka saya macam Jepun. [Mari pengsan secara berjemaah..].
Trend ini dinamakan Yaeba atau maknanya 'double teeth'. Dalam bahse Melayu, mak saya panggil gigi berlapis. Gadis-gadis Nihon ni kata kalau ada gigi cenggini nampak lebih muda dan keanak-anakan[muda sangatttt] dan lelaki-lelaki kacak dan lelaki tak kacak cepat tertarik kepada mereka [tertarikkkkk saangattt]. Ni kat Jepun la. Lelaki kacak dan lelaki tak kacak Malaysia mestilah lain. Sebab orang Malaysiakan ikut barat. Kehkeh. Kecuali suami saya. Dia suka gigi saya ni dia kata. Diaaaa kata la. Bukan saya kata. Harap2 dia berkata benar. Haha. Saya suka ayat ni, "less-than-perfect teeth are having a major beauty moment.",
Kalau macam tu, saya segan la nak pegi Jepun. [ayat perasan nak mampf]. So, okay la... apa-apapun, rupa fizikal tu langsung Allah tak pandang. Yang selalu nak menilai rupa fizikal kita hanyalah manusia di sekeliling kita je. Kita beli baju mahal pun memang sebab nak tunjuk kat orang, pakai baju blinkblink pun memang sebab nak tunjuk kat orang, beli bag branded harga puluh ribu pun sebab apa lagi kalau bukan nak tunjuk kat orang. Takyah nak nafikanlah kita buat semua tu memang sebab nak tunjuk kat orang. Mana ada orang beli handbag Luis Vuitton pastu pakai dalam rumah je, buat letak bawang. Kalau nak kata sebab berkualiti, handbag yang harga RM30 pun banyak je yang berkualiti kan? Atau paling mahal pun RM300 pun berlambak yang tahan lasak. Kalau dah sampai puluh ribu, apa ke jad??!! Untuk Identiti? Maknanya betul la untuk tunjukkan kat orang.
So sama ada Yaeba atau tidak, bolos saja dinding itu!!!
Eleh, kalo korang tak percaya sangat, pegi ahh baca sendiri kat link berikut;
http://www.inflexwetrust.com/2011/11/11/smh-popular-japanese-cosmetic-surgery-gives-women-crooked-teeth-to-look-younger/
http://www.ibtimes.com/articles/237118/20111025/japan-crooked-teeth-girls-trend-yaeba.htm
http://www.stylelist.com/2011/10/26/crooked-teeth-trend-japan_n_1031281.html
Hidup lelaki kacak! [sila abaikan ye. Ini adalah persediaan utk join contest.
Hidup lelaki kacak! [sila abaikan ye. Ini adalah persediaan utk join contest.