Skip to main content

Beberapa Perkara Yang Membuatkan Saya Sedar Selepas Dirompak


Sejahteralah ke atas kamu..

Rindunya nak blogwalking. Tapi broadband ni sungguh slow, sampai nak buka blog yu oll semua pun dah dapat. Mungkin dah exceed limit kot. InsyaAllah kalo berokbeng ni dah sihat skit nanti, akan ku jejak korang semua seperti biasa. *berokbeng = berok yang ditambah ais seperti teh beng.

Selepas kejadian pecah amanah rumah minggu lepas saya tersedar beberapa perkara yang sebelum ni saya tau tapi terlupa;

1. Jangan rasa rumah kita tak mungkin orang dapat masuk walaupun dah berkunci segala macam jenis kunci. Berbaik sangka itu bagus, tapi berbaik sangka dengan pencuri adalah sia-sia. Pencuri ni, kepala otak dia bergeliga. Kita mungkin tak terfikir pun macamana kunci rumah kita tu boleh dipecahkan tapi pencuri fikir. Dah itu profession yang dia pilih kan? Mesti la mahir. So, walau kamu rasa seselamat mana pun rumah kamu.... kamu masih perlu sentiasa berhati-hati, berotak-otak, berjantung-jantung, berparu-paru dan berbuah pinggang. (boo!!! tak kelakar). Kesilapan saya ialah saya ingat, rumah saya tu tak mungkin orang boleh masuk. Saya ingat dengan sekadar selak pada grill dan bermangga tu dah cukup untuk melindungi rumah saya. Dan kesilapan saya jugak ialah cuai sebab sliding window kat dapur tu saya selalu lupa nak tutup selepas memasak. MUngkin bila pencuri tengok sliding window tu tak berkunci tu yang dia cari jalan untuk pecahkan grill. Ingat, jangan berbaik sangka dengan pencuri.

2. Kalau ada bunyi apa-apa walaupun bunyi jarum jatuh sekali pun, sila la bangun tengok. Pencuri kalau dah masuk umah orang malam-malam time orang dah tido, confirm jalan dia pun senyap je. Takde bunyi-bunyi. Tapi oleh sebab malam kan sunyi, kalau dia tersilap langkah skit je pasti akan ada sound walaupun sikit. So, korang kena alert dengan bunyi dalam rumah korang. Lebih-lebih lagi rumah yang tak ada kucing atau haiwan peliharaan. Mana bleh bunyi tu terhasil sendiri kan?

3. Barang-barang yang bernilai tak kira la apa pun yang asalkan boleh jual walaupun dengan harga RM10, sila simpan di tempat yang sangat tersorok dan dikunci. Tak kira la rumah kamu dah dikunci dengan 16 jenis kunci pun siap dengan alarm dan cctv sekali pun, tapi perlu jugak sorok. Selama ni, saya terlalu yakin rumah saya selamat. Sebab rumah saya rumah flat tingkat paling bawah. Saya tak rasa orang akan cuba nak rompak sebab rumah paling bawah dah tentulah orang akan nampak kalau ada orang masuk. So, barang-barang kemas pun saya letak je kat tempat terdedah, atas meja solek dalam bilik tidur. Camera dan henfon lama pun main letak je kat luar-luar macam tu sebab rasa macam orang tak mungkin akan rompak umah saya. Tapi... saya sangat2 silap. So, jangan ulangi kesilapan yang sama ye kawan-kawan. Semua rumah ada potensi untuk dirompak.

4. Bila tengok barang yang hilang tu seperti henfon lama saya yang sungguh buruk dengan keypad yang dah tertanggal hampir 80% tu pun orang nak amik, saya buat kesimpulan bahawa orang yang mencuri tu sangat desperate nakkan duit walaupun hanya beberapa ringgit. Dan orang yang jenis begitu biasanya adalah penagih dadah. Kat belakang rumah saya tu, ada beberapa orang mat dadah selalu lepak. Saya tak tuduh mereka, tapi saya juga takkan rasa aneh kalau dapat tau mereka yang buat. Itu membuatkan saya sedar yang kat Malaysia ni, betapa ramainya penagih dadah. Dan kebanyakannya penagih dadah jugaklah yang biasanya buat kerja-kerja yang 'tak memikir langsung pasal orang lain' ni. Otak dah rosak dah tu. Hidup derang pun dah macam tak kisah pasal masyarakat asalkan derang dapat duit untuk beli dadah. Ishh.. kesian kat mak bapak.

5. Berhati-hati, berhati-hati dan berhati-hati.

Apa yang dapat saya belajar dan faham adalah, negara kita ni pada pandangan mata kasar nampak seperti aman, makmur damai sejahtera. Kita tak ada perang-perang, tak ada bom-bom atau tembak-tembak di tempat awam. Negara kita juga tak ada bencana alam yang kronik-kronik setakat ini sebab negara kita dikelilingi oleh kepulauan lain yg secara tak langsung negara kita terlindung daripada bahaya bencana alam. Tapi kalau kita pikirkan secara mendalam, apa maksud 'aman' yang sebenarnya.... kita sendiri akan mengakui bahawa negara kita yang kononnya 'AMAN' ni adalah langsung tidak aman.

Aman ke negara kita ni kalau berjalan sorang-sorang kat luar rumah pun ada kemungkinan kena rompak? Aman ke kalau rumah kita sentiasa perlu dikunci tak kira semasa kita ada atau tak dalam rumah? Aman ke negara kita ni kalau rumah yang dikunci pun boleh dikopak orang dan masuk pastu amik barang kita macam barang tu hayah dan hemak dia yang belikan untuk kita kongsi bersama anak dia? Itu pun hanya kes-kes biasa. Yang macam Wardina kena rompak masa derang ada dalam rumah siap berparang semua tu lagi, aman ke? Aman ke kalau pompuan yang duduk dalam rumah sendiri pun boleh kena rogol oleh kaum keluarga sendiri? Itu baru sikit. Belum sebut lagi kes-kes bunuh yang selamba je terjadi masa pergi shopping complex then kena culik pastu kena rogol, bunuh dan bakar? Adakah kejadian tu semua sama maknanya dengan AMAN yang selama ni rakyat-rakyat Malaysia yang 'upgraded level' sangkakan?

Saya bukan nak kondem mana-mana pihak dan bukan pula bertujuan nak sokong mana-mana pihak lain. Saya tanya.... sebabnya tak aman ni adalah kegagalan siapa sebenarnya? Siapa kuasa tertinggi di negara kita? Berapa lama dah mereka memerintah negara ni? Isu-isu keselamatan negara ni selesai ke tak selesai? Nak tanya sikit. Orang yang otaknya sempit, hanya akan nampak pembangunan dan jasa pemerintah pada bantuan-bantuan yang tak seberapa tu. Tapi tugas pemerintah bukan hanya itu. Bukan hanya perlu fokus kepada pembangunan. Bangunan sape yang paling tinggi. Litar siapa yang paling besar. Dan bukan hanya setakat perlu membina jalanraya sahaja untuk rakyat. Tapi rakyat Malaysia perlukan negara yang selamat untuk anak-anak bermain tanpa risau diculik, dipotong tangan dan diperdagangkan menjadi pengemis. Kami perlukan negara yang bebas pembunuhan, yang bebas kes ragut supaya bila berjalan di luar rumah, tak perlu rasa takut. Kami perlukan negara yang dapat memberi pendidikan percuma daripada peringkat sekolah tadika sampai ke universiti. Nak percuma. Taknak buat-buat loan belajar yang lasttttt sekali student universiti baru je habis belajar, tapi hutang dah ada berpuluh-puluh ribu. Lagi, kami inginkan perubatan seperti di hospital pakar swasta tetapi percuma.

Boleh ke pemerintah lakukan begitu? Lagi sekali... orang yang otaknya sempit akan rasa mustahil. Kalau pemerintah yang ada ini ingin membuktikan mereka yang terbaik, semua isu-isu yang saya sebutkan di atas akan dapat mereka atasi. Itu sahaja yang rakyat marhain seperti saya ini mahukan daripada pemerintah. Tidak kira siapa pun pemerintah itu. Kalau pemerintah mampu adakan program-program hiburan dengan belanja yang berjuta-juta seperti kereta berhias la, pesta bunga api la, takkan nak selesaikan masalah-masalah negara ni semua pun tak mampu kan? Kata menteri belajar tinggi-tinggi kan? Takkan tak pandai nak selesaikan ye tak?

Last sekali, saya nak share satu komen yang saya terima di entry sebelum ni daripada blogger Asmaradayana;



*Kat Sini = di jepun.

Korang boleh baca tak point yang dalam kotak merah tu. Tak payah kunci rumah? Cuba buat macam tu kat Malaysia, tengok apa jadi? Barang-barang hilang atau tercicir? Jangan mimpi nak dapat balik. Negara Jepun lagi aman daripada negara kita yang dipanggil negara Islam ni. Tak tercabar ke? Mereka bukan Islam. Tapi attitude mereka lebih baik daripada kebanyakan orang-orang Islam sendiri. Pernah orang berkata, kalau nak tengok macamana negara Islam, tengok la kat negara bukan Islam. Faham-fahamkan kata-kata tu ye.

Comments

  1. entri yang best..time kasih ingatkan..saya pun selalu lalai , tak sorokkkan pun brg2 berharga..kena berubah pasni~

    ReplyDelete
  2. mmg susah..selagi mentaliti orang2 kita tak ubah :(

    saya paham kdg2 org emo klu kita cmpare ngara kita dgn ngara orang..tapi...sndiri mau ingat

    apapun btabah yang..

    ReplyDelete
  3. betol tu...saya nak kuar umh pon saya pstikan sume pintu berkunci..
    kejadian lalu mengingatkan saya spy lbh peka...

    ala,citer gelang hilang tu tahun dis 2007 baru lepas kawin. polis dtg siasat memang tak da kesan kumpil atau pa pe pon.masa tu saya tinggah kt apartment yg siap da security..hati sy kuat megatakan guard tu yg masuk sbb dorang da kunci spare stiap rumah. macam hostel juga la..

    ReplyDelete
  4. Jepun antara negara didunia yg paling selamat...^__^

    ReplyDelete
  5. jepun selalu gempa bumi..ade raksaksa gorgon pulak tu..bahaya jugak..erkk..

    ReplyDelete
  6. kak sal (hahhaahha) ko telah memberi inspirasi kepada ku... aku nak pi jepun..

    ReplyDelete
  7. betul tu...aman pada nama je...kalau orang luar nengok itu luaran je..dalaman kucar kacir dengan masalah sosial...akak pun pernah ke Jepun,pernah berjalan sorang2,pernah tersesat,namun tiada yang ambil kesempatan...ye lah mungkin nasib baik kot..tapi yang penting kita kenalah selalu berhati-hati..

    ReplyDelete
  8. huhuhu~ zaman skunk kena sentiasa alert kan. menakutkan~ huhu =.=

    ReplyDelete
  9. aman ni cuma dapat dicapai bila penduduk tu ada mentaliti yang baik..ni kalau dah asyik pikir nak buat jahat je mmg tak aman laa..apa pun sentiasa pastikan keselamatan rumah, diri dan keluarga kita terjamin..beringat sebelum kena itu yang terbaik!!

    ReplyDelete
  10. kalau dah nama malaysia. duduk ceruk mana pon dah rasa tak selamat. bilangan pencurik perompak penagih dan "pe" semakin ramai. tu tak kira lagi "pe" dari bangsa asing. buat malaysia nie mcm negara sendiri. kadang rasa nak tukar jer pemerintah. boleh gitu? hee

    ReplyDelete
  11. negara kita ni dah macam2 jenis jenayah ada... kadang2 bnyk pendatang asing yang buruk kn nama malaysia ni kan.. kerajaan perlu bertindak

    ReplyDelete
  12. yelah..mangga byk mana pun perompak boleh masuk. kena ingat sorok brg berharga..bg susah penjahat jumpe.

    *adukan je pd agensi dadah kalau betul byk penagih kt situ lyd.

    ReplyDelete
  13. ada juga kebenaran jika di jepun yang kadar jenayahnya kurang... tapi kat malaysia.... jgn buat macam tu.... naya.... boleh tinggal sehelai sepinggang.........

    ReplyDelete
  14. YanaLibra : haa.. elok la tu kalo nak sorok brg2 berharga. Biar beringat sebelum kena.

    SisDee : Mmg ada org tak dpt terima kalo kita compare negara sendiri dgn negara org. Kang ada yang suh kita pindah dok kat negara tu plak kan?

    QaeshnyaRania : Ooo..tahun 2007. patut la saya cari dalam blog awk tak jumpa.

    Makwe Kintan : Ha ah, jepon negara selamat.

    YmBundle : Itu la pasal. Semua tempat ada lebih dan kurang. Tapi jepun ada doraemon. Doraemon ada pintu suka hati dengan helicopter buluh.

    ReplyDelete
  15. QuTaQ : Aku pom nak pindah jugak. Kita berjiran le nanti eh?

    Ummi arissa : seronok la akak ada peluang jalan2 kat Jepun. Bila la sy nak pegi jepun lak ni.

    Zareliqa : Huhu.. Akak pun takut jugak... Mana2 pun bahaya.

    Safiyya : Bila la malaysia ni nak betul-betul aman kan?

    Cik Jannah : Whoopss... kang ramai yg marah kang sebut isu sensitif tu. Tapi apa salahnya kan kalau kita tukar2 angin plak. Tgk okay ke tak. Jgn nnt kalau tukar pun pemerintah yg lain tu pun 2x5 = 10 jgk.

    Taufiq : Itu pun satu lagi masalah. Pendatang yg menambah lagi kadar jenayah Malaysia ni. Aihhh.. apa la nak jadi.

    Ujie : Cemana nak report tu? Tak pernah tau pun cara2 nak report tu. Hihi. teruk kan?

    KAzman /Sue : Kalo buat camtu kat Malaysia, papa kedana la jawabnya. Hahah.

    ReplyDelete
  16. Memang tak rasa selamat tinggal kat Malaysia. Tembak orang macam tembak burung aje, ikut suka hati saja. Rumah saya pun pernah kena samun, malah pernah kena dua kali seminggu. Yang paling sakit hati bila report polis dia boleh buat muka selamba kemudian berkata, "Samun RM10,000 - RM20,000 biasalah tu encikk..". Biasa kepala bapa dia? Kalau rumah menteri kena samun RM1,000 masuk paper muka depan, polis siasat bukan main, tapi rumah kita rakyat biasa ni?

    Di Jepun memang mengikut kawan2 sangat selamat. Mungkin kerana mereka negara bukan Islam kot...

    Sori jika sedikit emo...

    ReplyDelete
  17. negara kita ni anak2 muda senang nak carik duit free. senang nak hisap dadah dan merokok bagai. tengok la anak2 muda sekarang ni je. berapa kerat sgt yg hbs sekolah. selebihnya rela la ikut kawan melepak. kena ada satu program khusus utk dia org ni isi masa lapang. aktiviti wajib ikut.

    ReplyDelete
  18. JR : Sepatutnya kita yg lebih baik drpd orang Jepun sebab negara kita ni 'negara Islam'. Betul tak? Perkara mcm ni tak sepatutnya terjadi.

    anisalya : program yg ada pun tak membantu sangat membentuk sahsiah diri. Program2 yg kerajaan anjurkan saya nampak lebih kepada program hiburan je. Konsert belia la, menari sana, menari sini. Tak faham la.

    ReplyDelete
  19. dulu masa akak sekolah memang rasa selamat ..tapi sejak ada pendatang asing dah takut dah nak bawa duit banyak bila gi jejalan.

    nak gi chow kit dan jalan tar pun dah rasa tak selamat...pandang kiri dan kanan muka orang luar yang ramai

    ReplyDelete
  20. huhu...aku x penah rasa selamat w/pn pintu rumah dah berkunci coz rmh aku pnh kene rompak masa aku darjah 3 kot...still fobia..
    kes2 camni buat aku mmg nak hudud ada kt M'sia ni...bior padan muka diorg kene potong tangan...bkn stakat kes curik je, kes bunuh2 yg byk skrg ni pn sgt2 menakutkan

    ReplyDelete
  21. Kak ina kl : ha ah kak. Saya kalo shopping kat pasaraya takde duit cash pun. Guna kat debit maybank je. bayar kat carrefour.

    Puteri : Org-org yang nak hudud mcm kita ni mmg akan rasa hudud utk takutkan pencuri supaya tak buat, tapi ada jenis org Islam 'bajet moden' yang akan kata, hukuman kejam itu bukanlah cara mendidik. Dan setiap insan perlu diberi peluang kedua. Heheh. Apapun, aku sama le, sokong hudud.

    ReplyDelete
  22. Alangkah bagus andai pemerintah kite mencontohi negara yang perlu dicontohi.. :(

    ReplyDelete
  23. ladybird : Hanya doa sahaja yang mampu kita lakukan. Kita tak kisah siapa pun pemerintah kita betul tak? Asalkan yang sanggup memerintah negara dgn cara yang sepatutnya pun sudah cukup.

    ReplyDelete
  24. Lyd setuju betul dgn entry ni. Tanjat ai tgk2 last2 tu ada komen ai. ehehe.. Tp mmg betul negara bukan islam lebih Islam. tp mana2 negara pun ada org jahat, cuma kadar jenayah curi2 ni mmg kurang sgt, sampaikan polis pun xde keje nak buat, kes hilang basikal pun jadi mcm kes besar sgt la kat sini (padahal basikal tu kene buang sbb parking tempat org) anyway bndr2 besar mcm tokyo, nagoya tu mmg kene hati2 sebab bukan rakyat jepun je ada, ramai lagi rakyat negara lain yg menumpang. kdg2 yg lebih buat jahat ni org bangsa luar dr bangsa jepun sendiri. huhu..
    * isi kandungan entry ni kene hantar kat YB tengok apa la tindakan yg boleh diambil. ;)

    ReplyDelete
  25. Asmara : Persoalan saya, cemana pendidikan yang diterapkan di sekolah2 di jepun smpai rakyat mereka jadi begitu behave? Pendidikan moral tinggi kot. Tak dinafikan setiap negara ada la terlebih satu benda, kurang satu benda. Mcm rakyat2 negara maju mungkin mereka lebih dari segi attitude dan behavior tapi kurang dari segi spiritual. Rakyat malaysia plak lebih dari segi spiritual tapi sgt2 kurang dari segi attitude. So, apa yg kita bleh nampak drpd kekurangan rakyat malaysia [yg Islam la terutamanya]? Mungkin maksud saya.... "spiritual yang org malysia ada tu belum cukup untuk membina attitude yang baik utk mereka"? Heheh. Tak tau la. Harap2 YB pun baca jgk part ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...