Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kosong.. Kamu Seperti Hantu

RUPAlistik

Sejahteralah ke atas kamu... Kalau orang yang terlalu memandang material kita panggil materialistik kan? Aku pulak selalu memandang paras rupa maka aku ciptakan perkataan rupalistik ni, khas untuk orang-orang yang suka mementingkan paras rupa macam aku ni, terutamanya dalam bab mencari jodoh. Biasanya orang yang rupalistik ni, macam aku la... Rupa sendiri tak berapa santek setakat suam-suam kuku je, tapi kemahen nak mencari orang yang terpaling henseng ataupun cantik dalam dunia. Itu dulu la. Sekarang apa aku nak kesah lagi pasal rupalistik ni sebab aku dah jumpa jejaka yang paling enseng di kanta lekap mata aku iaitu suami aku. Ewah...cak pong cak pong... (aku perasan je. Mohon tidak berlaku pendarahan mata membaca karangan ini). Biasanya kalau lelaki tu henseng, pastu perempuan yang jadi pasangan dia pulak muka biase je, orang mesti akan kagum dengan lelaki tu, "ternyata lelaki itu tak memandang paras rupa". Atau pun orang tuduh perempuan tu dah bomohkan lelaki t...

Lelaki, Kalau Dah Mengumpat...

Sejahteralah ke atas kamu... Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe...  Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret.  Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat.  "Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A" "Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..." "Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok" Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mer...

Sila Gunakan Akal

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ni online shopper separa tegar dulu dulu dulu dulu. . Tapi tengok jugak la apa benda yang aku nak beli tu. Aku dah estimate siap2 risiko yang bakal aku hadapi, seperti kerugian kalau kena tipu. Kalau aku ada duit nam belas ghibu tige ghatus, aku tak beli online benda ni walaupun aku sangat-sangat terhegeh-hegeh perlukan benda ni. Huhu. Paling mahal aku pernah beli online ialah air purifier harga RM300++.  *aku terlebih vitamin M [malas] dengan vitamin O [idea zero] serta vitamin S [terbuat-buat sibuk] plak sekarang ni. Blog ni pun melukut di tepi gantang je kat aku buat masa sekarang. Rindu nak baca kisah korang kat blog koram.

Kau Kenal Ini Orang?

Sejahteralah ke atas kamu.... Ingat lagi? Ingat lagi? Heheh.. org yang umur baya aku mesti ingat punye ni. Lejen ni semua. Eh. terasa cam nak buat give away je. Tapi cam tak yakin ade ke org nak join. Kalo aku buat giveaway, hadiah dia mesti la cadar Laurea. Hahahah... *gambar semua ni aku ambik dari gugel.

...................... ?

Sejahteralah ke atas mereka dan keluarga mereka.... Aku beli ni, Dia ni sebaya aku je. Tapi tanggungjawab dia besar. Alaa.. korang jangan la buat tanggapan apa-apa. Aku tau ramai yang tak suka dia ni. Tapi tenang-tenang je ye. Yg penting, dia ni kalau tak mekap tebal lagi cantik. Peace.

Terpaksa Balik Rumah Waktu Lunch

sejahteralah ke atas kamu... dah lama aku tak balik waktu tengahari untuk hantar susu kepada luth. susu alhamdulillah cukup untuk keperluan anak aku. tapi hari ini terpaksa jugak aku balik. sebab breastpump spectra 3 aku tertinggal pulak kat rumah. bukan itu aje. pagi tadi sesampainya di ofis, konon-konon nak terus whatsapp suami aku untuk bagitau dia aku dah sampai. bawak keluar henfon, tetiba baru aku perasan aku tersilap bawak henfon yang takde simcard yang aku gunakan untuk buat alarm. sabar je la aku. jadi, alang-alang dah balik ni, makan tengahari terus la kat rumah. aku kalau henfon tertinggal, aku memang takde nak balik untuk ambik nya. sampai ke petang la henfon tu kat rumah. tapi kalau breast pump tertinggal, aku memang kena balik. huhu.... tangki penuh nanti mula la rasa seram sejuk nak demam. bengkak susu nanti lagi leceh. korang pulak macamana? kalau tertinggal henfon kat rumah, patah balik tak ambik?

Vera Vera

Sejahteralah ke atas kamu...

Nak Ripair Boom Boom

sejahteralah ke atas kamu... repair rumah cat rumah. ikat batu, plaster, pasang bumbung, pasang mozek. pun boleh jugak la bai.

Dilemma ; Rumah Nenek Pengasuh Atau Taska Ofis

SEJAHTERALAH KE ATAS KAMU.... [amboi hurup besar semua.] sebelum luth lahir, aku dah hantar borang permohonan untuk booking tempat di taska kat ofis aku. dengar ceritanya quota selalu penuh. walaupun dah awal aku hantar, tapi permohonan aku tu masih berada dalam senarai menunggu. quota untuk bayi pula memang terhad. penyudahnya, sampai luth lahir pun memang takde harapan la nak hantar dia ke taska ofis. sekarang dah 8 bulan usia luth. baru semalam taska responds dan kata ada kekosongan. mula-mula dulu, aku memang harap sangat dapat hantar luth kat taska ofis. senang aku nak lawat dia tengahari. senang aku nak hantar susu kalau susu tak cukup. tapi bila dah lama nenek jaga luth, aku rasa nenek jaga luth dengan baik, aku mula la jadi dilemma bila ada 2 pilihan macam ni. aku mengada-ngada kan? mula-mula nak sangat. dah dapat peluang ni aku rasa macam tak nak pulak. apa ni? apa ni? kebaikan taska ; 1. dalam bangunan ofis - senang nak pantau 2. murah 3. penjagaan mung...

Bilis Tetap Bilis, Takkan Jadi Jerung

Sejahteralah ke atas kamu... Warna Warni Kehidupan. Jika benar warna warni color blocking akan menarik perhatian dia, then kenapa; . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . remote jugak yang dia berebut dengan mama, kotak tisu juga yang dia main hempuk-hempuk kat lantai, buku-buku di dalam kabinet juga yang dia berusaha nak ambil dan bekas berpenutup hijau itu juga yang menjadi pilihan. Mainan canggih yang mama beli..... babai je la. Nakei lettew. Sekarang Luth dah pandai merayap. Kalau mama dalam bilik laundry, sidai kain tinggal dia sorang kat ruang tamu.... kejap lagi kang tetibe je ada makhluk merayap jenguk mama.

Super Ringkas, Super Singkat

Sejahteralah ke atas kamu... Remote Astro kat umah aku rosak. Beli kat Mydin, banyak button tak berfungsi. Beli kat 99 speedmart pun sama je tak berfungsi. Kat mana nak beli yang original? Ada sesiapa tau? Button kat decoder pun tak membantu untuk tukar channel. Buka tutup tv pun hanya BB TV je yang berkumandang. Dah tu cemana?

Selamat Hari Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada kat kampung ni. Esok aku kena gi kursus kat Swiss Garden Kuantan. Sampai hari Khamis. Lepas tu aku terus cuti sampai Ahad tu kat kampung Isnin 23hb aku masuk kerja sehari pastu aku cuti semula untuk jaga Luth. Nenet mintak cuti 2 hari sebab ada sedara nak datang ke rumah dia. Begitu la kisahnya. Kalau ada entry aku yg keluar dalam waktu aku bercuti tu, maknanya itu adalah auto-publish. Balik kampongg... wooo wwooo wooo balik kampung.

Jejakku Dapat Dihidu

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada sorang kawan, nama dia Rina. Dia kawan seasrama aku masa aku form 1, kawan semerepek buat kerepek merangkap kawan gedik-gedik minat abang senior. Kami tak sama kelas. Aku kelas 1 Jingga, dia kelas 1 Kuning sama kelas dengan suami aku. Tapi aku kawan dengan dia, aku tak kawan dengan suami aku pun masa tu. Bila masuk form 2, dia tukar skolah. Dia balik gi skolah kat kampung. Aku tak sempat nak bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi yang mulia ini pun dengan dia sebelum dia tukar sekolah. Aku pun tak pasti ngape dia tukar skolah, tapi aku suspect dia tak tahan dok asrama. Mungkin dia alergi sabun bila kena basuh baju sendiri guna tangan. Kot. Itu hanyalah spekulasi aku.  Dah 20 tahun tak jumpa[nampak benor aku ni mmg dah tua huuuu], aku pun tak tau apa jadi dengan dia. Baru-baru ni aku dapat friend request kat facebook. Dia tak guna nama sebenar tapi naluriku berkata, 'yaaa.... dialah orang yang ku cari-cari' *ceh poyo*, so aku ac...

Tak Tahu.....

Sejahteralah ke atas kamu... Tak tahu kenapa, ada seseorang kat ofis ni sungguh mengjengkelkan saya. Tak tau la sama ada saya sorang je yang rasa atau orang lain pun rasa. Bila saya fikir-fikir, dia takde pun buat salah kat saya. Cuma perilaku dan gaya dia tu grrrrr..... tak tau nak cakap cemana. Nama dia Kiki [errkkk... 'Kiki' la sangat. Nama cam comel. Dah tentu la ini hanya nickname]. Boss dia Zoey. Zoey ni memang terkenal jengkel sejak dulu. Yang si Kiki ni saya hanya nampak dia sebagai balaci atau pencacai Zoey je, jauh sekali saya nak anggap dia orang kanan. Never. [Chey, 'never' tu perkataan yang Zoey selalu guna. Kahkah.].  Saya ni jenis yang bukan kisah sangat pasal jawatan siapa lagi besar, jawatan siapa kecik. Tak pernah pun nak beza-bezakan pun. Saya yakin ramai orang pun sama macam saya. Kita semua manusia. Kalo pangkat besar pun, makan kena kunyah jugak. Bernafas pun guna paru-paru jugak. Kuku panjang pun kena potong jugak. Berak pun keluar ta...

Perbezaan Dang Suria Dulu Dan Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu... Dulu, saya minat sangat Dang Suria ni. Sebab dia comel sangat. Dalam gambar ni, korang boleh tengok part bibir dia. Dulu bibir kecik je. Sekarang dah kena sengat tebuan. Sian plak. Sekali imbas nampak macam Kak Nita. Bentuk muka yg dulu kecik sekarang besar tu takyah fikir la. Dah berusia memang la akan nampak gemuk. Macam saya la jugak. Tapi takkan dengan bibir sekali naik jadi tebal kalaupun gemuk. Tak faham. Entry ni saya buat sebab banyak sangat keyword search mencari Dang Suria Zainurdin dulu dan kini. Nak tengok sangat gambar atau rupa Dang Suria sekarang di tahun 2012 ni, nah amik. Ni yang terbaru la dalam rancangan On Air. Gambar ni dikelepet daripada You Tube.

Selamat Haghi Ghayer

Sejahteralah ke atas kamu... Esok dah nak raya... Korang dah sedia ke nak beraya ni? Dah sedia nak tinggalkan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni? Dah balik kampung ke? Saya dah berada di kampung ni... Nyaman je rasanya dapat beraya di kampung. Bahang panas di siang hari yang di kelilingi pokok-pokok sangat berbeza dgn bahang panas dikelilingi bangunan. Sempena 1 Syawal ini... Saya ingin mengucapkan ; *tak lawa pun, tapi... Adha Ku Kayshah?

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...

Bahasa Budak-budak Zaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ini adalah anak 80an. Maksudnya lahir pada tahun 80-an. Semasa saya di sekolah menengah, bahasa penulisan yang kononnya digunakan untuk menggambarkan bahasa pasar, biasanya ditulis seperti ini[contoh]; sayer = saya biler = bila maner = mana suker = suka aper = apa, dan begitulah seterusnya... Hadoii...Pedih ulu hati aku kalau nak senaraikan semua. Maksudnya, semua perkataan yang berakhir dengan huruf 'a' akan di'pandai-pandai tukar'kan menjadi 'er'. Itu dah kira cool habis la tu... Tiba-tiba zaman anak-anak yang lahir dihujung-hujung 80an dan juga pada tahun 90an, keluar lagi bahasa persuratan yang lebih pelik. Mungkin sebab bahasa persuratan mereka adalah persuratan elektronik kot. Alaahhh... Senang cerita, bahasa SMS la kot. Tapi bahasa-bahasa ni tak hanya digunakan dalam SMS je. Kat FB, kat email pun sama naik juga. Yang pasti, bila saya baca ayat-ayat mereka ni [biasanya anak sedara aku punya la], dalam 50 patah perkataan ya...

Lukisan Yang Memecahkan Kepala....

Sejahteralah ke atas kamu... Saya sangat suka seni lukis. Bagi saya, seorang pelukis itu amat mengkagumkan kerana daya ingatan dia sangat kuat. Kalau tidak, takkan pelukis boleh lukis setiap perincian pada sesuatu subjek itu tanpa perlu melihat pada subjek tersebut. Dan jika mereka lihat pun hanya tengok sekejap dan tak kerap. Cuba kalau suruh saya melukis? Tatap subjek tu sampai keluar tunas pun belum tentu dapat lukis satu lengkung pun daripada subjek itu. Hihi... Jadi... Saya sangat menghargai karya lukisan. So, saya ingat... nak tempah lukisan gambar perkahwinan saya la untuk gantung kat dinding umah kami. Mesti super cool jadinya nanti. Erm.. Minggu ni insyaAllah balik kampung... Bleh le tempah kat street artist yg lepak kat Teluk Cempedak. FUh... Mereka sungguh berbakat. Rasa macam nak duduk je berkelah tepi pelukis tu sepanjang hari utk tgk mereka melukis potret macam-macam.